Jumaat, 19 Mei 2023

Sukan SEA

 PRESTASI KONTIGEN MALAYSIA MEROBEK MARUAH KERAJAAN MADANI

Prestasi kontigen Malaysia ke temasya Sukan SEA edisi ke 32 yang menutup tirai pada Rabu 17/05/2023 meletakkan negara memungut 34 pingat emas, 45 pingat perak dan 97 pingat gangsa, menjumlahkan pungutan 176 pingat. Pungutan pingat ini meletakkan Malaysia berada di tempat ketujuh dari jumlah 11 negara. Satu kedudukan terendah dalam tempoh 20 tahun terakhir sukan ini diadakan. 

Dalam sejarah sukan ini, kelompok teratas dikuasai di antara 3 negara: Thailand, Vietnam dan Indonesia. Malaysia bersaingan dengan Filipina dan Singapura dalam kelompok kedua untuk merebut tempat keempat hingga keenam. Menduduki tangga ke 7, meletakkan Malaysia tersingkir dari kelompok pertengahan. 

Kegagalan mencapai sasaran 40 pingat emas, mempamirkan kegagalan menyaingi negara saingan Filipina dan Singapura, malah jauh ditinggalkan Cambodia, negara tuan rumah. Cambodia memungut 81 pingat emas, jauh meninggalkan pencapaiannya dalam temasya Sukan SEA sebelum ini. Pungutan 58 pingat emas oleh Filipina dan 51 pingat emas oleh Singapura merobek maruah Malaysia yang jauh tertinggal di belakang. 

Hari ini, Jumaat 19/05/2023, setelah diasak dan dicemuh prestasi Malaysia di zaman kerajaan Madani ini, YB Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengadakan sidang media khusus. Beliau mempersalahkan ketidakstabilan politik tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir mengheret kelesuan dan kegagalan perancangan sukan, kesan kerapkali pertukaran kerajaan. 

Apakah maksud beliau, setiap kali berlaku pertukaran kerajaan secara langsung serentak perubahan birokrasi pentadbiran awam bersama perubahan organisasi berkaitan kemajuan sukan. Seolah-olah berlaku kacau-ganggu dalam perancangan dan pengurusan  pembangunan sukan tanah air. Betul ke, perancangan pembangunan sukan perlu selari dengan keperluan, kehendak dan kepentingan government of the day. 

Jadual 1 memaparkan prestasi standard Malaysia telah mula terganggu selepas pertukaran kerajaan dalam tahun 2018 dan Sukan SEA edisi ke 32 menambahkan kemerosotan dalam mengejar sasaran dan saingan negara-negara lain. Pencapaian cemerlang dalam Sukan SEA edisi ke 30, mula merudum dalam edisi tahun 2019.

Persoalannya, janji Menteri Belia dan Sukan kerajaan Malaysia Madani mula-mula memegang jawatan ialah untuk meningkatkan pencapaian serta pembangunan sukan tanah air. Beliau cukup optimis pencapaian sukan boleh dipertingkatkan, serta menjadikan Sukan SEA edisi 32, sebagai asas dan sasaran utama kementerian. 

Tidak cukup dengan Ketua Kontigen negara ke sukan tersebut memohon maaf khususnya kepada rakyat Malaysia di atas pencapaian pada hari akhir temasya, apabila ternyata pasukan negara gagal mencapai sasaran kilauan 40 pingat emas. Sedangkan dua hari sebelum tamat temasya, beliau cukup yakin, pasukan negara akan capai sasaran. Tanggungjawab sebenar harus dipikul oleh menteri bersama timbalan menteri berkenaan sebagai kepimpinan tertinggi, di atas cacatan maruah negara. 

Kementerian memulakan rintisan agenda besar dengan memperkenalkan program Jom Ziarah Gereja. Program ini sebagai satu permulaan aktiviti pembangunan insan, kaum belia khususnya, mempamirkan kelainan pendekatan pembangunan belia berbanding kerajaan terdahulu. Masyarakat umum tertanya-tanya apakah program ziarah ini jelmaan ciri-ciri atau wajah kerajaan madani. 

Jika program ziarah ini satu keutamaan  mengatasi usaha kecemerlangan pembangunan sukan tanah air, meletakkan usaha dalam pembangunan insani terpikul di bahu Kementerian Belia dan Sukan. Program seumpama Jom Ziarah Gereja sepatutnya diagihkan tugasan kepada Kementerian Perpaduan Nasional, malah releven juga kepada Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jika ianya satu cebisan agenda   bina insan ikut acuan Malaysia Madani. Ini cuma satu alternatif, lantaran tugasan bina insan generasi muda boleh diletakkan di bawah kementerian atau institusi lain, agar Kementerian Belia dan Sukan lebih fokus kepada medan sukan. Lainlah program seumpama Jom Ziarah Gereja mempunyai agenda tersembunyi, menumpang prasarana kementerian.

Tokoh sukan tanah air, bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Santok Singh menyangkal kaitan ketidakstabilan politik dengan prestasi sukan. Bagi beliau, kemajuan dan pencapaian terletak kepada mereka yang berada di bangku pengurusan atau apa yang berlaku di medan.

Jadual 1

PUNGUTAN PINGAT KONTIGEN MALAYSIA DI SUKAN SEA, 2003-2021

TAHUN

HOS

KEDUDUKAN

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

2003

VIETNAM

KE 5

44

42

59

145

2005

FILIPINA

KE 4

61

49

64

174

2007

THAILAND

KE 2

68

52

96

216

2009

LAOS

KE 4

40

40

59

139

2011

INDONESIA

KE 4

58

50

81

189

2013

MYANMAR

KE 5

43

38

76

157

2015

SINGAPURA

KE 4

62

58

66

186

2017

MALAYSIA

PERTAMA

145

90

86

321

2019

FILIPINA

KE 5

56

57

71

184

2021

VIETNAM

KE 6

39

45

90

174