Isnin, 7 Disember 2020

Undi Tak Percaya

 USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP SEORANG KETUA KERAJAAN

Satu usul percaya terhadap Menteri Besar Perak dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak 04/12/2020 lepas,  telah mencetus satu rekod baru dalam sejarah tanah air bertujuan meletakkan status sokongan kepada ketua kerajaan. Seorang ketua kerajaan dalam sebuah kerajaan gabungan parti-parti yang datang dari sebuah parti bukan dominan, dijatuhkan apabila perwakilan dominan berjaya main peranan parti atau kumpulan dominan. UMNO, yang miliki 25 kerusi DUN Perak mendominasi keanggotaan DUN mengambil inisiatif kemuka usul percaya, telah mengambil peranan menentang undi percaya kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah DS Faizal Azamu. Tentangan UMNO bersama anggota pembangkang telah merakamkan 48 undi menentang berbanding 10 undi dari ADUN lain dalam blok kerajaan menyokong usul, iaitu semua ADUN PPBM (5  orang) dan ADUN Pas (3 orang), disertai seorang ADUN Gerakan  dan seorang ADUN Bebas. 24 ADUN UMNO bersama anggota pembangkang: DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3) menentang. 
 
Keputusan DUN Perak ini telah menyaksikan secara tidak langsung satu keputusan undi tidak percaya walaupun dalam versi sebaliknya. Keputusan ini berlainan dengan normal dalam percaturan krisis keyakinan kepimpinan kerajaan. Kebiasaannya,  usul undi tak percaya untuk menentukan sejauhmana penerimaan dan sokongan tetapi ditukar versi sebaliknya dengan natijah dan konklusi yang sama. 
 
Kejatuhan kerajaan Pas di Terengganu pimpinan Mohd Daud Abdul Samad yang berusia 2 tahun dalam tahun 1961, menyaksikan permulaan krisis kepimpinan dalam parti pemerintah diselesaikan oleh undi tak percaya. Kedudukan blok kerajaan dengan 13 kerusi sementara 11 kerusi di blok pembangkang menerusi UMNO (7 kerusi), MCA (1 kerusi) dan Parti Negara (4 kerusi). Apabila 2 ADUN Pas melompat ke UMNO, memulakan episod krisis dalam parti pemerintah, Pas Terengganu, menjadikan kerajaan Pas Terengganu terumbang-ambing, mendorong UMNO membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. 
 
Bila UMNO membawa usul undi tak percaya pada 30/10/1961, disokong oleh 7 ADUN UMNO, 1 ADUN MCA, 3 ADUN Parti Negara, turut disokong 2 ADUN Pas yang melompat, ditambah lagi 2 orang ADUN Pas, menjumlahkan 14 orang menyokong, meninggalkan 9 ADUN Pas dan seorang ADUN Parti Negara menolak. Hasil undi tak percaya ini, kerajaan Terengganu bertukar tangan pemerintahan kepada Perikatan pimpinan UMNO. 

Kerajaan campuran Sarawak pimpinan Stephent Kalong Ningkan dari SNAP (Sarawak National Party) ditewaskan oleh satu usul undi tak percaya pada 23/09/1966. 25 ADUN dari parti PESAKA (Parti Anak Sarawak), BARJASA (Barisan Rakyat Jati Sarawak) dan PANAS (Parti Negara Sarawak) dari jumlah 42 ADUN menyokong usul dan seorang ADUN Bebas memulaukan sidang. 10 ADUN SUPP (Sarawak United People's Party) dan 6 ADUN SNAP tidak hadir sidang. 
 
Krisis Sarawak adalah krisis kepimpinan masyarakat Dayak.  SNAP dan PESAKA  mewakili masyarakat Bumiputera Bukan Islam, dengan masyarakat Dayak sebagai kumpulan dominan. Tindakan Governor memecat Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri dihalang oleh mahkamah, justeru itu pakatan ADUN mengusulkan undi tak percaya dalam DUN. 

Krisis dalam kepimpinan UMNO tercetus ekoran kejayaan dan pengaruh Datuk Harun Idris dalam parti. Usul undi tak percaya kepada Harun Idris, Menteri Besar Selangor mendapat sokongan besar daripada ADUN BN di mana BN menguasai 31 daripada jumlah 33 kerusi DUN. Undi tak percaya di DUN Selangor pada 26/03/1976, disokong oleh 25 ADUN BN (UMNO (15), MCA (6), MIC (3), Gerakan (1)). 3 ADUN UMNO dan seorang ADUN Bebas berkecuali, ADUN Pas dan ADUN DAP tidak hadir. 
 
Pada15/10/1977, satu usul undi tak percaya di DUN Kelantan terhadap  Menteri Besar dari Pas, Dato' Mohamad Nassir. DUN Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh BN dengan keahlian 22 Pas, 13 UMNO dan 1 MCA. Usul seorang ADUN Pas disokong oleh 20 ADUN Pas dan ditentang oleh 2 ADUN Pas. Semua ADUN UMNO dan MCA memulaukan sidang. Pas sedang merangka untuk melantik seorang Menteri Besar baru setelah melihat Dato' Mohamad lebih mendekati kepimpinan kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO dan membelakangi partinya sendiri. 

Berbeza dengan undi tak percaya di DUN Perak 04/12/2020 baru-baru ini, ada usaha dan desas desus untuk menjatuhkan Menteri Besar yang mewakili parti bukan majoriti dalam gabungan parti membentuk kerajaan. PPBM hanya 5 kerusi berbanding 25 kerusi milik UMNO. PPBM hanya memenangi 1 kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2018 (PRU14), sementara baki 4 kerusi adalah hasil lompat parti dari UMNO (2), Amanah (1) dan PKR (1). Di samping ADUN Pas, dua orang ADUN yang ikut menyokong usul percaya adalah ADUN DAP yang meninggalkan parti. 

Justeru blok UMNO dalam DUN Perak yang mampu menjadi penentu kuasa menjadikan kedudukan Menteri Besar dari parti lain terdedah kepada percaturan political dynamics. Menteri Besar yang sama semasa dalam kerajaan Pakatan Harapan dulupun berdepan dalam situasi di pergentingan. Masa itu DAP menguasai  18 kerusi DUN.
 
Sidang DUN pada 04/12/2020 selama satu minggu dengan agenda induknya sidang Belanjawan 2021. Apakah kesudahannya dengan Menteri Besar yang digulingkan masih mengepalai caretaker government. Pengurusan kerajaan perlu diteruskan, dengan seorang Menteri Besar baru bersama sekurang-kurangnya 4 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). Berbagai kemungkinan dilontarkan untuk pemerhatian awam, apakah bentuk gabungan kerajaan baru. Justeru, UMNO dan pembangkang mengambil tindakan yang sama dalam pengundian usul, memungkinkan UMNO bekerjasama dengan DAP membina pemerintahan baru. Alternatif kedua, kerajaan baru UMNO dibantu Amanah dan PKR, tanpa DAP, sudah mencapai simple majority dalam DUN. 

Kenyataan dari Setiausaha Agung UMNO selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi (07/12/2020), UMNO akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama PPBM dan Pas. Ini mungkin alternatif ketiga. Harapannya, kerajaan negeri Perak dapat dibentuk Rabu ini (09/12/2020) sebagaimana peringatan Speaker DUN Perak baru-baru ini, untuk meneruskan kestabilan pentadbiran dan pengurusan kuasa ekseutif dan legislatif.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;ll
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan