AMALAN PECAH DAN PERINTAH DEMI SURVIVAL POLITIK
Ketua Penerangan UMNO(Baru) Datuk Ahmad Maslan sewaktu berucap di kawasan Parlimennya di Pontian, bulan lepas menyifatkan Pas melaksanakan amalan pecah dan perintah demi survival politiknya. Alasannya, Pas telah memecah-belahkan orang Melayu, di atas doktrin agama. Pas memisahkan orang Melayu dengan menggunakan kafir mengkafir, untuk memudahkan Pas menguasai pemikiran dan pegangan politik.
Sementara Timbalan Presiden UMNO(Baru), TS Muhyiddin Mohd Yassin dalam satu majlis juga di Johor, minggu lepas, melabelkan pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin yang tiada pendirian dan menipu rakyat. Di bandar cakap lain, di desa lain cakap. Di kalangan orang Melayu bercakap lain, kepada orang Cina lain pula cakapannya.
Dua senario di atas, dengan kata lain; cuba menggambarkan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus rakyat menerusi manhaj " pecah dan perintah". Pendekatan ini demi mempastikan mengizinkan wujud berbagai kelompok dan menafikan kesatuan ummah, untuk mengukuhkan kuasa serta meneruskan penguasaan.
Amat berbeza antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Contohnya dalam pilihan raya kecil Manik Urai (2009), Lim Guan Eng dari DAP antara penceramah utama dalam ceramah Pas di peti undi Chuchuh Puteri dan Laloh, yang seratus peratus pengundi Melayu dan kawasan pedalaman. Isu yang dibawanya bersifat nasional, bukan berfokus kepada kelompok desa atau bandar. Ini jauh sekali bezanya kursus kenegaraan Biro Tatanegara di bawah kerajaan Persekutuan yang amat rasis.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman masyarakat Malaysia sejak 55 tahun pasca merdeka, kenyataan di atas adalah terbalik. Yang mengamalkan "pecah dan perintah" itu adalah pihak yang menguasaian kerajaan Persekutuan sejak 55 tahun lalu. Kuasa yang dominan adalah kuasa Persekutuan, kerana kuasa kerajaan negeri amat terhad dan terlalu kecil.
Pembentukan komponen Barisan Nasional, di mana Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) berjaya menghimpunkan parti-parti pembangkang yang dominan dalam tahun 1960an: Pas, Gerakan dan PPP di Semenanjung, serta SUPP dari Sarawak, di samping USNO, SCA dan PBB dalam tahun 1974. Impaks Peristiwa 13 Mei telah memberikan sumbangan yang besar ke arah gabungan parti-parti utama menerusi BN.
Dua peristiwa penting dijadikan bahan untuk melonjak sokongan rakyat dan imej gabungan BN menjelang Pilihan Raya Umum 1974 (PRU4); Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan lawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien ke Republik Rakyat China.
Peristiwa pertama, berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di kalangan negara-negara Islam. Perpaduan UMNO-Pas menerusi BN bukan sekadar menyakinkan orang Islam dalam negara, tetapi juga di peringkat internasional. Ini telah memberikan kredit yang cukup besar, keyakinan rakyat orang Melayu khususnya, yang mendiami sektor desa, memberi sokongan kepada BN.
Justeru itu, di kawasan luar bandar, poster Tun Razak bersongkok dijadikan bahan utama kempen pilihan raya.
Sementara di bandar, gambar Tun Razak berjabat tangan dengan Pengerusi Mao (Mao Tse-tung) adalah bahan kempen utama di billboard dan banner. Kunjungan Tun ke RRC menggambarkan gabungan BN bukan bersifat kepada perpaduan Melayu, tetapi juga memberi fokus yang tidak kurang penting kepada orang Cina selaku pengundi majoriti di kawasan bandar. Kunjungan Tun serta sambutan kepimpinan utama Partai Komunis China, terutamanya Mao Tse-tung (Pengerusi Parti Komunis China) dan Chou En-Lai (Perdana Menteri RRC) mentafsirkan penghormatan dan keyakinan mereka terhadap kepimpinan negara menerusi BN.
Dua peristiwa besar ini untuk menarik sokongan rakyat bahawa kepimpinan negara menerusi BN dihormati oleh negara-negara Islam dan kepimpinan Cina seberang laut.
Pendekatan "pecah dan perintah" dengan pengundi Melayu dan pengundi luar bandar disogokkan dengan Persidangan OIC, sementara pengundi Cina yang menguasai sekor kota dengan kunjungan Tun Razak ke RRC, memberikan kemenangan cemerlangan BN dalam PRU4. Kecemerlangan ini memaparkan kejayaan BN menyatukan semua kaum dalam sebuah organ politik demi kestabilan, perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Ruang menduduki kuasa pemerintahan nasional menerusi BN telah menjadikan Pas lebih nasional sifat dan penyebaran pengaruhnya. Beberapa tempat dalam badan berkanun dan agensi kerajaan diberikan kepada kepimpinan Pas dan individu yang ditunjukkan oleh Pas. Pengaruh Pas menembusi kawasan eksklusif UMNO, seperti penempatan Felda. Ini menjadi satu ancaman kepada UMNO.
Lantaran itu, dianalisiskan timbulnya krisis Kelantan 1977 adalah ekoran campurtangan UMNO dalam rumahtangga Pas. Kesempatan diambil oleh kepimpinan kerajaan Persekutuan yang dikepalai UMNO, untuk memecahkan Pas. Pecah dan perintah ini, menyediakan ruang pembentukan sebuah parti politik, sebagai serpihan Pas; Barisan Jemaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa). Ruang disediakan oleh kerajaan Persekutuan, memudahkan proses penubuhan dan pendaftaran. Berjasa didaftarkan dalam sekelip mata, ambil masa yang amat singkat.
Perintah darurat di Kelantan hanya 3 bulan sahaja. Pada 10 Februari 1978, ditarik balik undang-undang darurat. Ini membolehkan pilihan khas bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 11 Mac 1978. Pilihan raya ini menghasilkan: BN 23 kerusi, Berjasa 11 dan Pas 2 kerusi.
Berjasa sebagai serpihan Pas berjaya memecahkan undi Pas untuk membolehkan UMNO/BN menawan Kelantan. Berjasa bertanding di 25 kawasan untuk memberikan 11 kawasan perlawanan satu lawan satu BN dan Pas. BN pula bertanding di 24 kawasan dengan memberikan 12 kawasan saingan satu lawan satu antara Berjasa dan Pas. Sementara Pas bertanding di semua 36 kerusi.
Di 12 kerusi saingan satu lawan satu Berjasa-Pas, Berjasa kalah di satu kerusi sahaja iaitu Sering (sekarang Panchor). Di kawasan melibatkan perlawanan 3 penjuru BN-Berjasa-Pas atau 4 penjuru bila terlibat dengan calon Bebas (10 calon Bebas bertanding), semuanya dimenangi BN. Di kerusi berkenaan, undi calon Berjasa mengatasi undi calon Pas: Bandar Pasir Mas (sekarang Pengkalan Pasir), Telipot (sekarang Bunut Payong), Gual Ipoh dan Bandar Machang (sekarang Kemuning).
Justeru itu, kemenangan Berjasa bukanlah lantaran saguhati BN, untuk membolehkan Berjasa menentang Pas secara satu lawan satu, tetapi di 4 kerusi dimenangi BN, undi Berjasa mengatasi undi Pas.
Di samping itu, di kawasan saingan 3 atau 4 penjuru, calon Berjasa hilang wang pertaruhan di 6 kawasan. BN kalah satu kerusi, perlawanan satu lawan satu dengan Pas: Manik Urai. Kesimpulannya faktor utama kekalahan teruk Pas lantaran kemunculan Berjasa yang memecahkan undi Pas dan undi anti-astalishment.
Pengalaman bagaimana usaha pimpinan Persekutuan memecahkan USNO lantaran hubungan yang tidak begitu baik zaman Tun Datu Mustapha Datu Harun dengan pimpinan pusat di awal 1970an. Bagaimana seorang anggota kabinet Tun Mustapha, Datuk Harris Mohd Salleh, menubuhkan Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) untuk memecahkan sokongan USNO yang berkuasa di Sabah masa itu.
Tanpa sokongan walaupun tidak secara terbuka dari Kuala Lumpur, tidaklah berani Datuk Harris letak jawatan menteri dan wakil rakyat, untuk membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan. Datuk Harris bertanding atas nama parti barunya, Berjaya kalah dalam pilihan kecil DUN Sabah di akhir 1975, bersama seorang lagi wakil rakyat yang letak jawatan.
Kegagalan Berjaya ini, membolehkan kerajaan USNO pimpinan Tun Mustapha memanggil pilihan DUN Sabah, dalam bulan April 1976. Hasilnya, beliau hilang kuasa dan bermulalah pemerintahan Berjaya pimpinan Tun Fuad Stephents dan Harris Salleh. Dalam pilihan raya itu: Berjaya dapat 28 kerusi, sementara USNO 20 kerusi.

Kes Kelantan (1978) adalah menyamai pengalaman Sabah (1976).
Teknik pecah dan perintah ini dikembangkan ke Sarawak, yang membawa kepada penubuhan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebagai serpihan Sarawak National Party (SNAP) dalam tahun 1983. PBDS jadi pembangkang dalam DUN Sarawak dan anggota komponen BN di peringkat Persekutuan. Begitulah munculnya Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDS), parti-parti yang didaftarkan dalam tempoh terlalu singkat, hasil dari serpihan parti asal, demi memperkukuhkan amalan pecah dan perintah, yang menjadi tradisi pemerintah Kuala Lumpur menangani parti-parti dominant di peingkat negeri atau wilayah tertentu.
Sejarah dan latar belakang penubuhan Sabah Progressive Party (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Joseph Kurup, Parti Rakyat Sabah Bersatu (PRBS) pimpinan Dr Jeffrey Kitingan dan Parti Demokratik Sabah (PDS) pimpinan Bernard Dompok, semuanya serpihan dari Parti Bersatu Sabah (PBS). Proses penubuhan dan pendaftaran yang amat mudah serta cepat tanpa karenah birokrasi, semuanya lantaran mendapat restu dan akses dari pimpinan Persekutuan.
Doktrin dan amalan pecah dan perintah ini dalam konteks negara kita selepas Merdeka adalah pendekatan parti yang menguasai kerajaan Persekutuan sama ada Perikatan atau BN. Berdasarkan beberapa kutipan peristiwa di atas, amatlah sukar dan amatlah tidak adil, menuduh parti-parti atau pihak yang tidak pernah menguasai kerajaan Persekutuan melaksanakan pecah dan perintah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan