Ahad, 12 Jun 2016

Kuala Kangsar Memilih Wanita

KERUSI PARLIMEN KUALA KANGSAR UNTUK WANITA

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang wujud sejak Pilihan Raya Umum pertama selepas merdeka yang dikuasai oleh UMNO, memperlihatkan ianya dimonopoli oleh wanita. Untuk 3 Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, UMNO meletakkan calon lelaki termasuk TS Ghazali Jawi, bekas Menteri Besar Perak, dalam PRU 1969, yang kemudiannya dipilih menduduki Jemaah Menteri Persekutuan. Pesaing utama mencabar calon UMNO ialah Pas, walaupun calon-calon dari Socialist Front dan UDP ikut sama bertanding.

Dalam PRU 1974 (PRU4) semasa Pas dalam BN, UMNO meletakkan Onn Zariah Abu Bakar di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, yang dicabar oleh calon-calon DAP dan Pekemas. Dalam PRU 1978 (PRU5), Onn Zariah digantikan dengan calon wanita lain, Yong Fatimah Razali. Yong Fatimah ditentang oleh calon DAP dan Pas. PRU5, Pas kembali sebagai pembangkang setelah ditendang dari BN. 

Yong Fatimah senasib dengan Onn Zariah cuma mampu bertahan satu penggal sahaja sebagai Ahli Parlimen. Rafidah Aziz, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan yang dilantik menerusi lantikan Senator, tokoh muda Pergerakan Kaum Ibu UMNO, dipilih bertanding mewakili BN dalam PRU 1982 (PRU6). Kemenangan dalam PRU6, membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri. Beliau diletakkan sebagai calon UMNO di kerusi Kuala Kangsar buat tujuh kali PRU (dari PRU6 (1982) hingga PRU12 (2008), atas sifatnya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Pusat (dulunya Kaum Ibu) dan seorang menteri kanan.  

Pengunduran DS Rafidah Aziz sebagai Ketua Wanita dan anggota kabinet, BN telah mencalonkan seorang calon lelaki, Wan Khair Il Anuar Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan untuk PRU13, setelah 39 tahun Kuala Kangsar berwakilrakyatkan wanita. Bezanya bila Rafidah Aziz tidak lagi pegang jawatan utama dalam kerajaan, walaupun BN masih menguasai kerusi Parlimen Kuala Kangsar, BN alami kemerosotan prestasi.

Dalam PRU11, BN menerusi Rafidah perolehi undi sebanyak 65.7% dari jumlah jumlah sah atau 12,934 undi dengan majoriti kemenangan 6,191 undi untuk mengalahkan calon Pas, Mohd Nizar Jamaluddin, yang perolehi 6,747 undi. Masa itu, Rafidah adalah Ketua Wanita UMNO Pusat dan seorang menteri kanan. 

Sebaliknya dalam PRU12, Rafidah cuma perolehi 10,735 undi, merosot sebanyak 2,199 undi atau 17.0% , dengan majoriti semakin kecil, 1,438, untuk mengalahkan calon Pas, Dr Khairuddin Ab Malik, yang peolehi 9,277 undi (kenaikan 37.5%). Undi BN cuma 53.6% sahaja. Dalam tafsiran pencapaian dan status pencapaian, kawasan Kuala Kangsar sebagai kawasan kelabu berbanding dengan status kawasan kubu atau puteh bila undian melebihi 65%. 

Dalam rekod Rafidah Aziz bertanding di kerusi Kuala Kangsar sejak PRU 1982, beliau sentiasa menang dengan majoriti selesa: 8,556 undi (1982), 9,598 (1986), 7,994 (1990), 10,649 (1995). Cuma merudum ke 2,774 undi, masa PRU 1999, zaman Reformasi. 

Bila diletakkan calon lelaki dalam PRU13, Wan Khair Il Anuar,  sunguhpun undi BN meningkat sebanyak 3,483 undi kepada 14,218 undi (kenaikan 32.44%), tetapi undi calon  Pas menerusi   Khalil Idham Lim bertambah sebanyak 3,859 undi atau 41.59%, berbanding PRU12. Kedua-dua calon sama-sama menduduki kerusi ADUN bagi sesi 2008-2013.

Sungguhpun berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRU13 kerana penyertaan Naib Ketua Wanita UMNO Pusat, Datuk Kamalia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas, yang hanya memperolehi 447 undi, tidak memberi kesan besar kepada kemerosotan peratusan undi BN. Satu hal yang aneh berlaku dalam UMNO, mengapa tenaga penting dalam sayap UMNO ini tidak diberi peluang bertanding dalam pilihan raya. Tambahan pula, beliau adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Percubaan mengubah status quo calon di sini turut memerosotkan peratusan undi. Suratan Ilahi, usia Wan Khair Il Anuar tidak panjang, hayat wakil rakyat lelaki bagi kerusi ini sekejap saja. 

Perbandingan data-data PRU11, PRU12 dan PRU13 untuk membuat perbandingan pencapaian parti-parti yang bertanding di atas lantaran, ketiga-tiga PRU berkenaan mengunakan persempadanan dan daerah mengundi yang sama selepas persempadanan 2003.  

Dalam PRK 18/06/2016 nanti, mempertaruhkan 2 wanita mewakili 2 parti utama yang dicabar oleh dua calon lelaki  mewakili parti baru dan calon bebas. BN dan Pas masing-masing meletakkan calon berlatar belakang profesional: peguam dan doktor perubatan. Sama-sama bukan anak tempatan. Seorang berasal dari Negri Sembilan dan seorang dari daerah berjiran dengan Kuala Kangsar. Apakah pemilih akan mempertahankan status quo sebelum PRU13, Kuala Kangsar adalah hak wanita dengan menjadikan Datin Mastura Mohd Yazid dan Dr Najihatulsalehah Ahmad sebagai pesaing utama berbanding dua calon lelaki. 

  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan