Sabtu, 3 Disember 2016

Pas tetap musuh UMNO

PAS TETAP MUSUH POLITIK UMNO

Perwakilan dari Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim, semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO memberikan satu  saranan yang menarik juga demi memastikan UMNO  menjadi pilihan generasi muda. Beliau mengemukakan enam formula untuk memastikan UMNO terus kukuh mengharungi cabaran dalaman dan luaran parti; percambahan minda, pembela rakyat, pilihan raya, pertahankan UMNO, pemimpin dan presiden

Bagi mempastikan UMNO terus menjadi pilihan rakyat, di samping menyokong ucapan dasar Presiden, beliau membangkitkan cabaran yang dihadapi UMNO di Kelantan. Ucapan Presiden yang menggambarkan hubungan mesra UMNO dengan Pas, seolah-olah antara UMNO dan Pas saling perlu memerlui antara satu sama lain. Isu Akta 355, mendekatkan jarak persamaan antara Pas dan UMNO, di mana Presiden membayangkan usul persendirian meminda Akta 355 akan diambil alih oleh kerajaan. Usul meminda akta ini akan menjadi usul kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang. 

Tertarik juga dengan paparan intipati ucapan wakil Kelantan dalam portal Malaysiakini semalam. Wakil Kelantan berkenaan mengingatkan bahawa di Kelantan, Pas tetap menjadi musuh utama UMNO. Beliau tidak puas hati dengan tindakan Pas menerusi aktiviti routine yang terus menyerang UMNO dalam suasana gambaran di sebelah UMNO, Pas semakin mendekati UMNO. Serangan terhadap UMNO berterusan menerusi berbagai program parti, sebagai satu usaha menyakinkan penyokongnya bahawa Pas tidak mudah masuk dalam perangkap UMNO. Musuh-musuh Pas pula terus melabelkan Pas akan bersama UMNO dalam beberapa kemungkinan bentuk hubungan. 

Ucapan wakil Kelantan ini seolah-olah memberi peringatan kepada kepimpinan UMNO tidak mudah menerima layanan mesra Pas akhir-akhir ini. Kecurigaan di atas perubahan sikap dan pendekatan diharapkan tidak merugikan dan melemahkan parti. Dapatlah disimpulkan, di kalangan kepimpinan bawahan dan penyokong, kepentingan ummah dari nubarinya pengiraan untung rugi kepentingan diri lebih diutamakan.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan