Rabu, 30 April 2014

1 Mei

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN HARI PEKERJA

Pertamanya diucapkan selamat menyambut perayaan Hari Pekerja, 1 Mei, hari ini, kepada semua sektor yang terlibat dengan industri pengeluaran dan perkhidmatan. Waima dalam apa juga bidang penawaran, sektor awam, sektor swasta dan persendirian, di samping menjalankan tugas hakiki memenuhi tuntutan Ilahi; rezeki wajib dicari bukan mengharapkan ihsan insan lain. Hari ini adalah pentas menghargai san meraikan sumbangan semua aktor pengeluaran memenuhi keperluan ummah  demi mematuhi tanggungjawab insan.

Sempena sambutan 1 Mei tahun ini, gabungan partai politik pembangkang dan NGO, menyambutkan dengan himpunan bantah GST (goods and service tax). Setahun dari tarikh 1 Mei hari ini: 1 Mei 2015, kerajaan minoriti 47 peratus yang menguasai Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan cukai berkenaan. Asas bantahan adalah cukai ini akan menjadikan setiap rakyat yang membeli barangan atau perkhidmatan adalah secara langsung penyumbangan cukai. Dengan lain perkataan, cukai setiap orang, di setiap sektor: pengeluaran, pemborongan, peruncitan dan isi rumah sebagai pengguna.

Kenaikan harga barangan yang tidak selari dengan kadar cukai sebagaimana kelaziman yang ditanggung oleh pengguna, memungkinan kos kehidupan akan meningkat. Peningkatan kos sara hidup yang lebih tinggi nisbahnya berbanding cukai, antara lingkaran yang akan menambat masyarakat kepada tekanan perbelanjaan yang menjurus kepada ketidakseimbangan pengurusan diri, rumah tangga dan keluarga.

Kejatuhan harga getah amat dirasai, bukan kepada anggota masyarakat yang terlibat dengan industri berkenaan, tapi juga memberi kesan kitaran kepada sektor lain. Pada harga getah beku, RM2.45 sekilo kelmarin, sungguhpun ada sedikit kenaikan berbanding sebulan lalu, RM2.10 sekilo, pusat pembelian getah di kampung lengang, kunjungan ke pasar harian juga lengang. Tiga tahun lepas, di musim yang sama, harganya cukup tinggi, mencecah RM7.00 sekilo.  Menteri kata pada masa itu, harga getah beku akan menjulang RM10.00 sekilo. Bila masanya. Apakah selepas GST dilaksanakan?

Bagi mereka yang membantah GST dan berhimpum dalam Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka, ada baiknya, kerana amat bimbang kesan kenaikan harga lantaran elemen pencukaian kepada kesahteraan hidup. 

Sebaliknya, bagi mereka yang pesimis dengan himpunan hari ini, ada baik dan logiknya. Kenaikan kos kehidupan lantaran unsur-unsur percukaian adalah elemen yang pasti berlaku dalam kita menuju negara maju. Secara langsung ianya mendedahkan kepada cabaran dan semangat kerja  yang tinggi demi memaksimakan pendapatan untuk memaksimakan kepuasan dalam budaya penggunaan atau konsumerisme. GST akan menghambat kita ke budaya persaingan dari segi: pendidikan, kerjaya, sikap dan persepsi hidup. GST juga akan membantu penyokong dan pejuangan hak kesamarataan menerusi 1Malaysia sama-sama menyumbang dan menjadi pembayar cukai yang aktif untuk kemajuan negara. Tak kira taraf kehidupan, miskin atau kaya, korporat atau marhaen, desa atau kota, sama-sama berkorban dan beri sumbangan untuk negara.

Selamat menyambut 1 Mei, Hari Pekerja 2014. 

Jumaat, 25 April 2014

Derma & Cukai Pendapatan

KESAN DERMA KE ATAS CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Wajarlah seseorang pengguna mempersoalkan ke mana perbelanjaannya disalurkan, khususnya berkaitan dengan sumbangan derma, hadiah atau menginfakkan  harta untuk kepentingan awam. Hak pengguna mengesahkan hartanya digunakan untuk memperolehi ganjaran yang terbaik dan dimunafaatkan sepenuhnya. 

Sejak seminggu lalu, saya banyak diajukan dengan persoalan sumbangan untuk membangunkan masjid atau tempat ibadat mendapatan ganjaran setimpal pengorbanan dalam bentuk pelepasan cukai. Ini lantaran, saya terlibat secara langsung dalam pengutipan dana untuk membangunankan sebuah masjid di kariah saya tinggal. Minggu lepas, telah dilancarkan dengan rasminya, penjualan dan pembelian lot untuk dijadikan tapak tambahan masjid mukim. Pihak Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid membeli satu kawasan tanah seluas 0.25 ekar, dalam perancangan meluaskan kawasan untuk pembangunan dan pembesaran masjid, dan menjualkan setiap kaki persegi  kepada orang ramai yang kemudiannya diwakafkan kepada masjid. 

Harapan orang ramai yang membeli setiap kaki persegi atau lot, dengan harapan dapat pelepasan atau pengurangan beban cukai pendapatan.  

Mengikut taksiran semasa iaitu Taksiran 2013, bagi pendapatan individu setahun kurang dari RM29,775.00 atau pendapatan tetap bulanan RM2,480.00 tidak perlu membayar cukai pendapatan individu. Berdasarkan jadual di bawah yang digunakan dalam taksiran cukai pendapatan terkini, apakah kesan sumbangan derma kepada taksiran cukai pendapatan.
Jadual 1 

PELEPASAN CUKAI KE ATAS PEMBAYAR CUKAI MENERUSI PCB


Perkara
RM
1
Pelepasan individu
9000.00
2
Insurans nyawa dan KWSP
6000.00
3
Isteri / suami
3000.00
4
Anak di bawah umur 18 tahun
1000.00

JUMLAH
15000.00

Jadual 2
PELEPASAN CUKAI KE ATAS PEMBAYAR CUKAI
LUAR PCB

Perkara
RM
1
Faedah pembelian rumah
10000.00
2
Yuran pendidikan sendiri
5000.00
3
Pembelian computer untuk individu
3000.00
4
Tabungan bersih dalam SSPN
3000.00
5
Insurans pendidikan dan perubatan
3000.00
6
Pembelian buku, majalah, jurnal & penulisan
1000.00
7
Pemeriksaan perubatan
500.00
8
Yuran jalur lebar
500.00
9
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300.00

JUMLAH
26300.00

Jadual 3
PELEPASAN CUKAI KE ATAS PEMBAYAR CUKAI 
TIDAK TERMASUK PCB

Perkara
RM
1
Individu kurang upaya
6000.00
2
Pembelian peralatan sokongan (individu kurang upaya, tanggungan, isteri & ibu bapa)
5000.00
3
Anak kurang upaya
5000.00
4
Perbelanjaan perubatan ibu bapa
5000.00
5
Anak belum kahwin sedang belajar pra-universiti, matrikulasi
1000.00
6
Suami isteri kurang upaya
3500.00
7
Anak belum kahwin sedang belajar di peringkat ijazah
4000.00
8
Skim anuiti baru atau tambah
1000.00

JUMLAH
35500.00

Jadual 4
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU MENGIKUT TAKSIRAN 2013
PENDAPATAN BERCUKAI (RM)
PENGIRAAN (RM)
KADAR (%)
CUKAI KENA BAYAR
(RM)
0 -2500
2500 pertama
0
0
2500 – 5000
2500 berikut
0
0
5000 – 10000
5000 berikut
2
100
10000 – 20000
10000 pertama
10000 berikut

2
100
200
20000 – 35000
20000 pertama
15000 berikut

6
300
900
35000 – 50000
35000 pertama
15000 berikut

11
1200
1650
50000 – 70000
50000 pertama
20000 berikut

19
2850
3800
70000 – 100000
70000 pertama
30000 berikut

24
6650
7200
LEBIH 100000
10000 pertama
Setiap ringgit berikut

26
13850

 Contoh 1: Individu A, berpendapatan tetap bulanan RM3000.00. Mempunyai seorang isteri, 4 anak: 1 di IPTA, 2 sekolah menengah dan seorang sekolah rendah, mencarum dalam KWSP, membeli sebuah rumah, serta menabung SSPN.   

Pendapatan agregate atau pendapatan tahun beliau ialah RM36,000.00. Pelepasan cukai beliau adalah: RM9,000.00 + RM3,000.00 + RM4,000.00 + RM3,000.00 + RM6,000.00 + RM10,000.00 + RM3,000.00 = RM38,000.00 (rujuk Jadual 1, 2 & 3).  Pendapatan bercukai ialah pendapatan agregate tolak pelepasan = -RM2,000.00. Individu A mempunyai pendapatan bercukai negatif, tak layak membayar cukai.

Jika pendapatan beliau RM4,000.00 sebulan, pendapatan agregate: RM48,000.00 tolak pelepasan RM38,000.00, menghasilkan RM10,000.00 pendapatan bercukai. Cukai yang beliau kena bayar ialah cuma RM100.00 sahaja, iaitu 2% bagi pendapatan RM10,000.00 pertama (rujuk Jadual 4).

Adapun derma atau sumbangan kepada institusi atau organisasi yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah terhad 7% daripada pendapatan agregate atau jumlah pendapatan tahunan, berdasarkan kepada Subseksyen 44 (6) Akta Cukai. Dengan pendapatan RM48,000.00, individu A layak mendapat pelepasan sebanyak RM3,360.00 sahaja. 

Jika beliau menderma sebanyak maksima 7% iaitu RM3,360.00, maka jumlah pelepasan beliau adalah RM41,360, maka pendapatan bercukai beliau adalah RM6,640.00 (RM48,000.00 tolak RM41,360.00). Cukai pendapatan beliau : RM32.80, iaitu RM6,640.00 tolak RM5,000.00 = RM1,640.00 dharab 2%. 

 Contoh 2: Individu B, mempunyai pendapatan tahunan RM120,000.00. Beliau memiliki 5 tanggungan: 1 isteri, 3 anak masih menuntut peringkat pengajian tinggi dan 1 peringkat menengah. Masih menanggung hutang pemilikan 2 buah rumah, menyertai insurans nyawa, membeli satu set komputer dan menampung perbelanjaan jalur lebar anak. Jumlah pelepasan beliau adalah: RM9000 + RM3000 + RM12000 + RM1000 + RM10000 +RM6000 + RM3000 +RM500 = RM44500. 

Pendapatan bercukai B: pendapatan agregat tolak pelepasan = RM120000.00 tolak RM44500.00 = RM75500.00. Kadar cukai yang dikenakan ialah: RM6650.00 (bagi RM70000.00 pertama) tambah RM1320.00 (RM5500.00 berikut dharab 24%) iaitu RM 7970.00.

Individu B cuma layak menderma sebanyak RM8400.00 sahaja yang boleh dikira sebagai pelepasan, di atas kehendak Subseksyen 44(6) Akta Cukai  iaitu maksimun 7% dari pendapatan agregate. Pelepasan yang diizinan dalam pengiraan ialah RM44500.00 + RM8400.00 = RM52900.00.

Pendapatan bercukai beliau dengan tambahan pelepasan ialah: RM120000.00 tolak RM52900.00 = RM67100.00. Kenaan cukai ke atas beliau adalah: RM2850.00 (bagi RM50000 pertama) tambah RM3249.00 (RM17100.00 berikut dharab 19%) berjumlah RM6099.00. 

Dua contoh di atas, Individu A mewakili mereka yang berpendapatan sederhana dan Individu B mewakili golongan berada. 

Bagi Individu A, dengan sumbangan derma untuk masjid atau kemudahan awam yang lain, maksima RM3,360.00 iaitu had 7% dari pendapatan setahun mengikut peruntukan perundangan, beliau cuma dapat jimat pembayaran cukai sebanyal RM67.20 sahaja (RM100.00 tolak RM32.80).

Sementara Individu B, dapat kurangkan cukai pendapatan RM1,871.00 sahaja (RM7970.00 tolak RM6099.00), apabila menyumbangkan maksima derma RM8,400.00. 

Pembayar cukai sebenarnya dapat meringankan beban cukai, tetapi terpaksa korbankan nilai yang tinggi dalam bentuk derma, seandainya niat sumbangan derma kerana untuk mengurangkan cukai bukan untuk mendapat ganjaran dari Allah. Justeru itu, mana-mana isi rumah atau pengguna selaku pembayar cukai, tidak perlu persoalkan sumbangan derma memberi keuntungan dari perbelanjaan, yang utama tanpa banyak soal, menderma untuk dapat ganjaran kerana Allah. Ikhlaskan menderma tanpa persoalkan apakah mendapat manfaat dari segi pengurangan beban cukai atau melebarkan pelepasan cukai. Pembayar cukai tidak seharusnya mencampuradukan antara tanggungjawab sosial iaitu membayar cukai dengan tanggungjawab menunai derma sebagai satu ibadat yang ikhlas, suci dan hanya pembalasan dari Allah sahaja. Tak perlu tanya sama ada mendapat pengecualian cukai.