Rabu, 11 Januari 2023

Prestasi UMNO

 UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN

Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) menepati telahan ramai sebagai ibu segala pilihan raya dalam amalan demokrasi kepilihanrayaan di Malaysia. Jika PRU14 telah memulakan babak baru bagaimana lagenda UMNO yang mengetuai komponen Barisan Nasional gagal mempertahankan rekod 60 tahun penguasaan kerajaan paling lama mengatasi rekod Parti Congress di India dan Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun. 


 Tarikan kepada pemerhatian dan analisis dari keputusan PRU15, paling kurang dapat tertumpu kepada tiga elemen utama. Pertama; mengesan dan menilai pembentukan pola baru dalam episod demokrasi kepilihanrayaan ialah faktor penurunan umur kelayakan sebagai pemilih kepasa 18 tahun serentak dengan pendaftaran automaik. Warganegara di usia 18 dan awal dua puluhan berserta warganegara yang belum mendaftar, merentasi berbagai peringkat umur, tergolong dalam kelompok first time voters (pengundi pertama kali) yang telah meningkatkan kadar pertambahan pemilih lebih besar berbanding setiap tempoh empat atau lima tahun iaitu antara satu PRU dengan PRU berikutnya. 

Jadual 1

JUMLAH PEMILIH PRU13, PRU14, PRU15


PRU13

Perubahan

%

PRU14

Perubahan

%

PRU15

PERLIS

137057

5321

3.88

142378

53549

37.61

195927

KEDAH

1041069

105423

10.13

1146492

429313

37.45

1575805

KELANTAN

918573

130954

14.26

1049527

355236

33.85

1404763

TERENGGANU

634944

101688

16.02

736632

186224

25.28

922856

PULAU PINANG

846232

99395

11.75

945627

280999

29.72

1226626

PERAK

1406772

104092

7.40

1510864

526008

34.82

2036872

PAHANG

736111

87870

11.94

823981

312444

37.92

1136425

SELANGOR

2048828

366246

17.88

2415074

1262774

52.29

3677848

WP KUALA LUMPUR

792071

55722

7.03

847793

303614

35.81

1151407

WP PUTRAJAYA

15791

11515

72.92

27306

15575

57.04

42881

NEGERI SEMBILAN

555982

51811

9.32

607793

240464

39.56

848257

MELAKA

439040

55622

12.67

494662

162767

32.90

657429

JOHOR

1605311

112688

7.02

1717999

898577

52.30

2616576

WP LABUAN

24474

3882

15.86

28356

16128

56.88

44484

SABAH

989814

127523

12.88

1117337

572030

51.20

1689367

SARAWAK

1083972

136988

12.64

1220960

722114

59.14

1943074


13276041

1556740

11.73

14832781

6337816

42.73

21170597

 Jadual 1 memaparkan peningkatan seramai 1.56 juta pemilih atau 11.73% dalam PRU14 berbanding PRU13. Peningkatan sebanyak 11.73% adalah perubahan yang setara antara satu PRU dengan PRU berikutnya. Tetapi dalam PRU15, telah bertambah sebanyak 42.73% atau 6.33 juta pemilih baru, secara langsung kesan penurunan umur pemilih ke 18 tahun berserta pendaftaran automatik. 

Perubahan 42.73% pemilih yang menjumlahkan 21,17 juta dalam PRU15, memberikan satu pembolehubah atau variables menarik keberkesanan kepada pencapaian parti-parti yang bertanding. Walaupun wujud persaingan multi-parties, tapi tumpuan pemerhatian kepada tiga komponen utama: Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). 

 Kedua:  sejauhmana kemampuan PH mengembalikan kemenangan membentuk kerajaan dalam PRU14, walaupun hanya sempat memerintah kerajaan Persekutuan selama 22 bulan. Berdasarkan sambutan hangat majlis-majlis ceramah perdana PH khususnya kecuali sebelah pantai timur Semenanjung, mencerminkan PH amat bertenaga menafikan kejatuhannya melalui Langkah Sheraton (2020). 

Ketiga: PRU15 dapat menjernihkan kesamaran bagaimana BN yang dikepalai oleh UMNO menebus kekalahan dan kehilangan kuasa dalam PRU14. Istimewanya kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan UMNO dalam kepertanggungjawaban mengadakan PRU di penghujung tahun yang terdedah kepada musim banjir. Sungguhpun kerajaan campuran berbagai parti, keputusan membubar Parlimen diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO bukan menerusi institusi kuasa yang berkongsi memerintah iaitu Kabinet, yang dibarisi wakil berbagai parti. Lantaran keangkuhan UMNO membubarkan rakan dalam kerajaan membubarkan DUN Melaka dan Johor yang memberikan kemenangan cemerlangan buat UMNO dan BN, pengalaman yang sama diambil untuk membubarkan kerajaan Persekutuan.

 Sebagai parti utama dokongan pengundi Melayu, jelas UMNO ditolak secara total oleh orang Melayu. Jadual 2 mengajak kita melihat sikap dan pendirian diambil oleh Orang Melayu terhadap UMNO, dengan mengambil sampel dari kawasan Parlimen yang didominasi keseluruhannya pengundi Melayu, kawasan pengundi Melayu melebihi 95% dari jumlah pengundi kawasan berkenaan. Undi BN yang ditandingi UMNO telah merosot berbanding PRU14 di semua kawasan, di samping gagal pertahan 4 kerusi: Besut, Jeli, Ketereh dan Machang.

 Jadual 2

PRU15: PUNGUTAN UNDI BARISAN NASIONAL DI 15 KAWASAN UTAMA MAJORITI MELAYU


PRU14

PRU15

Beza

% beza

% Pemilih Melayu

SETIU

32218

31736

-482

-1.50

99.22

HULU TERENGGANU

30925

27176

-3749

-12.12

98.78

BACHOK

32896

27229

-5667

-17.23

98.26

KUALA NERUS

29527

26932

-2595

-8.79

98.16

PASIR PUTEH

30947

23828

-7119

-23.00

98.03

BESUT

34335

30903

-3432

-10.00

97.83

JELI

21665

14608

-7057

-32.57

97.82

MARANG

31795

31386

-409

-1.29

97.48

 KUBANG KERIAN

16251

14807

-1444

-8.89

97.31

PASIR MAS

15005

13727

-1278

-8.52

97.31

MACHANG

26076

25449

-627

-2.40

96.96

PENGKALAN CHEPA

19360

15663

-3697

-19.10

96.95

KETEREH

25467

17435

-8032

-31.54

96.68

RANTAU PANJANG

18431

17123

-1308

-7.10

96.66

DUNGUN

27731

25615

6868-2116

-7.63

95.68

  Jadual 3 cuba membandingkan peningkatan jumlah pengundi di 15 kawasan pengundi Melayu melebihi 95% dari jumlah pengundi.

Jadual 3

PRU15: PERUBAHAN JUMLAH PEMILIH DI 15 KAWASAN UTAMA MAJORITI MELAYU


PRU14

PRU15

Perubahan

%

SETIU

86247

107294

21047

24.40

HULU TERENGGANU

73487

87917

14430

19.64

BACHOK

92606

123183

30577

33.02

KUALA NERUS

83663

105952

22289

26.64

PASIR PUTEH

85411

113070

27659

32.38

BESUT

86627

111650

25023

28.89

JELI

47470

59798

12328

25.97

MARANG

104898

131756

26858

25.60

 KUBANG KERIAN

82018

113640

31622

38.55

PASIR MAS

71222

94544

23322

32.75

MACHANG

68387

88285

19898

29.10

PENGKALAN CHEPA

75384

106982

31598

41.92

KETEREH

65238

85281

20043

30.72

RANTAU PANJANG

66115

93248

27133

41.04

DUNGUN

90506

115559

25053

27.68

 Pungutan undi yang diperolehi oleh calon BN menggambarkan perolehan undi kurang daripada pertambahan pengundi. Contohnya di kerusi Parlimen Besut, undi BN merosot sebanyak 3,432 undi atau 10.0%, sedangkan jumlah pengundi telah meningkat 25,023 orang atau 28.89%. Peratusan keluar mengundi di kerusi Parlimen Besut dalam PRU15 ialah 77%, dianggarkan 19,267 pengundi keluar mengundi dari pertambahan 25,023 pengundi tersebut. Ini bermakna di samping kehilangan 3,432 undi  juga tidak mendapat sebarang undi dari pengundi baru. Sedangkan undi kepada calon PN melalui Pas telah bertambah sebanyak 19,833 undi berbanding PRU14, dari 29,736 undi ke 49,569 undi atau 66.30%. 

Di kerusi Parlimen Jeli, undi BN telah merosot dari 21,665 kepada 14,608 undi atau pengurangan 7,057 undi atau 32.57%, berbanding pertembahan pengundi seramai 12,238 atau pertambahan 25.97%. Peratusan keluar mengundi dalam PRU15 di Jeli, 73%, beranggaran 8,900 pengundi baru keluar mengundi. Undi PN melalui calon Pas dalam PRU14 telah meningkat 15,018 kepada 27,072 undi iaitu pertambahan 12,054 undi atau 80.20%, maknanya undi PN hasil dari ayungan undi BN serta pengundi baru. 

Bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh, undi BN berkurang sebanyak 7,119 undi atau 23.00%, sementara undi Pas meningkat sebanyak 20,630 atau 63.86% dari PRU14. Tambahan pengundi ialah 27,659 orang dengan peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh, 72%. Dianggaran 19,900 pengundi baru keluar mengundi. 

Jadual 4

PUNGUTAN UNDI PAS (PRU14) DAN PN (PRU15) DI 15 KAWASAN UTAMA MAJORITI MELAYU


PRU14

PRU15

Perubahan

%

% Melayu

SETIU

35020

50760

15740

44.95

99.22

HULU TERENGGANU

28057

42910

14853

52.94

98.78

BACHOK

36188

57130

20942

57.87

98.26

KUALA NERUS

37974

56697

18723

49.30

98.16

PASIR PUTEH

32307

52937

20630

63.86

98.08

BESUT

29736

49569

19833

66.70

97.83

JELI

15018

27072

12054

80.26

97.82

MARANG

53749

73115

19366

36.03

97.48

 KUBANG KERIAN

35620

55654

20034

56.24

97.31

PASIR MAS

28080

44444

16364

58.28

97.31

MACHANG

23252

35603

12351

53.12

96.96

PENGKALAN CHEPA

32592

53933

21341

65.48

96.95

KETEREH

20841

40542

19701

94.53

96.68

RANTAU PANJANG

24581

37759

13178

53.61

96.66

DUNGUN

40850

59720

18870

46.19

95.68

 

Jadual 5

PRU15: PER0LEHAN UNDI PKR (PRU14) DAN PH (PRU15) DI 15 KAWASAN UTAMA MAJORITI MELAYU


PRU14

PRU15

Perubahan

%

% Melayu

SETIU

4740

2125

-2615

-55.17

99.22

HULU TERENGGANU

3364

1740

-1624

-48.28

98.78

BACHOK

4880

4366

-514

-10.53

98.26

KUALA NERUS

4604

3708

-896

-19.46

98.16

PASIR PUTEH

4896

3864

-1032

-21.08

98.08

BESUT

6864

4339

-2525

-36.79

97.83

JELI

2078

1140

-938

-45.14

97.82

MARANG

5138

4140

-998

-19.42

97.48

 KUBANG KERIAN

11557

10236

-1321

-11.43

97.31

PASIR MAS

5093

6439

1346

26.43

97.31

MACHANG

5695

3934

-1761

-30.92

96.96

PENGKALAN CHEPA

7435

7356

-79

-1.06

96.95

KETEREH

6799

4662

-2137

-31.43

96.68

RANTAU PANJANG

5361

4256

-1105

-20.61

96.66

DUNGUN

6833

5307

-1526

-22.33

       95.68

Jadual 4 dan Jadual 5 hendaklah dibaca bersama Jadual 2 dan Jadual 3 yang menceraikinkan perolehan undi 3 komponen utama: BN, PN dan PH yang dapat disimpulkan pengundi Melayu menolak BN dan PH, dengan berlaku ayungan undi dari BN dan PH ke PN, serta kegagalan BN dan PH merebut undi pengundi baru, yang memberikan kawasan majoriti Melayu memiliki undi yang besar kepada PN.

Data-data yang difokuskan untuk membuat analisis pencapaian PRU15 adalah Semenjanung Malaysia yang merangkumi 165 kerusi Parlimen atau bahagian pilihanraya Persekutuan. Pemerhatian ditumpukan ke bahagian pilihanraya di Semenjanung lantaran tiga komponen utama meletakkan calon masing-masing di semua  kerusi. Bahagian pilihanraya Persekutuan bolehlah dipecahkan kepada 7 kategori:

i. Kawasan memiliki lebih 80% pengundi Melayu : 51 kerusi

ii. Kawasan memiliki antara 66% hingga 79% pengundi Melayu : 32 kerusi

iii. Kawasan mengandungi 60% hingga 65.9% prngundi Melayu : 20 kerusi.

Tiga kategori kawasan ini, berjumlah 103 kerusi bolehlah dikelaskan sebagai kawasan majoriti pengundi Melayu. 

iv. Kawasan mengandungi 50% hingga 59% pengundi Melayu : 15 kerusi

v. Kawasan mengandungi 40% hingga 49% pengundi Melayu : 16 kerusi

Kawasan berkomposisi 40% hingga 59% ini berjumlah 31 kerusi bolehlah dikelaskan sebagai kawasan campuran.

vi. Kawasan mengandungi 20% hingga 39% pengundi Melayu atau 60% hingga 79% pengundi bukan Melayu : 20 kerusi

vii. Kawasan majoriti mutlak pengundi bukan Melayu, melebihi 80% pengundi bukan Melayu : 10 kerusi. 

Di kerusi dalam kategori melebihi 80% pengundi Melayu, 45 kerusi dimenangi oleh calon PN, BN menang 6 kerusi (Pengerang, Kota Tinggi, Pekan, Lenggong, Paya Besar, Parit Sulong), dan hilang 28 kerusi yang dimenangi dalam PRU14.  51 kawasan majoriti mutlak Melayu ini telah meningkatkan bilangan pengundi dari 3,403,264 (PRU14) kepada 4,490,254 (PRU15) iaitu pertembahahan seramai 1,086,990 atau 31.94%. Pencapaian BN yang mempertaruhkan calon-calon UMNO tidak setara dengan perkembangan pemilih, di mana undi BN telah merosot dari 1,144,367  kepada 1,062,130 undi iaitu berkurangan sebanyak 82,237 undi atau kejatuhan undi 7.19% undi. Kemerosotan undi di kala peningkatan bilangan pemilih telah memaksa BN kehilangan 28 kerusi tradisi UMNO. Undi BN telah berkurangan di 34 kerusi dalam kategori ini. 

Di kawasan ini, memperlihatkan datu ayungan undi yang besar dari BN ke PN serta sumbangan undi yang besar dari pengundi baru. Undi diambi kira dari undi Pas dalam PRU14 telah bertambah dengan kadar yang amat besar, dari 1,064,398 (PRU14) kepada 1,952,254 peningkatan sebanyak 887,856 undi atau 83.41%, membolehkan PN mengaut 45 kerusi dari jumlah 51 kerusi. Pertambahan undi yang besar ini telah menambahkan kerusi Pas, 18 kerusi kepada 45 kerusi yang menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu dan logo PN di negeri lain.

Kawasan majoriti Melayu ini juga mempamerkan penolakan yang agak besar kepada PH berdasarkan undi logo PKR (PRU14) berbanding undi PH (PRU15). Undi blok ini, merosot sebanyak 176,791 undi atau 32.30%, dari 547,416 kepada 370,625 undi. Daripada 51 kerusi ditandingi PH, undi PH telah merosot di 47 kerusi. Tiada sebarang kerusi Parlimen di kawasan ini dimenangi PH. Dalam PRU14, blok ini menang 5 kerusi Parlimen: 3 Bersatu (Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu),  satu PKR (Kangar), satu Amanah (Pokok Sena). 

Dari sudut undi popular, pungutan undi PN dalam PRU15 sebanyak 1,952,254 undi daripada 51 kerusi yang ditandingi di kawasan pengundi Melayu melebihi 80% merupakan 57.06% undi keseluruhan, sementara BN diwakili oleh 31.04% undi dan PH hanya dapat 10.83%. 

Bagi kerusi komposisi pengundi Melayu dalam lingkungan 66-69%, yang mengandungi 32 kerusi, BN yang menang 13 kerusi dalam kategori ini dalam PRU14, hanya mampu pertahan 4 kerusi (Lipis, Rembau, Tenggara, Pontian) dan merampas kerusi Titiwangsa dan Kuala Pilah. Undi BN ada sedikit peningkatan, dari 626,204 (PRU14) ke 665,943; peningkatan 39,739 atau 6.35%. Peniingkatan undi BN masih ketinggalan berbanding peningkatan bilangan pemilih dalam kategori ini; 40.04%.

PH hanya mampu pertahan 4 kerusi termasuk kerusi MUDA (Gombak, Shah Alam, Kuala Selangor, Muar) dan hilang 15 kerusi kepada PN. Kemerosotan milikan kerusi beriringan dengan kemerosotan undi dari 782,610 ke 745,764 undi atau penurunan 36,842 undi atau 4.71%. 

Sebaliknya, PN masih unggul di kawasan ini, apabila memenangi 22 kerusi dengan peningkatan undi Pas (PRU14) 366,829 ke 923,416 kepada PN iaitu pertambahan 556,587 undi atau 151.73%. Dalam PRU14, Pas tidak memenangi sebarang kerusi di kawasan 66-69% pemilih Melayu.  

Kawasan pengundi Melayu 66-69% juga di kuasai oleh PN membolot 39.00 peratus undi popular, berbanding BN dengan 28.13% dan PH menguasai 31.50%. 

Kategori ketiga majoriti pengundi Melayu ialaj kawasan 60-65% pengundi Melayu yang merangkumi 20 kerusi Parlimen. Jumlah pemilih di 20 kerusi ini telah bertambah 691,391 orang atau 44.93%. Pencapaian BN ada sedikit kemajuan apabila memenangi 6 kerusi; 4 pertahan (Jelebu, Jempol, Bera, Sembrong) dan merampas 2 kerusi PH (Tampin, Simpang Renggam), dengan pertambahan 438,033 ke 479,290 undi, iaitu 41,257 undi atau 9.42%. Pertambahan undi ini masih rendah berbanding peningkatan 44.93% pemilih di keseluruhan kawasan ini. 

PH yang kehilangan 5 kerusi Parlimen dari jumlah 11 kerusi dimenangi dalam PRU14, memiliki sedikit pertambahan undi dari 635,463 undi ke 670,437; pertambahan 34,974 undi atau 5.50%. 

PN berjaya melonjakkan undi di kawasan ini sebanyak 354,935 undi atau 173.89% dari undi Pas (PRU14); 204,114 ke 559,049, serta mampu merampas 3 kerusi PH; Alor Star, Hulu Selangor dan Padang Serai.

Keseluruhannya, PH menguasai 38.68% undi popular, diikuti 32.26% milik PN, sementara BN hanya memungut 27,65% undi. 

 Kesimpulan dari data-data dikumpulkan bagi pengundian di kawasan majoriti Melayu, iaitu melebihi 60% pemilih adalah Melayu yang merangkumi 103 kerusi Parlimen, hampir separuh jumlah kerusi Parlimen, dapatlah dirumuskan PN mendominasi kawasan ini. 70 daripada 71 kerusi Parlimen yang dimenanginya dari Semenanjung Malaysia. Menerusi 103 calonnya, PN memungut 3,434,719 undi atau 45.66% undi popular. 

BN menang 18 kerusi di kawasan ini, memperolehi 2,207,363 undi atau 29.34% undi kawasan majoriti Melayu, sementara PH menang 15 kerusi kawasan ini, memboloti 1,786,830 undi atau 23.75% undi popular. Gerakan Tanah Air (GTA) walaupun tidak bertanding di semua 103 kerusi majoriti Melayu tetapi meletakkan 81 calon   hanya perolehi 73,316 atau 0.97% undi dengan semua calonnya hilang wang peraruhan.

 Jadual 6

PRU15: PUNGUTAN UNDI BARISAN NASIONAL DI KAWASAN CAMPURAN


PRU14

PRU15

Perubahan

%

% Melayu

% Bukan Melayu

SELAYANG

19501

19425

-76

-0.39

51.69

48.31

JOHOR BAHRU

30270

27211

-3059

-10.11

51.55

48.45

SEREMBAN

24809

24584

-225

-0.91

51.54

48.46

AMPANG

12351

11509

-842

-6.82

51.52

48.48

RAUB

17500

16939

-561

-3.21

51.50

48.50

BATU PAHAT

28035

24309

-3726

-13.29

51.30

48.70

Jadual 6 dipertontonkan sample prestasi BN di kawasan campuran, bukan sekadar kalah tetapi prestasi undi yang merosot tidak sepadan dengan pertembahan pemilih di kawasan berkenaan. Pertembahan lebih 65,000 pemilih baru di Selayang, masing-masing 35,000 pemilih baru di Johor Bahru dn Batu Pahat. Semua kerusi ini dimenangi calon PH dalam kedua-dua PRU; PKR (Selayang, Johor Bahru,  Ampang, Batu Pahat), DAP (Seremban, Raub). BN menurunkan calon UMNO di Johor Bahru dan  Batu Pahat, MCA di 4 kerusi lain. 

Pencapaian BN di kawasan campuran juga tidak memberangsangkan, sebagaimana di kawasan majoriti Melayu, walaupun menurunkan Melayu. Kebiasaannya BN mereserved kerusi campuran kepada calon-calon bukan Melayu. 

Sebaliknya, undi kepada blok PN telah meningkat dengan kadar yang tinggi. Di Batu Pahat, Pas dapat 8,173 undi dalam PRU14, telah meningkat 21,097 undi kepada 29,270 undi bagi PN dalam PRU15, peningkatan 258.13%, sementa kepadaPra di kerusi Seremban, undi Pas, 11,506 dalam PRU14 melonjak ke 33,075 undi kepada PN, mengatasi undi calon BN, di kawasan kubu kuat DAP. Di kerusi Johor Bahru, kubu UMNO sebelum PRU14, Pas tidak bertanding dalam PRU14, tetapi undi PN mencatat 22,075 undi dalam PRU15. 

Walaupun PH berjaya mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan, tetapi undi dipungut calon PH di Johor Bahru dan Batu Pahat. berkurangan berbanding PRU14. Apakah ini bermaksud sokongan kepada calon Melayu PKR terjejas bila ada saingan dengan calon PN. 

Di kawasan campuran yang dikomposisikan dengan 40-59% pengundi Melayu yang terkelompok 31 kerusi Parlimen: BN pertahan 3 kerusi ; Bagan Datoh (UMNO), Tapah (MIC), Ayer Hitam (MCA) dan merampas kerusi Tanjong Piai (MCA) dari PH, PH pertahan 26 kerusi, gagal pertahan 2 kerusi, sementara PN melalaui calon Pas dapat kerusi Kuala Langat dari PH. 

Pungutan undi di kawasan campuran  mempamerkan PH di hadapan dengan memungut 1,449,302 undi yang merupakan 49.28% dari jumlah undi sah kawasan ini. Undi PH telah meningkat sebanyak 146,434 iaitu peningkaran 11.24% dari undinya dalam PRU14. 

PN perolehi 799,310 undi atau 27.18% undi popular. Berbanding dengan jumlah undi Pas dalam PRU14, kelihatan  undi PN telah meningkat dengan kadar yang tinggi, 529,515 undi atau 196.27% dari 269,795 undi.

BN dapat 636,794 undi atau 21.65%. Jumlah , undi BN adalah kemerosotan sebanyak 19,722 atau penurunan 3.0%. 

Bagi kawasan majoriti pengundi bukan Melayu, PRU15 telah memberikan kemenangan total kepada PH, memungut 2,019,724 undi atau 70.29% undi popular, dengan memenangi 19 daripada 20 kerusi, BN dapat 399,211 undi atau 13.89%, sementara PN perolehi 430,212 undi atau 14.97% dari jumlah sah. BN menang di kerusi Cameron Highlands lantaran komposisi pemilih yang berlainan berbanding kawasan lain, dengan pemilih menjadi dominant. Di Cameron Highlands; Melayu 30.92%, Cina 26.99%, India 12.07%, Orang Asal 28.94%, Lain-lain 1.00%. Komposisi Orang Asal menjadi faktor dominant di Cameron Highlands membantu corak keputusan di peti undi berbeza dengan kawasan lain.

Keseluruhannya, pencapaian UMNO bersama rakan-rakan dalam komponen BN meletakkan semakan susut dan terpinggir, yang memberikan ruang kepada PN menyaingi PH. Kedua-kedua PH dan PN masing-masing memiliki 71 kerusi dan BN 23 kerusi dari jumlah 165 kerusi yang ditawarkan di Semenanjung. Data-data di atas mempamerkan penolakan secara menyeluruh pemilih Semenanjung mewakili semua kaum kepada BN. PN menguasai kawasan majoriti Melayu, PH menguasai kawasan campuran dan majoriti bukan Melayu. 

Dalam PRU14, BN menang 50 kerusi di Semenanjung: UMNO 47, MCA 1, MIC 2, tapi dalam PRU15, kerusi UMNO hanya tinggal 20 sahaja.  Undi BN telah merosot di semua kawasan, menggambarkan penolakan secara keseluruhan, di mana penguasaan di kawasan Melayu telah berpindah ke PN menerusi calon-calon Pas dan Bersatu. Peranan yang dimainkan oleh Pas sebagai kuasa ketiga yang menguasai 18 kerusi Prlimen dalam PRU14, telah diambil alih oleh UMNO dengan 20 kerusi dalam PRU15. Justeru itu, masih relevankah UMNO sebagai juara orang Melayu dalam politik Malaysia.

 

 























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan