Ahad, 26 Julai 2020

UMNO Tuntut Terengganu 1


UMNO TUNTUT DUN TERENGGANU DIKEMBALIKAN KEPADA BARISAN NASIONAL
Siri 1 

Seorang pemimpin UMNO melontarkan idea kuasa mentadbir negeri Terengganu dipulangkan kepada BN lantaran ditafsirkan kemenangan Pas menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) di atas faktor perpecahan undi kesan saingan tiga penjuru. Beliau juga menyarankan supaya BN menuntut  kerajaan negeri Kedah yang diketuai oleh Pas dikembalikan kepada UMNO dan BN khususnya, di atas alasan yang sama. 

Mengambil semangat pemuafakatan politik menerusi Muafakat Nasional, Terengganu dan Kedah, dua buah negeri majoriti Melayu yang tradisinya dipimpin UMNO, dikira wajar dikembalikan kuasa kepada UMNO memimpin. Sebagai parti berasaskan parti sokongan orang Melayu, UMNO perlu menguasai kerajaan majoriti Melayu.  Selepas PRU14, negeri yang memiliki pemilih Melayu paling ramai dikuasai Pas: Kelantan (94.86% pemilih Melayu) dan Terengganu (96.27% Melayu). UMNO menguasai kerajaan negeri Perlis (84.94% Melayu) dan Pahang (71.68% Melayu). Sementara Kedah (77.49% Melayu) dikuasai oleh Pakatan Harapan yang dibantu oleh ADUN UMNO untuk membentuk kerajaan untuk menggenapkan majoriti mudah. Keupayaan Pas menguasai kerusi terbanyak di kawasan Melayu, jauh meninggalkan UMNO. UMNO dengan sekadar menguasai 3 kerusi DUN, dari sebuah parti yang mendominasi kerajaan negeri, kecuali DUN sesi 2008-2013, meletakkan peranan UMNO sebagai pilihan orang Melayu sudah diambilalih oleh Pas. 

Selepas tumbangnya kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH), satu demi satu kerajaan negeri yang dikuasai PH tumbang; bermula di Johor, kemudian Melaka, Perak dan terakhir Kedah. Selain Kedah, perubahan kerajaan ini telah memberikan semangat baru kepada UMNO untuk mengembalikan legasinya sebagai kuasa politik terulung selepas dihukum rakyat dalam PRU14. Lantaran itu, suara UMNO mulai garang, sehingga mencetuskan idea menyarankan kuasa pentadbiran negeri Terengganu dan Kedah dikembalikan kepada UMNO.

Jadual 1 sekadar menuntut pencerahan sebagaimana didakwa kehilangan kuasa kerajaan BN/UMNO di Terengganu dalam PRU14 kesan saingan tiga penjuru. Secara langsung dakwaan ini memberikan faktor kekalahan BN kesan dari perpecahan undi yang diragut oleh parti-parti dalam PH: PKR, DAP, Bersatu dan Amanah. Sejauh manakah rasionaliti pengurangan undi BN kerana ayungan undi beralih kepada PH. 

Jadual 1


PRU14: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU












Pemilih
BN
PKR
PAS
Majoriti


N.01
KUALA BESUT
20804
8126
1095
7983
143


N.02
KOTA PUTERA
24225
8523
1504
9704
1181


N.03
JERTIH
22917
9143
1594
7762
1381


N.04
HULU BESUT
18845
8045
860
6576
1469


N.05
JABI
20086
8006
690
8061
55


N.06
PERMAISURI
23886
10385
853
8415
1970


N.07
LANGKAP
18327
9007
583
5561
3446


N.08
BATU RAKIT
24071
10046
800
9747
299


N.09
TEPUH
31371
8065
1002
10782
2717


N.10
BULUH GADING
22561
7013
894
11580
4567


N.11
SEBERANG TAKIR
20627
9340
939
7456
1884


N.12
BUKIT TUNGGAL
17446
5964
721
8308
2344


N.13
WAKAF MEMPELAM
28098
7418
1589
14796
7378


N.14
BANDAR
20305
5042
3996
7133
2091


N.15
LADANG
22153
7838
2836
8201
363


N.16
BATU BURUK
33236
9896
2572
15184
5288


N.17
ALOR LIMBAT
28079
9136
1492
13330
4194


N.18
BUKIT PAYUNG
22702
7184
1004
11672
4488


N.19
RHU RENDANG
26041
7823
729
13851
6028


N.20
PENGKALAN BERANGAN
28257
11406
1145
11896
490


N.21
TELEMONG
17911
9407
455
5248
4159


N.22
MANIR
17253
5872
422
8716
2844


N.23
KUALA BERANG
17885
6637
969
7707
1070


N.24
AJIL
20573
8128
679
8132
4


N.25
BUKIT BESI
14493
5770
487
5724
46


N.26
RANTAU ABANG
25260
7835
939
12287
4452


N.27
SURA
24761
5338
2386
12500
7162


N.28
PAKA
26433
8448
1866
11853
3405


N.29
KEMASIK
22167
7481
1557
9645
2164


N.30
KIJAL
22613
9545
1472
8280
1265


N.31
CUKAI
30435
7547
5104
12428
4881


N.32
AIR PUTIH
32572
12239
2195
12985
746



Jumlah
746393
261653
45429
313503




% undi

42.16
7.32
50.52



Angka berwarna merah menunjukkan calon hilang wang pertaruhan
Petak berwarna hijau adalah kawasan yang dimenangi oleh calon Pas
Jadual 1 memaparkan kerusi atau kawasan yang dimenangi oleh Pas dan BN. Pas memenangi 22 kerusi yang ditunjukkan dengan petak berwarna hijau, sementara baki 10 kerusi dikekalkan oleh BN. Ada 8 kawasan yang dimenangi Pas dengan majoriti undi lebih rendah berbanding undi calon PH yang menggunakan logo PKR. Di Kota Putera, calon Pas menang dengan majoriti 1,181 undi, di mana calon PKR perolehi 1,504 undi. Di atas andaian, undi PKR sebanyak 1,504 undi tersebut adalah pecahan atau ayungan undi BN yang membantu mengurangkan undi BN dan memenangkan calon Pas. Andaian ini atas perkiraan penyokong BN seramai lebih 1,500 orang telah meninggalkan UMNO menyokong Bersatu, atau PKR atau Amanah atau DAP. 

Di Jabi, calon PKR pungut 690 undi diandaikan memecahkan undi BN dan memberi ruang kepada Pas menang dengan majoriti tipis 55 undi sahaja. Justeru kemenangan Pas dengan majoriti kecil, ayungan  penyokong dengan angka yang kecil sudah membantu menghilangkan kerusi BN. Situasi yang sama diandaikan kekalahan BN di Ajil dengan hanya 4 undi sahaja, di mana 679 pemilih mengundi calon PKR. 

Di Pengkalan Berangan, calon Pas menang setelah mengatasi calon dengan kelebihan 490 undi, dalam saingan tiga penjuru yang memberikan 1,145 undi kepada calon PKR. Sementara di Air Putih, calon Pas menang dengan majoriti 746 undi mengatasi undi BN, dengan 2,195 undi dipungut oleh calon PKR. Kelima-lima kerusi; Kota Putera, Jabi, Ajil, Pengkalan Berangan dan Air Puteh, adalah kerusi-kerusi BN yang gagal dipertahankan. Sejauhmanakah kekuatan parti-parti dokongan PH, yang berjaya memecahkan sokongan orang Melayu kepada calon BN, UMNO khususnya yang telah mengalihkan undi dari BN, secara langsung membantu Pas menguasai pilihan pengundi. 

Jika kekalahan BN diterjemahankan dari penyertaan pihak ketiga iaitu gabungan yang menggunakan logo PKR, BN hilang 5 kerusi; Jabi, Kota Putera, Ajil, Pengkalan Berangan dan Air Putih lantaran undi PKR lebih besar berbanding perbezaan undi yang membolehkan Pas mengatasi BN. Berasaskan fakta ini, jika BN mampu pertahan 5 kerusi berkenaan menjadikan jumlah kerusi BN adalah 15, tetapi masih kurang berbanding dengan kemenangan BN dalam PRU13 iaitu 17 kerusi, yang membolehkan BN bentuk kerajaan dengan perbezaan dua kerusi dengan pembangkang pada masa itu. Pengekalan 15 kerusi oleh BN masih menggagalkannya menubuh kerajaan. 

Dua kerusi Pas yang dipertahankan; Ladang dan Chukai, menyaksikan undian calon PKR lebih tinggi daripada majoriti milikan Pas. Begitu juga kerusi Bandar yang dirampas oleh Pas dari PKR, beza undi Pas lebih kecil berbanding undi dipungut oleh calon PKR. Dari Jadual 1, memaparkan hanya tiga kerusi sahaja, semuanya dimenangi Pas, calon PKR mampu mempertahankan wang pertaruhan lantaran memperolehi undi lebih daripada satu perlapan atau 12.5% jumlah undi sah. 

Ketiga-ketiga kerusi tersebut dibarisi oleh peratusan pengundi bukan Melayu yang agak besar berbanding dengan 29 kawasan pilihan raya DUN yang lain. Bandar mempunyai 35% pengundi bukan Melayu atau seramai 9,000 orang. Terdapat 4,000 pengundi bukan Melayu yang merupakan 14% pemilih di Chukai. Di kerusi Ladang, 8.8% pemilih atau lebih 2,000 pemilih bukan Melayu. Paparan dari Jadual 1 memudahkan membuat rumusan kasar bahawa undi kepada gabungan PKR-Bersatu-Amanah-DAP di Terengganu bergantung kepada peratusan pengundi bukan Melayu. Lantaran PRU14 lebih kepada tsunami menyeluruh pengundi bukan Melayu menolak BN, kesan sokongan kepada calon logo PKR lebih berpengaruh di kalangan pengundi bukan Melayu berbanding di kawasan majoriti Melayu, walaupun tidak menafikan signifikan sokongan orang Melayu kepada PKR, Bersatu dan Amanah. 

Selain tiga kerusi DUN di atas, kerusi Sura mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang dengan 8.5% dari jumlah pengundi. Undi calon logo PKR agak tinggi juga walaupun hilang deposit iaitu 11.8% tetapi tidak memberi kesan kepada majoriti kemenangan kepada Pas yang mempertahankan kerusi. Selain empat kerusi di atas, semuanya kerusi atau kawasan pilihan raya DUN mempunyai lebih 95% pengundi Melayu, di mana 96.28% pengundi Terengganu adalah orang Melayu. 

Selain lima kerusi yang gagal dipertahankan oleh BN di atas, BN juga hilang dua kerusi di mana saingan tiga penjuru tidak memberi kesan kepada cabaran yang diberikan oleh Pas. Dua kerusi berkenaan; Kuala Berang dan Kemasik, memberikan majoriti kemenangan calon Pas lebih besar berbanding undi calon PKR. Secara langsung memperlihatkan tanpa penyertaan PKR pun, BN ketinggalan undi. 

Undi Pas secara keseluruhannya untuk bahagian pilihan raya negeri, berjumlah 313,503 undi atau 50.52% undi dari jumlah undi sah, meninggalkan BN yang mendapat 261,653 undi atau 42.16%. Dengan 7.32% baki undi dipungut PKR dan rakan sekutunya, dengan jelas menunjukkan penyertaan tiga penjuru bukan faktor utama BN hilang kuasa di Terengganu. 

bersambung




Tiada ulasan:

Catat Ulasan