Khamis, 1 Jun 2023

PH-BN tawan Kedah

 KEMAMPUAN KERAJAAN CAMPURAN PH-BN MENAWAN KEDAH DALAM PRN

Gempurnya cukup kuat kerajaan negeri Kedah menjadi sasaran utama gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk    menawan kerajaan negeri Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. Program Rumah Terbuka Malaysia Madani bermula di Kedah, dengan penampilan celebriti Siti Norhaliza dan Amy Search, sedangkan program yang sama di dua negeri dikuasai Perikatan Nasional; Kelantan dan Terengganu,  sekadar jamuan dan pameran. 

Konvensyen Kerajaan Perpaduan perigkat negeri yang secara langsung pelancanran jentera pilihanraya untuk PRN juga bermula di Kedah. Siri ceramah kerajaan Madani pun berfokus di Kedah. Sasaran media dan ceramah lebih disasarkan kepada peribadi MB Kedah, DS Muhammad Sanusi Md Noor. Cara serangan ke atas MB Kedah, seolah-olah tumpuan hanya ke Kedah, lantaran dua lagi negeri di kuasai Pas; Kelantan dan Terengganu menampakkan satu misi yang sukar walaupun PH dan BN bercantum membentuk satu pasukan untuk tentang Pas secara satu lawan satu. Dalam PRU15, Pas berjaya mengatasi PH dan BN dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti besar di kebanyakan kawasan di Kelantan dan Terengganu, kendatipun dalam saingan dua penjuru antara Pas lawan gabungan PH-BN, dijangka kekuatan dan penyatuan di bawah PN tetap mantap dan utuh. 

Keputusan dua pilihan raya terakhir; PRU14 dan PRU15 memperlihatkan kekuatan PH dan BN yang mendasari usaha kerajaan gabungan PH-BN merampas negeri Kedah memerlukan perbincangan dan analisis khusus. Keputusan-keputusan pilihan raya dalam tempoh 5 tahun, meletakkan BN di tahap yang lemah, berbanding sejarah negeri Kedah sebagai antara pergantungan utama UMNO berbanding Kelantan dan Terengganu. Kegemilangan BN di Kedah yang melahirkan tokoh-tokoh politik utama peringkat nasional, akhir-akhir ini dipamirkan kegemilangan dulu sukar dipulihkan. 

Kemurungan dalam kem BN bermula PRU14 bolehlah dikaitkan dengan legasi Tun Dr Mahathir. Kemunculan Tun dalam PRU14 banyak membantu pakatan pembangkang (kemudiannya Pakatan Harapan) menerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).  Dalam PRU14, BN hanya berjaya pertahan 2 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN, setelah gagal pertahan 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRU13. PH berjaya membentuk kerajaan negeri dalam PRU14, setelah menguasai 19 kerusi DUN. Pas menguasai 14 kerusi DUN dalam PRU14 berbanding 9 kerusi dalam PRU13. 

Kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir hanya bertahan 2 tahun sahaja. Dalam tahun 2020, 4 ADUN Bersatu dan 2 ADUN PKR meninggakan PH bersama 15 ADUN Pas membentuk kerajaan baru pimpinan Muhammad Sanusi Mohd Nor.

Dalam PRU15, PH hanya mampu bertahan satu kerusi Parlimen setelah gagal pertahan 9 kerusi, sementara BN hilang semua kerusi, bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) menguasai 14 kerusi Parlimen ( 9 Pas, 5 Bersatu).  

Dalam PRU15, jumlah undi diperolehi oleh setiap parti yang bertanding di semua 15 kerusi Parlimen (termasuk PRK Padang Serai): BN 235,353 undi atau 19.46%, PH 281,443 undi atau 23.27%, PN 664,720 undi atau 54.96% undi popular. 

Keseluruhan peratusan keluar mengundi dengan mengambilkira pengundian di PRK Padang Serai adalah 77.51%. Peratusan keluar mengundi yang rendah di PRK Padang Serai 68.85% sedikit menjejaskan peratusan keseluruhan, kerana peratusan keluar mengundi terendah pada hari mengundi PRU15 dicatat di Langkawi dengan 71.86% dan peratusan mengundi tertnggi di Baling, 83.43%. 

Peratusan keluar negeri keseluruhan bagi negeri Kedah tersebut menggambarkan situasi standard lantaran peratusan keluar mengundi bagi Semenanjung ialah 76.86%, bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk membuat analisis  pegundian dalam PRU15. 

Mengambil kira pencapaian setiap parti dalam PRU15, memperlihatkan PN menguasai sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh pengundi Kedah, kecuali di dua kawasan Parlimen. Berdasarkan kepada catatan undi mengikut kawasan pilihan raya negeri atau kerusi DUN, PH mengatasi PN dan BN di 3 kerusi DUN; Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam. Kerusi Kota Darul Aman berada dalam Parlimen Alor Setar, yang dimenangi oleh calon PN dengan majoriti 9,931 undi, sementara Bakar Arang dan Sidam di bawah kerusi Parlimen Sungai Petani, yang dimenangi calon PH dengan majoriti 1,035 undi. Ini bermakna PN menguasai 33 kerusi DUN mengatasi 3 DUN memihak ke PH. BN tertinggal di belakang, yang memberikan persaingan lebih kepada PN lawan PH.

Atas andaian peratusan keluar mengundi dalam PRN Kedah bersama 5 negeri lain di sekitar akhir Julai atau awal Ogos nanti, diangka rendah sebagaimana PRU15, lantaran hari mengundi diadakan dalam tempoh atau situasi yang hampir sama. Dalam PRU15, hari mengundi di penghujung tahun memberikan masalah kepada pengundi yang tinggal jauh dari pusat pegundian, khususnya di negeri berlainan, dibebani masalah cuti. Jangkaan pengundian PRN bagi 6 negeri terlibat tahun ini berdepan dengan masalah yang sama, masalah cuti. Bagi orang Islam, mereka baru sahaja bercuti sempena Hari Raya Qurban dan bercuti lagi pada Hari Kebangsaan, akan menyukarkan permohonan cuti khususnya sektor swasta, .

Logiknya, orang yang sama keluar mengundi dengan mengambil kira pertambahan jumlah pemilih bagi satu-satu bahagian pilihanraya,  tempoh 6 bulan selepas PRU15 yang hanya bergantung kepada pengundi cukup umur 18 tahun setiap bulan menerusi pendaftaran automatik, kurang 1 peratus, maka jumlah pengundi tidak banyak berubah. Keputusan pilihanraya senang untuk untuk buat ramalan, yang memberikan sukarnya mengubah keputusan yang dibuat pengundi dalam PRU15. Kemungkinan berlaku perubahan sikap dan keputusan seseorang pemilih selalu kekal atau sukar berubah dalam jarak masa yang singkat.

Jika diandaikan dicantumkan undi PH dan BN bagi semua 15 kerusi Parlimen di Kedah dalam PRU15, undi PH campur BN hanya boleh mengatasi undi PN di 2 kawasan Parlimen sahaja: Sungai Petani dan Kulim Bandar Baru. Ini ekoran undi BN atau PH yang menduduki tempat ketiga lebih rendah berbanding majoriti undi calon PN. Di kawasan Parlimen Alor Setar, sungguhpun undi PH mengatasi PN di DUN Kota Darul Aman, tetapi undi PN jauh meninggalkan undi PH dan BN di DUN Suka Menanti dan DUN Alor Mengkudu. Undi PH campur BN (27,555 + 8,930 = 36,485) kurang dari undi calon PN 37,486. 

Oleh kerana PRN untuk memilih kerajaan negeri, apakah faktor keperluan pentadbiran kerajaan negeri sehaluan dengan pentadbiran kerajaan Persekutuan, menjadi faktor induk penentuan pilihan pengundi. Dalam kes Kedah, sejauhmana faktor ini mempengaruhi keputusan pengundi untuk meletakkan kebersamaan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. 

Kiranya berlaku perubahan pendirian pengundi, boleh diletakkan berlaku perubahan 10 peratus pengundi membuat pendirian atau pilihan. Justeru kerajaan Persekutuan dikuasai oleh PH-BN, sedikit sebanyak memungkinkan ada pengaruh yang menarik keluar penyokong PN dalam PRU15 untuk tukar haluan dalam PRN. Seandainya berlaku perubahan 10% tolak undi PN dan akan menambah undi campuran PH-BN sebanyak 10%, dijangka campuran PH-BN boleh atasi PN di empat kerusi Parlimen: Alor Setar, Merbok, Sungai Petani dan Kulim Bandar Baru. Empat bahagian pilihanraya Parlimen ini mengandungi 10 kerusi DUN. Seandainya campuran PH-BN mampu sapu bersih semua 10 kerusi DUN berkenaan ditambah kerusi-kerusi DUN yang memiliki 30 - 40 peratus pengundi bukan Melayu: Guar Chempedak (Parlimen Jerai), Derga (Parlimen Pokok Sena), Lunas (Parlimen Padang Serai), hanya menjumlahkan 13 kerusi DUN. Peratusan pengundi bukan Melayu diambilkira lantaran dapatan lebih 95% pengundi Cina mengundi PH dalam PRU15. 

Andaian tolakan 10% undi PN ke PH-BN hanya dapat menyimpulkan secara kasar PH-BN hanya mampu menang 13 kerusi DUN. Ini memposisikan PN keyakinan pertahan 23 kerusi DUN . Sumber dari pihak PN hanya menjangka saingan hanya sengit di kerusi DUN yang mempunyai peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi iaitu di 9 kerusi DUN: Kota Darul Aman (68%), Sidam (59%), Bakar Arang (54%), Lunas (52%), Kulim (38%), Bukit Selambau (33%), Derga (32%), Gurun (31%), Suka Menanti (30%). 

Di samping itu, 2 kerusi DUN: Pantai Merdeka (91% Melayu) dan Tanjong Dawai (80% Melayu) yang dipertahankan oleh PN menerusi Pas masih merupakan kubu kuat Pas, yang tidak mungkin tergolong dalam kelompok 13 kerusi DUN di atas. Kerusi Alor Mengkudu (70% Melayu) dimenangi PH dan Bandar Baru (79%) dimenangi BN dalam PRU14, menjadi harapan PH-BN. 

Ditolak kerusi Pantai Merdeka dan Tanjong Dawai, bolehlah dirumuskan campuran PH-BN ada harapan di 11 kerusi, yang akan memberikan keselesaan kepada PN di 25 kerusi untuk memperolehi pembentukan kerajaan dengan majoriti dua pertiga. 

Justeru umumnya kelihatan kerajaan dokongan PH-BN lebih bergantung kepada pengundi bukan Melayu, cabaran utama untuk menyaingi kekuatan PN di Kedah ialah sejauhmana kemampuan menarik keluar lebih ramai pengundi PN dengan kadar yang lebih besar di kawasan-kawasan peratusan pengundi Melayu melebihi 80% iaitu di 9 kawasan Parlimen. 

Dalam PRU15, PN menang dengan majoriti 21,787 di Sik (92.59% Melayu), jika undi PN hilang 10%, serta digabung undi PH dan BN dan tambah 10% undi, PN masih mendahulu dengan 11,130 undi. Di Pendang (88.55% Melayu) PN masih unggul dengan kelebihian 13,429 undi, walaupun undinya diandai berkurang 10%, setelah undi BN dicantum dengan undi PH serta ditambah undi yang lari dari PN. Di Parlimen Jerlun (90.83% Melayu), Kubang Pasu (85.97% Melayu), Jerai (80.53% Melayu), Baling (89.34% Melayu), undi PN masih mampu menang melebihi 7,000 undi walaupun berlaku kurangan 10% undi mengatasi undi campuran PH dan BN serta tambahan 10% undi.

Sungguppun serangan difokus ke Kedah oleh kerajaan Madani ke Kedah berbanding neger i-negeri lain, tetapi tidak menampakkan kecenderungan kepada satu tsunami atau ledakan massa yang boleh beri ancaman kepada kekuatan PN. Himpunan penyokong atau pelancaran jentera pilihanraya PN di berbagai peringkat di Kedah masih hangat, seolah-olah tidak terdetik di kalbu mengintai peluang merombak kekuatan PN meragut 55% pengundi Kedah. Gambaran 55% orang Melayu menyokong PN sebagaimana dalam PRU15, kemudian diterjah dari dapatan kajian sikap rakyat selepas 100 hari kerajaan Madani, masih memamaprkan majoriti orang Melayu tidak yakin kepada kepimpinan PH-BN. 

Usaha gabungan PH-BN merobek penguasaan PN menarik pengundi sama Melayu atau bukan Melayu menzahirkan respons yang kurang menyenangkan, yang akan merencatkan untuk menarik pengundi atas pagar atau pengundi simpatisan PN. Mengambil kira tarikan keluar 10% pengundi PN, masih gagal menukar kerajaan negeri, apatah lagi untuk mensasar lebih banyak rakyat memihak ke PH-BN. Apabila disarankan pengundi UMNO mengundi calon DAP, memberikan reaksi kurang disenangi dari penyokong, begitulah sebaliknya bila disaran pengundi DAP mengundi calon UMNO. Dirumuskan setengah pemerhati politik, perpaduan hanya di peringkat kepimpinan parti yang tidak menggambarkan realiti sebenar pola keputusan di kalangan penyokong di akar umbi. 

Natijah dari peratusan tertentu berlaku tarikan keluar penyokong PN untuk bersama PH-BN, di masa sama, peratusan tertentu penyokong PH-BN sukar menyokong calon tertentu dari parti gabungan, lantaran stigma "No Anwar, No DAP, No Bersatu" serta "No kleptokrasi, no korupsi" masih terngiang-ngiang di telinga dan masih melekat di hati. Apakah kerajaan Madani pimpinan PH-BN mampu gah dengan kuasa sebuah kerajaan Persekutuan dalam  membuli sebuah kerajaan negeri. Apakah pertembungan ini akan melayani yang dikendung keciciran, yang dikejar tak dapat.

 








 


 

 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan