Sabtu, 30 Mei 2020

PH Dakwa Ada Majoriti

PAKATAN HARAPAN MENDAKWA MILIKI SOKONGAN CUKUP UNTUK UBAH KERAJAAN

Hangat di media sosial  kini, Pakatan Harapan mempunyai keyakinan mampu untuk mengubah kerajaan, dalam masa terdekat, setelah berjaya mengumpul sokongan 129 orang Ahli Dewan Rakyat. Pihak pembangkang mempunyai dua pilihan;  Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan, atau membentangkan undi tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat dalam bulan Julai nanti.

Spekulasi perubahan ini di atas tanggapan ADR dari Sabah dan Sarawak menggunakan kuasa penentunya dalam kuasa politik nasional. Perpindahan secara blok oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memiliki 18 ahli terdiri dari 13 dari Parti Bumiputera Bersatu (PBB), 2 Parti Rakyat Sarawak (PRS), 2 Progressive Democratic Party (PDP), 1 dari Sarawak United People's Party (SUPP), 2 ADR dari Gabungan Sabah Bersatu ( masing-masing mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Rakyat Tanah Airku (STAR). 

Perwakilan dari Sabah, Sarawak dan Labuan di Dewan Rakyat adalah seramai 57 orang atau 25% keseluruhan: 25 Sabah, 31 Sarawak dan 1 Labuan, mempunyai nilai tersendiri. Peranan dan kepentingan perwakilan 25% ini banyak membantu pemutusan kuasa di peringkat Persekutuan. Di kala sokongan kepada Barisan Nasional membimbangkan dalam PRU12 dan PRU13, perwakilan atau kuasa undi dari Sabah dan Sarawak main peranan utama  membantu BN mempertahankuasa kuasa.  

Pasca PRU14, lantaran persaingan tiga penjuru sebagai agenda utama dalam pilihan raya kesan perpecahan pembangkang dengan mengeluarkan Pas dari pakatan pembangkang, memberikan Pakatan Harapan berjaya menguasai kerajaan Persekutuan. Pakatan Harapan yang hanya mendapat sokongan 45% pengundi Malaysia mengambil alih pemerintahan dari BN. BN memperolehi 34% undi, sementara blok ketiga, Pas perolehi 17%. Hasil PRU14, lebih separuh pengundi Malaysia mengundi BN dan Pas. Justeru itu, kerajaan yang dibina oleh PH tidaklah sekukuh mana walaupun memiliki kerusi majoriti di Dewan Rakyat. Moralnya, PH bukan mewakili majoriti rakyat Malaysia. Justeru itu, kerajaan PH hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja yang diselubungi berbagai krisis dan karenah yang mempercepatkan tumbang sebuah kerajaan yang sedang dalam proses menyesuaikan diri. 

Kejatuhan kerajaan PH kesan onar ahlinya sendiri adakan pakatan dengan blok yang disokong oleh majoriti rakyat; BN dan Pas membentuk kerajaan baru, Perikatan Nasional. Lantaran pembentukan kerajaan PN hasil pemuafakatan selepas PRU berbanding PH bercirikan pemuafakatan sebelum PRU, ialah terdedah kepada kebebasan ahli memain pendirian. Oleh itu, ianya terdedah kepada sensasi persepsi dan perancangan strategi musuh untuk menghuru-harakan benteng pertahanan yang tidak dibina atas asas yang kukuh. Asyik bertelegah bila nak tukar PM.

Dalam keadaan majoriti yang diperolehi  kerajaan PN yang tipis membuka ruang berbagai pihak khususnya pihak lawan membina andaian dan spekulasi. Situasi kedudukan semasa kerajaan PN di bawah memungkinkan berbagai realiti;


AHLI DEWAN RAKYAT  SIDANG DEWAN RAKYAT 18/05/2020
PAKATAN HARAPAN                                                          PERIKATAN NASIONAL
DAP
42

UMNO
39
PKR
39

MCA
2
Amanah
11

MIC
1
Bersatu (Blok Mahathir)
5

Bersatu
31
Warisan
9

Pas
18
UPKO
1

GPS
18
PSB
1

GSB
3
Bebas
1

Bebas
1





JUMLAH
109

JUMLAH
113







Angka 129 disensasikan oleh strategis PH untuk menghuru-harakan politik di kala negara sedang beri tumpuan kepada pandemik Covid-19, nampaknya perubahan berlaku apabila ADR dari Sabah dan Sarawak mengubah pendirian. Kemungkinan tersebut diceraikinkan dalam jadual di bawah.



JANGKAAN PERUBAHAN AHLI DEWAN RAKYAT
PAKATAN HARAPAN                                                         PERIKATAN NASIONAL
DAP
42

UMNO
39
PKR
39

MCA
2
Amanah
11

MIC
1
Warisan
9

Bersatu
31
UPKO
1

Pas
18
PSB
1

PBRS
1
GPS
18

Bebas
 1
GSB
2



Bebas
6








JUMLAH
129

JUMLAH
93

Sedang hangat diperkatakan pihak pembangkang sudah berjaya mengumpul sokongan 129 ADR, yang dicetuskan dari seorang blogger pro-PH, dikejutkan oleh keputusan Majlis Tertinggi Parti Bersatu perberhentian keahlian parti bagi 5 orang ADR. Tindakan ke atas mereka lantaran mereka tidak menyertai blok kerajaan semasa sidang Dewan Rakyat 18/05/2020, satu tindakan ahli yang bertentangan dengan keputusan parti menyertai pembentukan kerajaan PN.  

Berikutnya dihebohkan 3 pemimpin Bersatu: 2 menteri dan seorang timbalan menteri akan istihar letak jawatan. Satu sidang media akan diadakan. Berita ini memaksa Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media bahawa maklumat ini tidak benar.  Rina Mohd Harun menafikan berita berkenaan dan menyatakan beliau masih tetap bersama parti dan kepimpinan. Redzuan Mohd Yusoff juga menafikan dan beliau tiada niat nak kacau ganggu pentadbiran dan terus bersama TS PM tumpu usaha menghadapi pandemik Covid-19. 

Di awal penyebaran berita satu sidang media bakal dibuat oleh seorang menteri dan timbalan menteri dari Bersatu, analisis awal sudah meletakkan kerajaan PN menunggu masa untuk gulung tikar. Tanpa senarai baru yang didakwa pasukan pembangkang dengan sokongan 129 ADR, kerajaan PN bukan lagi kuasai majoriti ADR, hanya tinggal 111 orang, mewujudkan Parlimen tergantung. Jalan mudah, bubar Parlimen untuk dapat mandat baru. 

Dalam dunia amnya dan negara khususnya sedang bertarung dengan Covid-19, sepatutnya semua pihak tumpu kepada kepentingan dan kemuslihatan ummah dan negara yang terbantut aktiviti ekonomi, ada rakyat hilang pekerjaan,  dan peningkatan pengangguran. Berilah peluang dan sokongan kepada usaha pemerintahan mengurus, membantu dan menyelesai masalah rakyat  di kala ujian Allah hari ini. 

Justeru tiadanya halangan wakil rakyat melompat parti dalam amalan demokrasi berparlimen yang kita amalkan, lebih banyak menyediakan ruang mengganggu ketenteraman pentadbiran dan ruang mengharu-birukan jentera kerajaan. Tumbangnya kerajaan PH berpangkalkan krisis keyakinan kepimpinan di peringkat Persekutuan dan negeri, membuka ruang berbagai pihak membuat spekulasi dengan matlamat kacau ganggu kestabilan politik. Pemimpin politik yang suka tukar kiblat, tukar persetujuan hari ini dan besok bertukar fikiran, pemimpin tidak tetap pendirian, semua terdedah kepada penganalisis mereka persepsi kerana mana-mana parti memerlukan bantuan parti lain untuk bentuk kerajaan, lantaran tiada sebarang parti yang berjaya meraih jumlah kerusi yang melepasi angka majoriti mudah. 

Justeru PRU14, gagal melahirkan parti yang perolehi kerusi yang boleh membentuk kerajaan, amatlah diharapkan pemimpin politik tidak mengheret pertukaran kerajaan dalam tempoh yang pendek atau memanggil satu PRU sebelum cukup penggal. Harapan rakyat, berilah peluang pemerintah hari ini tumpuan memulihkan ekonomi dan nasib rakyat yang terkesan dari pandemik Covid-19 yang mengawal pergerakan hampir 3 bulan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan