Selasa, 24 November 2020

PM Baru?

SEORANG LAGI PERDANA MENTERI TAHUN INI 

Malaysia akan menerima seorang lagi Perdana Menteri dalam tempoh terdekat berasaskan kepada situasi politik semasa. Kebarangkalian ini berkisar kepada sidang Dewan Rakyat yang sedang berjalan. Pada 26/11/2020, Dewan Rakyat akan membuat pengundian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021. Kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021 ini membuka ruang kepada satu episod baru dalam politik Malaysia. 
 
Kedudukan perwakilan Dewan Rakyat hari ini seramai 220 orang, setelah berlaku dua kekosongan kerana ahli meninggal dunia meletakkan 112 di blok penyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan 108 di blok pembangkang. Sekurang-kurangya tiga anggota kerajaan telah memberikan impaks besar kepada nasib kerajaan PN. Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, di samping sudah kemukakan notis undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, sudah menyatakan tidak akan menyokong RUU Perbekalan 2021 pada 26/11/20 nanti. Ahli Parlimen Kinabatangan (UMNO) dan Ahli Parlimen Keningau (STAR) masih dalam tempoh 14 hari kuaritin pendemik Covid-19, semasa sidang Dewan Rakyat pada    26/11/20 nanti. 
 
Situasi ini meletakkan sokongan kepada kerajaan PN berkurang kepada 109 anggota Dewan Rakyat. Lebih tenat lagi seandainya beberapa orang  Dewan Rakyat daripada UMNO akan mengambil tindakan tidak menyokong pembentangan   Belajawan 2021 yang secara langsung sebahagian undi tidak percaya kepada kepimpinan TS Muhyiddin Yassin. Ada berita menyebut sokongan kepada PM semasa sekadar 89 ahli Parlimen. 
 
Sungguhpun kemuncak sidang Dewan Rakyat pada Khamis 26/11/2020 ialah undian sokongan kepada RUU Perbekalan (Belanjawan 2021) hasilnya menggambarkan sokongan sebenar kepada kerajaan PN. Apakah perlu kerajaan PN diteruskan atau sebaliknya, rohnya undian kepada RUU Perbekalan adalah undi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan PN. Sungguhpun ada 2 usul persendirian menyokong kepimpinan PM dan 33 usul tidak percaya kepada PM belum lagi diagendakan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini, hakikinya undian kepada RUU Perbekalan adalah gambaran sebenar natijah usul-usul persendirian (private members bills).

Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim sudah mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam bulan lepas (Oktober 2020) dengan dakwaan memiliki majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat tanpa menyenaraikan keterlibatan dan jumlah sebenar ahli Dewan Rakyat, dilihat sejauh mana peluang kepada beliau hasil sidang Dewan Rakyat hari Khamis ini. Angka semasa 108 memerlukan 4 penyokong kerajaan menyeberang. Jika disebutkan di atas sokongan pada kepada PM hari ini 89, apakah tindakan 13 ahli yang lain. Setelah ditolak ahli Gua Musang, Kenabatangan dan Keningau, 10 penyokong kerajaan membantu Ketua Pembangkang membentuk kerajaan baru. Umum juga akan melihat sejauhmana pengaruh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengawal keterlibatan ahli Dewan Rakyat dari parti Pejuang andainya kerajaan baru mampu dibentuk. 

Andainya hasil sidang Dewan Rakyat 26/11/2020 tidak memihak kepada kerajaan pimpinan PN walaupun harapan Baginda Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen meluluskan Belanjawan 2021, memberikan beberapa alternatif kepada PM. Alternatif yang paling mudah tanpa melibatkan institusi istana, Perlembagaan dan pentadbiran  dalam normal baru semasa ialah meletakkan jawatan. Ujian awal dalam jangka pendek ialah:
 
i. Sejauhmana benarnya dakwaan Ketua Pembangkang sebulan lepas bahawa beliau mempunyai cukup majoriti. 
 
ii. Munginkah UMNO akan membantu membentuk kerajaan baru yang ikut terlibat bersama DAP, walaupun segelintir ahli Dewan Rakyat UMNO bertindak secara persendirian.
 
iii. Apakah istana akan melantik seorang Perdana Menteri interim, lantaran kegagalan mana-mana kumpulan ahli Dewan Rakyat gagal membentuk majoriti.

Rakyat telah memberikan amanah kepada pilihan mereka menduduki kerusi Dewan Rakyat demi mempastikan kesinambungan kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan merek membuat keputusan, dalam suasana negara berdepan pendemik Covid-19, yang memperlihatkan peningkatan angka saban hari. Harapannya wabak dapat dibendung, kehidupan rakyat lebih teratur dan selesa serta bebas bergerak mencari rezeki.
                                                                  
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan