Isnin, 10 Julai 2023

Faktor N9

 

JANGKAAN LEDAKAN PERUBAHAN DALAM PRU NEGERI DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan yang memperlihatkan kelainan pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) bahagian pilihanraya Persekutuan tahun lepas berbanding pencapaian Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di negeri-negeri dalam Semenanjung, dijangka akan alami perubahan dalam PRU negeri bulan depan. 

Semua kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dibolot oleh BN dan PH, menjadikan satu-satunya negeri PN gagal memenangi sebarang kerusi. Calon PN menduduki tempat ketiga di belakang calon BN dan PH di semua kerusi, dengan pencapaian lebih baik berbanding penyertaan calon Pas dalam PRU14. Dalam PRU14, Pas bertanding di semua kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, dengan hanya di Seremban saja deposit diselamatkan, dan hilang wang pertaruhan di 7 kawasan Parlimen lain. Perbandingan pencapaian calon PN dalam PRU15 berasaskan kepada pencapaian calon Pas dalam PRU14, di kala PPBM (Bersatu) bersama PH dan Gerakan bersama BN. 

Jadual 1

BEZA UNDI BN PRU14 & PRU15


PRU14

PRU15

Perubahan

%

JELEBU

19062

21805

2743

14.39

JEMPOL

26819

30138

3319

12.38

SEREMBAN

24809

24584

-225

-0.91

KUALA PILAH

17845

21423

3578

20.05

RASAH

14939

19447

4508

30.18

REMBAU

36096

53075

16979

47.04

PORT DICKSON

18515

18412

-103

-0.56

TAMPIN

21433

23283

1850

8.63

 

179518

212167

32649

18.19

 

BN telah mempertahan kerusi Jelebu, Jempol dan Rembau serta merampas Kuala Pilah dan Tampin dari PH. Kesemuanya 5 kawasan ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu. Jadual 1 memaparkan pertambahan undi BN sebanyak 18.19% dari PRU14 ke PRU15, yang meyaksikan antara negeri di mana undi BN meningkat di kala keseluruhannya undi BN merosot sebanyak 0.90% di Semenanjung. 

Selain Negeri Sembilan, BN berjaya meningkatkan undi di Selangor (19.28%), Pahang (17.19%) dan Johor (2.85%). Di negeri-negeri lain, undi BN merosot di kala peningkatan pengundi yang lebih tinggi ekoran pendaftaran pemilih secara automatik dan penurunan umur pendaftaran pemilih kepada 18 tahun. Sungguhpun undi BN meningkat di Selangor tanpa memenangi sebarang kerusi, tapi masih rendah berbanding peningkatan 51.91% pertambahan pemilih di Selangor dalam tempoh berkenaan. Di Negeri Sembilan, peningkatan undi BN berserta pertambahan kerusi dimenangi, peningkatan undi sebanyak 19.28% masih rendah tidak beriringan dengan pertambahan peratusan 39.99% jumlah pemilih Negeri Sembilan dalam tempoh terbabit. 

Pencapaian BN di Negeri Sembilan bolehlah dikategorikan sebagai satu kejayaan cemerlang, mampu mengautkan undi yang besar di kawasan majoriti bukan Melayu, Rasah serta sedikit kemerosotan di kawasan campuran; Seremban dan Port Dickson. Kejayaan BN di Negeri Sembilan mempamerkan UMNO masih relevan  setelah semua calon UMNO menang. Kekuatan BN, UMNO khususnya lebih terserlah di Negeri Sembilan berbanding pencapaian BN di Johor dan Melaka yang mempersembahan kecemerlangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.

Sungguhpun PH menguasai kerajaan Negeri Sembilan, Jadual 2 menceritakan gambaran kemerosotan sokongan di kawasan pemilih majoriti Melayu, kecuali Rembau. Peningkatan pemilih yang besar di Rasah, 53,058 orang atau 51.59% dan di Rembau, 45,190 orang atau 51.49%, memberikan peningkatan undi yang besar kepada semua parti yang bertanding, sama ada yang menang atau yang kalah. Malah memberikan peningkatan besar kepada undi PN yang bertanding sebagai calon Pas dalam PRU14. Jadual 4 mempamerkan undi Pas di Rasah, 8,260 undi meningkatan kepada undi PN, 18,810 undi dalam PRU15, iaitu peningkatan 127.2%, di Rembau, undi Pas, 6,028 undi dalam PRU14, melonjak kepada 21,875 undi untuk PN atau peningkatan 262.89% dalam PRU15.

Jadual 2

BEZA UNDI PH PRU14 & PRU15


PRU14

PRU15

Perubahan

%

JELEBU

17017

13680

-3337

-19.61

JEMPOL

25188

24281

-907

-3.60

SEREMBAN

55503

63916

8413

15.16

KUALA PILAH

18045

14940

-3105

-17.21

RASAH

61806

81434

19628

31.76

REMBAU

31732

33178

1446

4.56

PORT DICKSON

35225

42013

6788

19.27

TAMPIN

22435

22007

-428

-1.91

 

266951

295449

28498

10.68

 

Pembentukan kerajaan Madani yang menggabungkan PH dan BN telah memberikan gambaran kekuatan pakatan PH-BN sebuah gabungan yang padu, kukuh dan sukar diancam pihak lawan khususnya PN, sebagaikan gambaran Jadual 3. Tidak mungkin kerajaan PH-BN Negeri Sembilan akan tumbang dalam PRU negeri,  bulan depan. Mana mungkin kekuatan gabungan undi yang besar sukar digugat oleh PN. Gabungan undi 507,616 jauh meninggalkan jumlah undi dipungut PN sebanyak 95,357 undi, sebagaimana Jadual 4. 

Realitinya, gambaran pemerhatian politik menunjukkan kerajaan PH-BN Negeri Sembilan bakal menjadi medan tempur sengit gabungan Madani PH-BN dengan PN. Pemerhatian ke atas laporan media semasa khususnya medsos, menatijahkan masyarakat massa sudah hilang mood dengan pentadbiran kerajaan Madani di peringkat Persekutuan mengalir kesannya ke Negeri Sembilan.  Melihat kepada kehadiran luar biasa di majlis pelancanran jentera pilihanraya PN peringkat Negeri Sembilan malam tadi, dan majlis seumpama dua minggu lepas, lebih dekat menjurus kepada perubahan besar akan berlaku dalam PRU negeri. Politik Negeri Sembilan, bersama keberadaan UMNO dan rakan komponennya Johor dan Melaka, sebelum ini terkenal sebagai benteng kekuatan UMNO, cuba melarikan diri dari pengaruh UMNO. Sebelum ini, lazimnya majlis ceramah PN serta Pas di zon Selatan Semenanjung,  kerusi kosong menguasai majlis.

Jadual 3


CANTUMAN UNDI BN & PH PRU15


BN

PH

Jumlah

JELEBU

21805

13680

35485

JEMPOL

30138

24281

54419

SEREMBAN

24584

63916

88500

KUALA PILAH

21423

14940

36363

RASAH

19447

81434

100881

REMBAU

53075

33178

86253

PORT DICKSON

18412

42013

60425

TAMPIN

23283

22007

45290

 

212167

295449

507616

 

Jadual 4 

BEZA UNDI  Pas (PRU14) & PN (PRU15)


PRU14

PRU15

Perubahan

%

JELEBU

2878

9596

6718

233.43

JEMPOL

5267

16722

11455

217.49

SEREMBAN

11506

33075

21569

187.46

KUALA PILAH

4347

11560

7213

165.93

RASAH

8260

18810

10550

127.72

REMBAU

6028

21875

15847

262.89

PORT DICKSON

6594

18235

11641

176.54

TAMPIN

4598

14962

10364

225.40


49478

144835

95357

192.73

Dalam PRU14, Pas meletakkan calon bertanding di semua 8 kerusi Parlimen, 7 calonnya hilang wang pertaruhan. Hanya kerusi Seremban sahaja dapat menyelamatkan wang pertaruhan calon Pas. Sedangkan Seremban adalah kawasan campuran.  Sementara di bahagian pilihanraya negeri, Pas bertanding di 27 kerusi dari jumlah 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pas hanya mampu selamatkan wang pertaruhan di 4 kerusi sahaja; Pilah, Johol, Labu dan Gemas, semuanya kawasan majoriti pemilih Melayu. Kawasan-kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar seperti Seri Menanti (92.55% Melayu), Palong (88.25% Melayu), Chembong (80.79% Melayu), Juasseh (79.87% Melayu), telah menghilangkan wang pertaruhan calon Pas. 

Dalam PRU14, sama ada di kerusi Parlimen atau DUN, saingan adalah antara calon BN dengan PH, meletakkan undi calon Pas tertinggal di belakang. Berbeza dengan PRU15, walaupun dalam saingan 3 penjuru, Pas menerusi PN bersama Bersatu dan Gerakan berjaya meningkatkan undi dengan kadar yang besar yang menyaksikan peningkatkan undi sebanyak 192.73% (Jadual 4), dan tiada calon PN hilang wang pertaruhan. 

Andainya DUN Negeri Sembilan dengan 20 ADUN PH (11 DAP, 7 PKR, 2 Amanah) dan 16 BN (15 UMNO, 1 MIC) tanpa pembangkang akan bertukar tangan, akan mencatat rekod dalam sejarah politik Malaysia, belum pernah mana-mana kerajaan tanpa pembangkang boleh tumbang. Ini berbeza dengan DUN Sabah yang dikuasai oleh 32 kerusi penuh oleh kerajaan Perikatan USNO-SCA bagi sesi 1971-1976, lantaran sudah berlaku beberapa ADUN USNO keluar parti sebelum penggal DUN berakhir. 

Berpandukan kepada keupayaan PN menarik undi yang tinggi dalam PRU15, berlatarbelakangkan pencapaian buruk Pas dalam PRU14, memungkinkan pencapaian PN dalam PRU15 sebagai indeks undi dan disokong dengan perkembangan semasa kecenderungan massa menolak PH-BN, ada asas meramalkan PN mampu menang di Negeri Sembilan. Biarkan angka berbicara untuk menoktahkan pemerintahan PH-BN, yang menjadi asas pembentukan referendum sikap rakyat terhadap kerajaan Madani. DUN Negeri Sembilan memilik 20 kerusi majoriti pengundi Melayu, berbanding 11 kerusi majoriti bukan Melayu dan 5 kerusi campuran, yang secara langsung memberi kelebihan kepada kehilangan mood pengundi kepada PH-BN, mengikuti sikap pengundi Melayu di negeri-negeri lain yang dipersembahkan dalam PRU15. Kecenderungan pemilih mengundi calon-calon UMNO mungkin berubah setelah menyedari pengundi Melayu di negeri lain sudah menolak UMNO. Apapun sejauhmana keupayaan PN mengajak pemilih Negeri Sembilan meramaikan kehadiran dalam program anjuran PN dapat diterjemahkan di peti undi.