Selasa, 24 Julai 2012

Tarikh Pilihanraya (2)

TARIKH PILIHANRAYA SEWAJARNYA DITENTUKAN

Kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiuddin Hassan; andainya Pakatan Rakyat dapat menguasai pemerintahan kerajaan Pusat selepas selesai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), tarikh pilihan raya umum yang berikutnya akan ditentukan lebih awal, adalah kenyataan terbaru yang amat menarik.

Dua minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, memaklumkan beliau akan bincang dengan Peguam Negara, kenyataannya terdahulu, yang mencadangkan pilihan raya umum cuma diadakan apabila genap tempoh mandat lima tahun. Perkara ini harus dilihat dari sudut perundangan, apakah memerlukan pindaan Perlembagaan atau sekadar menambah peruntukan dalam Peraturan atau Akta SPR.

Ramalan tarikh pilihan raya bermula tahun lepas, selepas genap Parlimen ke 12 mencecah usia 36 bulan tahun serta keputusan UMNO menangguhkan pemilihan jawatan dalam parti 3 peringkat: cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi. Peruntukan parti memberikan tempoh 18 bulan. Penangguhan bertujuan memberikan tumpuan jentera parti menghadapi PRU13 serta mengelakkan kesan perbalahan semasa pemilihan dalam persiapan menhadapi pilihan raya. Pengalaman lepas, bila UMNO menangguhkan pemilihan jawatan dalam parti, diekori pilihan raya umum.

Tarikh popular 11 November 2011, selepas janji bajet 2012 dibentangkan yang disifatkan mesra rakyat, tinggal kenangan. Lepas tu, Mac 2012, kemudian Jun 2012, terakhir sebelum puasa, semuanya tak jadi kenyataan.

Diramalkan musim haji, atas logik bajet 2013 dibentangkan pada 28 September, iaitu semasa 30,000 umat Islam dari Malaysia berada di tanah suci. Hari Raya Qurban, 28 Oktober. Pilihan raya, dijangka dalam bulan Oktober. Tarikh ini membuah secebis bantahan beberapa pihak, terutamanya dari Pas, kerana menyekat ruang untuk umat Islam yang mengerjakan haji menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Satu pandangan berpendapat tidak menjadi masalah besar bilangan 30,000 jemaah haji kerana ianya cuma 0.23 peratus dari jumlah 13 juta pengundi semasa. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, pernah keluarkan pandangannya awal tahun ini, mengundi adalah wajib bagi umat Islam, di atas ketebertanggungjawabaan dan keperluan ummah semasa. Ambil pengalaman bagaimana kerajaan Pas Kelantan boleh bertahanan, bila kedudukan kerusi dalam DUN Kelantan, kerajaan mengatasi pembangkang dengan beza 1 kerusi (kerajaan 23, pembangkang 22). Salah satu dari kerusi Pas tersebut, iaitu Kemuning, Pas cuma menang dengan 2 undi dalam PRU11 (PRU 2004): calon Pas 6,078 undi, calon BN 6,076 undi.

Andaiannya pilihan raya yang menghasilkan keputusan seperti kes Kemuning, yang menentukan pembentukan sebuah kerajaan berlaku semasa musim haji. Andainya, calon BN menang di Kemuning, kerana ada 3 orang penyokong UMNO yang sudah pasti mengundi BN, yang sedang berada di luar negara, membatalkan urusan mereka dan balik kampung, BN akan membentuk kerajaan baru.

Itulah rasionalnya satu undi amat penting bahkan boleh menentukan penguasaan sebuah kerajaan. Sungguhpun Pas berjaya bentuk kerajaan serta mempertahankan kerajaan yang dibina sejak 22 Oktober 1990 dengan undi paling kecil dalam sejarah, tetapi secara maruah menerusi amalan pilihan raya berasaskan perwakilan mengikut kawasan dengan konsep " the first who passed the post". Ianya satu pembentukan kerajaan lebih bermaruah berbanding pembentukan kerajaan BN Perak 2009, atas amalan " crossovers formed simple majority", yang lebih bersifat mengkhianati amanah undi yang diberikan rakyat. Tanpa merujuk kepada rakyat yang memberi amamah.

Di kerusi Jelapang, seramai 12,219 rakyat di situ menolak BN dan BN hanya disokong oleh 5,521 pengundi sahaja. Sepatutnya ADUN Jelapang, Ho Yitt Foong,  serahkan kepada rakyat, buat keputusan baru, menerusi satu pilihan raya kecil, untuk tentu di pihak mana rakyat hendak ADUN mereka duduki. Sangat tak munasabah, majoriti besar rakyat di situ tolak BN, tolak BN ertinya tolak kerajaan yang memerintah di Perak sebelum PRU12, ingin menjadikan kawasan Jelapang diwakili seorang ADUN mesra BN, walaupun tidak masuk mana-mana parti komponen BN. Begitu juga majoriti rakyat di Changkat Jering dan Behrang, yang menolak BN. Tidak ketinggalan di kawasan Malim Nawar.

Jaafar Hassan (kemudiannya Dato') mungkin tidak jadi Menteri Besar Perlis, kiranya 6 orang penyokong UMNO atau Perikatan, tidak keluar mengundi dalam PRU3 (PRU 1969). Dalam pilihan raya itu, beliau dapat 1,973 undi berbanding undi diperolehi calon heavyweight dari Pas, Ustaz Abu Bakar Hamzah, 1,968 undi. Beza 5 undi sahaja, di kerusi Sanglang.

Terbaru, satu ramalan menyebut PRU13 sebelum bajet 2013, yang akan dibentangkan 28 September ini. Ianya berasaskan kepada faktor untuk menepikan ruang anak muda, pengundi di saluran 3 atau 4 atau 5, keluar mengundi. Pengalaman PRU12, peratus pungutan calon-calon BN di saluran-saluran tersebut adalaha rendah berbanding saluran 1 dan 2. Peratus keluar mengundi secara realtifnya rendah di seluruh negara, bagi pengundian di saluran 3, 4 dan 5. Faktor dominat peratus keluar mengundi rendah, ialah mereka tidak pulang kampung kerana bahagian pengundi saluran terakhir di mana-mana daerah mengundi, tinggal di luar kawasan. Mereka yang sudah pulang berhari raya, sebahagiannya tidak balik kampung lagi. Tambahan pula, kesukaran mendapat cuti bagi pekerja sektor swasta. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak menjadikan advantage BN. 

Justeru itu diramalkan PRU13, sebelum Hari Malaysia 16 September. Sehubungan dengan itu, Parlimen dijangka dibubarkan selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.


Jangkaan ini diperkukuhkan lagi dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan " Janji Ditepati". Dianalisiskan setengah pihak, tema ini direka khusus untuk kempen pilihan raya UMNO/BN dan bukan tema yang berjiwa patriotik yang boleh dikongsi oleh semua rakyat.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, DS Rais Yatim, pada 19 Julai lalu, mengakui tema tersebut adalah slogan kempen pilihan raya.

Ramalan ini dijangka mengelakkan mengundi di musim haji yang disensasikan oleh banyak pihak. Ramalan PRU sebelum Hari Malaysia ini juga menafikan satu pandangan yang menyatakan PRU13 tidak akan berlangsung dalam tempoh selepas bulan Ramadhan. Rasionalnya, pihak UMNO/BN beranggapan disadvantage kepada UMNO, di mana calon-calon UMNO sahajalah yang menjadi harapan untuk BN terus menguasai PRU13, setelah prestasi komponen lain semakin merosot. Umat Islam, pengundi Islam, telah didekati oleh Pas menerusi aktiviti Ramadhan: munajat, taddarus, qiamullail, tazkirah dan solat terawih. Kesempatan bersama rakyat lebih menonjolkan keterlibatan aktivis Pas berbanding UMNO. Surau dan madrasah yang dikuasai penyokong UMNO tak seimakmur berbanding yang dikuasai aktivis Pas. UMNO yang berpijak di atas agama suku politik suku, serta mewakili kelas kapitalis membawa budaya fasis feudal, agak ketinggalan bersama rakyat di bulan Ramadhan.

Sungguhpun, tarikh terakhir PRU13, Jun 2013, kerana Parlimen ke 12, akan tamat tempohnya pada April 2013 dan pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari. Oleh itu, diramalkan dalam Mac 2013, kiranya tarikh sebelum Hari Malaysia bulan September ini, di mana cadangan-cadangan dalam Bajet 2013 mula dilaksanakan atau mungkin sebelum berakhir tahun ini, sebelum kerajaan memberikan bonus akhir tahun kepada kakitangan awam.

Lantaran tarikh hari pilihan raya di Malaysia menjadi teka-teki sejak sekian lama, beberapa kalangan politik dan akademik, menyarankan supaya tarikh ditentukan secara konsultatif, semua pihak yang terlibat, termasuk pihak yang menjadi kerajaan di beberapa negeri. Negara-negara jiran: Indonesia, Thailand dan Filipina, telah menetapkan tarikh lebih awal dan tidak menjadi satu kerahsiaan demi political survival.

Sepatutnya, amalan pilihan raya di Malaysia, yang mengikut sistem British iaitu perwakilan berasaskan kawasan (constituency representation), menerima  kaedah pemakaian perundangan dan peraturan pilihan raya secara total dari British. Di Britain, pilihanraya Dewan Rendah (Dewan Rakyat di Malaysia), tertakluk kepada Parliament Act 2011: menetapkan pilihan raya diadakan pada hari Khamis pertama dalam bulan Mei, setiap 5 tahun.

Di atas roh inilah, mungkin barangkali, DS Nazri Aziz, Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Parlimen, membuat saranan pilihan raya hanya perlu diadakan apabila tamat tempoh mandat, ialah apabila Parlimen atau Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya, oleh kerana genap tempoh 5 tahun. Saranan ini ekoran teka-teki tarikh pilihan raya, yang disuarakan oleh berbagai pihak.

Sebelum DS Nazri Aziz menyatakan pandangannya, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, lebih awal membidas saranan supaya tarikh pilihan raya umum ditentukan bersama, semua parti terlibat. Beliau mempertahankan penentuan tarikh pilihan raya adalah kuasa mutlak kerajaan Pusat. Sambil menegaskan, di manakah keistimewaan kerajaan yang memerintah, jika tarikh pilihan raya hendak dibincang bersama parti-parti pembangkang atau pihak lain yang berkepentingan.

Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan DS Najib Tun Razak, dituduh sebagai seorang pemimpin yang pengecut dan penakut, kerana tidak berani mengumumkan secara tepat bilakah PRU13, sedangkan pertandingan pemilihan jawatan dalam parti sudah ditangguhkan.

Akhbar The Vancouver Sun dari Kanada, terbitan 3 Julai 2012, menyebut DS Najib takut hendak umum tarikh PRU13 kerana isu kapal selam Scorpene, yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Dijangka kes ini akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum.

Dengan kematangan dan merealisasikan politik baru yang menuntut keadilan sosial yang berlaku di seluruh dunia, sudah sampai masanya tarikh pilihan raya umum ditetapkan lebih awal, sebagaimana amalan negara-negara maju dan lebih terkedepan dalam penambahbaikan kehidupan sosial menerusi penyuburan nilai-nilai demokratik.

Ada 5 asas mengapa perlunya tarikh pilihan raya diumumkan awal atau dalam tempoh yang panjang;
  1. Memudahkan rakyat menetapkan hari kenduri kahwin. Biasanya tarikh kenduri, sama masyarakat Melayu, Cina atau kaum lain, tarikh untuk mengadakan kenduri perkahwinan, hari peminangan dan seumpamanya dirancangkan dalam tempoh yang lama. Terlalu jarang ahli masyarakat mengadakan majlis perkahwinan secara spontan, kecuali kena tangkap basah. Ianya melibatkan perancangan untuk mengambil cuti.
2. Perancangan umat Islam untuk menunaikan ibadat haji dan umrah. Boleh menyebabkan, rakyat yang sedar bahawa mengundi adalah wajib bagi orang Islam, kerana Islam adalah satu cara hidup, memilih pemerintah adalah termasuk mengatur perjalanan hidup masa akan datang.

3. Perancangan rakyat untuk mengatur perjalanan atau untuk melancong ke luar negeri. Ia melibatkan pengambilan cuti dan memerlukan masa untuk mengatur perjalanan termasuk tempahan tiket, penginapan dan lain-lain.

4. Perancangan rakyat untuk mengatur sambutan atau perayaan ritual, dan perayaan keagamaan. Termasuk juga perancangan untuk mengadakan majlis sambutan tertentu yang melibatkan kelompok tertentu,

5. Tumpuan rakyat dalam kehidupan harian akan terganggu, kerana lebih banyak masa untuk aktiviti kepartian, yang lebih banyak mendedahkan persaingan menonjolkan individu atau parti, dalam tempoh yang lama dan tak menentu. Ini juga melibatkan penggunaan perbelanjaan besar untuk sesuatu majlis.

Justeru itu, amatlah wajar tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal, supaya tidak terdedah kepada teka-teki dan spekulasi, demi membina sebuah kehidupan sosial yang lebih tenteram, teratur dan terancang. Agar ada musim atau tempoh masa tertentu rakyat didedahkan dengan terlalu banyak politiking. Di Indonesia, tarikh pilihan raya dimaklumkan 6 bulan lebih awal. Begitu juga, di Thailand. Sementara di Filipina, 12 bulan lebih awal. Di Malaysia, dua atau tiga hari dimaklumkan Parlimen akan dibubar dan selepas dibubarkan pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari. Tapi biasanya, tempoh antara pembubaran Parlimen dengan hari mengundi, antara 14 hingga 18 hari, kecuali PRU3 (PRU 1969).




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     











Rabu, 18 Julai 2012

kingmaker

SIAPA KINGMAKER DALAM PRU13

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu lepas menyatakan pengundi Cina akan menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kerana undi Melayu akan berpecah kepada UMNO/BN dan Pas. Ekorannya, satu kenyataan dari MIC pula, menerusi Datuk Dr S. Subramaniam; pengundi kaum India akan menjadi penentu kemenangan mana-mana parti, sebagaimana dalam PRU12 lalu.

Tun Dr Mahathir berpandangan, undi Melayu akan berpecah kepada UMNO dan Pas, kesempatan ini diambil kaum Cina, menjadi penentu kemenangan, sama ada BN yang menang atau pakatan pembangkang melalui Pakatan Rakyat (PR). Ertinya, dengan trend sokongan kaum Cina, sebagaimana dipaparkan menerusi 16 pilihan raya kecil selepas PRU12, yang berlaku di seluruh negara, kecuali Perlis, serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kerajaan pusat yang dikuasai BN, dengan izin Allah akan tumbang.

Sementara sokongan kaum India dan Melayu, sudah menunjukkan tanda-tanda kembali ke BN. Kajian oleh Centre for Strategic Engagement (CSE) dalam kajiannya bulan lepas, menghasilkan dapatan; 8 peratus pengundi Melayu sudah beralih menyokong BN selepas PRU12. Ini adalah kesan dari beberapa penambaikkan jentera parti serta implikasi dari dasar-dasar baru kerajaan Persekutuan.

Ini sedikit sebanyak membantu mengimbangi trend sokongan keseluruhan selepas PRU12, yang akan menyaksikan PRU13, satu episod sejarah tanah air yang amat menarik, serta mendedahkan peluang terbuka kepada semua pihak atau parti. Potensi ke arah serba kemungkinan akan lebih luas dan lebih besar, sama ada kerajaan yang ada berjaya mengekalkan kuasa atau hilang kuasa.

Secara keseluruhannya, siapakah kingmaker dan pentingkah kingmaker. Justeru PRU13 berkemungkinan seperti PRU12, amalan sistem dwi parti, yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di semua kerusi antara BN dan PR akan lebih merancakkan dan mendebarkan. Setakat ini, belum parti pembangkang di luar PR, yang dominan dan nampak hebat, yang boleh meletakkan diri setanding BN dan parti-parti dalam PR, untuk menawarkan diri sebagai kuasa ketiga.

Kalau dilihat secara berfokus kepada persaingan di peringkat kawasan pilihan, peranan kingmaker amatlah signifikan terutama dalam persaingan 3 penjuru.

Dalam PRU3 (1969), bagaimana DAP yang majoriti penyokongnya orang Cina boleh menang kerusi majoriti pengundi Melayu, kerana persaingan 3 penjuru. Di kerusi Ampang (DUN Selangor), calon DAP, Wong See Ong mengalahkan penyandang kerusi berkenaan, Mahyeedin Mohd Zakaria (UMNO/Perikatan), kerana undi Melayu berpecah kepada calon UMNO dan calon Pas. DAP dapat 7634 undi, calon Perikatan dapat 6601, sementara calon Pas, Yunus Hj Mohd Yatim perolehi 3560 undi. 

Sedangkan dalam PRU2 (1964), Mahyeedin menang di Ampang, setelah memperolehi 7865 undi, mengalahkan calon Socialist Front (SF), Zakaria Yusoff, yang dapat 4720 undi.

Di kerusi Alor Star Luar (DUN Kedah), kawasan campuran, dalam PRU3, Calon Pas menang menerusi, Osman Hj Hussien, kerana perpecahan undi di kalangan pengundi bukan Melayu. Beliau perolehi 5545 undi berbanding penyandang kerusi berkenaan, Dato' K.K. Nair (MIC/Perikatan) 5043 undi.  Calon Gerakan, Tengku Nong Tengku Mohd Jiwa, dapat 2783 undi.

Sungguhpun Gerakan meletakkan calon Melayu dan anggota kerabat diraja Kedah, ianya dilihat sebagai parti berbilang kaum, yang didominasi oleh kaum Cina.

Berbanding PRU2, calon MIC/Perikatan menang besar, bila perolehi 7345 undi, berbanding 3 calon lain: Wan Saad Wan Said (Pas) 3013, Ab Majid Ariffin (UDP) 676 undi, Syed Noh Syed Zain (SF) 354 undi. (Gerakan ditubuhkan 1968, diasaskan oleh kepimpinan UDP, kepimpinan Parti Buruh (dulunya bergabung dalam SF dan tokoh akademik).

Satu kawasan majoriti Melayu yang memaparkan keunikan keputusan pilihan raya sejak sekian lama ialah kerusi Kuala Kurau (DUN Perak). Satu perkara yang amat menarik serta unik di Kuala Kurau ialah corak pengundian yang berbeza dengan kawasan lain. Ianya memaparkan: kelainan kecenderungan sokongan kepada parti, kelainan dengan arus pengundian peringkat nasional atau negeri, pengundian berasaskan suku kaum.

Kawasan Kuala Kurau mengandungi 75 peratus pengundi Melayu. Kebiasaannya, kawasan majoriti kaum Melayu serta bersifat luar bandar, aliran sokongan lebih memihak kepada parti pemerintah dan tidak alami banyak perubahan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding, di samping itu trend pengundian anti-establishment.

Dalam PRU3, calon UMNO/Perikatan, Ismail Daud cuma menang dengan 88 undi, bila beliau memungut 5826 undi, mengatasi calon Pas, Shaary Mohd Zain, yang dapat 5758 undi.

Dalam PRU4, semasa Pas berada dalam Barisan Nasional (BN), keseluruhannya di seluruh negara, di kawasan luar bandar, undi calon BN, sama ada dari UMNO atau Pas, perolehi majoriti besar, walaupun persaingan satu lawan satu. Ini tidak berlaku di Kuala Kurau. Calon UMNO/BN, Zakaria Hj Johar Ali, kumpul 6932 undi, untuk mengalahkan calon bebas, Semagun Hj Harun, yang dapat 5019 undi. Undi calon bebas sebanyak 42 peratus itu, relatifnya besar, yang bertanding bersendirian dengan jentera yang serba terhad. Di Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Pas sebagai pencabar UMNO, diisi oleh calon-calon Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM), dan di Kelantan, oleh calon-calon Barisan Bebas Bersatu. Ini tidak berlaku di negeri-negeri lain.

Dalam PRU5 (PRU 1978), bila Pas berada di luar BN dan pencapaian Pas yang merudum di seluruh negara, tetapi Pas menang di Kuala Kurau. Calonnya, Abdul Rahman Mokhtar, berjaya memungut 5132 undi berbanding calon UMNO/BN, Hj Mohd Thalhah Ariffin, 4929 undi, sementara calon DAP, Hj Ahmad Bakar 3560 undi. Undi diperolehi calon DAP ialah 26.6 peratus, mendekati peratus pengundi bukan Melayu di situ.

Dalam PRU6 (PRU 1982), UMNO berjaya merampas balik kerusi Kuala Kurau. Shaarani Mohamad berjaya mengumpul 7051 undi, sementara calon Pas, Hashim Hj Walad, dapat 5135 undi, hampir sama undi Pas dalam PRU5. DAP menerusi calonnya, Ong Pey Yong, cuma dapat 3002 undi, berkurangan berbanding PRU5. Sepintas lalu, dapatlah dirumus, kejatuhan undi DAP disebabkan pengundi Melayu yang menyokong Hj Ahmad Bakar dalam PRU5, beralih ke BN, dan DAP bergantung kepada undi pengundi Cina.

Dalam PRU7 (PRU 1986), dapatlah dilihat keunikan corak pengundian di Kuala Kurau selepas persempadanan kawasan pilihan raya 1983, yang menjadikan peratusan pengundi bukan Melayu semakan besar. Implikasinya, bila keputusan pilihan raya menghasilkan: Ahmad Sharifuddin Aziz (UMNO/BN) 4924 undi, Lin Yon Chiow (DAP) 4564 undi, Hj Ghani Hj Ahmad (Pas) 4100 undi. Undi calon DAP adalah 33.6 peratus.

Kejayaan calon BN mengekalkan kerusi  dengan mengtasi calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu, dengan majoriti tipis 360 undi, menggambarkan kesan besar, peranan pengundi mengikut kaum, bila berlaku persaingan tiga penjuru. Kebarangkalian, calon Melayu kalah di kawasan majoriti Melayu kepada calon bukan Melayu, adalah besar.

Dalam PRU8 (PRU 1990), kesan krisis UMNO, yang memberi impaks besar kepada prestasi BN yang diwakili UMNO, di kawasan luar bandar, tidak berlaku di negeri-negeri utara. Ianya mengubah senario di negeri-negeri Pantai Timur, di samping di kawasan tengah dan selatan. Di negeri-negeri utara, trend sokongan kawasan luar bandar yang menggambarkan kecenderungan pengundi Melayu, memihak ke BN.

Di Kuala Kurau, calon UMNO/BN, Ahmad Sharifuddin Aziz dapat 5910 undi, Celement de Britto (DAP) 4493 undi, Hashim Hj Walad (Pas) 3628 undi. Menunjukkan peralihan besar undi orang Melayu, dari Pas ke UMNO, berbanding PRU7. Undi DAP kekal.

Berdasarkan 3 sampel di atas, dapatlah disimpulkan, memang benar wujudnya kingmaker yang akan menentukan kemenangan sesebuah parti politik, dalam amalan pilihan raya di Malaysia. Ketiga-tiga kaum utama di Semenanjung, sama penting dan sama-sama terlibat sebagai penentu kemenangan mana-mana pihak.

Pengundi Melayu, sebagai golongan majoriti dan mendominasi 88 kerusi Parlimen di Semenanjung, berasaskan angka 60 peratus pengundi di setiap kerusi, juga ada peranan dan jadi penentu kemenangan, di kawasan campuran.  Kalau ambil kes, Alor Star Luar (1969), Bandar (Terengganu) dalam PRU 1990 dan 1999, Padang Garong (Kelantan) 1990, Kota Lama (Kelantan) sejak 1999.

Kes Gombak dan Kuala Kurau, menggambarkan peranan pengundi minoriti jadi penentu dalam saingan tiga penjuru. Juga tidak dapat dinafikan peranan kaum India sebagai penentu, jika diambil kes Kota Raja (2008), bagaimana calon Melayu dari Pas boleh menang di kawasan 28.21 peratus atau 20,337 dari jumlah 57,323 pengundi adalah dari kaum India, bila berlaku gerakan di kalangan masyarakat India menolak calon-calon BN, walaupun dari kaum sendiri.

Analitikalnya, pengundi minoriti di sesuatu kawasan pilihan raya, sama ada Melayu, Cina atau India, adalah penentu kemenangan, lebih-lebih lagi bila berlaku persaingan tiga penjuru atau lebih. Trend terbaru dalam politik pilihan raya Malaysia ke arah sistem dua parti, sebagaimana dalam PRU terakhir, menampakkan peranan golongan minoriti yang tidak kurang pentingnya menentu kemenangan sesebuah parti atau kolasi politik.

Di samping politik rasis yang secara tidak langsung dalam gerakan jentera parti hari ini, akan lebih menonjolkan lagi kepentingan golongan ini sebagai penentu kemenangan. Peranan ini amat berkesan dan memberi impaks besar ialah di kawasan campuran. Di Semenanjung, terdapat 46 kerusi Parlimen campuran atau 27.9 peratus, iaitu kawasan pengundi Melayunya di antara 40 hingga 59 peratus.

Menariknya di kawasan campuran, jika berlaku persaingan 3 penjuru, kumpulan pengundi berasaskan kaum ini, akan dapat manfaat, sebagaimana kes Kuala Kurau dan Gombak. Bila persaingan antara kumpulan majoriti, puak minoriti yang dapat untung.

Tetapi, setakat ini, perpaduan dalam pakatan pembangkang menerusi Pakatan Rakyat, hasil kerjasama politik dan persefahaman pilihan raya, masih mantap dan utuh. Ini memungkinkan saingan adalah satu lawan satu antara PR dan BN, di mana keputusan kumpulan minoriti sebagai penentu akan memperkukuhkan jaminan kemenangan kepada mana-mana pihak.

Di samping itu, hingga kini, selain 3 parti utama dalam PR, tidak ada kesungguhan memperlihatkan usaha memunculkan pihak ketiga, sebagai alternatif kepada BN dan PR. Parti KITA
 semakin kendur dan menurun keterlibatannya. PERKASA dan JATI, walaupun bukan parti politik, apa salahnya sertai PRU13 sebagai calon bebas, pun semakin kuyup dan lesu.






























































Jumaat, 6 Julai 2012

Dimensi baru PRU13

SELEBRITI MENGUBAH DIMENSI PRU13

Satu peranan baru  dalam mencorak landskap politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13) ialah penampilan selebriti Melayu. Justeru sokongan pengundi Cina, yang semakin memisahkan diri menyokong Barisan Nasional (BN) sebagaimana dipamirkan dalam 16 siri pilihan raya kecil di seluruh negara, kecuali Perlis, selepas PRU12 dan paparan trend pengundian kaum Cina, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

Perubahan mendadak dalam PRU12 dan bertambah peratusan sokongan pengundi Cina kepada calon bukan BN selepas PRU12, memberikan 2 tanggapan kepada pengundi Melayu, khususnya di Semenajung. Tanggapan pertama: peratusan sokongan pengundi Melayu/luar bandar kepada calon UMNO/BN, telah menampakkan perubahan positif. Ada peningkatan undi beralih ke BN. Ini dapat dikesan dari PRK Manik Urai, Galas, Kerdau, Tenang dan Merlimau. Pengundi-pengundi Melayu kembali ke BN, bimbang kuasa Melayu melalui UMNO akan hilang, andainya BN kalah dalam PRU13 nanti.

Tanggapan kedua: menyakini bahawa BN akan hilang kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat. Pembongkaran isu-isu kebobrokan kepimpinan BN di bawah UMNO, pemborosan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan negara di bawah kepimpinan UMNO, perwatakan agresif dan provokatif serta rasis penyokong UMNO dalam program pakatan pembangkang. Semua ini, menghambat pengundi dari menyokong BN, khususnya first time voters dan pengundi atas pagar atau tak berparti.

Lebih parah lagi, selepas Himpunan Hijau di Alor Star, disusuli perhimpunan yang sama di Kerdau, di Kuala Terengganu, di Dataran Dahlia, Johor Bharu, di Padang Kota, di Puntar Buntar dan di Ledang, di samping berjaya menghimpunkan puluhan ribu khalayak, ialah di setiap perhimpunan tersebut, seorang demi seorang bekas pegawai tinggi perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan istihar masuk Pas.

Bermula, Dato' Fauzi Saari, mantan Ketua JSJ PDRM (kedudukan nombor 3 dalam hieraki kepimpinan PDRM), Prof Dato' Dr Nik Mohd Zain Yusoff, mantan KSU Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi, diikuti pesara-pesara elit dari berbagai jabatan dan agensi.

Memberi implikasi negatif kepada birokrasi negara kita. Anggota eksekutif dalam komponen birokrasi, dari berbagai peringkat, menunggu masa bila bersara akan istihar masuk Pas. Tunggu masa bersara, setelah berkhidmat dengan penuh komited berpandukan peraturan dan pekeliling perkhidmatan, mendedahkan penyelewengan, ketidaktelusan dan kebobrokan kuasa legislatif mencampuran urusan eksekutif dan judicial, demi survival politik.

Lebih menariknya, disusuli dengan seorang demi seorang selebriti dan artis Melayu serah borang masuk Pas atau PKR atau cenderong menyokong Pakatan. Bob Lokman paling awal berada di pentas ceramah . Diikuti pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze, Raja Dangdut Iwan Syahman,  Wan Aisyah Raja Ariffin (Aisyah).

Kebanyakkan mereka memilih pentas ceramah Pas untuk menyatakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini, menerusi Pas.

Terbaru Haire Othman dan Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi). Abby Abadi menyatakan beliau baru sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan serta mengkagumi kepimpinan serta kesederhaan kehidupan kepimpinan Pas; Tuanguru Dato' Nik Abdul Aziz dan Dato' Seri Tuanguru Abdul Hadi Awang.

Mengikut Ketua Penerangan Pas Wilayah Persekutuan, Suhaimi Abdul Aziz, lagi selebriti akan istihar masuk Pas, dalam majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, pada 14 Julai ini.

Bagi golongan artis dan selebriti yang mewakili suara anak muda, mereka menyedari perbezaan yang amat jelas dan jauh perbezaan gerakkerja Pas dan UMNO.

Mereka melihat, UMNO sebuah parti sekular, tebal sifat perkaumannya, memisahkan agama dan politik, disertai tindak tanduk kepimpinan UMNO serta pendokongnya akhir-akhir ini, berasaskan beberapa peristiwa dan kekecohan. Tindakan mereka lebih rakus dan kasar.

Jauh berbeza dengan pendokong Pas yang lebih kepada pengajuran aktiviti membendung gejala sosial disamping usaha untuk mendaulatkan Islam. Program munajat, tazkirah, solat berjemaah, bertujuan membentuk keperibadian sesuai dengan naluri semula jadi sejagat yang impikan sebuah kehidupan bermasyarakat yang aman dan adil. Lebih-lebih lagi membentuk manusia ke arah taqwa.

Dua faktor determinat di atas: faktor mantan birokrat elit dan faktor selebriti, menjadi dimensi baru yang akan menentukan sejauh mana sikap pengundi Malaysia dalam PRU13 nanti. Ianya bukan saja menjadi penentu arah pengundi Melayu, malah akan menjadi perhatian pengundi bukan Melayu, pengundi Cina khususnya.

Anak muda Melayu yang baru boleh mengundi atau first time voters dan pengundi Melayu yang tidak berparti, sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan dua faktor di atas. Dalam pemikiran golongan pengundi Melayu dalam kumpulan ini, sudah tentu akan terfikir, sudah tentu berlaku krisis keyakinan terhadap kerajaan yang memerintah hari ini yang dipimpin oleh UMNO/BN. Jika tidak, masakan mereka yang sudah sekian turut terlibat melaksanakan dasar kerajaan, tiba-tiba bila bersara, menceritakan segala kemelut dalam kerajaan sedia ada.

Di samping itu, anak-anak muda, sudah tentu terfikir masa depan diri mereka dan negara akan datang. Tak kan lah, nak teruskan masalah kebajatan sosial dan immoraliti, akan berterusan seperti hari ini. Tambahan pula, anak-anak muda hari ini, inginkan kehidupan yang lebih bahagia, di mana kebahagian bukan sekadar material tetapi nilai-nilai rohaniah, yang hanya diperolehi menerusi ilmu wahyu.

Menjelang PRU10 (1999), menerusi gelombang Reformasi, menggerakan beberapa artis lelaki Melayu, naik pentas Barisan Alternatif, yang membolehkan BN kehilangan sebuah kerajaan negeri dan gagal merampas sebuah kerajaan negeri, serta di seluruh Semenanjung, kecuali Johor, undi masyarakat luar bandar dan undi Melayu kepada BN telah merosot berbanding PRU9 (1995). Masa itu, selebriti yang naik pentas, tidak seramai dan sehebat sekarang. Cuma mereka yang menyokong gerakan Reformasi, demi keadilan dan kedaulatan undang-undang serta simpati kepada DS Anwar Ibrahim.

Bagi pengundi bukan Melayu, pengundi Cina khususnya, perubahan sikap dan kecenderungan orang Melayu ini, akan mempengaruhi sikap dan tindakan mereka. Tak munasabah orang Cina hendak ambil sikap counter attack, dan berpendirian menyokong BN yang ditunjangi oleh UMNO. 2 faktor penentu di atas tadi, ditambah dengan pengekalan trend pengundi Cina selepas PRU13, yang lebih memihak ke pakatan pembangkang, memungkinkan PRU13 dengan kuasa dan kehendak Allah, sebuah kerajaan baru akan terbentuk.



Selasa, 3 Julai 2012

Faktor Kubu Kuat

FAKTOR SIMPANAN TETAP BN DALAM PRU13

Sejauh mana faktor popular, benteng terakhir Barisan Nasional (BN): Johor, Sabah dan Sarawak. Apa yang disebut sebagai fixed deposit, dalam 12 siri pilihan raya umum memberi kemenangan bergaya BN menguasai kerajaan pusat. Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) 2008, telah mula membuka ruang, menghakis lagenda 3 negeri tersebut sebagai simpanan tetap BN. Perkembangan selepas PRU12 menerusi beberapa ciri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, memperkukuhkan tanggapan kemerosotan sokongan terhadap BN secara berterusan.


Johor boleh berbangga dengan sejarah penubuhan UMNO, serta menjadikannya kubu kuat UMNO yang banyak menyumbangkan kemenangan mutlak untuk Perikatan (1959-1969) dan BN (bermula 1974). Dato' Onn Jaafar, bekas Menteri Besar Johor, menubuhkan UMNO menjadikan Johor sebagai tapak pelancaran, kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, disusuli Parti Negara. Beliau gagal menempatkan diri dalam politik nasional menerusi basenya di Johor, menerusi Parti Negara. Beliau berjaya menempah tiket dalam politik nasional, menerusi negeri Terengganu, bila berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan sebagai calon Parti Negara, dalam PRU1 (1959).


Kekuatan sesebuah parti boleh dilihat menerusi kejayaan calonnya menang tanpa bertanding dalam pilihan raya. Walaupun bukan semua calon menang tak bertanding menggambarkan kekuatan parti serta kelemahan parti lawan di sesuatu kawasan atau tempat, kemenangan ini juga akibat atas sebab-sebab teknikal. Tapi umumnya, kemenangan tanpa bertanding, yang ketara lebih kuat kepada faktor kekuatan parti, yang tak mampu ditandingi atau dicabar oleh parti lawan.


Sepanjang 12 siri PRU di negara kita, kekuatan UMNO Johor digambarkan menerusi kemenangan tanpa bertanding yang paling banyak, berbanding dengan negeri-negeri lain. Contohnya kawasan Parlimen Johor Tenggara. UMNO/Perikatan menang tanpa bertanding dalam PRU1 dan PRU2, sementara dalam PRU3, UMNO menang dengan majoriti besar. Dalam PRU4 (1974), selepas persempadan, Johor Tenggara, ditukar ke Parlimen Panti, dan sekali menang tak bertanding. Dalam PRU6 (1982), UMNO menang lagi di Panti. Selepas persempadanan 1993, dinamakan Parlimen Kota Tinggi. Selepas persempadanan 2003, sebahagian kawasan Parlimen Kota Tinggi, diwujudkan kawasan baru, Parlimen Pengerang. Dalam PRU11 dan PRU12, BN menerusi calon UMNO, menang tak bertanding. Secara tradisinya, kawasan Kota Tinggi-Pengerang, asalnya Johor Tenggara, adalah kawasan kubu kuat UMNO, yang gagal disaingi parti-parti lawan: Pas, Semangat 46 dan PKR.


Dalam PRU1, Perikatan menang tak bertanding di 3 kerusi Parlimen: Kemaman, Port Dickson dan Johor Tenggara. Di samping 4 kerusi DUN: Pontian Kechil (Johor), Bukit Betong (Pahang), Dhoby Ghaut (Pulau Pinang) dan Kuala Kubu Baru (Selangor). Walaupun Pas berjaya bentuk kerajaan di Terengganu menerusi PRU1, undi calon-calon Pas di peringkat kerusi DUN dalam kawasan Kemaman amatlah rendah, menang patut Pas gagal saingi UMNO di kerusi Parlimen.


Dalam PRU2 (1964), semua kerusi sama ada DUN atau Parlimen menghadapi pesaingan, kecuali di Johor yang menyaksikan Perikatan menang tak bertanding: 2 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN. Kerusi Parlimen ialah Johor Tenggara dan Muar Selatan. Kerusi negeri ialah Bukit Serampang, Parit Jawa (dalam kawasan Muar Selatan) dan Johor Lama (dalam kawasan Johor Tenggara. Semuanya menerusi calon UMNO.


Dalam PRU3 (1969), keadaan sama berlaku seperti PRU2. Kekuatan Johor sebagai kubu UMNO lebih ketara. Perikatan menang tanpa bertanding di negeri Johor sahaja: 5 kerusi Parlimen (Muar Utara, Muar Selatan, Muar Dalam, Pontian Selatan & Batu Pahat), 4 kerusi DUN (Parit Bakar, Jorak, Parit Jawa dan Mersing). Semuanya kecuali Batu Pahat, menerusi calon UMNO.


Di samping itu, Sabah buat pertama kalinya, mengadakan pilihan raya bagi kerusi Parlimen, Parti Perikatan Sabah (USNO-SCA) menang tanpa bertanding di 11 kerusi dari jumlah 16 kerusi Parlimen. Semua yang menang itu adalah calon USNO. SCA yang bertanding di 3 kerusi Parlimen: Jesselton, Sandakan dan Tawau, ditentang oleh calon-calon bebas, begitu juga calon USNO di Bandau dan Kota Marudu ditentang oleh calon-calon bebas.


Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, disusuli pergantungan perlembagaan dan semua dewan perundangan tidak berfungsi, kuasa legislatif ditadbir urus oleh Majlis Gerakan Negara, telah mengubah senario politik tanah air. Bila pergantungan perlembagaan ditarik balik bermula masuk tahun baru 1971, demokrasi dipulihkan dan kuasa legislatif dikembalikan kepada Parlimen dan dewan perundangan negeri.


Pengalaman dari peristiwa 1969 yang membawa kepada pergantungan badan perundangan, yang lebih menjurus kepada polarisasi kaum memberikan idea pembentukan gabungan parti-parti utama yang menguasai PRU3, membentuk BN. Perikatan yang diasaskan hasil gabungan 3 parti utama mewakili kaum utama: UMNO, MCA dan MIC dibubarkan untuk memberi laluan penubuhan gabungan baru, BN. Di samping UMNO, MCA dan MIC, turun disertai Pas (yang menguasai kerajaan Kelantan), Gerakan (yang menguasai kerajaan Pulau Pinang), Parti Bumiputera Bersatu(PBB)(yang kuasai kerajaan Sarawak), USNO dan SCA (menguasai kerajaan Sabah), SUPP (pembangkang di Sarawak), dan PPP (pembangkang di Semenanjung). Komponen ini ditubuhkan dalam tahun 1974. Sebelum itu, bermula tahun baru 1973, pembentukan kerajaan campuran di beberapa negeri.


Dalam PRU4 (1974), dengan gabungan parti-parti pembangkang utama Pas, Gerakan dan SUPP ke dalam BN, menjadikan pilihan raya yang kurang mencabar dan berat sebelah. Pada hari penamaan calon,  BN telah menang tanpa bertanding di 47 kerusi Parlimen dan 45 kerusi negeri. Satu rekod, yang belum diatasi setakat hari ini.


Johor yang terkenal sebagai kubu UMNO, mencatatkan kemenangan tak bertanding paling banyak iaitu 8 dari 16 kerusi Parlimen dan 15  dari jumlah 32 kerusi DUN. Sebahagian besar di luar bandar, kawasan Melayu. Johor adalah negeri tunggal di mana Pas tidak diperuntukan sebarang kerusi, atas keegoaan UMNO Johor sebagai kubu kuat UMNO seluruh negara. BN cuma berdepan calon-calon DAP, PSRM, Pekemas serta calon bebas, yang gagal beri saingan sengit.


Di Sabah, BN menang tanpa bertanding di semua kawasan Parlimen, kecuali di Bandau, BN ditentang calon lightweight yang bertanding sebagai calon bebas. Tiada suasana pilihan raya langsung.


BN hadapi tentangan mudah di Kedah berbanding Kelantan dan Terengganu, setelah kekosongan ditinggalkan Pas. BN menang tanpa bertanding di 8 dari 14 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN. Di Kedah, hanya berdepan dengan calon-calon bebas, yang bertanding bersendirian.


Sementara di Kelantan, BN cuma menang 4 kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN. Berbeza dengan Kedah, kerana BN Kelantan ditentang hebat oleh kumpulan calon bebas yang bertanding atas Barisan Bebas Bersatu, yang bertanding di hampir semua kerusi. Majoriti calon-calon bebas ini adalah bekas penyokong Pas yang menentang kemasukan Pas ke dalam BN. Di samping 14 orang calon PSRM, yang cuma bertanding di kerusi negeri dan 9 daripadanya hilang wang pertaruhan. BN menang besar di hampir semua kerusi dan kemenangan paling tipis ialah di kerusi Selising, 200 undi lebih.


Di Terengganu, BN cuma menang 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN, setelah PSRM gagal meletakkan calonnya di kawasan berkenaan. BN menghadapi tentangan sengit di semua kawasan oleh PSRM, yang mengambil kesempatan kekosongan yang ditinggalkan Pas. Sebahagian kawasan adalah pertandingan satu lawan satu, antara BN dan PSRM. Cabaran paling sengit ialah di kerusi Kuala Berang (PSRM kalah 149 undi) dan kerusi-kerusi dalam bandar dan pinggir bandar Kuala Terengganu. Kerusi Batu Burok jatuh ke tangan calon bebas.


Dalam PRU5 (1978), suasana jauh berbeza dengan PRU4, atas 2 faktor utama: pemecatan Pas dari BN dan trend perpindahan pengundi bandar/bukan Melayu ke DAP, termasuk Sabah. Kekalahan teruk Pas dalam pilihan raya negeri Kelantan, yang diadakan awal dan berasingan, memberi kesan kepada corak pengundian kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung, yang memberikan BN mengekalkan penguasaan. Pas dapat bertahan dengan kemenangan beberapa kerusi di Kedah (2 Parlimen dan 7 negeri) dan Pulau Pinang (1 Parlimen dan 1 negeri).


BN menang tak bertanding di 9 kerusi Parlimen: 1 di Johor (Batu Pahat), 3 di Sarawak (Baram, Bukit Mas dan Padawan), serta Ulu Padas (Sabah), Batu Berendam (Melaka), Setapak (Wilayah Persekutuan), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Kuala Nerus (Terengganu). Di peringkatan kerusi DUN, BN menang tak bertanding di 5 kerusi: Sri Lalang, Bandar Maharani, Bandar Penggaram, Benut dan Skudai.


Dalam PRU6 (1982), menampakkan peningkatan imej BN, dengan peningkatan sokongan serta perolehan undi sama ada di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sokongan orang Melayu kepada BN melalui UMNO, Bumiputera di Sabah dan Sarawak, serta sokongan kepada komponen BN di bandar, terutamanya MCA, telah meningkat.


Kemerosotan pencapaian BN cuma di Sabah dan Sarawak, bila 8 kerusi milik BN terlepas, kepada calon-calon bebas, tajaan sesama parti komponen BN. BN kalah kerusi Parlimen Marudu, Kota Belud, Labuk-Sugut, Hilir Padas dan Silam, bila calon bebas tajaan Parti Berjaya menumpaskan calon BN dari USNO. Masa itu, USNO anggota komponen di peringkat Pusat, tetapi pembangkang di peringkat negeri, yang diterajui Berjaya.


Di Sarawak, BN kalah di kerusi Parlimen Batang Lupar, Saratok dan Mas Gading kepada calon-calon bebas tajaan SNAP, di mana SNAP juga anggota komponen BN.


Prestasi DAP merosot bila gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam PRU5. DAP cuma mampu dapat 9 kerusi Parlimen, sementara Pas bertahan dengan 5 kerusi Parlimen, tetapi telah mula membaiki prestasi di Kelantan.


BN menang 12 kerusi Parlimen tanpa bertanding, di 3 buah negeri, Johor, Sabah dan Sarawak. 4 kerusi di Johor: Labis, Ledang, Panti dan Pontian. 2 di Sabah: Kinabalu dan Kinabatangan. 6 di Sarawak: Kapit, Ulu Rajang, Bukit Mas, Santubong, Samarahan dan Lubok Antu. Semuanya kawasan luar bandar. Di samping itu, BN menang tanpa bertanding 7 kerusi negeri di Johor.


Dalam PRU7 (1986), BN mengekalkan kemenangan tanpa bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak, di peringkat Parlimen. Masih ada kemenangan tak bertanding bagi BN, walaupun dengan bilangan kerusi yang berkurangan. 6 kerusi dimenangi BN tanpa bertanding: Parit Sulong dan Sri Gading (Johor), Kinabalu dan Keningau (Sabah), Santubong dan Paloh (Sarawak). Di peringkat kerusi DUN, Johor masih mengatasi negeri lain, bila berjaya dapat 4 kerusi percuma; Jementah, Serom, Parit Yaani dan Parit Raja. Parit Yaani dan Parit Raja, kedua-duanya dalam Parlimen Sri Gading, ertinya warga pengundi dalam kawasan Sri Gading, tidak mengundi dalam PRU7.


Kesan persempadanan kawasan pilihan raya 1983, yang digunapakai dalam PRU7, memberi kelebihan kepada BN, bila BN melalui calon-calon UMNO berjaya dengan cemerlangnya. Tetapi sebaliknya persempadanan ini, memberi kesan sebaliknya kepada kawasan bandar. DAP berjaya menguasai 24 kerusi Parlimen, bukan sahaja kerusi-kerusi bandar utama di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.


Pakatan parti-parti pembangkang dalam kerjasama pilihan raya melalui Harakah Keadilan (HAK), yang melibatkan Pas, Parti Demokratik Sosial (SDP) dan Parti Nasionalisme (NasMa), gagal beri cabaran kepada BN. HAK bermatlamat mengelakkan persaingan tiga penjuru gagal, tanpa penyertaan DAP.


Seperti juga PRU6, BN hilang 4 kerusi Parlimen, hasil kemenangan calon-calon bebas tajaan anggota komponen BN sendiri. 4 kerusi berkenaan ialah Marudu (Sabah), Serian dan Rajang (Sarawak) dan kerusi Parlimen Labuan.


Krisis UMNO yang membawa kepada pembatalan pendaftaran UMNO, 1988, menyaksikan kesan besar kepada penguasaan UMNO di kawasan luar bandar. Johor sebagai kubu kuat UMNO sejak sebelum merdeka lagi, terjejas kesan kemelut yang melanda UMNO. Ujian pertama, Ahli Parlimen Johor Bahru dan bekas Menteri Persekutuan, Dato' Shahrir Abdul Samad mengosongkan kerusi Parlimen untuk membolehkan satu pilihanraya kecil. Dato' Shahrir, yang bertanding sebagai calon bebas menumpaskan calon UMNO(Baru)/BN, Haji Mas'ud Abdul Rahman, dengan majoriti melebihi 6,000 undi. Ujian sulong menerusi peti undi, menghasilkan UMNO(Baru) gagal di kubu dan tempat asalnya.


2 bulan kemudian, satu lagi pilihan raya kecil diadakan di negeri kubu kuat UMNO, Johor, iaitu bagi kerusi DUN Parit Raja. Parit Raja adalah kubu kuat UMNO Johor dan menang tak bertanding dalam PRU sebelum itu. Calon UMNO(Baru)/BN, Mohd Yassin Kamari, menang tipis majoriti 400 undi lebih, mengalahkan calon bebas, Hamdan Yahya (bekas Ketua Pemuda UMNO Sri Gading), dan 9 calon bebas lain, yang setiap orang mendapat undi di bawah 100 undi. 


2 tahun kemudian, berlangsung PRU8, yang menyaksikan buat pertama kalinya, UMNO khususnya, BN amnya, tiada kerusi dimenangi tanpa bertanding di Johor. Cuma 2 kerusi tidak dipertandingkan: Lubok Antu (dimenangi BN) dan Keningau (dimenangi PBS), satu di Sarawak dan satu di Sabah. Tiada kerusi DUN menang tak bertanding di seluruh negara. PRU8, tidak melibatkan DUN Sabah dan Sarawak.


BN menghadapi PRU8 dalam saingan yang paling getir selepas 16 tahun usia penubuhannya. BN dibentuk dalam tahun 1974. Di kawasan luar bandar di Semenanjung bertembung dengan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan), gabungan parti-parti Pas-Semangat 46-Berjasa-Hamim. Sementara di kawasan bandar di Semenanjung dan Sabah, Gagasan Rakyat (Gagasan) hasil kerjasama pilihanraya Semangat 46-DAP-IPF-PBS. 


BN kekurangan 21 kerusi Parlimen berbanding dengan PRU7. Kerjasama Pas dan Semangat 46, membolehkan memperolehi 15 kerusi Parlimen luar bandar/Melayu di Kelantan dan Terengganu. BN hilang sebuah kerajaan negeri, Kelantan. Malah di Kelantan, semua 52 calon BN, sama ada Parlimen atau DUN kalah. Buat pertama kali dalam sejarah, calon UMNO kalah di Johor, iaitu di kerusi Parit Bakar. Calon-calon UMNO, hadapi tentangan sengit dari calon Angkatan di kawasan luar bandar, kecuali di sebelah utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang).


Di Sabah, PBS menang 14 kerusi Parlimen, sementara di Sarawak, 4 calon bebas berjaya menundukkan calon rasmi BN di Baram, Hulu Rajang, Selangau dan Serian. Calon DAP masih menguasai sektor bandar, dengan 20 kerusi.


Dalam PRU9 (1995), BN gagal mengulangi tradisi menang tak bertanding di Johor, bila cuma mampu menang tak bertanding di 1 kerusi DUN sahaja; Bukit Naning. BN menang tak bertanding 11 kerusi Parlimen: 2 di Semenanjung dan 9 di Sarawak. Di Sabah, BN gagal menang tak bertanding kerana saingan sengit ditawarkan PBS.


2 kerusi menang tak bertanding di Semenanjung adalah lantaran kesilapan teknikal borang pencalonan parti lawan: Larut dan Petaling Jaya Utara. Petaling Jaya Utara adalah kerusi yang dimenangi DAP dalam PRU sebelumnya. 9 kerusi Parlimen dari Sarawak tersebut: Petra Jaya, Kota Samarahan, Batang Lupar, Lubok Antu, Betong, Kuala Rajang, Serikei, Kanowit dan Mukah. 5 dari jumlah itu, adalah kawasan majoriti Bumiputera Islam yang ditandingi calon BN dari PBB.


Kesan persempadanan kawasan pilihan raya 1993, mengakibatkan Semangat 46 dan Pas kehilangan beberapa kerusi, walaupun berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan.


PRU10 (1999) pula, politik nasional menghadapi satu lagi episod perpecahan undi Melayu dan masyarakat luar bandar, yang secara relatifnya perpecahan sokongan UMNO. Pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang meledakkan gerakan reformasi, seluruh negara, memberi impaks besar kepada BN, khususnya di Semenanjung.


Penyokong DS Anwar dalam UMNO, dengan sokongan aktivis NGO Islam seperti ABIM, Jemaah Islam Malaysia (JIM), serta beberapa NGO reformasi sosial, bercantum menubuhkan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). KeADILan, bersama Pas, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) membentuk sebuah pakatan pilihan raya: Barisan Alternatif (BA). Sepadan dengan namanya, ianya dijadikan landasan menawarkan kepada rakyat alternatif kepada BN, di samping mewujudkan pertandingan satu lawan satu, di semua kerusi.


Pada hari penamaan calon, cuma kawasan saja terlibat dengan kemenangan tanpa bertanding; satu kerusi Parlimen di Sarawak (Betong) dan satu kerusi DUN Johor (Tangkak). kedua-duanya milik BN. Persaingan sengit di seluruh negara, bila BN berdepan satu lawan satu dengan BA, di kebanyakan kawasan, kecuali Sabah dan Sarawak, melibatkan lebih dari 2 penjuru.


Implikasinya pencapaian BN lebih rendah dari PRU8. BN di samping gagal merampas kerajaan negeri Kelantan, hilang kerajaan negeri Terengganu. Di peringkat Parlimen, pembangkang berjaya mengumpul jumlah kerusi paling tinggi selepas merdeka; 45 kerusi.  UMNO telah hilang 32 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN kepada Pas dan KeADILan. Dengan kata lain, BN kehilangan undi di kawasan luar bandar dan kawasan majoriti Melayu.


Dari 41 kawasan Parlimen di Semenanjung, di mana pengundi Melayu melebihi 80 peratus, 28 kawasan  atau 68 peratus dimenangi oleh calon-calon Pas dan KeADILan. Jumlah undi BN telah merosot berbanding PRU9, sebanyak 56 957 undi atau 7.88%, dari 722 854 kepada 665 897. Sementara undi calon pembangkang: Pas-Semangat 46 (PRU9) dan Pas-KeADILan (PRU10) meningkat dari 544 228 kepada 739 829 atau 195 601 iaitu peningkatan 35.94%.


Undi BN di Semenanjung cuma meningkat di 18 kawasan Parlimen, 70% pengundi bukan Melayu: dari 406 840 kepada 432 602 atau 25 762 (meningkat 6.33%), sementara undi pembangkang, yang dikuasai oleh DAP, meningkat sebanyak 62 840 (16.74%), dari 375 490 kepada 438 330 dalam PRU10.


Keseluruhannya undi BN telah merosot sebanyak 276 963 atau penurunan 8.78%, sementara parti-parti pembangkang berjaya meningkatkan undi sebanyak 825 810 atau peningkatan 32.64% di 144 kerusi Parlimen di Semenanjung.


Kesimpulannya, BN kehilangan undi Melayu tetapi dibantu undi bukan Melayu di Semenanjung, di samping bantuan padu undi dari Sabah dan Sarawak, membolehkan BN terus kekal berkuasa.


Faktor Johor amat penting buat BN. Perbandingan undi antara PRU9 dan PRU10, antara negeri di Semenanjung, di Johor sahaja undi BN bertambah dari 586 011 kepada 592 175 atau 6164 (tambahan 1.05%). Undi BN merosot di 10 negeri lain. Kemerosotan terbesar ialah di Perak (-16.72%), Pahang (-14.69%) dan Terengganu (-14.54%). Di Perak dan Pahang, BN diselamatkan oleh kawasan campuran dan majoriti bukan Melayu. Di Terengganu, BN kalah teruk, menang 4 dari 32 kerusi DUN dan kalah semua 8 kerusi Parlimen.


Persempadanan kawasan pilihan raya 2003, memberi kesan besar kepada BN. Tambahan kerusi dinafikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, kerana bahagian besar kawasan adalah majoriti Melayu, yang menafikan kemenangan besar BN dalam PRU10. Persempadanan kali ini difokuskan ke kawasan tengah dan selatan Semenanjung serta Sabah. Johor dan Sabah dapat advantage besar dari persempadanan yang bertumpukan kepada kawasan campuran.


Justeru itu, dalam PRU11, BN menang selesa dan paling besar dalam sejarah pilihanraya di negara kita. Seperti lazimnya, Johor dan Sarawak menyumbangkan kerusi menang tanpa bertanding kepada BN: 3 kerusi Parlimen, Kota Tinggi, Pengerang dan Bukit Mas, di samping satu kerusi DUN, Penawar (Johor). Sungguhpun Pas menang satu kerusi tak bertanding iaitu Senggarang, ianya disebabkan kesilapan teknikal sahaja, bukan kelemahan lawan.


Dalam PRU12, yang disebut sebagai tsunami politik 2008, di mana BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta kekalahan 5 buah kerajaan negeri. Pengalaman dan pencapaian paling perit BN dalam 12 siri pilihan raya di negara kita, menyaksikan politik pilihan raya di Malaysia terdedah kepada serba kemungkinan. Sungguhpun, gambaran awal, pada hari penamaan calon, Johor, Sabah dan Sarawak yang disebut sebagai fixed deposit BN secara tradisinya memberi kemenangan tanpa bertanding. Awal-awal lagi BN sudah dapat 8 kerusi Parlimen: Pengerang (Johor), Pensiangan dan Kalabakan (Sabah), Tanjong Manis, Igan, Kanowit, Selangau dan Kapit (Sarawak).


Secara perbandingan dengan PRU12, bagi negeri-negeri di Semenanjung, kecuali Terengganu, Kelantan dan Perlis, undi BN telah merosot, secara puratanya -12.90%. Sungguhpun Johor yang rekod pencapaian BN paling cemerlang berbanding negeri lain, undi BN telah merosot -12.39%. Dari 56 kerusi DUN Johor, undi BN hanya meningkat di 6 kerusi sahaja.


Dari paparan di atas, Johor, Sabah dan Sarawak telah memberi saham terbesar di atas kejayaan BN, sejak sekian lama. Jika trend 2008 berterusan, mampukan simpanan tetap BN ini akan terus berfungsi dengan aktif. Tambahan pula, berbeza dengan PRU10, PRU12 memperlihatkan peranan kawasan campuran yang mampu mengubah senario dan lanskap politik tanah air.


Perubahan sikap pengundi, sebagaimana dipamirkan dalam 16 pilihan raya kecil selepas PRU12 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas, memberi peluang terbuka sama ada BN akan terus memerintah atau Pakatan Rakyat akan ambil alih pula, selepas PRU13 nanti. Sebelum PRU12, sebelum PRU, orang suka boleh jangka pihak mana yang akan bentuk kerajaan, sebab kerajaan tak pernah bertukar tangan. Sesuatu yang mustahil, parti pemerintah Kerajaan Pusat akan kalah dalam PRU. Percubaan sudah dilakukan dalam PRU12, kesannya ada, serba kemungkinan akan berlaku. Bukan sesuatu yang mengejutkan, andainya kerajaan bertukar tangan, kerana asasnya ada dan munasabah.