Selasa, 21 Julai 2020

Tanda awal PRU mengejut

 SEWAJARNYA PILIHAN RAYA UMUM KE 15 DIPERCEPATKAN

Sidang Parlimen yang sedang berlangsung bermula dengan perlantikan Speaker Dewan Rakyat dalam suasana yang panas reaksi kedua-dua belah pihak; kerajaan dan pembangkang memang sudah dijangka. Angka ahli yang menyokong dan menentang usul pemakluman pengosongan kerusi Speaker dan Timbalan Speaker oleh Perdana Menteri menggambarkan sokongan kepada kerajaan semasa di bawah Perikatan Nasional adalah konsisten sejak penubuhannya. Angka yang ditunjukkan pakatan Perikatan Nasional memperolehi majoriti mudah hasil kutipan pertemuan semua 222 Ahli Dewan Rakyat dengan Yang di-Pertuan Agung pada 26 dan 27/02/2020. Ujian sebenar keabsahan kerajaan pimpinan PN tercatat menerusi kehadiran dan kedudukan Ahli Dewan Rakyat pada sidang 18/05/2020, hari pertama Sidang Pertama Penggal Ketiga,  yang membuktikan PN ada sokongan majoriti dengan menguasai 113 kerusi dengan 109 di blok pembangkang. 

Sungguhpun seramai 114 kerusi ditempatkan di blok penyokong kerajaan, tetapi seorang ahli, Masir Kujat (Sri Aman) dari Parti Sarawak Bersatu membetulkan kedudukan bahawa beliau tidak pernah menyokong PN. Umum sedia maklum, beliau memihak kepada pembangkang sejak awal lagi. Kedudukan 113 penyokong blok kerajaan, masih merestukan kerajaan pimpinan PN menguasai majoriti. Jadual 1 di bawah memberikan kedudukan terperinci setiap Ahli Dewan Rakyat pada sidang pertama , dua bulan lepas.

 Jadual 1
AHLI DEWAN RAKYAT  PADA SIDANG DEWAN RAKYAT 18/05/2020
PEMBANGKANG                                                          PENYOKONG KERAJAAN
DAP
42

UMNO
39
PKR
39

MCA
2
Amanah
11

MIC
1
Bersatu (Blok Mahathir)
5

Bersatu
31
Warisan
9

Pas
18
UPKO
1

GPS
18
PSB
1

GSB (PBS, STAR)
2
Bebas
1

PBRS
1



Bebas 1
JUMLAH
109

JUMLAH
113






Sebelum sidang bermula 13/07/2020, penyokong tadbiran PN kekal 113,  walaupun  Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) melepaskan jawatan timbalan menteri dan sertai blok Tun Dr Mahathir, diisi oleh Jugah Muyang (Lubok Antu) yang istihar keluar PKR dari blok pembangkang. 


Tidak mengejutkan kerajaan pimpinan PN mendapat sokongan tipis dalam isu pengosongan dan perlantikan Speaker baru. Suara 111 menyokong usul PM kurang 2 undi kerana seorang tidak hadir kerana cuti sakit dan seorang lagi sedang menpengerusikan sidang iaitu Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon. Kemenangan di pihak pendokong kerajaan dalam sidang 13/07/2020, memperlihatkan setiap ahli masih kekal dan setia dengan apa yang diberitahu dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di akhir Februari lalu. 

Kemenangan tipis kerajaan PN dalam isu Speaker Dewan Rakyat, jelas memberikan mesej bahawa kerajaan yang dibina di atas pentas majoriti mudah terdedah kepada banyak masalah dan kebimbangan. Satu atau dua orang ADR mengubah pendirian, boleh menumbangkan sebuah kerajaan. Ketidaktentuan ini, mewujudkan satu perspektif kurang sihat kepada kehadiran pelabur, yang melihat kegoncangan di dewan legislatif mensenoninkan ketidakstabilan politik. Ianya memberi kesan besar daya tarikan pelabur dari luar untuk berkongsi keterlibatan membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

Wajarlah pandangan segolongan ahli politik, pemerhatian politik dan ahli akademik, Dewan Rakyat perlu dibubarkan untuk memberi laluan dan peluang kepada rakyat memilih sebuah kerajaan baru.  Justeru  sokongan yang membentuk majoriti kecil semenjak penubuhan kerajaan baru lebih empat bulan, kerajaan baru masih gagal menarik sokongan baru untuk mengukukuhkan kerajaan, menjadikan kerajaan hari ini sentiasa terdedah kepada berbagai kemungkinan yang boleh meruntuhkan kerajaan. 

Walaupun usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri belum dibentangkan, sokongan usul pengosongan Speaker Dewan Rakyat tempoh hari sudah memberikan gambaran terkini kerajaan baru pimpinan PN. Kedudukan kerajaan pimpinan PN dengan majoriti 2 undi atau 4 undi jika undian penuh, tidak sama dengan pengalaman kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas bagi sesi 2004-2008. Kerajaan Kelantan hanya memiliki majoriti satu undi, apabila kuasai 23 kerusi di Dewan Undangan Negeri, dengan 22 kerusi pembangkang (BN). Kerajaan pimpinan Pas mampu bertahan sampai tamat penggal. Kerajaan Kelantan pimpinan Pas terdiri semua 23 ADUN adalah dari parti yang sama (Pas), sebarang keputusan dan tindakan dikawal oleh ketua whip parti dalam DUN,  berbeza dengan kerajaan PN dengan berbagai parti termasuk parti-parti kecil, masing-masing parti menggangtungkan sebarang tindakan kepada whip atau pimpinan parti masing-masing. 

Kedudukan kerajaan PN dengan sokongan majoriti mudah, 2 hingga 3 kerusi tanpa ikatan organisasi atau pakatan rasmi berdaftar terdedah kepada peubahan, secara langsung popularitinya yang tidak menentu, bolehlah ditafsirkan sebagai tanda-tanda awal perlu Dewan Rakyat dibubarkan, tanpa memerlukan tempoh yang lama. Banyak pihak termasuk parti pembangkang mempersoalkan keabsahan kerajaan baru PN. Jawapan yang lebih tepat, satu PRU mengejut peringkat Parlimen khususnya hendaklah dipanggil dalam tempoh masa yang tidak lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan