Jumaat, 19 Jun 2020

PRU15 Mengejut

PRU15 SECARA MENGEJUT MAMPU SELESAI MASALAH KERAJAAN TEBUK ATAP

Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) sewajarnya dapat merungkaikan asakan demi asakan dari pakatan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) khususnya cabaran  utama pengabsahan kewujudannya. Kerajaan yang dibina atas asas kepercayaan sokongan Ahli Dewan Rakyat (ADR), masih dipersoalkan oleh pihak pembangkang, yang pernah memerintah selama 22 bulan. Pembangkang masih mempopularkan mandat rakyat menerusi sistem demokrasi kepilihanrayaan first past the post, perlu dilayani oleh kerajaan PN sebagai pihak yang bertanggungjawab dan didokongi oleh suara majoriti. 

Jalan penyelesaiannya ialah memanggil satu pilihan raya umum mengejut, pilihan raya di pertengahan penggal, walaupun tempoh penggal Dewan Rakyat masih berbaki tiga tahun. Pernah Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan walaupun dalam tempoh masa tidak sampai satu tahun untuk memanggil satu pilihan raya baru untuk mengesahkan mandat. PBS yang memenangi pilihan raya negeri yang diadakan pada 20-21/04/1985, telah membubarkan Dewan Undangan Negeri pada bulan Mac 1986 dan satu pilihan raya negeri diadakan pada 5-6/05/1986 yang memberikan mandat baru kepada PBS. 

Semasa kemelut politik ekoran tumbangnya kerajaan PH tempoh hari, selepas sesi pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan semua Ahli Dewan Rakyat (ADR), BN dan Pas mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat. Pembentukan Dewan Rakyat baru menerusi satu pilihan raya umum secara snap election mampu memuktamadkan keabsahan sebuah kerajaan. Tiada lagi cemuhan pendekatan membentuk kerajaan dengan mekanisme tebuk atap. 

Justeru masing-masing pihak iaitu kerajaan semasa dan kerajaan yang telah tumbang mendakwa memperolehi sokongan ADR secukupnya membentuk majoriti, penyelesaikan segera diperlukan demi kestabilan politik. Tambahan pula kedua-dua pihak yang mendakwa memiliki suara majoriti ADR tetapi dengan angka yang kecil, sekadar simple majoriti. Di celah-celahnya bertindih sokongan. Khususnya dakwaan dari pihak PH, sekali 129, sekali 130, dan terakhir 107 pulak, ada pasang surut, sebaliknya dari pihak PN kekal dengan simple majoriti 113 atau 114 sejak awal.  

Jadual 1 di bawah berdasarkan pungutan undi oleh parti-parti yang bertanding bagi 45 Bahagian Pilihan Persekutuan di negeri-negeri Tanah Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).  Kesemua 45 kerusi berkenaan dimenangi oleh calon-calon dalam PH yang bertanding menggunakan logo PKR dan dijangka akan menjadi saingan sengit antara PH dan PN sekiranya satu pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat.  41 kerusi merupakan bilangan pengundi Melayu melebihi separuh dari jumlah pengundi. Baki 4 kerusi memiliki pengundi Melayu di bawah 50%; Segamat (45.42%), Labis (38.09%), Sungai Siput (34.28%), Bentong (46.63%).



Jadual 1
PRU14: PARLIMEN






PERSEKUTUAN TANAH MELAYU






Undi
Undi
Undi
Undi BN
Beza
% Pengundi



PKR
BN
Pas
 + Pas

Melayu
1
P.143
PAGOH
23558
16631
2483
19114
4444
66.36
2
P.144
LEDANG
34706
26040
4668
30708
3998
55.80
3
P.004
LANGKAWI
18954
10061
5512
15573
3381
90.70
4
P.113
SEPANG
46740
28035
15882
43917
2823
62.30
5
P.140
SEGAMAT
24060
18584
2676
21260
2800
45.42
6
P.146
MUAR
22341
15388
4354
19742
2599
64.45
7
P.137
HANG TUAH JAYA
39067
30427
7089
37516
1551
62.38
8
P.142
LABIS
16709
13301
2030
15331
1378
38.09
9
P.141
SEKIJANG
19559
18278

18278
1281
59.42
10
P.044
PERMATANG PAUH
35534
19866
14428
34294
1240
68.70
11
P.053
BALIK PULAU
25471
19007
5298
24305
1166
60.12
12
P.009
ALOR SETAR
32475
14181
17275
31456
1019
63.20
13
P.135
ALOR GAJAH
29330
22350
6135
28485
845
60.83
14
P.151
SIMPANG RENGGAM
18157
14682
2983
17665
492
60.15
15
P.062
SUNGAI SIPUT
20817
15210
5194
20404
413
34.28
16
P.121
LEMBAH PANTAI
33313
27715
5277
32992
321
57.02
17
P.096
KUALA SELANGOR
29842
21344
8535
29879
-37
67.60
18
P.006
KUBANG PASU
29984
16975
13375
30350
-366
84.00
19
P.015
SUNGAI PETANI
45532
23963
22760
46723
-1191
61.00
20
P.149
SRI GADING
21511
18223
4548
22771
-1260
65.21
21
P.112
KUALA LANGAT
43239
26127
18731
44858
-1619
57.20
22
P.165
TANJONG PIAI
21255
20731
2962
23693
-2438
53.88
23
P.119
TITIWANGSA
23840
19701
6845
26546
-2706
70.48
24
P.002
KANGAR
20909
15306
8465
23771
-2862
82.04
25
P.094
HULU SELANGOR
40783
27392
16620
44012
-3229
60.39
26
P.133
TAMPIN
22435
21433
4598
26031
-3596
62.69
27
P.089
BENTONG
25716
23684
5706
29390
-3674
46.63
28
P.129
KUALA PILAH
18045
17845
4347
22192
-4147
76.92
29
P.136
TANGGA BATU
32420
27761
8961
36722
-4302
69.78
30
P.080
RAUB
20659
17500
7866
25366
-4707
52.23
31
P.077
TANJONG MALIM
24672
19314
10311
29625
-4953
55.56
32
P.083
KUANTAN
22807
13667
14696
28363
-5556
66.52
33
P.010
KUALA KEDAH
36624
19400
23143
42543
-5919
78.00
34
P.093
SUNGAI BESAR
17350
16636
7220
23856
-6506
68.71
35
P.005
JERLUN
18695
12413
12829
25242
-6547
91.10
36
P.082
INDERA MAHKOTA
28578
17628
17515
35143
-6565
66.79
37
P.017
PADANG SERAI
31724
15449
22911
38360
-6636
58.40
38
P.018
KULIM-BANDAR BAHARU
23159
18299
12885
31184
-8025
68.90
39
P.057
PARIT BUNTAR
16753
13655
12312
25967
-9214
69.35
40
P.014
MERBOK
30902
20830
19618
40448
-9546
66.50
41
P.063
TAMBUN
38661
33341
14948
48289
-9628
66.32
42
P.074
LUMUT
21955
21555
10135
31690
-9735
72.05
43
P.109
KAPAR
47731
26412
31425
57837
-10106
54.50
44
P.088
TEMERLOH
23998
22094
14734
36828
-12830
67.07
45
P.008
POKOK SENA
28959
18390
23401
41791
-12832
80.50
Nota:
Beza undi adalah perbezaan undi PKR dengan gabungan undi BN-Pas. 
Jumlah undi berwarna merah menunjukkan calon berkenaan hilang wang pertaruhan.

Cabaran utama dalam PRU15 akan berkecendungan persaingan lebih berfokus kepada dua penjuru antara PN dan PH. Tumpuan ini berdasarkan kepada pemuafakatan politik yang telah dicapai menerusi pembentukan Muafakat Nasional oleh UMNO dan Pas. UMNO mewakili BN lantaran pencapaian kecil MCA dan MIC dalam PRU14. Bila terbentuk kerjasama UMNO dan Pas, akan memberi laluan kepada saingan satu lawan satu, bukan lagi saingan tiga penjuru yang telah memberikan kemenangan kepada calon PH dalam PRU14. Di 45 bahagian pilihan raya Persekutuan atau kerusi Parlimen tersebut, jika undi BN dicampur dengan undi Pas, akan memberi cabaran besar kepada calon PH.  Di 29 kerusi Parlimen, gabungan undi BN-Pas meninggalkan PH, sementara di 16 kerusi, beza undi diperolehi oleh PH, agak kecil yang boleh meletakkan PH tidak akan mengulangi pencapaian PRU14 dulu. 

Selain kerusi P143 Pagoh, 44 kerusi dimenangi oleh PH dengan pungutan undi di bawah 55%, mana-mana kerusi dimenangi dalam lingkungan bawah 55% biasanya dianggap sebagai kawasan tidak selamat. Tambahan pula, pencapaian PH dalam PRU14 di kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru yang memberikan kemenangan dengan majoriti yang selesa. Contohnya, P113 Sepang, calon PH yang perolehi 51.56% undi, menang dengan majoriti besar, 18,700 undi, jika undi BN dicampur dengan undi Pas, beza undi PH dengan lawannya hanya 2,833 undi atau 3.11%. Majoriti 3.11% ini satu kemenangan tipis dalam pilihan raya. 

Kerusi P137 Hang Tuah Jaya, calon PH perolehi 51.01% undi dan atasi undi calon terdekat dengan majoriti selesa 8,645 undi. Sungguhpun calon Pas hilang wang pertaruhan, tetapi memberi kesan besar bila Pas memberi laluan kepada BN, di mana beza undi PH dengan gabungan undi BN-Pas hanya 1,551 undi atau 2.03% sahaja. 

Di Permatang Pauh (P044) kerusi tradisi PH menerusi PKR, PH memungut 50.89% undi untuk menang bergaya dengan majoriti 15,668 undi dalam PRU14. Jika undi BN digabung dengan undi Pas, membezakan hanya 1,240 undi sahaja atau 1.78% dengan undi PH. 

Kawasan pilihan raya Parlimen Sepang mempunyai 62.30% pengundi Melayu, Hang Tuah Jaya dengan 62.38% Melayu, sementara Permatang Pauh memiliki komposisi pengundi Melayu seramai 68.70% pemilih Melayu. 

Suasana yang kurang memihak kepada PH bukan sahaja di kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu, malah di kawasan majoriti bukan Melayu, apabila berlaku gabungan BN dan Pas. Di P142 Labis, pengundi bukan Melayu adalah 61.91%, calon PH menang setelah perolehi 52.15% undi dengan majoriti 3,408 undi, jika undi BN dicampur undi Pas walaupun  calonnya hilang deposit, akan mengurangkan majoriti PH kepada 1,378 undi atau 4.30%. 

Di P062 Sungai Siput, 65.72 pengundi adalah bukan Melayu tetapi dengan gabungan undi BN dan Pas boleh mengurangkan kekuatan PH. Dalam PRU14, PH perolehi 50.50% undi untuk atasi undi calon BN dan calon Pas, dengan majoriti 5,407 undi, bila digabungkan undi BN dan Pas, calon PH hanya mampu atasi dengan 413 undi atau 1.00% sahaja. 

Daripada jumlah 16 kerusi dimenangi oleh PH setelah memungut undi di bawah perangkap 55% undi, terdedah kepada ancaman besar yang boleh menghilangkan kerusi sementelahan pula PH sebagai parti pembangkang, jika pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat. Selain faktor sebagai pembangkang, PH juga berdepan dengan cabaran satu lawan satu, setelah lawan mereka dalam PRU14 bergabung tenaga bersama sebahagian pelarian dari PH sendiri. Kecuali P004 Langkawi, jika Tun Dr Mahathir pertahankan kerusi, kecenderungan memihak ke PH mungkin berlaku atas faktor calon. Keupayaan Tun memperolehi 54.90% undi popular di kawasan kubu kuat UMNO, lebih didorong oleh faktor ketokohanTun. Dalam PRU14, faktor ketokohan dan peribadi calon mengatasi faktor sokongan kepada parti telah memberikan kemenangan kepada beberapa calon BN, UMNO khususnya. Calon BN boleh menang di beberapa kerusi Parlimen, walaupun semua kerusi Negeri dalam bahagian pilihan raya berkenaan, calon BN kalah dengan majoriti bukan kecil. 

Apa yang dipaparkan oleh Jadual 1 di atas, semua kerusi dimenangi PH bermula dari jalur 17, iaitu P096 Kuala Selangor berakhir dengan jalur 45, P008 Pokok Sena, menyenaraikan kemenangan PH dengan memungut undi kurang 50%, secara langsung akan ketinggalan bila digabungkan undi BN dan Pas. Di P096, PH hanya perolehi 49.97% undi, iaitu 29,842 undi, gabungan undi BN dan Pas berjumlah 29,879 undi, mampu atasi undi PH dengan perbezaan 37 undi atau 0.06%. 

Di P088 Temerloh, calon PH hanya perolehi 39.45% undi untuk mengatasi calon lawan dari BN dan Pas. PH perolehi 23,998 undi, jauh ketinggalan bila dicantumkan undi BN dan Pas, yang akan mengatasi undi PH dengan perbezaan 12,830 undi atau 21.09%, bila 60.55% pengundi memilih BN dan Pas. 

Bagi kerusi P008 Pokok Sena, gabungan undi BN dan Pas akan mengatasi PH dengan 12,832 undi atau 18.14%, walaupun PH menang kerusi berkenaan dengan majoriti 5,558 undi, setelah memungut 40.93% undi popular. 

29 kerusi Parlimen dimenangi oleh PH apabila calon PH hanya mengumpul undi kurang 50% dalam persaingan tiga penjuru. Walaupun berlaku saingan lebih tiga penjuru, calon keempat dan seterusnya tidak memberi saingan berkesan dengan perolehan undi yang amat kecil. Walaupun pungutan undi calon Pas kecil dan hilang wang pertaruhan, tetapi jika digabungkan undi Pas bersama undi BN, PH akan ketinggalan di beberapa kawasan: Sri Gading, Tanjung Piai, Tampin, Bentong, Kuala Pilah. Semua 29 kawasan Parlimen tersebut adalah kawasan majoriti Melayu kecuali Bentong  dan Raub, yang lebih bersifat kawasan campuran.  

Persepakatan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional, mempastikan kiranya satu pilihan raya Persekutuan diadakan wujud satu saingan dua penjuru. Suasana ini memberikan ruang yang lebih jelas kepada khalayak pemilih membuat pilihan berbanding PRU14, di mana umumnya pemilih dihidangkan 3 pilihan: BN selaku pemerintah, pakatan pembangkang di bawah logo PKR, pembangkang di blok ketiga, Pas. Pilihan utama pengundi ialah sama ada sokong parti pemerintah atau pembangkang tetapi kehadiran tiga pilihan telah mengkucar-kacirkan peluang. Ada kawasan BN kalah kerana undi Melayu berpecah, sebahagian menyokong Pas. Begitu juga sebaliknya, harapan Pas musnah bila BN ikut sama merebut undi Melayu, memberikan calon PH menang menerusi sistem first past the post. 

Di atas perkiraan keperluan kepada mengelakkan perpecahan undi dan menawarkan hanya dua pilihan sahaja kepada pemilih yang berdepan dengan asakan kekhuatiran kerajaan PN mendapat majoriti di Dewan Rakyat, serta dakwaan PH akan mendapat suara majoriti, wajar Dewan dibubarkan untuk memberi ruang kepada rakyat menentukan hak. Sementelahan pula di peringkat pucuk kepimpinan PH masih bermain tarik tali dalam isu siapa bakal PM. 

Demi keabsahan yang mutlak, PN mempunyai pilihan terbaik membubarkan Dewan Rakyat. Andainya pengundi masih kekal dengan pilihan dan citarasa seperti PRU14, yang telah memberikan PH membentuk kerajaan setelah memperolehi 113 kerusi ditambah 8 kerusi dari Parti Warisan dan 3 calon bebas, menjumlahkan 124 kerusi. Sementara BN memperolehi 79 kerusi, Pas 18 kerusi dan 1 kerusi untuk STAR. 

Di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), BN menang di 50 kerusi; 47 menerusi UMNO, 1 MCA dan 2 MIC. Semua kerusi Pas dimenangi di Persekutuan Tanah Melayu. Sungguhpun UMNO kehilangan kerusi lantaran beberapa Ahli Parlimennya keluar parti, semuanya berada dalam kerajaan PN. Situasi ini meletakkan PN menerusi kerusi BN dan Pas yang dijangka boleh dipertahankan berjumlah 68 kerusi, ditambah dengan kerusi PH yang kritikal sebanyak 45 kerusi dalam jadual di atas dengan mudah PN mampu perolehi 113 kerusi dari jumlah 165 kerusi Parlimen di negeri-negeri Tanah Melayu. Jumlah 113 kerusi ini sudah mencapai maksud majoriti di Dewan Rakyat. Di Sabah dan Sarawak, parti yang mendokongi kerajaan PN hari ini telah memenangi sebanyak 29 kerusi menerusi BN dalam PRU14. Keupayaan PN mengatur perwakilan dari Sabah dan Sarawak mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan, dengan mudah PN boleh menguasai suara majoriti dua pertiga.

Keyakinan PN dapat bertahan andainya satu pilihan raya mengejut, faktor penolakan rakyat digambarkan menerusi siri pilihan raya kecil (PRK) selepas 6 bulan pemerintahan PH. Semua pilihan raya di kawasan luar bandar: Cameron Highlands (26/01/2019), Semenyih (02/03/2019), Rantau (13/04/2019), Tanjung Piai (16/11/2019) dan Kimanis (18/01/2020) merumuskan kecenderungan kemerosotan sokongan kepada PH sebaliknya rakyat mahu perubahan. Cuma pengundi bandar masih mengekalkan sokongan kepada PH sebagaimana ditunjukkan dalam PRK Sandakan (11/05/2019). Walaupun PRK berlangsung di beberapa negeri, tetapi secara kasarnya sudah mewakili gambaran umum sikap rakyat, di mana prestasi dari PRK boleh dijadikan indikator kekuatan dan cabaran bagi setiap parti atau gabungan. 

Kerajaan yang mempunyai sokongan majoriti yang besar memberi jaminan kestabilan politik dan boleh memperkukuhkan ekonomi yang mampu menyakinkan pelabur dalam dan luar negara. Sejauhmana ketidaktentuan dalam pakatan pembangkang, dikenali sebagai PH Plus dapat memberi jaminan gabungan yang pernah memerintah negara selama 22 mampu menyakinkan pengundi mengembalikan mandat kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan