DEBARAN MENANTI GELAGAT PENGUNDI DALAM PRU13
Andainya analisis gelagat pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) diambil dari matlumat semasa tanpa mengabaikan matlumat lampau sebagai latar belakang dan perbandingan, jangkaan keputusan PRU13 amat menarik dan terlalu istimewa. Justeru itu, keperluan kepada pengumpulan fakta semasa dan masa lampau harus diberi ruang utama.
Paling menarik, kalau ikut pengalaman lampau, prestasi pilihanraya di negara kita, berbentuk giliran prestasi cemerlang antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Ini dapat dikesan selepas pembentukan Barisan Nasional (BN), dalam tahun 1974. Faktor utama ialah persempadanan kawasan pilihan(delineation).
Hingga kini, sudah 4 kali persempadanan kawasan pilihanraya: 1973, 1983/84, 1993/94, dan 2003. Hasilnya BN capai kejayaan yang cemerlang dari segi pungutan kerusi dan undi popular dalam PRU4 (1974), PRU7(1986), PRU9 (1995) dan PRU11 (2004). Sebaliknya, PRU yang tidak melibatkan perubahan sempadan kawasan pilihanraya, prestasi undi parti-parti pembangkan meningkat dengan ketara iaitu PRU8(1990), PRU10(1999) dan PRU12(2008).
Kalau ikut turun naik prestasi, secara mudahnya PRU13 giliran berpihak pada BN meningkat. Istimewanya, PRU13, tidak melibatkan persempadanan kawasan pilihanraya, walaupun ikut edah 8 tahun, sepatutnya proses persempadanan boleh dilakukan dalam tahun 2011. Untuk membolehkan PRU13 guna sempadan baru, sepatutnya PRU13 hendaklah diadakan selepas kelulusan pemakaian sempadan baru. PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sebelum April 2013.
Satu lagi istimewanya PRU13 ialah, PRU pertama selepas pentadbiran negara bertukar tangan. Bila Tun Abdul Razak, mengambil pemerintahan negara dari tangan Tunku Abdul Rahman Putera dalam tahun 1970, BN dipimpin Tun capai kejayaan cemerlang untuk mengesahkan kepimpinan beliau, dalam PRU4 (1974). Paling cemerlang berbanding 3 PRU sebelumnya. BN menang 135 kerusi dari jumlah 154 kerusi Parlimen, sementara pembangkang cuma dapat 19 kerusi sahaja: DAP (9), SNAP (9) dan Pekermas (1). BN sapu bersih semua Dewan Undangan Negeri. Faktor utama kejayaan BN dalam PRU4 ialah mandat PM baru dan persempadan kawasan pilihanraya.
Bagitu juga, kejayaan besar BN dalam PRU6 (1982) dan PRU11 (2004), adalah mandat rakyat kepada PM baru: Tun Dr Mahathir (ambil alih jawatan PM, 1981) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (pegang jawatan PM mulai Oktober 2003). Kejayaan BN dalam PRU11, ditambah kesan dari persempadanan kawasan pilihanraya yang diluluskan dalam tahun 2003.
Sepatutnya PRU13, permintaan BN untuk dapat mandat rakyat mengesahkan Dato' Seri Najib sebagai PM ke 6, tanpa perubahan sempadan pilihanraya, dijadikan asas ujian kepimpinan baru. Berbeza dengan ayahnya Tun Razak dan Tun Abdullah. Atau apakah DS Najib akan menyamai rekod Dr Mahathir, dalam tahun 1982.
Nasib DS Najib, berbeza dengan pengalaman Dr Mahathir dan Tun Abdullah. Kedua-dua bekas PM itu, mengambil masa tidak lama untuk memanggil pilihanraya selepas dilantik sebagai PM. Kebetulan, mereka mengambil alin jawatan di penghujung tempoh usia Parlimen. Tun Abdullah mengambil masa cuma 5 bulan untuk membubarkan Parlimen, selepas angkat sumpah sebagai PM.
Berbeza dengan tindakan Tun Razak, kerana selepas Perstiwa 13 Mei 1969, Parlimen digantung, selama 2 tahun lebih. Ini menjarakkan masa beliau membubarkan Parlimen untuk dapat mandat baru.
Tempoh masa yang panjang diambil oleh kepimpinan DS Najib memanggil pilihanraya, lebih membuka ruang kritikan dan mendedahkan pelbagai kelemahan pemerintah. Reputasi PM yang belum diuji, merancakkan analisis dan andaian sikap rakyat.
Dalam taklimat kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, beliau menyebut PRU13 "luar biasa". Baginya, UMNO khususnya, pilihanraya umum kali ini very challenging. Ini membuka peluang, orang awam membuat berbagai tafsiran; pilihanraya yang amat sukar bagi UMNO-BN, keputusan di luar jangka, kebarangkalian sesuatu di luar kotak pemikiran orang awam, atau beberapa kemungkinan yang lain.
Dalam PRU12, parti-parti pembangkang utama PKR, DAP dan Pas telah memenangi 80 kerusi berbanding BN yang menguasai 85 kerusi dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung. Dari segi undi popular, BN menguasai 3,426,065 undi atau 49.71 peratus dari kawasan yang dipertandingkan, berbanding pungutan undi pakatan tiga parti pembangkang utama ialah 3,458,233 atau 50.17%. Sungguhpun, pakatan pembangkang kurang kerusi tetapi mengatasi BN dari segi undi popular.
Ini jauh berbeza dengan PRU11 (2004) di mana pakatan pembangkang cuma menang 18 kerusi Parlimen di Semenanjung: DAP - 11, Pas - 6 dan PKR - 1 sahaja. BN menang cemerlang dengan 147 (89.09 peratus) dari jumlah 165 kerusi. Dari segi undi popular, BN mengutip 3,975,641 undi atau 63.78 peratus sementara jumlah undi parti-parti pembangkang hanya 2,247,090 undi atau 36.05 peratus.
Mengambil kelaziman, giliran jig saw sepatutnya berpihak ke BN kali ini. Tanpa persempadanan kawasan pilihanraya, mampukah BN kembali gemilang sebagaimana PRU11. Oleh kerana tiadanya proses perundangan tersebut, menjadikan PRU13 terdedah kepada beranika andaian "luar biasa". Ini ditambah dengan beberapa perubahan domestik di kalangan berbagai peringkat umur dan kumpulan pengundi.
Tsunami 2008, masih segar dalam ingatan. Faktor-faktor kemerosotan undi BN masih menguasai sikap dan tanggapan, dengan sedikit perubahan. Realiti dan gelombang kebangkitan anak muda, serta first time voters, yang menguasai beberapa siri PRU lepas, menjadi tumpuan semua parti politik. Oleh kerana, peratusan pengundi muda (bawah umur 40 tahun) agak tinggi antara 49 hingga 68 peratus jumlah pemilih di sesebuah kawasan pilihanraya (constituency), ialah satu kuasa atau satu pressure group yang amat berkesan.
Meminjam kata-kata mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, " UMNO belum dapat memberi satu harapan baru, terutama kepada generasi muda, yang berbeza dengan harapan generasi dahulu, yang tidak boleh ditarik dengan ganjaran wang lagi". Apakah pendekatan dan tataselia UMNO selaku tunjang BN terhadap pengundi muda, untuk mengembalikan kegemilangan lampau.
Bagaimana pula dengan satu lagi kuasa penting iaitu pengundi Cina yang rata-ratanya memenangkan parti-parti pembangkang merentasi sempadan kaum dan agama, di saluran undi peratusan pengundi Cina yang besar. Ini dibuktikan, selain PRU12, beberapa siri pilihanraya kecil pasca PRU12 dan Pilihanraya DUN Sarawak , April lepas.
Di Semenanjung contohnya, 15 kerusi Parlimen mempunyai pemilih bukan Melayu melebihi 80 peratus. Dalam PRU12, semuanya dimenangi oleh calon-calon DAP, dengan pungutan undi yang besar. BN cuma kutip 212,139 undi atau 29.49 peratus sahaja berbanding 506,317 undi DAP atau 70.39 peratus. Sedangkan dalam PRU11, BN pungut 318,578 undi atau 47.7 peratus dari jumlah undi di 15 kerusi tersebut.
Begitu juga, di kawasan pengundi bukan Melayu antara 60 hingga 80 peratus, iaitu sebanyak 15 kerusi juga. 10 kerusi dimenangi pembangkang: 9 DAP dan 3 PKR. Jumlah undi pembangkang ialah 383,599 atau 55.26 peratus, sementara BN dapat 309,645 atau 44.61 peratus. Berbanding perolehan 63.09 peratus undi popular dibolot oleh calon-calon BN dalam PRU11.
Terdapat 19 kerusi Parlimen campuran di Semenanjung. Tidak ada mana-mana kaum melebihi 50 peratus pemilih. Komposisi kaum hampir seragam. BN menang 9 kerusi, sementara parti pembangkang: PKR - 6, DAP - 3 dan Pas - 1. dari segi undi popular, BN pungut 47.9 peratus sahaja, berbanding pakatan pembangkang sebanyak 51.81 peratus dengan 441,749 undi sementara BN - 408,409 undi.
Terdapat 42 kerusi Parlimen di Semenanjung di mana pengundi Melayu melebihi 80 peratus. Undi popular BN ialah 839,458 atau 52.21 peratus dalam PRU12, berbanding 821,477 undi atau 56.67 peratus dalam PRU11. Pakatan pembangkang meningkatkan undi dalam dua PRU tersebut, dari 621,881 (42.9%) kepada 760,051 undi (47.64%). Dalam PRU12, BN kuasai 26 kerusi, sementara Pas - 13 dan PKR - 3. BN kuasai 61 peratus kerusi tetapi undi cuma 52.21 peratus, menggambarkan peranan persempadanan kawasan pilihanraya, yang tidak mengimbangkan pemilih mengkut kawasan.
Apa kata andainya pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat berjaya prtahankan semua 82 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, dan berupaya menambahkan kerusi Parlimen dalam PRU13. Kalau kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dianggap sebagai fixed deposit bagi BN, akan dirungkaikan cengkaman BN, mungkin ini maksud "luar biasa".
Ini mungkin berlaku, kalau diambil hasil keputusan PRU7 (1986) dan PRU8 (1990), di mana pengundi di Sabah dan Sarawak, tidak terikat sokongan kepada BN. Mereka undi calon pembangkang di Parlimen, tetapi memberi undi ke parti kerajaan di peringkat negeri. DAP pernah menang 4 kerusi Parlimen di Sabah, tetapi tidak pernah menang kerusi negeri di Sabah (kecuali dalam PRU12, buat pertama kali calon DAP menang kerusi negeri).
Jika pengundi di Sarawak mengekalkan undi protesnya kepada BN dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, April lepas, dan berbuat demikian dalam PRU13 untuk peringkat Parlimen, sekurang-kurangnya 7 kerusi Parlimen Sarawak akan jatuh ke Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, Pakatan Rakyat cuma menang di kerusi Parlimen Bandar Kuching menerusi calon DAP. Jika dicampurkan undi calon BN dan Pakatan Rakyat dalam PRN Sarawak, BN ketinggalan di 6 kerusi Parlimen: Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei, Miri dan Bintulu. Sementara di Sibu, beza undi yang kecil dijumlah undi calon BN dan calon DAP.
Pengundi Cina, menjadi pengundi majoriti di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Miri. Pengundi Cina cuma 47.88 peratus di Sarikei dan 21.16 peratus di Bintulu. DAP boleh menang di kawasan campuran dalam PRN Sarawak. Di Kidurong, pengundi Cina cuma 38.11 peratus, dan Meradong (38.59 peratus). Calon PKR cuma kalah 58 undi di Senadin (pengundi Cina 50.21%).
Selain kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak menjadi simpanan tetap BN, kawasan-kawasan Parlimen dalam rancangan penempatan peneroka Felda, juga menjadi bekalan BN sejak merdeka. Tambahan dengan isu-isu semasa dalam pengurusan Felda, boleh merenggangkan ikatan peneroka dengan BN. Sungguhpun terdapat 54 kawasan Parlimen melibatkan peneroka Felda, yang jadi hard core ialah 25 kawasan Parlimen, memiliki peratusan peneroka yang besar.
Berdasarkan gambaran awal dan general di atas, sedikit sebanyak boleh membantu tafsiran "luar biasa". Tambahan pula, penguasaan BN melepasi separuh abad, memungkinkan apa-apa saja "luar biasa", yang disertai dengan himpitan-himpitan senario semasa di dalam dan di luar negara. Apakah Arab Springs pun "luar biasa". Inilah antara keistimewaan PRU13, yang dinanti-nantikan dengan seribu debaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan