DI SEBALIK PILIHAN RAYA PRESIDEN AS
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung pada Selasa, 7/11/2012, memberikan pengertian tersendiri dalam amalan demokrasi kepilihanrayaan. Semangat pendemokrasian akses kepada khalayak pengundi menjadikan amalan serta tataurus pilihan raya berkenaan memberikan peluang yang sama rata kepada semua aktor: pengundi, calon, jentera parti, akses maklumat, prasarana media.
Barack Obama, dari Parti Democrat dipilih semula setelah memenangi 332 dari jumlah 538 undi perwakilan (electoral college), menumpaskan calon Parti Republican, Mitt Romney, yang memperolehi 206 undi perwakilan. Dari segi undi terus dari semua pemilih, Obama perolehi 59,298,913 undi atau 51.0 peratus dari jumlah undi, sementara Romney dapat 56,801,964 undi atau 48.0 peratus.
Dalam sistem penentu kemenangan adalah berdasarkan kepada perolehan undi electoral college, di mana negeri-negeri diperuntukkan jumlah electoral college mengikut nisbah jumlah pemilih dalam negeri berkenaan.
Sekiranya seseorang calon mengumpul undi terbanyak bagi negeri berkenaan, maka semua undi perwakilan itu akan diperolehi oleh calon berkenaan. Jumlah undi perwakilan seluruh negara ialah 538. Undi electoral college bagi New York ialah 29, calon yang undi terbanyak di New York, akan memungut semua 29 undi electoral college berkenaan. Electoral college paling tinggi ialah di negeri California, iaitu 55, dimenangi oleh Democrat. Ada beberapa negeri, undi electoral college yang rendah iaitu 3, saperti Washington DC, serta negeri kurang penduduk: Dakota Utara, Dakota Selatan, Wyoming dan Alaska.
Sistem undi dalam amalan pilihan raya Preaiden AS ini, memperlihatkan ketidak seimbangan antara undi popular dengan undi electoral college yang mengira penentu kemenangan, Obama dapat 61.1 peratus undi electoral college, tetapi cuma 51.0 peratus undi popular. Justeru itu, perolehan undi perwakilan yang tinggi , tidak semestinya menggambarkan mewakili golongan terbanyak khalayak pengundi.
Apa pun, rakyat AS telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara memilih pemimpin mereka sendiri. Harapannya, warga AS yang keluar mengundi pada 7/11/2012 adalah warga negara sebenar AS mengikut Perlembagaan negara berkenaan, bukannya pemastautin sementara yang diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk menentukan kepimpinan negara. Amat tidak adil, jika golongan sedemikian diberi peluang menentukan kepimpinan negara, sedangkan mereka cuma mengambil peluang mencari rezeki dan akan pulang ke negara asal mereka, bila sampai masanya.
Di sebalik pilihan raya yang sudah selesai 3 hari lepas, menampilkan 4 unsur menarik untuk diterjemahkan dengan demokrasi kepilihanrayaan amalan negara kita.
Pertama: rakyat AS yang keluar mengundi pada 7/11/12 lepas, sudah pun ketahui mereka akan keluar mengundi untuk memilih Presiden baru, pada 1/11/2016, iaitu Selasa pertama dalam bulan November, empat tahun akan datang. Mengikut Perlembagaan AS, seseorang Presiden, boleh memegang jawatan tidak melebihi 2 penggal (8 tahun). Tempoh jawatan Obama sebagai Presiden akan tamat pada tahun 2016. Tarikh pilihan raya, tidak menjadi sesuatu yang dipolimekkan dan menjadi teka-teki. Tarikh pilihan raya tidak menjadi hak isitmewa pemegang kuasa, untuk menentukannya.
Kedua: media AS umumnya menyediakan masa liputan yang sama kepada penyandang dan pencabar (kerajaan dan pembangkang) dan masing-masing mendapat akses yang pengiklanan politik berbayar. Khalayak pengundi mendapat berita yang seimbang dan adil dari kedua-dua pihak; kerajaan dan pembangkang, supaya pengundi akan membuat keputusan yang matang, adil dan bermatlumat.
Mengikut Paul W. Jones, Duta Besar AS ke Malaysia (Berita Harian 6/11/12, halaman 26), salah satu peranan media yang lebih menarik adalah sebagai pemeriksa fakta - entiti media biasanya menyelidik dan melaporkan mengenai kebenaran kenyataan yang dibuat oleh calon dalam ucapan kempen mereka.
Ketiga: hasil dari beberapa siri public opinion polls menjelang hari pembuangan undi, didapati cuma 56 peratus pengundi yang membuat keputusan mengundi parti tertentu dan secara konsisten menyokong parti pilihan. Pola ini hampir menyamai kecenderungan khalayak pengundi di negara kita, yang merumuskan sekitar 40 peratus pengundi, tidak memihak kepada mana-mana parti dan akan buat keputusan di saat akhir.
Keempat: calon yang bertanding selaku bakal peneraju negara, mengadakan debat dan disiarkan secara langsung, secara bersiri. Kita di Malaysia, dapat menonton sama kehebatan dan ketulenan asas demokrasi, yang mendedahkan keberanian calon bertanding mengeluarkan pendapat dan berdebat untuk diadili oleh khalayak pengundi.
Sudah sampai masanya, dalam usaha menuju negara maju, dalam kerangka globalisasi dan usaha ke arah kelas dunia, unsur-unsur demokrasi kepilihanrayaan serta falsafah di sebaliknya pilihan raya Presiden AS itu, diserap serta dipraktikkan dalam amalan demokrasi kita. Setelah kita berkerajaan sendiri melewati separuh abad serta peningkatan tahap tamadun dan pembangunan sosio-ekonomi, amatlah wajar menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), DS Najib Tun Razak berentap pertahan manifesto serta dasar kerajaannya dengan DS Anwar Ibrahim, mewakili pembangkang di pentas media elektronik, untuk memberi ruang yang secukupnya khalayak pengundi.
Setakat ini, pemimpin di barisan kedua, tahap Liga Perdana, saja yang berani mempamerkan hujah: DS Dr Chua Loi Sek dan Lim Guam Eng. Khalayak pengundi sedang menunggu aktor di Liga Super: DS Najib versus DS Anwar, seperti Obama versus Romney tempoh hari. Kemeriahan demokrasi kepilihanrayaan AS, amat dinanti kerana ianya menguntungkan dalam kerangka menjana kecerdasan minda rakyat supaya setanding dan setaraf dengan masyarakat yang maju dan lebih lama mengenal dan mengamalkan idea demokrasi menerusi pilihan raya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan