HARI PENAMAAN CALON PRN MELAKA MENCERMINKAN KEMATANGAN POLITIK KEPILIHANRAYAAN
Semalam, 31/10/2026; seramai 79 orang calon berjaya menampilkan diri menyermpurnakan borang penamaan calon di 28 Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 16, Mereka mewakili 24 calon PH, 23 BN, 16 Bersama, 7 Bersatu, 5 PN, 1 PUTRA dan 3 orang calon bebas.
Saya mula mengikuti perjalanan pilihanraya bermula PRU 1969, semasa masih di tahun akhir persekolahan menengah, disusuli PRU 1974, PRU 1978 dan PRU 1982. Hadir majlis-majlis ceramah dan hari penamaan calon. Bermula PRU 1978, suasana kemeriahan pilihanraya agak kendur kerana dibatalkan semua majlis rapat umum, hanya dibenarkan ceramah-ceramah yang terhad dari premis, khalayak dan masa. Pilihanraya di Malaysia adalah satu pesta, dengan kemeriahan perang poster serta majlis-majlis keramaian untuk memancing undi, walaupun kurang meriah selepas pengharaman rapat umum.
Pada hari penamaan calon, calon yang bertanding diringi ribuan penyokong. Satu tamasya perarakan parti-parti bertanding. Penyokong mengiringi calon masing-masing hingga ke pintu masuk Pusat Penamaan Calon. Calon hanya dibenarkan diringi seorang pencadang dan seorang penyokong masuk untuk menyerahkan borang penamaan calon. Selesai masa penyerahan borang pencalonan, borang pencalonan dipamerkan di luar bilik pusat penamaan calon untuk tatapan kepada khalayak awam, untuk bantahan. Biasanya ianya dipamerkan selama satu jam setengah. Lepas itu, pihak pengurusan pilihanraya akan buat semakan, Biasa jam 12.00 tengahari, diistiharkan calon-calon yang layak bertanding.
Amalan perjalananan pilihanraya beberapa PRU terakhir, penyokong calon hanya dibenarkan buat perarakan dihadkan kepada jarak 50 meter dari pintu masuk Pusat Penamaan Calon. Calon hanya dibenarkan diringi oleh seorang pencadang dan seorang penyokong pencalonan, masuk untuk menyerahkan borang pencalonan. Proses bantahan hanya disertai oleh calon dan dua pengiringnya serta wakil calon. Sebarang bantahan kesilapan teknikal, diselesai masa proses bantahan dan sepakat membuat pembetulan. Oleh itu, jarang kedengaran borang pencalonan ditolak atas alasan silap ejaan, nombor kad pengenalan, alamat pemastautinan. Dengan lain perkataan, borang pencalonan lebih dipermudahkan untuk memperlihatkan kematangan perjalanan pilihanraya.
Pada hari penamaan calon, dua perkara yang menjadi perhatian. Pertama; calon menang tanpa bertanding. Kedua; borang-borang penamaan calon ditolak. Dalam beberapa PRU awal, satu lumrah calon-calon menang tanpa bertanding, hanya calon dari parti pemerintah; Perikatan (UMNO-MCA-MIC), kemudiannya Barisan Nasional bermula PRU 1974. Biasanya calon-calon Perikatan menang tanpa bertanding khusnya di kubu kuat UMNO di beberapa kerusi di Johor. Dalam PRU 1974, pada hari penamaan calon, BN menang tanpa bertanding 47 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN di seluruh negara. Dalam beberapa PRU, hanya calon-calon dari parti pemerintah menang tanpa bertanding. Begitu juga dalam beberapa siri pilihan raya kecil, khususnya di kerusi kubu kuat parti pemerintah, di seluruh negara.
Pada hari penamaan calon disenarai calon-calon yang ditolak pencalonan, atas faktor teknikal atau faktor disengajakan. Antaranya;
i. memasukkan nama penyokong pencalonan dari kalangan bukan pengundi berdaftar di kawasan yang ditandingi;
ii. calon tidak bermastautin di negeri yang ditandingi;
iii. ada perbezaan maklumat dalam tiga salinan borang pencalonan;
iv. tertinggal maklumat; tandatangan dan nombor kad identiti;
v, menyerahkan borang pencalonan di luar waktu;
vi. wang cagaran (sama ada resit bayaran atau tunai)
vii. sabotaj dalaman parti sengaja mendedahkan maklumat salah dalam borang;
Dalam PRU 1978, semua borang 4 orang calon yang bertanding di kerusi Kampong Jawa, DUN Selangor; BN, DAP, Pas, Pekermas. SPR terpaksa keluar notis baru untuk penamaan calon semua dan hari pengundian berasingan dari PRU. Sementara di kerusi Kuala Kubu Baru, borang pencalonan calon BN, hanya calon DAP dan seorang calon bebas layak bertanding.
Dalam PRN Sabah 1971, semua calon yang mendaftarkan diri pada hari penamaan calon menang tanpa bertanding di semua 32 kerusi DUN, Semua calon tersebut mewakili Perikatan Sabah (USNO dan SCA). Sebenarnya ada beberapa individu yang telah membeli borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas. Diberitakan, setengah bakal calon diugut untuk tarik diri, diupah dan setengah borang dirampas dan dimusnah.
Dalam PRU 1982, Pas telah memenangi 3 kerusi DUN secara percuma setengah borang penamaan calon BN telah ditolak. Cikgu Shuib Haji Mohamad di kerusi Bintong, Perlis, setelah maklumat salinan pertama dan kedua borang pencalonan calon BN, Azmi Khalid didapati berbeza. Che Hassan Che Ishak menang tak bertanding di kerusi Kemumin dan Drs Abdul Rahman Ahmad di kerusi Selising, kedua-duanya kerusi DUN Kelantan, setelah berlaku kesilapan teknikal borang pencalonan calon BN; Umar Muhamad dan Wan Muhammad Wan Bakar.
Calon BN di Kemumin dan Selising mengemukakan petisyen dan mahkamah membuat keputusan membatalkan pengistiharan kemenangan calon-calon Pas dibatalkan. SPR mengeluarkan notis mengadakan pilihan raya kecil. Kedua-dua calon BN menang dalam pilihan raya berkenaan yang diadakan satu tahun setengah kemudian. Bayangkanlah, berapa banyak wang awam dibayar kepada dua ADUN Pas berkenaan, elaun wakil rakyat dan beberapa kemuduhan lain dalam tempoh tersebut, di samping perbelanjaan urusan petisyen dan perbicaraan yang ditanggung oleh pihak pendakwa dan pembela.
Dr Mohamad Ramli Md Kori secara percuma menjadi wakil pertama Pas dalam DUN Johor, setelah borang pencalonan calon BN di kubu kuat UMNO, Senggarang ditolak dalam PRU 2004. Salinan pertama dan kedua borang pencalonan calon BN bercanggah fakta.
Dalam PRU 2008, calon Pas di kerusi Kijang, DUN Kelantan, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding, setelah Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengesahkan calon BN hilang kelayakan kerana masih dalam senarai bangkrap.
Sehingga hari ini, terakhir PRU 2022 dan PRN Negeri Sembilan ke 16, tiga bulan lepas, belum pernah mana-mana calon dari parti pembangkang selain Pas, yang pernah menang tanpa bertanding lantaran penolakan borang pencalonan parti lawan dalam tempoh PRU1 (PRU 1959) hingga PRU15 (PRU 2022).
Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi PRN Melaka ke 16, semalam, tiada keterlibatan borang penamaan calon yang tolak. Secara langsung, sedikit sebanyak mencerminkan kematangan dan kecergasan proses kepilihanrayaan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan