RAMADHAN TAHUN 1441 YANG ISTIMEWA
Ramadhan musim ini sungguh istimewa sekali apabila dunia dikejutkan dengan pendemik Covid-19 yang sedang melanda 185 negara dengan peningkatan kes jangkitan kepada 2.667 juta manusia dengan 186,221 kehilangan nyawa sehingga jam 14.30 GMT hari ini. Keistimewaan Ramadhan tahun ini lantaran amalan dan pengisian rukun Islam ini yang terhad, kerana manusia dibataskan dengan penjarakan sosial serta terpaksa berada di dalam kediaman masing-masing di kebanyakan negara.
Sebelum kedatangan Ramadhan, sebahagian besar aktiviti manusia sama ada memenuhi tuntutan rezeki, tuntutan ekonomi serta tuntutan sosial terhenti, lantaran kawalan dan keterbatasan pergerakan manusia. Tiada lagi aktiviti perjudian, aktiviti di casino, bar dan kelab malam, tiada lagi aktiviti melepak di kedai kopi dan kedai makan, santai di pantai dan tempat-tempat rekreasi dan sebagainya. Ramadhan tahun ini mengajar manusia khususnya penganut Islam meninggalkan aktiviti maksiat, anti-sosial dan perbuatan sia-sia, yang utama perbuatan yang dilarang oleh ajaran agama, sebelum memasuki bulan ibadat ini, dengan jiwa yang bersih dan tenang. Tuntutan agama sudah pun dianjurkan memperbanyakkan amalan kerohanian dan sosial dalam dua bulan terakhir; Rajab dan Syaaban. Bulan Rajab dan Syaaban, bulan persiapkan diri untuk pertingkatkan amal.
Bagi umat non-Muslim, dengan keterbatasan ruang secara langsung aktiviti-aktiviti sosial di atas, seolah menghormati masyarakat Islam yang akan menyambut Ramadhan. Malah di beberapa negara dalam bulan Syaaban, masyarakat Muslim diminta mengambil bahagian atau usaha ibadat agar wabak Covid-19 dapat dihindari demi kesejahteraan universal. Langkah beberapa negara non-Muslim berkenaan membawa erti satu pengiktirafan peranan dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Islam.
Lengangnya Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, sebaimana digambarkan dalam bulan Syaaban lantaran arahan atau halangan pergerakan orangramai melibatkan diri dalam ibadat solat dan tawaf, satu keluarbiasaan. Kaabah yang ditawaf serta Makam Rasulullah serta Raudhah yang sentiasa dikunjungi umat Islam sepanjang masa, sejak 1400 tahun lalu, menjadi sepi tanpa dilawati tahun ini. Ramadhan tahun ini tidak lagi menerima tetamu berkunjung ke rumah Allah serta Masjid Rasulullah untuk solat tawawih terutamanya malam kemuncak 10 malam terakhir. Selain musim Haji, tumpuan jemaah Islam seluruh dunia ke Masjidil Haram ialah di bulan Ramadhan.
Di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang terlibat dengan pendemik Covid-19, sama ada negara umat Islam atau non-Muslim, umat Islam akan menunaikan solat tarawih di rumah masing-masing. Tidak lagi, beramai-ramai berkunjung ke masjid atau sebagainya sepanjang malam bulan Ramadhan. Tradisi kemeriahan umat Islam, mengunjungi pasar atau bazar Ramadhan pada waktu petang mencari bekalan iftar dan keluar beramai-ramai tunai ibadat tarawih serta menjamu selera tidak lagi dapat dikecapi dan ditonton hari ini.
Allah Taala menurunkan pendemik Covid-19 ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman untuk diambil iktibar serta muhasabah diri bukan umat Islam tetapi juga non-Muslim, penghuni alam sejagat ini. Nilai-nilai kesabaran, toleransi, kerjasama, serentak membuka ruang kepada manusia untuk mengenal diri, tujuan kehidupan di dunia serta menjaga alam anugerah Ilahi. Alhamdulillah, di samping aktiviti ekonomi dan sosial bertentangan dengan nilai-nilai agama dan nilai universal dapat ditontoni ada kesedaran manusia membatasinya. Pencemaran alam sekitar serentak dengan pembatasan aktiviti ekonomi industri telah mendekati manusia memulia dan menjaga alam, demi kebajikan masyarakat akan datang.
Di negara kita, perlbagai pihak sama ada pihak berkuasa atau bukan kerajaan bergerak aktif membantu masyarakat yang yang terhalang mencari rezeki lantaran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sumbangan makanan khususnya menjagi agenda utama bantuan kemasyarakatan. Kecaknaan berbagai pihak, harus disyukuri dan dihargai. Namun begitu, kedengaran kurang senang dengan bantuan dari sumber rasmi, bakul makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kumpulan B40. Beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang membangkitkan sasaran 1000 penerima setiap kawasan daerah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Program yang bermula pada 1 April 2020 ini, didakwa mengabaikan kawasan-kawasan Parlimen yang dikuasai oleh pihak pembangkang. Dilaporkan hanya satu daerah di bawah wakil rakyat pembangkang, iaitu Parlimen Langkawi dilksanakan sepenuhnya. Kawasan lain, ada tak dapat langsung, ada dapat pun separuh atau sebahagian sahaja. Harapannya, atas semangat Ramadhan, sepatutnya bantuan ini tidak dipolitikkan. Janganlah rakyat jadi mangsa manipulasi politik.
PKP fasa tiga yang akan berakhir pada 28/04/2020, ditambah ke PKP fasa empat yang akan berakhir pada 12/05/2020. Berkat Ramadhan, dengan doa serta kepatuhan umat mengerjakan ibadat bulan ini, pendemik Covid-19 dapat diputuskan rantaiannya. Semoga semua warga, akan dapat meneruskan agenda masing-masing untuk meneruskan mengisi kehidupan ini secepat mungkin, dan negara akan kembali normal demi kebajikan rakyat dipertingkatkan dan pertumbuhan ekonomi kembali tumbuh dengan lebih cemerlang. Kepada bakal tetamu Allah yang akan melaksanakan rukun Islam kelima tahun ini, didoakan dipermudahkan urusan.
Kehadiran Covid-19, mengajak kita ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Sebelum ini, Ramadhan seumpama pesta siang dan malam. Siang kunjung ke bazar Ramadhan dan malamnya, masjid dibanjiri, jumaah melimpah keluar, lepas solat tarawih, beramai-ramai tadarus Quran. Ramadhan kali ini tahap mana kita merebut peluang beribadat, menunaikan ibadat bersama keluarga dalam tempoh PKP yang dilanjutkan ke fasa keempat.
Untuk umat Islam, dirakamkan salam Ramadhan Kareem.
1 Ramadhan 1441.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan