Ahad, 28 Ogos 2016
Khamis, 25 Ogos 2016
UMNO yakin rampas Kelantan (bah 1)
UMNO BERKEYAKINAN TINGGI UNTUK MERAMPAS KELANTAN
bahagian 1
Keyakinan yang cukup tinggi kepada UMNO, bahawa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan menjanjikan kejayaan usaha merampas Kelantan. Kejayaan UMNO/BN menambahkan kerusi DUN dari 6 kerusi dalam PRU12 ke 12 kerusi dalam PRU13, sudah menyuntik asas gerakerja BN menghadapi PRU14.
Sungguhpun BN berjaya meningkatkan sekali ganda bilangan kerusi di DUN tetapi dari segi undi popular atau perolehan undi secara relatifnya tidaklah satu perubahan besar. Undi BN meningkatan dari 260,501 undi dalam PRU12 meningkat ke 343,416 undi atau pertambahan 82,915 undi atau 31.83%. Di pihak pakatan Pas dan PKR yang mempertahan kerajaan, berjaya meningkatkan undi lebih besar, pertambahan sebanyak 88,669 undi (26.34%), dari 336,220 undi dalam PRU12 ke 425,289 undi dalam PRU13. Dalam PRU12, BN menguasai 43.36% keseluruhan undi sah, berbanding 44.62% dalam PRU13, tidak mencerminkan kejayaan melipatgandakan pencapaian kerusi dimenangi.
Kejayaan BN menambah kerusi dalam DUN Kelantan tidak memberi kesan besar ke atas kecenderungan pengundian menjelang PRU14. Pas yang mempertahankan kerajaan masih kukuh dengan pengumpulan 55.26% sokongan, dengan sedikit penurunan berbanding 56.33% dalam PRU12. Dalam kerja-kerja teknikal pilihan raya yang diamalkan kebanyakan parti politik di Malaysia, perolehan undi melebihi 55% meletakkan sesebuah parti itu dalam zon selamat.
Jika diambil prestasi sesebuah parti menguasai undi lebih 55%, secara langsung memenangi satu kerusi dengan majoriti yang selesa. Dalam PRU13, calon Pas di kerusi Kelaboran memperolehi 55.81% undi, dengan perolehan 10,098 undi, calon BN dapat 7,995 undi, dengan undi majoriti kemenangan 2,103 undi. Di kerusi Kemahang, calon Pas dapat 55.76%, dengan perolehan 6,953 undi, sementara calon BN dapat 5,517 undi, memberikan calon Pas menang dengan majoriti 1,436 undi. Calon-calon yang menang di Kelaboran dan Kemahang itu adalah dalam keadaan selesa kerana memperolehi margin atau perbezaan melebihi 10%, 2,103 (11.62%) dan 1,436 (11.51%).
Calon BN menang di kerusi Air Lanas setelah perolehi 50.18% dari jumlah undi sah. Calon BN dapat 6,605 undi, calon Pas 6,558 undi, membolehkan BN menang dengan majoriti 47 undi atau perbezaan 0.35%. Peratusan margin yang semakin kecil menggambarkan semakin tidak selamat dari berbagai sudut kerja-kerja teknikal kepilihanrayaan.
Kejayaan BN menambah bilangan kerusi dan peratusan undi popular sebenarnya menepati putaran prestasi pilihan raya di negara ini. Memanglah giliran untuk BN bagi PRU13 setelah PRU12 tidak memihak kepadanya, kerana putarannya mata gergaji yang bergilir naik turun silih berganti. Banding dengan PRU11, PRU13 tidaklah memberi status atau prestasi yang boleh dibanggakan, di mana dalam PRU11, BN hampir menguasai Kelantan dengan pungutan 49.59% undi popular, berbanding pakatan Pas-PKR 50.40%.
Perpecahan dalam pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat yang memunculkan serpihan Pas; Parti Amanah Negara (Amanah), dibaca oleh BN sebagai membuka ruang untuk BN main peranan lebih menyakinkan. Perpecahan dalam Pas sebagai parti pemerintah di Kelantan boleh melangkapkan strategi BN menguasai Kelantan. Mengulangi sejarah kejatuhan kerajaan Pas di Kelantan kerana krisis dalaman yang membawa kepada pembentukan serpihan; Berjasa dalam tahun 1978, memberi inspirasi baru untuk BN. Kemunculan Berjasa jauh berbeza dengan Amanah. Tanpa berselindung, pembentukan Berjasa adalah peranan menjatuhkan Pas yang banyak dibantu secara langsung oleh UMNO/BN. Amanah juga membawa mesej menjatuhkan Pas, peranan UMNO dan BN amnya tidak jelas. Kelulusan pendaftaran Amanah memakan masa berbulan-bulan, yang secara tak langsung oleh BN, atas peranan parti menguasai eksekutif. Peranan ROS adalah procedure birokrasi, hakikinya pembuat keputusan ialah sang penguasa kerajaan Persekutuan. Pendaftaran Berjasa diluluskan dalam masa amat singkat dan mudah. Berjasa membantu UMNO/BN tetapi Amanah membawa agenda menewaskan UMNO/BN.
Faktor krisis dalam Pas bukanlah faktor dominan, lantaran UMNO juga terlibat dengan pembentukan serpihan; Parti Peribumi Bersatu (Bersatu). Walaupun Bersatu belum diluluskan pendaftaran, langkah melambat-lambatkannya lebih jelas dan mudah ditafsirkan Bersatu adalah satu ancaman. Jika serpihan rakan komponen BN, SPDP iaitu TERAS boleh diluluskan dalam sekelip mata, lantaran ianya adalah satu peluang, apakah alasannya serpihan parti komponen UMNO iaitu Bersatu diperlengahkan. Double standard ini menampakkan Bersatu adalah satu mala petaka baru mengancam UMNO.
Terlalu awal Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mencabar kerajaan Kelantan pimpinan Pas memanggil Pilihan Raya Negeri (PRN) lantaran krisis kepimpinan Pas serta keyakinan dengan peningkatan prestasi UMNO/BN dalam PRU13. Terlalu awal juga puteri UMNO bertarian gelek tanpa pedulikan peraturan pihak berkuasa negeri dan tempatan kerana terlalu yakin, Kelantan bakal bertukar tangan kepada UMNO. Tindakan-tindakan awalan pihak UMNO selaku pembangkang di Kelantan menggambarkan keyakinan cukup tinggi, Pas di Kelantan tidak berpengaruh lagi, setelah peninggalan Tok Guru.
Sebenarnya keyakinan UMNO untuk menumpaskan Pas di era Tok Guru sudah bermula selepas Semangat 46 meninggalkan kerajaan gabungan bersama Pas. Bila Semangat 46 meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO semula dalam tahun 1997, walaupun bukan secara keseluruhan, logiknya akan bertambah kekuatan UMNO. Tengku Razaleigh pemain peranan utama menjatuhkan sebuah kerajaan; menjatuhkan kerajaan Pas 1978 dan menjatuhkan kerajaan UMNO 1990, diberi peranan mengepalai UMNO Kelantan. Keyakinan tinggi PRU10 (PRU 1999) UMNO bertambah kuat dengan gabungan UMNO (Baru) dengan bekas UMNO asal, yang diwakili Semangat 46. Malangnya, penyertaan semula bekas ahli UMNO menyertai UMNO (Baru), pencapaian BN lebih teruk berbanding PRU9 (PRU 1995). BN hanya menang 2 kerusi dari jumlah 43 kerusi DUN, mengulangi sejarah Pas menang 2 kerusi batu nisan dalam PRN 1978.
PRU12 (PRU 2008) UMNO/BN telah meletakkan bukan mimpi tetapi realiti menunggu, giliran kerajaan Pas ditumbangkan. Gagasan "Kelantan Baru Kelantan Maju" dengan poster dan banner Menteri Besar baru disebarluas seluruh negeri. Suasana hampir menyamai gelombang kebangkitan rakyat yang membawa kepada pertukaran kerajaan 1978 dan 1990. Seminar, taklimat dan gerak gempur propaganda "Kelantan Baru Kelantan Maju", cukup hebat dalam tahun 2007-2008.
