Selasa, 10 November 2020

Apa Perlu JASA

APA KEPERLUAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA)

Menteri Kewangan sudah membentangkan Belanjawan 2021 yang memperuntukan sejumlah RM322.5 billion.  Peruntukan ini adalah angka belanjawan negara paling besar yang pernah dibentangkan, berbanding RM297 billion bagi belanjawan 2020 dan RM314.5 billion bagi tahun 2018, Satu item menarik dalam belanjawan ini ialah peruntukan sebanyak RM85.5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang diwujudkan semula. JASA sebagai satu unit pentadbiran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), telah dimansuhkan zaman pemerintahan Pakatan Harapan. Asalnya ianya merupakan satu unit di bawah Kementerian Penerangan yang ditubuhkan dalam tahun 1960 dikenali Unit Hal Ehwal Khas. Asasnya sebagai unit pengurusan yang menekankan ke arah pembangunan. Peranan yang lebih besar membantu Tun Abdul Razak Hussien yang mengetuai Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, peranan JASA lebih terserlah dalam menggerakkan visi Wawasan 2020.

Pada tahun 2000, unit ini telah ditingkatkan tarafnya sebagai sebuah jabatan dikenali Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan matlamat sama. Peranan JASA zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah menekankan peranan langkah strategik konsep masyarakat madani. Zaman DS Mohd Najib Razak, JASA berperanan untuk menggerakkan agenda 1Malaysia. 

Banyak pihak mempersoalkan peruntukan besar untuk JASA yang akan ditubuhkan semula; RM4 juta di bawah perbelanjaan komunikasi strategi dan RM81.5 juta perbelanjaan pengurusan. Kepimpingan UMNO termasuk DS Najib, DS Khalid Nordin, antara yang mempertikaikan peruntukan besar diberikan kepada JASA, yang jauh lebih besar dengan peruntukan di zaman pemerintahan Barisan Nasional. 
 
Datuk Lokman Noor Adam dan Datuk Dr Puad Zarkashi yang pernah terlibat dengan pengurusan JASA mempersolakan peruntukan besar dalam Belanjawan 2021.  Pada tahun 2017, kakitangan JASA di sekitar 1,400 orang, sebelum JASA dimansuhkan oleh pemerintah Pakatan Harapan. lebih 1,000 kakitangan JASA bertaraf kontrak diberhentikan, sementara berjawatan tetap diserapkan ke jabatan pentadbiran lain.
 
Jadual 1

PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENGURUSAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA)

TAHUN BAJET

AMAUN

(RM)

PEMERINTAH

2011

21,759,400

BARISAN NASIONAL

2012

21,393,000

BARISAN NASIONAL

2013

23,127,100

BARISAN NASIONAL

2014

24,572,800

BARISAN NASIONAL

2015

21,718,100

BARISAN NASIONAL

2016

22,801.000

BARISAN NASIONAL

2017

22,886,500

BARISAN NASIONAL

2018

30,000,000

BARISAN NASIONAL

2019

TUTUP

PAKATAN HARAPAN

2020

TUTUP

PAKATAN HARAPAN

2021

81,500,000

PERIKATAN NASIONAL

 
Jadual 1 membandingkan peruntukan perbelanjaan mengurus JASA dalam tempoh 10 tahun, dengan jelas memperlihatkan peruntukan berganda apabila JASA ditubuhkan semula di bawah kerajaan Perikatan Nasional. Sungguhpun tanpa berselindung peranan JASA sebelum kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, umumnya masyarakat menggambarkan JASA sebagai agensi mendokong propaganda parti pemerintah khususnya UMNO, menyusun strategi pemerintah mempertahankan kuasa. 
 
Peranan JASA yang lebih berperanan alatan politik pemerintah diabaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan di atas kebertanggungjawaban berhemah penggunaan dana awam. Kajian dijalankan oleh Rafizi Ramli ke atas pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) mendapati potensi besar akan berlaku penurunan sokongan pengundi Melayu kepada BN, berfokus kepada beberapa dasar pemerintah termasuk peranan JASA. 
 
Tidak dapat dinafikan pemerintah memerlukan agensi pelaksana dasar kerajaan yang secara langsung beroperasi penyampaian maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat. Peruntukan yang besar di bawah kerajaan Perikatan Nasional untuk membina keyakinan awam sebagaimana pemerintahan Barisan Nasional dulu tidak sewajarnya dikekalkan dalam Belanjawan 2021. Rasionalnya peruntukan sebesar itu boleh digunakan untuk keperluan lain di kala negara berdepan pandemik Covid-19. 

Selain kritikan hebat dari blok pembangkang, juga teguran penyokong kerajaan, sewajarnya diambil perhatian pihak kerajaan yang akan membuat penggulungan di sesi akhir sidang Parlimen khusus kepada Belanjawan 2021. TS Annuar Musa, Setiausaha Agong BN memberi jaminan JASA di bawah Perikatan Nasional akan main peranan berbeza berbanding sebelum ianya dihentikan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan