BERILAH RUANG AMANAT HAJI HADI DIPERDEBATKAN
Amanat Haji Haji muncul semula setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Inilah trend kempen PRU di negara kita yang lebih menyediakan ruang kepada pihak yang menguasai media arus perdana, mempergunakan kemudahan awam untuk menghentam pihak lawan. Sementara pihak lawan, dinafikan kemudahan media awam untuk menjawab. Senario biasa di negara-negara Dunia Ketiga, negara sedang membangun, dan negara-negara baru muncul, dalam peta politik dunia, penguasaan pihak kuasa ke atas prasana media awam serta menafikan suara rakyat terbanyak.
Amanat Haji Hadi dicetuskan kembali dan menjadi bahan utama media arus perdana menjelang tahun 2012 menutup tirai, apabila Mufti Perak, DS Harusani Zakaria dan Mufti Wlayah Persekutuan, Dato' Wan Zahidi Wan Teh meminta DS Haji Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya, yang disebut dalam satu ceramahnya di Banggol Peradong, Manir, pada 7/4/1981. Mereka mengesyorkan DS Haji Abdul Hadi bertaubat. (Utusan Malaysia 18/12/12).
Sebenarnya, apa yang disebut sebagai amanat itu, cuma sekadar petikan ucapan ceramah sahaja. Kemudiannya, apa pihak yang memetik dan dicetak khusus sebagai satu kata-kata atau madah, seorang pemimpin sebuah parti. Sedangkan, semasa memberikan ceramah tersebut DS Haji Abdul Hadi, adalah AJK Pas Pusat dan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, baru berusia 34 tahun ketika itu.
Lantaran itu, DS Haji Hadi, sanggup menjelaskan amanat tersebut menerusi media letronik arus perdana RTM dan TV3 secara langsung selama satu jam. Reaksi spontan dari berbagai pihak, amatlah menarik sekali yang menggambarkan sikap dan wajah ahli politik, orang awam dan orang berkepentingan. Ada yang bersikap terbuka dan ada yang mengajak kepada pencerahan minda, di samping tidak kurang bersikap jumud tanpa memberi peluang perbincangan terbuka, telus dan berlapang dada.
Apa yang disebut dan diperbesarkan sebagai Amanat Haji Hadi, menjadi isu besar setiap kali menjelang PRU. Ianya sudah berlanjutan sejak 31 tahun lalu, dibiarkan tanpa penyelesaian agar mudah dimanipulasi dan dikitarsemula setiap kali diperlukan untuk kepentingan pihak tertentu, yang ada kuasa mengeksploitasikannya. Dengan tempoh yang begitu lama, dan menjelma setiap kali menjelang PRU, tidak lain cuma sekadar untuk menglirukan orang ramai sahaja.
Mufti Perak yang memulakan dengan mencabar DSHH bertaubat, berkeras tidak akan hadir untuk berdepan DSHH, seandainya permintaan DSHH ingin menjelaskannya secara siaran langsung di siaran RTM dan TV3, selama satu jam dan bersedia melayani soalan atau hujah (Berita Harian 2/1/2013). Mufti Pahang tidak akan hadir dan menyatakan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan yang sepatutnya hadir kerana mereka yang memulakannya (BH 1/1/13). Mufti Kelantan tunggu arahan dari DYMM Sultan dan SUK. Mufti Johor, tidak setuju kerana akan menimbulkan polimek berpanjangan. Berbeza, Mufti Perlis, menyambut baik perbincangan secara langsung di media elektronik (Sinar Harian 2/1/13), disokong Mufti Pahang, yang menyebut: peluang ini dapat memberi penjelasan bakal merungkai pelbagai isu yang selama ini disalahtafsirkan (BH 1/1/13).
Orang politik sudah diduga pendirian masing. Pendapat mereka lebih menampakkan pandangan yang berasaskan pegangan, prinsip dan parti yang mereka wakili. Satu pihak menentang siaran secara langsung dan perbincangan terbuka. Sebaliknya, satu pihak lagi, sangat mengharapkan kenyataan Menteri Penerangan, Kominikasi dan Kebudayaan, DS Rais Yatim: "kerajaan akan menjemput tokoh agama dan mufti dalam forum berkenaan" akan menjadi kenyataan (BH 1/1/13), Sebelumnya, DS Rais Yatim mengumumkan kerajaan bersedia memberi peluang DSHH membuat penjelasan secara langsung di RTM dan TV3.
Ada pihak bimbang, akan memberi kesan buruk kepada parti politik yang mereka wakili dan satu pihak merasakan akan meningkatkan imej parti mereka, khususnya di kalangan pengundi muda yang celik ilmu serta inginkan ketelusan, demokrasi yang adil yang menyediakan ruang kebebasan bersuara dan kebebasan akses kepada maklumat. Biasanya pihak yang takut kepada ketelusan dan kebebasan suara ialah pihak yang ada kuasa dan merasa tergugat bila suara menuntut hak berkemundang.
Harapannya, jangan hampakan harapan rakyat yang inginkan pencerahan ilmu dan kebebasan suara setelah beberapa kali gagal. Debat antara UMNO dan Pas atas tajuk yang dicadangkan UMNO; "Pas kata UMNO kafir", tahun 1984, dibatalkan di saat akhir, atas nasihat Majlis Raja-raja kononnya. Dalam tahun 2001, muzakarah kepimpinan Pas dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pun dibatalkan juga. Muzakarah ini ekoran kemuncaknya isu Amanat Haji Hadi dimainkan untuk menjatuhkan DSHH sebagai Menteri Besar Terengganu. Kali ini, untuk kali ketiga, dalam bentuk siaran langsung, sama ada perdebatan atau forum, menampakkan akan temui kegagalan dan tidak menjadi kenyataan.
Setelah 31 tahun isu ini dimainkan, sudah sampai masanya, satu penjelasan secara telus, tanpa curiga, ikhlas untuk kepentingan ummah serta akidah, amatlah perlu diketengahkan dan janganlah orang ramai akan terus berada dalam kegelapan dan kebodohan. Kalau pengecut takut hilang kuasa, amatlah malang bergantung atas asas yang tidak kukuh. Sampai bila kita hendak bergantung atas kebaculan minda demi keuntungan politik jangka pendek. Akurlah kepada kemurnian ilmu, pencerahan ilmu dan berilah kejernihan tafsiran ilmu agar generasi akan datang tidak akan mengutuk orang terdahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan