Selasa, 28 Julai 2020

UMNO Tuntut Terengganu 2

Sambungan
UMNO TUNTUT DUN TERENGGANU DIKEMBALIKAN KEPADA BARISAN NASIONAL
Siri 2

Untuk mengukur sejauhmana dakwaan kekalahan BN di Terengganu dalam PRU14 kesan dari saingan tiga penjuru, yang memberi keuntungan kepada Pas. Jika dibaca Jadual 2 bersama Jadual 3, sukar juga untuk merumuskan bahawa penurunan undi BN akan meningkatkan undi Pas, dalam saingan tiga penjuru. Jika saingan dua penjuru, satu lawan satu, BN lawan Pas, logiknya undi BN turun akan menaikkan undi Pas. Tapi dalam saingan tiga penjuru, harus dicari fakta, dari mana datangnya undi kepada calon ketiga iaitu gabungan PKR-Bersatu-Amanah-DAP yang menggunakan logo PKR, di kala undi Pas meningkat.

Berdasarkan Jadual 2, BN mengalami kemerosotan undi di 25 kerusi sebagai faktor dominan tumbangnya kerajaan pimpinan UMNO dalam PRU14, bertimbal dengan peningkatan undi Pas di 27 kerusi sebagaimana catatan Jadual 3. BN menerusi UMNO hanya mampu bertahan di kubunya iaitu Setiu, mengekalkan kemenangan di semua kerusi; Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit, dengan peningkatan undi. Satu lagi kubu UMNO iaitu Besut, undi kepada BN merosot menyebabkan hilang satu kerusi, Kota Putera dan menang tipis di Kuala Besut. 

Di samping,  mampu tingkatkan undi menerusi 2 kerusi di Besut dan 4 kerusi di Setiu, BN pertahan imej kubu kuat di Seberang Takir dengan peningkatan undi yang besar menerusi Menteri Besar DS Ahmad Razif Abdul Rahman. Seberang Takir adalah kubu UMNO sejak merdeka. Walaupun pernah menjadi pembangkang dua kali 1959-1961 dan 1999-2004, UMNO tidak pernah kalah di kerusi ini (dulunya Kuala Nerus, sebelum pembentukan kawasan Parlimen Kuala Nerus dalam tahun 1973). Sejak zaman TS Ibrahim Fikri Mohamad lagi, Seberang Takir sentiasa kekal sebagai kubu UMNO. Malah bila tumbangnya kerajaan BN dalam tahun PRU10 (PRU 1999), Seberang Takir, satu-satunya kerusi BN yang dipertahankan di sebelah utara Terengganu,manakala semua kerusi di kubu kuat UMNO, Besut dan Setiu disapu bersih oleh Pas.

Bagi kerusi Batu Rakit, berlaku lompatan undi yang tinggi kepada BN sebanyak 3,038 undi atau 43.35%, tetapi Pas walaupun gagal meang kerusi ini, undinya juga meningkat sebanyak 4,374 undi atau 81.41%, yang memberikan BN hanya mampu menang tipis 299 undi sahaja. Perubahan besar di Batu Rakit dari sudut undi lantaran pertambahan bilangan pemilih seramai 10,024 orang atau 71.36% dari PRU13 ke PRU14.
Jadual 2 


UNDI BN DALAM PRU13 & PRU 14: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU


PRU13
PRU14



Undi BN
Undi BN
Beza
N.01
KUALA BESUT
8809
8126
-683
N.02
KOTA PUTERA
9084
8523
-561
N.03
JERTIH
8396
9143
747
N.04
HULU BESUT
7884
8045
161
N.05
JABI
7745
8006
261
N.06
PERMAISURI
9188
10385
1197
N.07
LANGKAP
8425
9007
582
N.08
BATU RAKIT
7008
10046
3038
N.09
TEPUH
10899
8065
-2834
N.10
BULUH GADING
8989
7013
-1976
N.11
SEBERANG TAKIR
7731
9340
1609
N.12
BUKIT TUNGGAL
6149
5964
-185
N.13
WAKAF MEMPELAM
9529
7418
-2111
N.14
BANDAR
7254
5042
-2212
N.15
LADANG
8142
7838
-304
N.16
BATU BURUK
11254
9896
-1358
N.17
ALOR LIMBAT
10199
9136
-1063
N.18
BUKIT PAYUNG
8729
7184
-1545
N.19
RHU RENDANG
8649
7823
-826
N.20
PENGKALAN BERANGAN
11677
11406
-271
N.21
TELEMONG
10262
9407
-855
N.22
MANIR
6285
5872
-413
N.23
KUALA BERANG
6917
6637
-280
N.24
AJIL
8680
8128
-552
N.25
BUKIT BESI
6966
5770
-1196
N.26
RANTAU ABANG
8823
7835
-988
N.27
SURA
5995
5338
-657
N.28
PAKA
10851
8448
-2403
N.29
KEMASIK
8230
7481
-749
N.30
KIJAL
10574
9545
-1029
N.31
CUKAI
10011
7547
-2464
N.32
AIR PUTIH
13523
12239
-1284


282857
261653
-21204


%  Perubahan
7.49%


BN telah mengalami kemerosotan undi sebanyak 21,204 dari 282,857 undi bagi kerusi DUN dalam PRU13 kepada 261,653 undi dalam PRU14 iaitu sebanyak 7.49 peratus. Perubahan undi kepada BN ini memberi kesan besar dalam prestasi undi lantaran pertambahan pemilih di Terengganu dalam tempoh dua PRU berkenaan adalah seramai 114,1125 orang atau peningkatan sebanyak 18.05 peratus. 

Jadual 3 


UNDI PAS DALAM PRU13 & PRU 14: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU


PRU13
PRU14



Undi Pas
Undi Pas
Beza
N.01
KUALA BESUT
6375
7983
1608
N.02
KOTA PUTERA
7672
9704
2032
N.03
JERTIH
7466
7762
296
N.04
HULU BESUT
6314
6576
262
N.05
JABI
6953
8061
1108
N.06
PERMAISURI
6260
8415
2155
N.07
LANGKAP
5403
5561
158
N.08
BATU RAKIT
5373
9747
4374
N.09
TEPUH
11128
10782
-346
N.10
BULUH GADING
9098
11580
2482
N.11
SEBERANG TAKIR
6221
7456
1235
N.12
BUKIT TUNGGAL
6801
8308
1507
N.13
WAKAF MEMPELAM
12515
14796
2281
N.14
BANDAR
9413
7133
-2280
N.15
LADANG
9066
8201
-865
N.16
BATU BURUK
13831
15184
1353
N.17
ALOR LIMBAT
10844
13330
2486
N.18
BUKIT PAYUNG
9342
11672
2330
N.19
RHU RENDANG
11468
13851
2383
N.20
PENGKALAN BERANGAN
9829
11896
2067
N.21
TELEMONG
3398
5248
1850
N.22
MANIR
6873
8716
1843
N.23
KUALA BERANG
6486
7707
1221
N.24
AJIL
5898
8132
2234
N.25
BUKIT BESI
4408
5724
1316
N.26
RANTAU ABANG
8964
12287
3323
N.27
SURA
8952
12500
3548
N.28
PAKA
12138
11853
-285
N.29
KEMASIK
7332
9645
2313
N.30
KIJAL
6370
8280
1910
N.31
CUKAI
12457
12428
-29
N.32
AIR PUTIH
9890
12985
3095


264538
313503
48965


% Perubahan
18.51%
 Petak berwarna biru adalah kerusi ditandingi PKR semasa Pakatan Rakyat

 Jadual 2  yang harus dibaca bersekali dengan Jadual 3 cuba membuktikan bahawa kemerosotan undi BN serta kemenangan Pas menguasai kerajaan negeri Terengganu bukanlah terletak kepada kecau ganggu penyertaan calon PKR. Di kala berlaku peningkatan atau pertambahan pengundi di semua kerusi, undi BN cenderung merudum di 27 kawasan sebaliknya undi Pas selari dengan peningkatan peratusan pengundi. Pertambahan undi Pas, 18.51 peratus beriringan dengan peratus peningkatan pengundi seluruh negeri Terengganu, 18.05 peratus.

Pas yang bertanding atas pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat dalam PRU13, Jadual 3 memaparkan pencapaian Pakatan Rakyat dengan Pas sebagai parti utama di Terengganu. Dalam PRU13, Pas bertanding di 29 kerusi dan tiga kerusi oleh PKR. Namun demikian berlaku perebutan kerusi di tiga kerusi DUN; Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi, antara Pas dan PKR. Perebutan ini menyaksikan persaingan tiga penjuru antara BN, Pas dan PKR. Saingan tiga penjuru ini meminggirkan PKR dari arena politik Terengganu di mana ketiga-ketiga calon PKR memperolehi bukan sekadar undi tercorot malah amat kecil apabila pemilih memberi tumpuan kepada calon-calon BN dan Pas sahaja. Calon PKR di Kota Putera hanya perolehi 60 undi, 73 undi di Seberang Takir dan 52 undi di Bukit Besi.

Tanpa penyertaan Pas, calon PKR perolehi undi yang mampu saingi undi BN di Bandar, Permaisuri dan Telemong, malah memberi peluang PKR merampas kerusi BN di Bandar. Kesimpulannya pencapaian undi PKR banyak bergantung kepada jentera dan penyokong Pas bila dibandingkan undi PKR di kawasan yang ikut ditandingi oleh Pas dan kawasan yang diberi peluang oleh Pas. Justeru itu, undi Pakatan Rakyat dalam PRU13 bolehlah dianggap sebagai undi sokongan kepada Pas, untuk membandingkan pencapaian Pas dalam dua PRU berkenaan. Mungkin dalam kes kerusi Bandar, tidak dinafikan peranan dan kekuatan jentera PKR, jika dianalisis bersama Jadual 1 (dalam siri lepas) yang menunjukkan PKR masih mampu perolehi undi yang boleh mencabar parti lain tanpa bersama Pas dalam PRU14.

Kecenderungan prestasi menurun berlaku kepada BN Terengganu sudah bermula PRU13, apabila BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti kecil. Dalam PRU13, BN memperolehi 17 kerusi sementara Pakatan Rakyat perolehi 15 kerusi (14 Pas, 1 PKR) berbanding pencapaian BN 24, Pas 8 dalam PRU12. Apabila BN hilang kuasa hasil PRU14, bukan satu kejutan kerana kerajaan BN Terengganu hampir tumbang di pertengahan penggal sesi 2013-2018, ekoran krisis kepimpinan negeri.  Adalah satu hujah yang tidak kukuh mempersalahkan kehilangan kuasa BN di Terengganu hendak diletakkan ke atas bahu PKR dan sekutunya yang berjaya memecahkan undi menerusi saingan tiga penjuru dalam PRU14.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan