KEWAJARAN MENGUNDI CALON UMNO BERAGAMA ISLAM
Isu mewajarkan khalayak pengundi yang terlalu ghairah untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) mengundi calon berasaskan pegangan agama. Jika calon BN yang diwakili oleh calon UMNO beragama Islam berdepan dengan calon mewakili Pakatan Rakyat (PR) bukan Islam sama ada dari DAP, PKR atau calon Pas dari fraksi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), sepatutnya pengundi memilih calon BN.
Itulah intipati putar belit akhbar The Star dalam berita keluaran 1/2/2013, hasil dari kenyataan ADUN Gaal, Dato' Dr Nik Mazian Nik Mohamad. Penyiaran berita tersebut adalah jauh terpesong dari kenyataan asal, di mana beliau maksudkan: adalah menjadi kewajipan setiap pengundi Islam mengundi Pas, kerana UMNO parti sekular. Kenyataan beliau bila memberi menjawab soalan " mengundi UMNO haram atau tidak". (rujuk Harakah, 4/2/2013, halaman 32).
Adapun mengapa disebut calon UMNO Islam? Sebab bukan semua calon UMNO (Baru) yang bertanding atas nama BN, sejak PRU9 (PRU 1995), adalah beragama Islam. Dalam PRU12 (PRU 2008), UMNO (Baru) telah meletakkan beberapa orang calon bukan Islam: Raimie Unggi (P181 Parlimen Tenom), Ewon Ebin (N31 Paginatan), Justin Guka (N33 Bingkor), Datuk Rubin Balang (N36 Kemabong). Mereka bertanding di kerusi-kerusi Sabah dan semuanya menang. Ewon Ebin dan Rubin Balang, antara ADUN PBS yang melompat parti selepas Pilihan Raya Negeri, yang menjatuhkan kerajaan PBS, 1994.
Kalau ikut tafsiran akhbar The Star (1/2/2013) dan diulasbelitkan lagi oleh Mingguan Malaysia (3/2/2013), bila berdepan calon Islam dengan bukan Islam, pilihan bagi pengundi Islam ialah undi untuk calon beragama Islam. Mereka yang cenderong untuk mengundi dalam PRU13, bila BN meletakkan calon bergama Islam iaitu calon UMNO menentang calon PR bukan Islam, maka tiada pilihan lain: kena undi BN.
Dalam PRU12, UMNO (Baru) cuma hilang satu kerusi sahaja kepada calon pembangkang bukan Islam. Di kerusi Parlimen P47 Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman yang mempertahankan kerusinya, ditumpaskan oleh Tan Tee Beng dari PKR, dengan majoriti 3,087 undi di kawasan pengundinya 45.5 peratus Melayu. Calon UMNO (Baru) memperolehi 45.8 peratus undi, menyamai peratusan pengundian Melayu di situ. Munasabah beliau tewas, jika diambil logik pengundi mengundi calon yang seagama dan sebangsa dengannya.
Nibong Tebal (dulunya Seberang Prai Selatan) sebuah kawasan campuran pernah dimenangi calon UMNO, calon Socialist Front, calon Gerakan, calon DAP, sejak PRU1. Terakhir dimenangi oleh calon PKR. Sebagai kawasan campuran, Nibong Tebal menghantar wakil rakyat ke Parlimen berbangsa Melayu, Cina dan India dalam 12 kali PRU, antaranya V. Veerapan, Senawi Ismail, Dr Goh Cheng Teik, Gok Kheng Huat, Zainal Abidin Osman.
Jika ikut mentaliti putar belit akhbar The Star 1/2/2013 di atas, di mana orang Islam yang menyokong Pakatan Rakyat, kena undi calon Islam, tolak calon PR bukan Islam, yang menanggung rugi ialah BN. Di kawasan PR meletak calon bukan Islam, sama ada PKR, DAP atau Pas menerusi DHPP, menentang calon BN yang beragama Islam, penyokong PR khususnya Pas wajar mengundi calon BN.
Sebaliknya apa yang berlaku dalam PRU12, beberapa calon BN gagal pertahan kerusi di kawasan majoriti Melayu. Di kawasan Parlimen P83 Kuantan di mana 60.4 peratus dari 47,745 pengundi adalah Melayu. Calon BN, Datuk Fu Ah Kaw (MCA) gagal pertahan kerusi, bila ditewaskan oleh calon Melayu dari PKR, Fuziah Salleh dengan majoriti 1,826 undi. Sedangkan, semua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Kuantan, dimenangi calon BN.
Di P94 Hulu Selangor, yang mengandungi 53.9 peratus pengundi adalah Melayu. Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel gagal pertahan kerusi, bila ditumpaskan oleh calon Melayu PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang memiliki 23,177 undi berbanding 22,979 undi dipungut calon BN. Serupa dengan Kuantan, semua 3 kerusi DUN dimenangi calon BN.
Bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak, Datuk Tan Chai Ho (MCA) gagal pertahan kerusi, lantaran dikecewakan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) dengan majoriti 2,515 undi. Kawasan ini mempunyai seramai 52.7 peratus pengundi Melayu dari jumlah 67,241 pengundi.
Kerusi DUN Perak N51 Pasir Panjang, dengan komposisi pengundinya 65.7 peratus adalah Melayu, calon BN gagal mempertahankan kerusi tradisi MIC, bila calon Pas, Mohd Nizar Jamaluddin memungut 11,994 undi berbanding 7,520 undi calon BN dari MIC, Datuk Dr S. Vasar. Dengan peratus pengundi Melayu yang besar, memberikan calon Pas menang dengan majoriti besar, 4,474 undi.
Di N59 Behrang, pengundi Melayu adalah 57.0 peratus, membolehkan calon Melayu PKR, Jamaluddin Mohd Radzi mengalahkan calon BN dari MIC, M. Ramasamy, dengan majoriti 1,027 undi.
Di Selangor, kerusi negeri N16 Batu Caves, pengundi Melayu adalah 62.3 peratus dari jumlah 25,770 pemilih. Calon Melayu dari PKR, Amiruddin Shari mengalahkan calon BN, T. Mohan (MIC) dengan majoriti 3,685 undi. Batu Caves adalah kerusi tradisi MIC.
Di samping itu, terdapat kerusi majoriti Melayu, tetapi orang Melayu tidak memberikan kemenangan kepada calon Melayu/Islam.
Kerusi Parlimen N54 Gerik, 72.0 peratus dari jumlah 26,229 pemilih adalah Melayu. Calon Melayu, Mohd Nor Abdul Rahman (Pas) cuma dapat 6,953 undi berbanding Tan Lian Hoe (BN-Gerakan) 12,526. Dari peratusan undi, calon Pas cuma perolehi 35.7 peratus, sementara calon Gerakan dapat 64.3 peratus dari jumlah undi sah. Ini menunjukkan separuh sahaja orang Melayu/Islam undi calon Islam. Kalau ikut ulasan The Star, sepatutnya calon Pas menang mudah di kerusi Parlimen Gerik.
Di P145 Ayer Hitam, 56.54 peratus dari jumlah 34,805 pemilih adalah Melayu, tetapi calon Melayu, Hussien Sujak (Pas) cuma dapat 6,321 undi atau 23.81 peratus, sementara calon yang mempertahankan kerusi, Dr Wee Ka Siong (BN-MCA) perolehi 20,230 undi atau 76.19 peratus. Sama seperti Gerik, separuh sahaja pengundi Melayu mengundi calon beragama Islam.
Manakala kerusi Parlimen P151 Simpang Renggam, 53.99 peratus pemilih adalah Melayu. Calon Melayu, Atan Gombang (Pas) memungut 8,597 undi atau 34.32 peratus dari jumlah undi sah. Calon bukan Melayu mewakili BN, Liang Teh Meng (Gerakan) dapat 16,450 undi atau 65.68 peratus. Corak pengundi di kalangan orang Melayu/Islam di Simpang Renggam ialah 62 peratus pengundi Melayu mengundi calon Melayu.
Ada 6 kerusi DUN Johor, yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu mewakili BN dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Melayu/Islam dari Pas dan PKR.
N3 Pemanis, 54.08 peratus pemilih Melayu: Lau Chin Hoon (BN-MCA) mengalahkan Othman Selamat (Pas) dengan majoriti besar 5,130 undi.
N9 Gambir, 55.16 peratus pemilih Melayu: M. Asojan (BN-MIC) 8,190 undi, Kassim Ibrahim (Pas) 5,727 undi.
N21 Parit Yaani, 56.92 peratus pemilih Melayu: Ng Swee Tiong (BN-MCA) 9,419 undi, Hashim Jusoh (Pas) 5,562 undi.
N31 Kahang, 71.34 peratus Melayu: Vidjayanathan Ramadhan (BN-MIC) 9,272 undi, Abdul Halim Dawan (PKR) 3,948 undi atau 29.86 peratus. Cuma 40 peratus sahaja pengundi Melayu mengundi calon Islam.
N33 Tenggaroh, 79.88 peratus pemilih Melayu : T. Murukasvary (BN-MIC) 11,789 undi, Shahar Abdullah (Pas) 3,556 atau 23.17 peratus. Hanya 29 peratus pengundi Melayu mengundi calon Islam.
N43 Permas, 53.66 peratus pemilih Melayu: M. Murusamy (BN-MIC) 13,878 undi, Syed Othman Syed Abdullah (Pas) 11,860 undi atau 46.0 peratus. Jika undi Pas datang dari pengundi Melayu sahaja, bermakna 86.8 peratus pengundi Melayu mengundi calon Islam.
Jika ambil andaian atas faktor undi ikut agama, sudah pasti calon-calon BN bukan Islam/Melayu akan tewas.
Di Pantai Timur, di negeri Terengganu, kerusi tunggal pengundi Melayu di bawah 80 peratus ialah N14 Bandar, yang mengandungi 60.0 peratus pengundi Melayu, calon BN dari MCA, Toh Chin Yaw mengalahkan calon PKR, Dr Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi.
Apakah pola pengundian berasaskan polarisasi kaum akan mencorakkan PRU13, sebagaimana harapan setengah pihak, yang bertujuan untuk menghancurkan pakatan pembangkang yang semakin mengikis unsur rasis, dalam menunggu PRU13, yang akan menjelang dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan