Jumaat, 20 November 2020

Undian Belanjawan 2021

MENJELANG UNDIAN SOKONGAN BELANJAWAN 2021

Menteri Kewangan, Senator  Tengku Zafrul Aziz akan menggulung perbahasan Belanjawan 2021 (Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021) pada 25/11/2020, setelah sesi perbahasan bermula dua minggu lepas. Persoalan utama Belanjawan 2021 yang berlainan dengan Belanjawan atau Bajet kerajaan Persekutuan apakah akan melalui jalan senang untuk diluluskan. Meninjau kepada persekitaran politik tanah air serta isi kandungan perbahasan ahli-ahli Parlimen, membayangkan Belanjawan 2021 akan mencipta sejarah jika ianya gagal diluluskan. Ahli-ahli Parlimen sama ada dari blok penyokong kerajaan atau pembangkang membentangkan syarat-syarat yang berbeza mengikut pandangan politik masing-masing untuk menerima Belanjawan Persekutuan kali ini. 

Sungguhpun kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil persepakatan meletakkan TS Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan oleh parti-parti Bersatu, UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama parti-parti perwakilan kecil di Parlimen yang menjumlahkan 113 kerusi (termasuk wakil Gerik, yang baru saja meninggal dunia) sudah menguasai majoriti mudah di Parlimen, banyak perkara yang boleh merencatkan keputusan.  Berdasarkan kepada ucapan perbahasan beberapa anggota blok kerajaan yang membayangkan sokongan tidak sepenuh hati kepada Belanjawan 2021. Dilontarkan beberapa syarat untuk membolehkan ahli Parlimen menyokong undian melululskan Belanjawan 2021. Di samping, ada pandangan agar undian terhadap Belanjawan 2021 diberi kebebasan kepada individu ahli, maksudnya bukan undian secara blok atau mengikut whip parti masing-masing.  

 Jadual 1

PARLIMEN MALAYSIA PADA 17/11/2020





PENYOKONG KERAJAAN


 

Bersatu

31


PN

Pas

18


 

STAR

1


 

UMNO

38


BN

MCA

2


 

MIC

1


 

PBRS

1


 

PBB

13


GPS

PRS

2


 

DPP

2


 

SUPP

1


 

PBS

1


 

Bebas

1


 

Jumlah

112






PEMBANGKANG



 

DAP

42


PH

PKR

38


 

Amanah

11



Warisan

8



Pejuang

4



PSB

2



UPKO

1



MUDA

1



Bebas

1



Jumlah

108






KERUSI KOSONG



1. Batu Sapi



2. Gerik




 

Kedudukan ahli Parlimen semasa dipaparkan oleh Jadual 1 di atas. Angka ini tiada perubahan dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional 7 bulan lalu, yang mencapai 113 kerusi untuk memuktamadkan suara majoriti. Sungguhpun seorang ahli dari Bersatu (Ahli Parlimen Sri Gading) beralih kepada pembangkang menyertai kumpulan Tun Dr Mahathir, tetapi diimbangi oleh perubahan sokongan seorang ahli PKR (Ahli Parlimen Lubok Antu) dari pembangkang kepada blok kerajaan. 

Jumlah terkini penyokong blok kerajaan adalah 112 ahli, setelah Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia. Sementara di blok pembangkang seramai 108 ahli (setelah Ahli Parlimen Baru Sapi dari parti Warisan meninggal dunia). Sejauhmanakah penerimaan ahli Parlimen di atas saranan dan harapan Baginda Yang Di-pertuan Agong agar Belanjawan 2021 diluluskan demi kelangsungan kestabilan politik dan iklim ekonomi. Risiko dari kegagalan Parlimen meluluskan Belanjawan 2021 yang membawa kepada terbengkalai perancangan dan pengurusan pentadbiran tahun 2021, dipertontonkan oleh rakyat wakil rakyat yang mereka pilih lebih mementingkan survival politik kepuakan dengan memperjudikan nasib rakyat. 

Lantaran komposisi penyokong blok kerajaan dan blok pembangkang dengan perbezaan yang kecil, menjadikan semua parti sama parti besar atau kecil dari mana-mana blok menjadi penentu kejayaan Belanjawan 2021 meloloskan diri. Satu parti kecil dari blok pemerintah mengambil pendirian sendiri boleh mengurangkan sokongan undi atau satu parti kecil blok pembangkang mengubah haluan untuk memberikan nafas lega menyokong pengundian. 

Apakah pendirian mana-mana parti sama ada kerajaan atau pembangkang, bertekad untuk menjatuhkan kerajaan yang ada, untuk mencari satu alternatif pemerintahan baru untuk mempastikan pembentukan sebagai kerajaan yang lebih kukuh dengan sokongan majoriti yang lebih besar. Jika kecenderungan ini menjadi pilihan, memungkinkan negara mencipta pertukaran kerajaan yang paling kerap dalam tempoh tak sampai setahun. Semuanya ada kemungkinan lantaran sistem kepelbagaian parti yang memberi ruang semua parti besar atau kecil memiliki kuasa peranan atau faktor determinants. 



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan