Jumaat, 30 Oktober 2026

Borang Penamaan Calon

 BORANG PENAMAAN CALON

Hari ini, 31/10.26; hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri Melaka ke 16. 

Kemeriahan dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana peringkat adalah pada hari penamaaan calon. Hari ini, calon-calon yang akan bertanding untuk mengesahkan pencalonannya memerlukan satu dokumen yang paling penting iatu borang pencalonan. Amalan di setengah negera, ianya satu amalan biasa, seseorang individu dengan agensi awam, untuk mendaftar diri menyertai satu=satu aktiviti,  tetapi amalan di negara kita menjadikan hari tersebut satu himpunan massa tanda awal sokongan kepada seseorang yang akan mendaftarkan diri sebagai seorang calon dalam satu-satu pilihanraya. Mengiringi calon ke pusat penamaan calon, sebagai mengesahkan kesungguhan keterlibatan calon dan penyokong menyertai sesuatu pilihanraya. 

Amalan pilihanraya di Malaysia; seseorang yang ingin menjadi calon hendahklah melengkapkan borang pencalonan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Dalam sejarah perjalanan pilihanraya di Malaysia, sentiasa berlaku calon ditolak pencalonan kerana kesilapan tekninal dalam mengisi borang pencalonan, membolehkan pihak lawan diistiharkan menang tanpa bertanding. Pernah berlaku dalam satu pilihan raya Dewan Undangan Negeri, semua calon menang tanpa bertanding, kerana hanya seorang calon bertanding di setiap kerusi, sebahagian bakal calon gagal menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon pada hari penamaan calon yang ditetapkan, setelah terima ugutan dilarang hadir menyerahkan borang. 

Borang penamaan calon boleh dibeli di Pejabat Pilihan Raya Negeri. Pada Hari Penanamaan Calon, borang ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, biasanya antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, secara sendiri atau boleh diwakili kepada pencadang dan penyokong pencalonan tersebut. 

Saya mulai mengikuti perjalanan pilihanraya semenjak masa bangku sekolah. Dalam Pilihan Raya Umum ke 3 (PRU 1969), masa saya di akhir persekolahan menengah. saya hadir melihat proses penamaan calon. Calon bertanding diiringi penyokong berarak dari pejabat parti ke pusat penamaan calon. Calon dari parti utama diringi ribuan penyokong. Ada dua parti utama masa itu; Perikatan berlambangkan kapal layar putih berlatar belakang warna biru tua, Parti Islam seMalaysia (Pas) berlambangkan bulan bintang putih berlatar belakang warna hijau. Sekitar pusat penamaan calon, dipenuhi penyokong masing-masing. Kebetulan, di pusat berkenaan, turut disertai oleh pemberontak dari Pas, turut bertanding sebagai calon-calon bebas diiringi beberapa orang penyokong. Di pusat penamaan calon berkenaan, meibatkan 3 kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu Parlimen, semuanya melibatkan saingan 3 penjuru. 

Selesai masa penyerahkan borang penamaan calon, salinan pertama ditampalkan untuk tatapan awam di ruang legar pusar penamaan calon. Penyokong parti bertanding berpusu-pusu masuk melihat dari dekat borang pencalonan. Saya sempat lihat borang pencalonan. Tujuan dipaparkan untuk mendapat bantahan dari orang ramai. Masa bantahan selama 1 jam setengah. Dalam jam 12.00 tengah hari, pegawai pengurus akan mengumumkan calon yang layak bertanding.

Seseorang calon perlu menyediakan wang pertaruhan. Dalam PRU3, wang pertaruhan adalah RM250 untuk kerusi DUN dan RM500 kerusi Parlimen, Kadar ini bermula dari PRU1. Dalam PRU4 (PRU 1974), wang pertaruhan dinaikkan kepada RM500 dan RM1000. Wang pertaruhan semasa sebagaimana dalam PRU15 ialah RM5000 untuk DUN dan RM10,000 bagi kerusi Parlimen. 

Saya ikuti proses penamaan calon dalam 4 PRU; bermula PRU3 hingga PRU6 (PRU 1982). Borang pencalonan diisikan nama calon, seorang pencadang, seorang penyokong, serta ada tambahan ruang menyediakan 8 baris, untuk diisi nama 8 orang penyokong yang lain. Setiap borang pencalonan, diwajibkan dipenuhi tidak kurang dari 4 orang penyokong. Semua pencadang dan penyokong hendaklah  merupakan senarai pengundi sah kawasan yang ditandingi. Calon DUN hendaklah warganegara yang bermastautin dalam negeri berkenaan, sementara calon Parlimen adalah warganegara yang bermastautin di mana-mana tempat dalam wilayah Malaysia. 

Sepanjang perjalanan pilihanraya di Malaysia, semenjak 1959 (PRU1), kegagalan calon menyempurkan borang penamaan calon menyerbabkan pencalonan tertolak. Situasi calon menang tanpa bertanding khususnya di pihak parti pemerintahan, dulunya Perikatan (UMNO, MCA, MIC), kemudiannya Barisan Nasional bermula PRU4. adalah lumrah dalam setiap pilihanraya kerana borang pencalonan parti lawan ditolak. 

Rekod tertinggi kemenangan tanpa bertanding ialah dalam PRU4 (PRU 1974) menerusi kemenangan calon-calon BN. BN menang tanpa bertanding 43 kerusi Parlimen dan 47 kerusi DUN seluruh negara. Sebelum itu, dalam PRN Sabah 1971, semua calon Perikatan Sabah (USNO dan SCA) menang percuma 

Pada hari penamaan calon PRU5 (PRU 1978), borang penamaan calon semua 4 orang calon yang bertanding; dari BN, DAP, Pas dan Pekemas, telah ditolak oleh SPR, Satu hari penamaan calon semula diadakan untuk mengadakan pilihan kecil DUN Selangor bagi kerusi Kampong Jawa. 

Dalam PRU5 juga, buat julung kalinya calon parti kerajaan ditolak borang pencalonan di kerusi DUN Selangor; Kuala Kubu Baru. Hanya calon DAP dan seorang calon bebas bersaing, 

Dalam PRU6 (PRU 1982), calon Pas, CIkgu Shuib Haji Mohammad menjadi calon pembangkang pertama menang tanpa bertanding di kerusi Bintong, DUN Perlis, setelah pencalonan calon BN, Azmi Khalid ditolak. 

Dr Mohd  Ramli Md Kari dari Pas menang tanpa bertanding di kubu kuat UMNO, iaitu kerusi Senggarang, DUN Johor, dalam PRU11 (PRU 2004), setelah borang pencalonan calon BN, berbeza antara salinan pertama dan salinan kedua. 

Wan Ubaidah Omar, calon Pas diisitiharkan menang tanpa bertanding di kerusi Kijang, DUN Kelantan dalam PRU12 (PRU 2008), walaupun borang calon BN tiada kecacatan tetapi setelah disemak namanya masih dalam senarai bangkrap. 

Borang penamaan calon sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa, justeru itu jarang berita penolakan borang pencalonan kurang berlaku dalam beberapa PRU terakhir. Borang penamaan calon lebih mudah untuk diisi. Antaranya ialah senarai nama 8 orang penyokong dengan sekurang-kurangnya 4 orang, sudah dimansuhkan.

Pada hari penamaan calon, calon hanya diringi oleh seorang pencadang dan seorang penyokong, untuk menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon. Penyokong lain hendaklah berada di luar kawasan, jarak 50 meter dari puntu dewan pusat penamaan calon. Wakil calon boleh dijemput masuk semasa bantahan, selesai tamat masa penerimaan borang pencalonan. 

Peraturan menghadkan bilangan pengiring calon ini berkuatkuasa bermula PRU5 (PRU 1978). Penguatkuasaan ini seiringan dengan larangan mengadakan rapat umum untuk kempen pilihan raya, masa itu. 

Apakah asas sesuatu borang pencalonan ditolak;

1. Maklumat dan tandatangan pencadang dan penyokong

2. Pencadang dan penyokong hendaklah seorang pemilih dalam bahagian pilihanraya berkenaan

3. Surat kebenaran pengunaan simbol parti

4. Resit bayaran deposit pilihan raya (calon boleh bayar tunai kepada Pengawai Pengurus sebelum tempoh penamatan penyerahan borang)

5. Deposit  bahan kempen pilihanraya

6. Tidak hilang kelayakan sebagai menjadi calon, termasuk bangkrap. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan