Ahad, 26 Januari 2014

Jemputan Kenduri Kahwin

Saya, MOHD ZAIN MAHMOOD dan isteri, SITI ROKIAH ABDULLAH menjemput saudara/saudari penjenguk dan pembaca blog saya ke

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN MENYAMBUT MENANTU

di rumah saya,

PS 118, Kg. Kandis, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

AHAD, 02 FEB 2012

perhatian: Sila guna jalan masuk menerusi Jalanraya Timur-Barat, masuk ikut Sekolah Kebangsaan Kg Kandis.Lokasi sebelah Masjid Mukim Kandis

Hubungi saya: 019-9699124

Selasa, 14 Januari 2014

Persempadanan semula 6: menunggu janji

PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA: MENUNGGU SEBUAH JANJI DITEPATI.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya kali kelima yang sepatutnya bermula 2 tahun lepas iaitu 8 tahun selepas persempadanan terakhir, walapun dah masuk tahun tahun 2014, masih belum menampakkan keputusan perundangan. Sepatutnya, akhir tahun lepas, sebelum Penggal Pertama Parlimen ke 13 mengakhiri sidangnya pada 05/12/2013, satu rang undang-undang dibentangkan.

Sepatutnya rang undang-undang persempadanan semula diluluskan sama ada dalam sidang terakhir Penggal  Kelima Parlimen ke 12 atau Penggal Pertama Parlimen ke 13.  Kegagalan membentangkan undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya buat kali ke 5 menampakkan satu kecacatan dalam amalan demokrasi berparlimen di negara kita. Jika persempadanan lepas, diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1974, 1983, 1992 dan 2003, sepatutnya persempadanan terakhir diperundangkan dalam tahun 2013. 

Kegagalan ini bermakna, usia persempadanan terakhir diwartakan sudah melepasi 10 tahun. Gambaran ketidaktentuan tindakan legislatif, dalam lima tahun terakhir ini memperjelaskan satu momentun baru dalam politik Malaysia. Tempoh hayat dewan-dewan perundangan; Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ke 12, hampir ke saat dewan dibuburkan secara otomatik. Satu hal yang amat aneh dan di luar kelaziman dalam amalan sistem demokrasi berparlimen ala Malaysia. Amalannya, dewan perundangan dibubarkan bila masuk penggal keempat, dan pernah di akhir penggal ketiga.

Kejutan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, yang menyaksikan buat pertama kalinya parti yang menguasai kerajaan Persekutuan gagal mendapat majoriti 2/3, membantut kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya. Secara langsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku urusetia persempadanan tidak memain peranan sebagai sebuah badan awam yang bebas, tetapi ada kepentingan demi parti yang menguasai kerajaan. 

PRU13 pula bukan sahaja parti pemerintah kerajaan Persekutuan sekali lagi gagal menguasai majoriti suara 2/3, tetapi membentuk kerajaan mewakili kumpulan minoriti. 52 peratus rakyat negara ini mengundi "asal bukan BN". Episod ini menambah parah parti pemerintah yang membawa kepada kegagalan susunan turutan persempadanan semula kawasan pilihan raya: 1974-1983-1992-2003-2013.  

Mana janji SPR menerusi mantan Timbalan Pengerusinya yang menyebut dalam bulan Jun 2013 sebelum beliau bersara, rang undang-undang persempadanan pilihan raya akan dibawa ke Parlimen, akhir tahun 2013.