Khamis, 28 September 2017

Undi Anak Muda

BARISAN NASIONAL KURANG TUMPUAN KEPADA PENGUNDI MUDA

Tumpuan gerak kerja pendaftaran pengundi atau pengundi baru oleh Barisan Nasional tanpa dibantu jentera rasmi kerajaan amatlah perlahan. Peranan dimainkan oleh Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Orang Asal (JHOA), mengambil alih tugasan pendaftaran pemilih di kawasan luar bandar, yang berfokus kepada anak-anak muda yang berpotensi untuk menyokong BN, khususnya UMNO. Sepatutnya, parti yang mendokongi kerajaan, mempergunakan kekuatan jentera parti berbagai peringkat mempastikan setiap warga khususnya ahli UMNO mendaftar sebagai pemilih. Amat malang, bila didedahkan peratusan yng tinggi, ahli UMNO Pergerakan Pemuda dan Puteri yang tidak tersenarai dalam daftar pemilih.

Bila didedahkan angka pendaftaran pemilih baru, dihebohkan data warga yang cukup umur mendaftar sebagai pemilih, khususnya orang Melayu. Data yang dihighlights memperlihatkan sikap dingin anak-anak Melayu dalam pendaftaran pemilih. Diperbesarkan masa depan politik orang Melayu, walaupun menguasai majoriti penduduk tetapi tidak dalam senarai pemilih. Ditularkan ancaman dan cabaran masa depan masyarakat Melayu dengan peratusan yang belum mendaftar sebagai pemilih yang tinggi.

Data dikeluarkan oleh sumber rasmi, jumlah warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada separuh tahun pertama 2017, atau berakhir 30/06/2017; 18,354, 828 orang. Dari angka tersebut hanya 14,622,640 orang atau 79.66%, layak untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan raya. Masih terdapat 3,732,188 orang atau 20.33% yang masih belum mendaftar sebagai pemilih. 

Diwarwarkan 85% daripada 3.73 juta rakyat yang belum mendaftar adalah orang Melayu. Angka ini bukanlah rakyat yang baru melewati usia 21 tahun, tetapi  taburannya berada di dalam berbagai peringkat umur di kalangan warga Melayu. Sebagai parti yang mengaku tonggak perjuangan nasib orang Melayu, sepatutnya UMNO yang dilengkapi berbagai kemudahan birokratik dan organisasi sosial, mengoptimunkan kesedaran politik di kalangan kaumnya. 

Apa yang menghantui UMNO ialah kesedaran politik di kalangan orang Melayu, dan ahli UMNO khususnya dianggap sebagai satu ancaman kepada parti. Dalam setiap pilihan raya, secara perbandingan corak pemilihan pengundi muda dan tua, boleh dikesan darpada keputusan undi. Peratusan undi kepada BN dari saluran pengundi muda lebih kecil berbanding prestasi BN dari saluran pengundi dewasa. Rata-ratanya prestasi undi BN di saluran pengundi muda yang tidak menyebelahi BN. Kecenderungan ini berlaku merentasi kaum dan geografis, sama ada di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Apakah kekhuatiran aliran pengundian pengundi muda yang tidak memihak kepada BN, membiarkan UMNO tidak mempedulikan agenda pendaftaran pemilih baru. 

Kesedaran dan keaktifan warga bukan Melayu dalam pendaftaran pemilih, dijadikan bahan untuk menakutkan serta kebimbangan penghakisan kuasa politik orang Melayu. Ironinya, kerja-kerja pendaftaran pemilih tidak dijadikan gerakerja utama parti, berlainan parti-parti pembangkang, tanpa access kepada kemudahan birokrasi, berusaha keras mempastikan penyokong masing-masing didaftarkan sebagai pemilih.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan