PENGUNDI KALI PERTAMA PENENTU PRU13?
Suara anak muda dalam Perhimpunan Agung UMNO (Baru) tempoh hari yang menaruh harapan yang cukup tinggi peranan first time voters atau pemilih kali pertama menyertai pilihanraya dalam PRU13. Bukan sahaja UMNO-BN harus menjadikan tumpuan kepada anak muda, tetapi parti-parti lain telah melihat keistimewaan golongan ini. Analisis dari PRU10 (1999) dan PRU12 (2004), peranan dan sumbangan first time voters sebagai determinant factors.
Menjelang PRU12, banyak ramalan mengjangkakan saingan sengit untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan setelah kegagalan calon Pas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir. Kedudukan kerusi kerajaan - pembangkan : 23:22, amat mendebarkan, walaupun giliran PRU12, adalah musim menurun buat BN. Undi sah bagi 44 kerusi DUN Kelantan (dikecualikan Dun Kijang, kerana tiada pertandingan), telah meningkat sebanyak 87,419 undi atau 17.15% (tidak termasuk undi rosak) dari 509,849 undi (PRU11) ke 597,268 undi (PRU12). BN hanya mampu menambah pungutan undi 254,240 kepada 260,501 atau 6261 undi (2.40%), sementara gabungan Pas-PKR membolot 336,620 undi dari 255,558 iaitu peningkatan sebanyak 81,082 undi atau 31.72%, membolehkan Pas-PKR menguasai 39 dari 45 kerusi DUN.
PRU12 tidak memperlihatkan dengan jelas gelombang perubahan kepada pengundi di Kelantan berbanding dengan iklim politik 1990 dan 1999. Kedua-kedua PRU dalam tahun berkenaan mempamirkan satu swing undi segenap lapisan peringkat umur pengundi. Tetapi dalam tahun 2007/2008, tidak jelas perubahan pendirian politik masyarakat terbanyak di Kelantan. Secara tidak langsung, jika 87,419 peningkatan undi sah tersebut, diandaikan totally undi first time voters yang memberikan kejayaan cemerlang Pas-PKR yang berjaya mengaut 94 peratus undi anak muda. Sebab itu, Pas berjaya menguasai saluran pengundian anak muda di seluruh negeri.
Fenomena yang hampir sama berlaku dalam PRU10 (1999), kesan dari gelombang reformasi yang banyak mempengaruhi pengundi muda. Jumlah pungutan undi BN bagi semua kerusi Dun di Kelantan berkurang sebanyak 7,831 undi atau 4.09% iaitu dari 191,694 (PRU9, 1995) kepada 183,863 undi dalam PRU10. Sementara Barisan Alternatif, gabungan Pas-Keadilan menambahkan undi dari 252,715 kepada 295,984 atau pertambahan 43,269 undi atau 17.12%, yang membolehkan Pas menguasai 41 dari 43 kerusi DUN.
Ini berbeza, perbandingan PRU8 (1990) bagi DUN Kelantan, yang membolehkan kemenangan cemerlang Angkatan Perpaduan Ummah (Pas-Semangat 46-Berjasa-Hamim) menyapu bersih semua kerusi 39 DUN dan 13 Parlimen. Gelombang yang berlaku dalam seluruh peringkat umur pengundi. Ledakan undi anak muda kurang menonjol.
Sementera di negeri-negeri lain, dalam PRU12, undi BN totally jatuh kecuali Terengganu dan Perlis. Di Terengganu, pengundian di peringkatan DUN, BN berjaya menambahkan undi sebanyak 18,504 atau 8.13% dari 222,101 (2004) kepada 260501 (2008), Pas-PKR menambahkan undi 25,158 atau 14.7% dari 171,141 kepada 196,299 undi. Di Perlis undi BN bertambah sebanyak 1218 atau 2.13%, sementara Pas-PKR 1135 undi atau 3.35%..
Sementara di negeri-negeri lain di Semenanjung, undi BN merosot di setiap negeri, sebaliknya undi parti pembangkang utama: Pas, PKR dan DAP naik mendadak. Undi BN turun sebanyak 29.24% atau berkurangan 92,254 undi di DUN Pulau Pinang, berbanding peningkatan 75.13% atau 137, 172 undi DAP-PKR-Pas. Bolehlah disimpulkan di sekitar 32.7% atau hampir 45,000 tambahan undi pembangkan adalah pengundi muda, pengundi di bawah 35 tahun. Di Selangor undi BN turun sebanyak 19.80% atau 124,768undi, Perak, undi BN turun 15.18% atau 70,283, begitulah di negeri lain: Kedah (17.43%), Negeri Sembilan (11.54%), Johor (12.30%), Melaka (10.71%) dan Pahang (6.10%)
Sementara di pihak gabungan PKR-DAP-Pas, peningkatan undi yang tinggi di Selangor (67.27%), Perak (40.25%), Kedah (36.78%), Johor (80.35%), Negeri Sembilan (65.18%), Melaka (52.40%), dan Pahang (28.82%)
Keseluruhan perbandingan undi PRU11 dan PRU12, undi yang dikumpul BN di semua kerusi DUN (kecuali kerusi yang tidak dipertandingkan iaitu: dalam PRU11 ialah Pokok Asam (Perak), Subang Jaya (Selangor), Senggarang & Penawar (Johor), dalam PRU12 ialah Kijang (Kelantan) dan Sementa (Selangor) ialah kekurangan sebanyak 473,809 atau 12.90% dari 3,672,808 (PRU11) kepada 3,198,999 undi. Pihak pembangkang utama PKR-DAP-Pas mengumpulkan 2,060,830 undi (PRU11) meningkat ke 3,118,243 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,067,413 atau 51.31%.
Ledakan PRU12 berlaku kerana beberapa isu nasional pada masa, yang banyak memberi impact kepada pengundi remaja. Keadaan yang sama berlaku dalam PRU10, jika diperhatikan kepada angka dan data, dari gelombangan dan trend pengundian secara keseluruhannya. Saluran anak muda berubah angin dan menentukan keputusan pilihanraya.
BN hanya mampu mencatat peningkatan undi selesa di Terengganu sahaja. Walaupun pembangkang kurang berjaya dari pungutan kerusi, tetapi undinya meningkat sebagaimana negeri-negeri laIn. Dalam PRU10 (1999) undi BN merosot sebanyak 28,502 atau 18.90% dari PRU9 (1995). Sementara Pas, berjaya menambah undi sebanyak 47,112 atau peningkatan 38.96% membolehkan ianya menguasai 28 dari 32 kerusi DUN.
Corak pengundian yang sama berlaku di kerusi parlimen, di seluruh Semenjanung Malaysia yang merangkumi 165. Analisis data pungutan undi dari 163 kerusi parlimen, dikecualikan 2 kawasan yang tidak dipertandingkan (walkover) iaitu Kota Tinggi (PRU11) dan Pengerang (PRU12), memperlihatkan undi BN merosot sebanyak 672,578 atau 14.29%, dari 3,975,641 undi (PRU11) kepada 3,403,383 (PRU12). Di pihak pembangkang, gabungan jumlah undi PKR-DAP-Pas telah meningkat 1,207,422 undi atau 53.73%, dari 2,247,090 kepada 3,454,512.
Jika dinilai dari segi peratusan undi terkumpul, jumlah yang dipungut oleh BN dalam PRU12 sebanyak 3,403,303 itu cuma 49.57% dari jumlah sah, dengan menangi 85 kerusi parlimen di Semenanjung. Sementara gabungan pembangkang yang memenangi 80 kerusi mengumpul 3,454,512 undi atau 50.31%. Baki 8,057 atau 0.21 adalah perolehan undi calon-calon bebas.
Jika dilhat dari sudut sosial geografi, di kawasan parlimen yang pengundi Melayu melebihi 80%, iaitu sebanyak 42 kerusi, masih dikuasai oleh BN dengan peratusan yang menurun berbanding kawasan pengundi Melayu kurang dari 40%, iaitu di sebanyak 30 kerusi, BN hanya menang 3 kerusi sahaja dengan 37% jumlah undi sah.
Dalam PRU10 (1999), BN mengalami kemerosotan undi 276,963 atau 8.78%, dari 3,431,564 dalam PRU9 kepada 3,154,601 undi bagi kerusi parlimen di Semenanjung. Sementara parti-parti pembangkang yang bergabung atas nama Barisan Alternatif meningkatkan undi 825,810 atau 32.64%, dari 1,704,520 kepada 2,530,330.
Paparan secara statistikal secara umum di atas sekadar menganalisis perbandingan perubahan prestasi setiap parti dalam beberapa siri pilihanraya terakhir. Gambaran ini bertujuan memaparkan impak kepada keputusan pilihanraya hasil pengundian para pengundi muda, khususnya first time voters.
Secara peribadi, hasil dari pengumpulan maklumat serta pemerhatian impirikal, sebagai the first timer, walaupun pengundi kumpulan ini lebih terdedah kepada keputusan berdikari, namun pertusan terikat keputusan masih menguasai diri mereka. Faktor-faktor yang menentukan keputusan pengundi adalah lebih khusus, berbanding dengan pengundi dalam kumpulan umur yang lain.
Di bawah ini diperturunkan 10 faktor dominan yang mempengaruhi keputusan seseorang first time voter:
1. Keluarga: sebagai first timer pendedahan alam kedewasaan ini terikut dengan faktor keluarga terutama pengundi wanita;
2. Isu nasional: pengundi lelaki lebih peka dan bergantung kepada taraf pendidikan dan sosio-ekonomi;
3. Pengaruh rakan sebaya dan rakan sekerja;
4. Dendam, kekecewaan dan kebencian; dipengaruhi oleh latar belakang dan pengalaman keluarga dan peribadi;
5. Ganjaran: peluang pekerjaan dan wang ringgit
6. Harapan: keinginan untuk melihat masa depan ummah dan negara.
7. Gerak kerja parti: berkala atau sepanjang masa, yang melibatkan mereka.
8. Persekitaran setempat: kecenderungan pengundi setempat.
9. Ideologi dan dasar parti: terutama pengundi yang dapat pendedahan terancang atau pengundi celik matlumat.
10. Imej parti: isu-isu yang mencalar parti bagi pengundi yang peka maklumat.,
Faktor-faktor winnable candidates, perwatakan dan keperibadian calon, isu-isu tempatan, faktor ugutan dan ancaman, berada di luar lingkaran tindakan mereka. Sentuhan terhadap faktor-faktor ini kurang. Justeru itu, pihak yang berkepentingan wajar mendekati pengundi muda ini dengan approach dan kaedah yang berbeza, berbanding pengundi dalam kumpulan umur yang lebih dewasa.
Semua data yang dibentangkan di atas adalah hasil perolehan peribadi dan diharapkan dapat terima teguran andainya ada kekeliruan dan tidak menepati dengan data rasmi atau pengiraan pihak yang berwibawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan