Khamis, 14 Februari 2013

Kenyataan Dr Mahathir

KEKELIRUAN KENYATAAN DR MAHATHIR

Memetik dari tajuk berita: Umno Tak Pernah Tipu Pas: Dr Mahathir, " perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978 menyebabkan ia keluar BN" - dilaporkan oleh Bernama (Sinar Harian halaman 6, Berita Harian halaman 7, Khamis 14/02/2013).

Kenyataan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Fakta dari pernyataan Pas keluar BN kerana kekalahan pilihan dan perpecahan dalam Pas juga kerana kekalahan pilihan raya, boleh dipersoalkan.

Mengimbau semula peristiwa pemecatan Pas dari BN tahun 1977, kenyataan tersebut amatlah meleset dan mengelirukan dari seorang negarawan dan mantan PM. Pemecatan Pas ekoran penentangan Ahli-ahli Parlimen Pas terhadap pembentangan Undang-undang Darurat di Kelantan 1977 mendahulu PIlihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 1978.

Ekoran dari krisis Oktober 1977 dalam kepimpinan Pas, membawa kepada pembentangan Akta Kuasa Darurat di Kelantan dalam Dewan Rakyat, pada 8/11/1977. 7 orang Ahli Parlimen yang berucap menentang akta berkenaan, dalam Sidang Dewan Rakyat .

Pas mempunyai 14 Ahli Parlimen; separuh menduduki jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dato' Mohd Asri Haji Muda (Pas-Nilam Puri) Yang Dipertua Agung Pas adalah Menteri Tanah dan Tugas-tugas Khas, Haji Hassan Adli Haji Arshad (Pas-Bagan Datoh) Timbalan YDP Pas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Abu Bakar Umar (Pas-Kota Star) Timbalan Menteri Kesihatan, Mustaffa Ali (Pas-Kuala Terengganu) Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Zahari Awang (Pas-Kuala Krai) Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Abdul Wahab Yunus (Pas-Dungun) Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan. Sementara Haji Yusoff Abdullah Rawa (Pas-Ulu Muda) Duta Besar Malaysia ke Iran & Turki, sebelum itu, Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

Kronologi berikut mencerahkan kekeliruan fakta dari kenyataan mantan PM:

08/11/1977: Semua Menteri, Timbalan Menteri dan SU Parlimen dari Pas letak jawatan, kecuali Haji Hassan Adli.

09/11/1977: Setelah Dewan Rakyat meluluskan pembentangan Akta Darurat,  pentadbiran negeri Kelantan diletakkan di bawah pentadbiran langsung Kerajaan Persekutuan yang dikepalai seorang pegawai kanan Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD).

05/12/1977: Mesyuarat Majlis Teringgi BN  mengarahkan Pas memecat ahlinya di bawah Fasal 14 Perlembagaan BN kerana mengundi menentang usul di Dewan Rakyat.

13/12/1977: Majlis Tertinggi BN beri tempoh 4 hari kepada Pas untuk pecat MP, dengan amaran Pas akan dipecat dari BN

17/12/1977: Secara otomatis, Pas terpecat dari BN.
 jika enggan.

10/02/1978: Undang-undang Kuasa Darurat ditarikh balik.

23/02/1978: Hari penamaan calon untuk PRN Kelantan.

11/03/1978: Hari mengundi PRN Kelantan dengan memberi kemenangan kepada BN : 23 kerusi, Berjasa: 11 kerusi dan Pas: 2 kerusi.
(boleh rujuk tulisan Mohd Zain Salleh: Sejarah UMNO Kelantan (1985) dan Salahuddin Abdullah: Sejarah Pas Kelantan, Langkah-langklah Menuju Mardhatillah (2010)

Perpecahan  dalam sejarah Pas berlaku dalam 6 fasa:

1. 1974: bila Pas menyertai BN. Terbentuknya kumpulan Barisan Bebas Bersatu (pimpinan Cikgu Ahmad Fakharuddin Abdullah), sertai PRU 1974.

2. 1977: bila Pas menentang Akta Kuasa Darurat, terbentuk Berjasa (pimpinan Dato' Muhammad Nasir). Satu kelompok lagi membentuk Ikatan Muslimin Insaf Malaysia (IMAM)(pimpinan Us Hassan Mat Leh). Kedua-dua serta PRN 1978.

3. 1983: Hizbul Muslimin (Hamim) (pimpinan Dato' Mohd Asri), setelah terima asakan kritikan dari golongan Pemuda.

4. 1990: Satu kumpulan keluar Pas menentang penyertaan Pas dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

5. 1990: Sebuah parti baru, Ikatan, oleh bekas ahli Pas Terengganu (pimpinan Ustaz Abdul Wahab Yunus, Dungun).

6. 1995: Sebuah parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ditubuh bekas ahli Pas (pimpinan Cikgu Musa Salleh, Pasir Puteh).

Justeru itu, amatlah malang kiranya maksud mantan PM bahawa Pas keluar BN kerana kalah pilihan raya dan ahli keluar parti kerana kalah pilihan raya. Cuma ada satu episod sahaja iaitu penubuhan Hamim boleh dikaitkan dengan prestasi parti dalam pilihan raya. Mungkin kerana sentimen kepartian, mendorong penyelewengan fakta. Atau, kemungkinan fakta sengaja dikitar demi memperkukuh propaganda, tambahan PRU13 semakan hampir.

Tulisan ini sekadar menjaga kemurnian dunia akademik sahaja bukan sengaja mencari polimik.



2 ulasan:

  1. Malangnya tuan masih dibangku sekolah pada hari dan masa itu sedangkan Dr M berada betulbetul ditengah-tengah kemelut. Saya Nik Azizi atau Mustafa Ali dapat bersuara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam PRU 1978, saya mengundi buat kali kedua. Semasa krisis Kelantan 1977, saya berada di semester akhir di sebuah IPTA, mengikuti pengajian bidang ekonomi. Saya melihat sebagai seorang peminat dan pemerhati. Tidak memihak. Saya mula menulis semasa berada di tahun kedua, fokus kepada isu politik dan sosio-ekonomi, dalam beberapa buah majalah dan tabloid'

      Padam