Jumaat, 20 Oktober 2023

Isu Palestine

 USAHA MENGHAPUSKAN BANGSA PALESTINE

Pengguguran bomb MK-84 ciptaan Amerika Syarikat ke atas Hospital Al Ahli di Gaza, dua hari lepas (Selasa 17/10/2023) menyaksikan  mengorbankan 877 jiwa sehingga semalam. Lokasi ini diberitakan tempat perlindungan masyarakat awam. Lokasi ini lebih selamat berbanding premise lain yang menjadi sasaran pengeboman tentera Israel dalam agenda tersembunyi menyerang masyarakat sivil dalam usaha memerangi Harakah al-Muqawamah al-Islamiah (Hamas). Hospital ini menjadi pilihan sebagai tempat selamat untuk perlindungan, apabila premise awam: masjid, sekolah dan lain-lain premise awam menjadi sasaran pengeboman tentera Israel.

Beberapa hari lepas, kerajaan Israel telah menasihat penduduk awam meninggalkan tempat kediaman masing-masing. Pihak Hamas telah menasihatkan masyarakat awam tidak termakan dengan helah pihak kerajaan Israel. Seolah-olah mengatur penduduk dalam satu lokasi untuk memudahkan perancangan penghapusan etnik. 

Hospital ini diceritakan mula beroperasi semenjak tahun 1882 dan telah ditubuhkan oleh Church Mission Society, satu badan kebajikan dari mazhab Church of England. Kemudiannya hospital ini diuruskan oleh satu badan pasukan perubatan di bawah Southern Baptish Church dari Amerika Syarikat, dari tahun 1954 hingga 1980. Ianya dikenali Al Ahli Baptish Hospital. Ianya merupakan satu-satunya hospital yang dikendalikan oleh gerakan masionary Kristian di Gaza. 

Hospital ini mendapat dana sumbangan dari pendokong Anglican dan berbagai sumbangan antarabangsa, menjadi hospital tumpuan penganut Kristian dan Islam untuk menerima perkhidmatan perubatan. 

Mengikut Dr Swee Ang, seorang pakar perunding pembedahan orthopaedic, sekarang menetap di Britain dan pernah berkhidmat di hospital ini, menerusi beberapa rakan sejawatnya yang masih berkhidmat  di situ, ratusan penduduk mencari perlindungan di hospital kerana tiada tempat lain yang selamat. Tambahan di siru terdapat punca air untuk minuman lanyatan di tempat lain bekalan air, gas dan letrik sudahpun diputuskan oleh kerajaan Israel. Tanpa amaran, hospital dibom yang menyaksikan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat. 

Dr Swee Ang seorang penganut Kristian melahirkan rasa simpatinya dan mendoakan semua pihak yang menginsafi rasa kemanusiaan untuk bangkit dan menyuarakan solidariti untuk mempertahankan dan melindungi Gaza. 

Hingga kini, pertempuran semakin meningkat, suasana semakin tegang. Perjuangan bangsa Palestine menuntut sebuah entiti merdeka dan mengembalikan haknya yang dirampas. Perampasan ta nah dan menghalau penduduk Palestine oleh pendatang Yahudi yang mendirikan penempatan haram, yang gagal diselesaikan secara diplomasi tidak memungkinkan dibiarkan berlanjutan tanpa penyudah. Apapun yang paling jelas, episod kini lebih kepada penghapusan etnik. Justeru itu, Israel secara membabi buta menjadikan orang awam sebagai mangsa.  

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam reaksi menjawab kecaman antarabangsa berbohong kepada dunia, bahawa Jihad Islam tersalah sasar menembak hospital berkenaan.

Negara Israel yang ditubuhkan pada 14/05/1948 hasil pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), setelah kekalahan tentera negara-negara Arab: Mesir, Syria, Iraq dan Lebanon kepada pasukan separa tentera Yahudi, iaitu Haganah yang dibantu oleh Britain. Ketetapan 181 PBB membahagikan 2/3 negeri Palestine kepada pendududk Yahudi dan 1/3 kepada orang Islam, iaitu penduduk asal Palestine, sedangkan penduduk Yahudi hanya 30% dari jumlah penduduk. 

Kehadiran orang Yahudi ke tanah Palestine bermula selepas Perang Dunia Pertama menerusi perjanjian Balfour antara Kerajaan Uthmaniah dengan Britain, yang mewujudkan sebuah penempatan untuk rakyat Yahudi, yang bertaburan di Eropah. Kehadiran mereka dengan membeli tanah dari penduduk Arab selepas perjanjian 1917.

 

 


 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan