Selasa, 30 Jun 2020

Bersedia Untuk PRU15

ASAKAN MENUNTUT PILIHAN RAYA UMUM KE 15 DISEGERAKAN

Pandangan beberapa orang pemimpin politik agar Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan dalam jangka masa terdekat demi merungkai cabaran yang sedang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini. Sungguhpun pandangan berkenaan lebih bersifat individu bukan pernyataan kolektif kepimpinan, tetapi secara umumnya sudah menampakkan keseriusan bebanan kerajaan PN yang mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang sebelum separuh penggal. 

Meminjam kata-kata seorang menteri PN, Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan  PH membunuh diri sendiri. Usia PH hanya sekadar 22 bulan, bukan angkara unsur luar atau pihak pembangkang, tetapi akibat dari pergeseran dalaman yang membawa kepada peletakan jawatan PM, yang menjurus kepada seorang PM interim untuk sementara waktu, sebelum satu kerajaan baru dibentuk. Kerajaan baru yang dibentuk hanya menerusi dua kaedah: sokongan majoriti ahli dewan perundangan,  atau pembubaran dewan perundangan untuk mendapat mandat baru. Institusi Ketua Negara menggunakan peruntukan Perlembagaan mengambil kaedah pertama, pembentukan kerajaan lebih cepat dan tidak melibatkan perbelanjaan awam.

Justeru pembentukan kerajaan dengan sokongan majoriti kecil, lebih banyak terjahan dan cabaran mencabar keabsahan keberadaan kerajaan PN hari ini. Walaupun kerajaan PN masih belum menerima ujian realiti kewujudannya, usul-usul dari kerajaan dan pembangkang terutamanya usul undi tak percayaan masih dalam kertas agenda lantaran dewan perundangan iaitu Dewan Rakyat masih belum bersidang terkongkong oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik Covid-19. Sokongan majoriti kecil, walaupun tanpa usul undi tak percaya, risiko kepada kekalahan usul kerajaan secara relatifnya kegagalan kerajaan menguasai dewan perundangan. Bertolak dari situasi berkenaan, beberapa pihak lebih cenderung kepada perlunya mandat baru, menerusi satu pilihan raya peringkat Persekutuan. 

Mengambil pengalaman dan pencapaian parti-parti dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lantaran parti yang menguasai kerajaan iaitu PH, walaupun memperolehi bilangan kerusi yang mampu membentuk kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan majoriti pemilih seluruh negara. Jumlah undi yang dipungut oleh parti-parti yang membentuk kerajaan PH di peringkat Persekutuan tidak melebihi separuh dari jumlah undi sah. Dengan kata lain, kejayaan PH kerana lebih separuh undi yang tidak menyokong PH berpecah, dalam sistem the first past the post. Dengan bahasa mudah, jumlah rakyat atau pengundi Malaysia yang tidak menyokong PH lebih ramai berbanding dengan yang menyokong PH. 

Untuk percambahan perbincangan bolehlah diambil data PRU14 bagi bahagian pilihan raya Persekutuan negeri-negeri Tanah Melayu atau kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia. Daripada Jadual 1 di bawah iaitu peratusan undi dari jumlah undi sah yang dicapai oleh 3 parti utama: PKR (logo PH yang digunakan dalam PRU14), BN dan Pas, bagi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu melebihi 80 peratus dari jumlah pemilih berdaftar. Sebanyak 49 kerusi Parlimen tergolong dalam kategori ini. 

JADUAL 1

PRU14: PERATUSAN UNDI BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN BAGI TIGA PARTI UTAMA DI KAWASAN PEMILIH MELAYU MELEBIHI 80 PERATUS




Jumlah Pemilih
% Melayu
% Undi BN
% Undi PKR
% Undi Pas
1
P.034
SETIU
78179
99.40
44.76
6.59
48.65
2
P.038
HULU TERENGGANU
73622
99.00
49.60
5.40
45.00
3
P.035
KUALA NERUS
92005
98.70
40.95
6.39
52.66
4
P.025
BACHOK
92791
98.46
44.48
6.60
48.93
5
P.030
JELI
48683
98.28
55.89
5.36
38.75
6
P.028
PASIR PUTEH
85584
98.16
45.41
7.18
47.41
7
P.023
RANTAU PANJANG
58781
98.13
38.10
11.08
50.82
8
P.033
BESUT
86791
98.10
48.40
9.68
41.92
9
P.020
PENGKALAN CHEPA
74484
97.92
32.60
12.52
54.88
10
P.024
 KUBANG KERIAN
75690
97.91
25.62
18.22
56.16
11
P.037
MARANG
105079
97.60
35.06
5.67
59.27
12
P.026
KETEREH
72889
96.89
47.95
12.80
39.24
13
P.022
PASIR MAS
71222
96.64
31.14
10.57
58.28
14
P.029
MACHANG
68543
96.44
47.39
10.35
42.26
15
P.039
DUNGUN
90685
96.00
36.77
9.06
54.17
16
P.027
TANAH MERAH
71291
94.60
48.44
8.17
43.40
17
P.031
KUALA KRAI
70529
94.54
38.03
9.41
52.56
18
P.125
PUTRAJAYA
27314
94.15
49.47
35.74
14.80
19
P.040
KEMAMAN
107787
93.30
41.67
14.27
44.06
20
P.069
PARIT
35910
93.00
48.40
26.60
25.00
21
P.013
SIK
49902
93.00
35.47
16.62
47.91
22
P.019
TUMPAT
110924
92.93
34.12
11.55
54.33
23
P.007
PADANG TERAP
45790
92.10
42.09
18.64
39.27
24
P.005
JERLUN
53708
91.10
28.25
42.55
29.20
25
P.004
LANGKAWI
41329
90.70
29.14
54.90
15.96
26
P.086
MARAN
41135
90.42
49.09
13.32
37.59
27
P.087
KUALA KRAU
47363
90.05
47.14
13.24
39.63
28
P.036
KUALA TERENGGANU
103792
90.00
32.59
17.76
49.65
29
P.056
LARUT
49453
89.69
45.90
19.53
34.57
30
P.157
PENGERANG
40541
89.67
67.71
32.29

31
P.016
BALING
104990
88.90
42.60
15.99
41.41
32
P.011
PENDANG
74457
88.70
33.34
23.97
42.69
33
P.156
KOTA TINGGI
46652
88.50
69.14
30.86

34
P.085
PEKAN
89076
87.99
62.19
10.87
26.94
35
P.091
ROMPIN
62037
87.98
53.54
15.84
30.63
36
P.003
ARAU
48216
86.99
41.79
29.52
28.69
37
P.001
PADANG BESAR
45801
86.29
41.18
37.24
21.57
38
P.021
KOTA BHARU
88708
84.45
24.27
33.48
42.24
39
P.006
KUBANG PASU
72155
84.00
28.14
49.70
22.17
40
P.084
PAYA BESAR
55231
83.64
43.16
26.70
30.14
41
P.055
LENGGONG
29752
83.46
53.97
16.94
29.09
42
P.092
SABAK BERNAM
40863
83.16
38.57
33.55
27.89
43
P.134
MASJID TANAH
51557
83.10
54.10
34.82
11.08
44
P.032
GUA MUSANG
52614
82.42
48.64
12.51
38.84
45
P.002
KANGAR
55176
82.04
34.26
46.80
18.95
46
P.081
JERANTUT
63227
81.97
45.06
21.65
33.30
47
P.073
PASIR SALAK
54671
80.65
46.04
28.29
25.67
48
P.008
POKOK SENA
87068
80.50
25.99
40.93
33.08
49
P.012
JERAI
79157
80.00
33.12
32.94
33.94
Angka bertulisan merah menunjukkan calon hilang wang pertaruhan.

PH yang menggunakan logo PKR meletakkan calon-calon Melayu mewakili PKR, PPBM (Bersatu) dan Amanah di semua 49 kerusi majoriti Melayu tersebut. Tiada calon mewakili DAP.  PH menang 5 kerusi: 3 Bersatu, 1 PKR dan 1 Amanah. Di Langkawi, calon Bersatu, Tun Dr Mahathir, menang dengan memungut 54.90% undi. Sementara 4 calon yang lain memungut kurang separuh undi: 42.55% di Jerlun (Bersatu), 49.70% di Kubang Pasu (Bersatu), 46.80% di Kangar (PKR) dan 40.93% di Pokok Sena (Amanah). 16 orang calon PH hilang wang pertaruhan: 15 di Kelantan dan Terengganu dan seorang di Pekan (lawan DS Najib). Jadual 1 menjelaskan bahawa di kawasan pengundi Melayu menguasai komposisi lebih 95 peratus, persaingan sebenar adalah antara BN menerusi UMNO dan Pas, yang memperlihatkan sebahagian besar calon-calon PH hilang wang pertaruhan.

BN meletakkan semua calon UMNO di 49 kawasan majoriti mutlak Melayu dan berjaya memenangi 26 kerusi.  Sungguhpun UMNO menguasai separuh dari kerusi majoriti Melayu tetapi ancaman dari PH menerusi Bersatu membantu mengurangkan sokongan pengundi Melayu kepada UMNO sebagaimana PRU yang lepas. 

Semua kerusi Parlimen Pas iaitu 18 kerusi dikutip dari kawasan majoriti Melayu mutlak. Daripada 15 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 96 peratus, 11 darinya dimenangi oleh Pas. Tanpa penyertaan Pas, membolehkan UMNO memperolehi kemenangan yang besar dalam saingan satu lawan satu dengan PH. Calon UMNO perolehi 67.71 peratus undi di Pengerang, 69.14% di Kota Tinggi, bila Pas tidak ikut bersaing.

Jadual 1 merumuskan bahawa semakin besar peratusan pengundi Melayu, semakin besar pungutan undi oleh Pas dan sebaliknya semakin kecil pungutan undi oleh calon PH. Data perolehan dari PRU14 di kawasan majoriti Melayu ini, menyimpulkan pungutan undi yang lebih besar kepada parti yang akan mewakili PN, undi UMNO, undi Pas dan sebahagian undi PH menerusi penyokong Bersatu.

JADUAL 2

PRU14: PERATUSAN UNDI BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN BAGI TIGA PARTI UTAMA DI KAWASAN PEMILIH MELAYU 60-79.9 PERATUS




Jum.Pemilih
% Melayu
% Undi BN
% Undi PKR
% Undi Pas
1
P.147
PARIT SULONG
59943
78.41
49.19
36.45
14.36
2
P.079
LIPIS
35383
78.18
49.82
26.43
23.75
3
P.010
KUALA KEDAH
100618
78.00
24.51
46.26
29.23
4
P.058
BAGAN SERAI
59293
77.89
36.44
27.48
36.08
5
P.061
PADANG RENGAS
30996
77.55
41.50
31.42
27.08
6
P.042
TASEK GELUGOR
54091
77.18
35.73
35.58
28.69
7
P.129
KUALA PILAH
49941
76.92
44.35
44.85
10.80
8
P.154
MERSING
48337
76.28
53.00
30.37
16.63
9
P.098
GOMBAK
141112
75.30
22.17
63.10
14.73
10
P.155
TENGGARA
44638
74.98
54.39
38.37
7.24
11
P.095
TANJONG KARANG
47198
74.90
43.45
38.58
17.97
12
P.041
KEPALA BATAS
53010
74.65
42.94
33.89
23.17
13
P.139
JASIN
73590
73.49
43.00
42.65
14.35
14
P.131
REMBAU
88548
73.21
48.87
42.96
8.16
15
P.164
PONTIAN
51349
72.99
46.21
44.39
9.39
16
P.059
BUKIT GANTANG
69873
72.39
39.48
32.29
28.23
17
P.074
LUMUT
67157
72.05
40.18
40.93
18.89
18
P.108
SHAH ALAM
107316
71.60
23.70
60.00
16.30
19
P.119
TITIWANGSA
61725
70.48
39.10
47.31
13.59
20
P.136
TANGGA BATU
86784
69.78
40.15
46.89
12.96
21
P.057
PARIT BUNTAR
51860
69.35
31.96
39.22
28.82
22
P.054
GERIK
35903
69.10
48.49
23.26
28.25
23
P.018
KULIM-BANDAR BAHARU
65655
68.90
33.67
42.62
23.71
24
P.093
SUNGAI BESAR
48739
68.71
40.37
42.11
17.52
25
P.044
PERMATANG PAUH
72102
68.70
28.45
50.89
20.66
26
P.067
KUALA KANGSAR
33540
67.96
40.26
37.83
21.90
27
P.096
KUALA SELANGOR
69397
67.60
35.74
49.97
14.29
28
P.088
TEMERLOH
75261
67.07
36.32
39.45
24.22
29
P.082
INDERA MAHKOTA
77321
66.79
27.66
44.85
27.49
30
P.083
KUANTAN
62831
66.52
26.71
44.57
28.72
31
P.014
MERBOK
87782
66.50
29.19
43.31
27.50
32
P.143
PAGOH
50225
66.36
38.97
55.21
5.82
33
P.063
TAMBUN
107763
66.32
38.35
44.46
17.19
34
P.149
SRI GADING
50950
65.21
41.15
48.58
10.27
35
P.146
MUAR
52763
64.45
36.57
53.09
10.35
36
P.009
ALOR SETAR
73533
63.20
22.18
50.80
27.02
37
P.133
TAMPIN
61026
62.69
44.22
46.29
9.49
38
P.126
JELEBU
48634
62.42
48.93
43.68
7.39
39
P.137
HANG TUAH JAYA
89509
62.38
39.73
51.01
9.26
40
P.113
SEPANG
104508
62.30
30.92
51.56
17.52
41
P.090
BERA
58748
62.17
43.89
39.00
17.11
42
P.015
SUNGAI PETANI
112577
61.00
25.97
49.35
24.67
43
P.127
JEMPOL
72264
60.88
46.83
43.98
9.20
44
P.135
ALOR GAJAH
70540
60.83
38.66
50.73
10.61
45
P.153
SEMBRONG
44137
60.58
59.24
40.76

46
P.094
HULU SELANGOR
100990
60.39
32.30
48.10
19.60
47
P.118
SETIAWANGSA
73469
60.27
33.03
56.65
10.32
48
P.151
SIMPANG RENGGAM
43615
60.15
40.99
50.69
8.33
49
P.053
BALIK PULAU
53657
60.12
38.19
51.17
10.64
Angka bertulisan merah menunjukkan calon hilang wang pertaruhan.


Jadual 2 menganalisis data PRU14 di kawasan pengundi Melayu menguasai 60 hingga 80 peratus dari jumlah jumlah pemilih. Jadual 2 masih mendedahkan data kecenderungan dan aliran pengundian kawasan majoriti Melayu, amat jelas perbandingan dengan Jadual 1. Kedua-kedua jadual ini memperlihatkan aliran selari jumlah atau peratusan undi yang diperolehi oleh Pas. Semua kerusi Parlimen yang dimenangi Pas adalah dari Jadual 1, kawasan pengundi Melayu melebihi 80 peratus. Di kawasan pemilih Melayu yang semakin berkurang yang digambarkan oleh Jadual 2, seramai 13 orang calon Pas ilang wang pertaruhan, sebahagian besarnya di kawasan selatan Semenanjung. 

Jadual 2 menggambarkan kesan dari saingan tiga penjuru, sebahagian besar calon yang menang adalah dengan pungutan undi di bawah 50 peratus. Kerusi Parlimen dalam kelompok ini berjumlah 49, BN menang 19 dan PH 30 kerusi. Semua parti meletakkan calon Melayu. 16 kerusi BN dan 17 kerusi PH mencatat perolehan undi bawah 50 peratus, yang menggambarkan parti yang menang tidak mendapat sokongan majoriti pengundi berkenaan, kerana bilangan undi parti yang kalah lebih tinggi. Contohnya di Bagan Serai, BN menang setelah perolehi 36.44 peratus undi, sedangkan 63.55 peratus pengundi memilih PH dan Pas. Di Parit Buntar, calon PH menang setelah dapat 39.22 peratus undi, 60.78 peratus undi pergi ke bakul BN dan Pas.