Sabtu, 17 Oktober 2026

PRN Melaka 1

 KEPERLUAN UMNO MENANG BESAR DALAM PRN MELAKA

Barisan Nasional, khususnya UMNO seharusnya meletakkan misi besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 16; kemenangan besar. Matlamat utama bukan merekodkan kemenangan UMNO dalam PRN tetapi mempastikan rantau selatan tanah Semenanjung sebagai kubu UMNO. Kejayaan di Melaka untuk melengkapkan kejayaan yang sudah dirintis dengan cemerlangnya dalam PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan tempoh hari.

Dalam PRN15 Melaka (2021), Barisan Nasional (BN) telah berjaya membolot 21 kerusi menerusi UMNO (18), MCA (2) dan MIC (1) atau 75% kerusi melebihi suara dua pertiga. BN memungut 122,741 undi atau 38.39% daripada jumlah undi sah yang dikumpul semua calon yang bertanding. Walaupun Pakatan Harapan (PH) memenangi 5 kerusi, tetapi jumlah undi yang diperolehinya; 114,457 undi atau 35.80%. Sementara Perikatan Nasional (PN) yang  memperolehi 2 kerusi dan mengumpul 77,721 undi atau 24.31% undi keseluruhan. 

BN mencapai kemenangan besar dari sudut jumlah kerusi, tetapi pungutan undinya kurang dari separuh pengundi yang keluar mengundi, sedikit sebanyak memberi gambaran tahap kekuatan sebenarnya. 60 peratus pengundi menolak BN. Saingan 3 penjuru antara BN, PH, PN, memberi lebihan kepada BN. Dalam PRN15, hanya 65.64%, iaitu 325,065 dari keseluruhan pengundi negeri Melaka, 495,195 pengundi keluar membuang undi. Angka keluar mengundi 65.64% dalam satu pilihanraya untuk memilih sebuah kerajaan, reletifnya rendah. Biasanya bawah 70% keluar mengundi, lazimnya dalam pilihanraya kecil (PRK). PRK hanya sekadar untuk memilih seorang wakil rakyat, mengisi satu kekosongan dalam mana-mana dewan legislatif.

Angka keluar mengundi yang lebih serta pertambahan bilangan pengundi yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) 2022 memberikan pencapaian berbeza BN khususnya. Dalam PRU15, jumlah pengundi di Melaka telah meningkat ke 657,324, peningkatan 32.74% kesan dari pendaftaran automatik serta penurunan kelayakan pendaftaran umur pengundi kepada 18 tahun. Dalam saingan 3 penjuru, memberi kesan yang besar kepada sokongan kepada BN. BN hanya perolehi 29.63% undi; dan gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di Melaka, walaupun undinya meningkat ke 152,613 undi, meningkat 29,872 undi atau peningkatan 24.33%, lebih rendah berbanding peningkatan jumlah pengundi. 

PH telah meningkatkan undinya sebanyak 74.09% undi dalam PRU15 berbanding PRN15, berjaya memenangi 3 kerusi Parlimen. Sementara PN berjaya meningkatkan undinya sekali ganda; 104.85%, dari 77,731 undi dalam PRN15 kepada 159,238 undi dalam PRU15, dan memenangi 3 kerusi Parlimen. Justeru itu, berdasarkan pengumpulan undi mengikut DUN, dalam PRU15, BN hanya dapat kelebihan di 4 kerusi DUN, PN di 10 kerusi dan PH di 14 kerusi. 

Dari jumlah 28 kerusi DUN Melaka; 19 kerusi adalah kawasan majoriti pengundi Melayu. Dalam PRN15, 16 dimenangi BN, 2 PN dan satu kerusi kepada PH. Dalam PRU15, 7 kerusi memiliki lebih 80% pengundi Melayu; PN menguasai undi di Tanjong Bidara, Ayer Limau, Pantai Kundor, Ayer Molek, Serkam dan Sungai Rambai, yang merupakan kerusi dimenangi UMNO dalam PRN15, sementara PN menang di Sungai Udang, dan meneruskan kuasai undi dalam PRU15. Baki 12 kerusi DUN dengan komposisi pengundi Melayu menguasai 60 hingga 80%, satu kerusi milik PH iaitu Bukit Katil dan kekal memilih PH dalam PRU15, Bemban dikuasai PN kekal memilih PN dalam PRU15, 10 kerusi yang lain dimenangi UMNO, tetapi dalam PRU5, BN hanya menguasai undi di Rim, Merlimau, Ayer Molek dan Asahan, selebihnya memberi kelebihan kepada PN. 

Berbekalkan hanya menguasai undi di 4 kerusi DUN, berbanding kelebihan undi kepada PN di 10 kerusi DUN, manakala PH menguasai pungutan undi di 14 kerusi DUN membolehkan PN memenangi 3 kerusi Parlimen, PH perolehi 3 kerusi Parlimen, BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen dalam PRU15. Belum pernah berlaku, parti yang menguasai kerajaan negeri, gagal hantar wakil rakyatnya ke Parlimen. Inikan pula, BN menguasai lebih 75% kerusi dalam kerajaan negeri, lainlah halnya, kerajaan dibentuk atas pemuafakatan parti-parti lantaran tiada parti yang menguasai simple majority. 

Faktor utama kehambaran prestasi BN lantaran perubahan drastik angka daftar pemilih serta peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi. 79.04% keluar mengundi dicatat dalam PRU15 di negeri Melaka, yang secara langsung gambaran mendadak kehendak pengundi semasa. Dengan bahasa mudah, gambaran trend pengundian generasi baru, yang gagal direbut oleh BN. 

Sebagai parti dominan di Melaka, UMNO bersama rakan-rakan BNnya, bergerak atas dua misi utama. Pertama; mengekalkan kemenangan PRN15 yang menguasai kuasa mutlak di DUN. Kedua; menolak tanggapan BN ditolak oleh orang Melaka menerusi prestasi dalam PRU15, dengan sifar kerusi. BN dengan tegasnya tidak akan tolak ansur mempertahankan 21 kerusi, dalam kerjasama pilihanraya. Bagaimana gerakerja UMNO khususnya, melenyapkan mimpi ngeri tanpa kerusi dalam PRU15. 

Bersandarkan rekod PRU15, masyarakat awam sedang menanti apakah strategi UMNO melengkapkan penguasaan gelombang biru di kawasan selatan, setelah kejayaan PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan. Apakah BN akan bergerak solo, atau membentuk kerjasama dengan parti lain.  Dalam PRU15, nasib BN di Melaka walaupun peratusan undi tak jauh bezanya, BN Johor menguasai 30.65% undi menang 9 kerusi Parlimen, di Negeri Sembilan, BN perolehi 32.57% menang 5 kerusi Parlimen, di Melaka dengan 29.63% tanpa sebarang kerusi. Di negeri-negeri di mana BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen; BN membolot 25.86% undi di Perlis, 19.46% di Kedah, 26.78% di Kelantan, 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan