BERILAH PELUANG SAMA RATA RAKYAT MENUNAIKAN HAK
Secara tabiinya setiap individu mengutamakan haknya sebagai rakyat dan warganegara dihormati. Mereka amat memerlukan jaminan perlembagaan hak-haknya dilindungi dan tidak dicabul. Hak mutlak mereka sebagai suara penentu kerajaan seharusnya tidak boleh dipersoalkan dan ditolakansur.
Amatlah malang, hak asasi mereka dicabul oleh pihak lain. Apatah lagi, pendatang asing berkongsi peranan menentukan pembentukan kerajaan. Tidak patutlah pendatang asing diberi peluang mengundi menerusi berbagai helah dan tipu muslihat untuk membolehkan mereka mendapat kad pengenalan yang melayakkan mereka menjadi pemilih. Tak kiralah sama ada kad pengenalan sementara khusus membolehkan mereka jadi pemilih, atau mengambil peluang pengundi yang sudah meninggal atau pemilih yang tidak dapat dikesan, mungkin tinggal di luar kawasan, kemudiannya diuruskan warga asing memiliki kad pengenalan atas nama pemilih berkenaan. Adalah tidak adil, seorang pendatang dari Filipina, diberi kuasa menentukan dan memilih kerajaan Malaysia.
Di samping itu, warga yang bermastautin sementara kerana tugas, main peranan menentukan pembentukan sesesuah kerajaan negeri. Amatlah tidak wajar, seorang penjawat awam yang tinggal sementara kerana tugas, menentukan pembentukan sebuah kerajaan negeri. Seorang anggota keselamatan dari Semenanjung, bertugas di Sarawak dan mengundi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, seolah mencabul hak rakyat Sarawak menentukan kerajaan negeri mereka.
Di atas adalah secebis karenah yang dipersoalkan oleh concerned citizens peranan dan tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kegagalan SPR menjernihkan suasana tuntutan rakyat yang perihatin tersebut menjadikan SPR sebuah organisasi atau sebuah badan ekskutif yang gagal diberikan seratus peratus ketelusan dan penghormatan awam. Lantaran isu berkenaan, meletakkan SPR di pihak yang tidak berkecuali dalam melaksanakan tugasan eksekutif sebagai badan bebas atau suruhanjaya yang mengurus dan melaksanakan pilihan raya.
Ini cabaran yang berat dilalui SPR, khususnya dalam tempoh 20 tahun terakhir. Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai permohonan kad pengenalan dan pendaftaran pemilih oleh pendatang asing di Sabah, di awak tahun 1990an, yang sedang dibicarakan, menggugat ketelusan, keyakinan dan penghormatan awam terhadap SPR.
Kesan dari gerakan kebangkitan rakyat menerusi Reformasi 1998, menggerakkan warga yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi, kesedaran peri pentingnya mendaftar sebagai pemilih. Sebahagian warga kota yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain, merasakan tidak perlunya mendaftar sebagai pemilih kerana beranggapan undi mereka tidak boleh mengubah kerajaan. Justeru itu, kebangkitan Reformasi 1998, menaikkan kesedaran kerajaan atau pemerintah yang ada perlu ditukar atau suara mereka perlu didengar menerusi peti undi, sedang mereka tiada hak sebagai pemilih untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Sehubungan itu, seramai 680,000 memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih, untuk mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya. Menjelang PRU10, yang diadakan pada 29/11/1999. Permohonan mereka sejak bulan April dan Mei 1999, gagal untuk dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI), untuk melayakkan mereka mengundi. Walhal, nama yang didaftarkan akan diberi peluang untuk semakan dan bantahan dalam 4 kali setahun atau setiap suku tahun. Jika didaftarkan dalam bulan April dan Mei, dimasukkan dalam semakan dan bantahan rang daftar pemilih pada minggu ketiga bulan Julai. Biasanya tiada apa-apa bantahan, akan diwartakan dan masuk dalam DPI, sebelum 30 September, berakhirnya pendaftaran untuk suku ketiga.
DPI yang digunakan dan disahkan untuk PRU10 telah menafikan hak 680,000 bakal pemilih tersebut. Dapatlah difahami secara tersirat kegagalan SPR mendaftarkan mereka kerana bahagian besar mereka adalah rakyat yang bangkit dari gelombang Reformasi, secara tidak langsung agar mereka tidak boleh mengundi. Tepat sekali tindakan SPR, kerana hasil PRU10, tanpa penglibatan 680,000 warga berkenaan, kemerosotan undi BN amat ketara, khususnya di kawasan majoriti pengundi Melayu yang diwakili UMNO.
Ledakan gelombang Reformasi amat terasai di Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Pahang. Ini dapat diperhatian kemenangan calon-calon Melayu, mewakili Pas dan KeADILan. Nampak atas darat, kecenderungan SPR tidak profesional. Dianalisiskan: dalam PRU10, undi Melayu cuma 47 peratus kepada BN dan 53 peratus kepada Barisan Alternatif (Pas, KeADILan, DAP & PRM). Undi BN dibantu oleh 62 peratus undi Cina dan 75 peratus daripada India.
Justeru itu, persempadanan kawasan pilihan raya 2003, menafikan negeri-negeri yang berpendudukan majoriti Melayu; Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan, diperuntukkan tambahan kerusi, kecuali 2 kerusi DUN di Kelantan. Persempadanan tersebut berfokus kepada negeri-negeri yang memberi sumbangan terbesar kemenangan BN; Johor (6 kerusi Parlimen) dan Sabah (5 kerusi Parlimen). Persempanan ini lebih ditumpukan mewujudkan lebih banyak kawasan campuran, demi keselesaan kemenangan calon-calon komponen BN.
Dalam PRU11 (2004), kesan persempadanan terancang kawasan pilihan raya dan mandat rakyat untuk PM baru, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemenangan cemerlang BN, dengan memenangi 90.8 peratus kerusi Parlimen (199/219).
Di Selangor, pengundian dilanjutkan 3 jam sehingga ke jam 8.00 malam. DPI yang dijual kepada calon dan wakil-wakil calon pada hari penamaan calon, tidak sama dengan DPI yang digunakan pada hari pengundian. Berlaku pengwujudan pusat-pusat mengundi baru, mengkucar-kacirkan pemilih. Ramai pemilih tidak dapat mengesan pusat pengundian. Mengikut peraturan pilihan raya, hari pengundian perlu dibatalkan dan diadakan pada tarikh baru, bukan melanjutkan tempoh pengundian.
Ada andaian menyebut, pengundian sengaja dilanjutkan untuk membolehkan pengundian berganda. Ini untuk membolehkan apa yang disebut "pengundi hantu" yang mengundi di Terengganu, sempat balik ke Selangor, untuk membuang undi buat kali kedua, pada waktu yang dilanjutkan. PRU11 memberikan kemenangan cemerlang BN di Terengganu ditambah dengan peratus keluar mengundi yang belum pernah berlaku, melebihi 90 peratus.
Dalam PRU12 (2008), hasil tuntutan Bersih 2007, SPR bersetuju mengunakan celupan dakwat kekal pada salah satu jari tangan pemilih. Empat hari sebelum hari pembuangan undi, SPR menarik balik celupan dakwat kekal, dengan alasan ada 3 kes laporan polis, cubaan pihak tertentu membeli dakwat dari luar negeri untuk menghalang pengundi keluar mengundi dengan cara mencelup jari pengundi sebelum keluar mengundi. Dalam Sidang Pertama Penggal Pertama Parlimen ke 12, Menteri Dalam Negeri, DS Hamid Albar semasa menjawab soalan mengenai pendakwaan kes cubaan mencelup jari pemilih, menyatakan tiada pendakwaan kerana pihak keselamatan tidak menjumpai sebarang barang kes. Sebuah lagi sendiwara SPR, dalam demokrasi pilihanraya ala Malaysia.
Dengan beberapa kenyataan tentang PRU13 yang sedang dinantikan: ibu segala PRU, PRU paling sengit, serta kempen-kempen sindrom menakut-nakutkan orang Melayu, mencerminkan apakah episod SPR selanjutnya mempersenda dan mempermainkan proses pendemokrasian menerusi pilihan raya. Daripada beberapa cebisan drama SPR di atas, lebih menjurus ke arah krisis keyakinan masyarakat awam seta penghormatan khalayak awam terhadap institusi berkenaan. Intergriti dan ketelusan SPR amat perlu dimertabatkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini yang membantut agenda ketenteraman awam selepas hari pengundian nanti, kesan pencabulan hak kebebasan suara khalayak pemilih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan