Selasa, 31 Oktober 2023

Catatan blog

 HIMPUNAN CATATAN-CATATAN DARI BLOG CIKGUZAIN

2012-2020

Hari ini, Selasa 31/10/2023, saya telah selesai mengumpulkan semua catatan atau tulisan saya dalam blog peribadi; cikguzain.blogspot.com, dalam  9 siri himpunan catatan bermula catatan pertama dalam bulan Disember 2011 hingga akhir Disember 2020. Himpunan ini sengaja disiapkan dalam bentuk buku bertujuan memudahkan carian dalam bahan bercetak, yang lebih utama untuk rujukan generasi seterusnya.

Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan atas sokongan para pengunjung dan pembaca yang menatap nukilan saya dalam mengulas, mengupas dan menganalisis isu-isu semasa dalam politik dan kehidupan masyarakat tanah air dalam tempoh tersebut.


 

 Bagi penulis blog, apabila sesuatu catatan dibaca atau dikongsi oleh lebih 100 pengunjung sudah boleh dikira dapat respons dari masyarakat awam. Sepanjang tempot 2012-2020, catatan yang paling tinggi dilayari pengunjung ialah cacatan pada 25/04/2014: Derma Dan Cukai Pendapatan,  yang mendapat 5,152 pembaca. Artikel ini saya menganalisis cara atau kaedah atau mekanisme pengiraan cukai serta kaitan dengan derma atau sedeqah. Pembaca ingin dapat penjelasan apakah dengan memberi derma atau sumbangan ke mana-mana institusi, secara langsung terlepas dari membayar cukai pendapatan. Dalam hantaran saya, saya cuba menjelaskan cukai tetap dibayar tetapi dengan kadar yang berkurangan setelah ditolak kadar yang boleh disumbangkan.

Catatan pada 20/10/2013: Kuasa Kerajaan Negeri, menarik ramai pembaca yang berminat mengambil tahu hak dan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Sejumlah 2,036 pembaca telah melayarai catatan berkenaan.

Dalam percaturan politik tanah air, faktor Johor sebagai penentu politik tanah air telah dikunjungi 1,575 pembaca, dalam catatan pada 18/08/2012: Cabaran Faktor Johor. 

Perbincagan mengenai tarikh pilihan raya, menjadi tumpuan pengunjung, setiap kali saya lontarkan dalam blog. Pada 25/07/2012, saya catatkan bilakah PRU13, seramai 1,306 melayari catatan " Tarikh Pilihanaya", walaupun ada tempoh satu lagi tamat tempoh Parlimen ke 13. Sekali lagi, bila dicatatan: Bila PRU14, pada 25/03/2017, juga menarik angka pelayar yang besar juga, 1,037 pengunjung. 

Antara isu dalam demokrasi kepilihanrayaan, setiap kali saya lontaran isu persempadan semula kawasan pilihan raya, pastinya menarik ramai pembaca. Contohnya; catatan 18/01/2015; Persempadanan Sarawak, telah dikuti oleh 1,272 pengunjung.

 

 Isu pendidikan juga antara tajuk tarikan pembaca. Catatan pada 28/09/2015: Sekolah Satu Aliran telah dilayari oleh 1,203 pengguna. 

Saudara Mohd Hasbie Muda (sekarang Senator), Ketua Pemuda Parti Amanah Negara pernah menghadiahkan dua buah buku terbitannya. Sebuah hasil karyanya yang menarik mengenai Pas telah saya ulas pada 15/02/2014 dan mendapat 425 tontonan. Dalam tahun 2021, saya tidak sempat mengulas buah tangan beliau, kerana saya berehat membuat catatan blog sepanjang tahun tersebut. 

Saudara Mohd Hasbie dan Saudara Mohd Sayuti Omar, seorang penulis, pengkritik dan pengulas politik tanah pernah menyarankan saya menerbitkan hasil-hasil tulisan saya untuk dihidangkan kepada mesyarakat pembaca dan peminat politik. Apa pun, saya mengambil keputusan, biarlah tulisan saya hanya belayar di media internet sahaja.

Setinggi penghargaan kepada pengunjung yang telah melemparkan komen dan pandanga di ruangan ulasan yang banyak memberi insprasi kepada saya untuk melahirkan kupasan dan analisis yang benas dan adil.