bersambung

Ahad, 7 Ogos 2016
PRN Terengganu
SEPATUTNYA PRN DI TERENGGANU
Dalam masa tempoh sebulan kita dihidangkan dengan agenda Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berasingan di beberapa negeri, yang dicetuskan oleh sama ada pihak kerajaan atau pembangkang. DAP memulakan episod dengan mencadangkan satu PRN untuk negeri Pulau Pinang, selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng didakwa di mahkamah berhubung isu pembelian rumah. Secara umumnya, PRN ini dipanggil sebagai membuktikan serta keyakinan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri yang dikepalai oleh DAP, dengan alasan Guan Eng dilibatkan dengan pendakwaan terpilih. Tarikan sokongan dan simpatisan rakyat menjadi agenda yang mendorong parti membuat keputusan diadakan PRN.
Pembangkang di Pulau Pinang dari parti-parti komponen BN khasnya memberikan reaksi negatif agenda PRN ini. Isu ini selesai bila Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan pembatalan hasrat memangggil PRN khas untuk Pulau Pinang. Kegagalan mendapat persetujuan dari rakan dalam pakatan yang membentuk kerajaan, PKR, mematikan punca keputusan kepimpinan DAP. Ketua Menteri sudah mengadap Yang Dipertuan Negeri, yang berkuasa memberi laluan atau tidak ke atas hasrat kerajaan negeri.
Seiringan dengan ledakan strategi DAP merancang PRN di Pulau Pinang, seorang pemimpin UMNO negeri mewakili pembangkang di Kelantan, mencabar kerajaan negeri mengadakan PRN untuk Kelantan. Rasionalenya, setelah Pas keluar dari pakatan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat dalam PRU13, kerajaan negeri semasa bukan lagi mewakili pakatan tersebut, sungguhpun Pas masih menguasai suara majoriti dalam DUN, memiliki 31 dari jumlah 45 kerusi, iaitu menguasai suara dua pertiga. Kehilangan satu kerusi oleh Pas dalam DUN berikutan pemecatan keahlian parti Dato' Husam Musa, dijadikan alasan pemimpin pembangkang negeri berkenaan yang menggambarkan wujud krisis dalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pemimpin pembangkang dalam politik Kelantan itu sengaja tidak mengimbas kembali situasi kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Pas, selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Pasir, akhir tahun 2006. Pas hilang satu kerusi menjadikan Pas memimpin sebuah kerajaan yang tidak kukuh dan berisiko, bilamana kedudukan kerusi kerajaan dan pembangkang: 23:22. UMNO dan rakan-rakan dalam BN tidak membangkitkan diadakan PRN untuk Kelantan, yang memerintah dengan simple majority, satu kerusi. Strategi BN selaku pembangkang mengutarakan gagasan mega "Kelantan Baru", dengan harapan tinggi PRU12 adalah Kelantan milik BN. Bakal Menteri Besar sudah dihighlights. Senarai lantikan politik berbagai peringkat sudah siap diatur.
Propaganda terancang tersebut menghasilkan BN cuma mampu menambah 2.46% undi popular BN di Kelantan, berbanding peningkatan undi popular 31.72% oleh Pas dan pakatannya, PKR. BN hilang 16 kerusi DUN.
Berbeza dengan situasi dalam pentadbiran negeri Terengganu kini, yang membentuk kerajaan dengan majoriti kecil, bila kerusi kerajaan cuma 17 berbanding 15 milik pembangkang (14 Pas, 1 PKR). Majoriti kecil tidak terusik, pembangkang di Terengganu tidak pernah membangkitkan PRN untuk mempastikan kerajaan yang dibentuk menguasai majoriti yang munasabah demi keyakinan dan harapan rakyat. Kemelut hasil pemberhentian DS Ahmad Said sebagai Menteri Besar, yang memungkinkan kerajaan negeri hilang majoriti seandainya ADUN Kijal itu meninggalkan kerusi kerajaan. Lebih tenat lagi, usaha Ahmad Said membawa usul undi tak percaya, walaupun gagal kerana dikatakan tidak ikut peraturan DUN. Usaha menyingkirkan Ahmad Said demi membersihkan kecelaruan dan ketidaktentuan parti menguasai kerajaan, diketengahkan ke MT UMNO.
Sungguhpun parti menangguhkan tindakan ke atas Ahmad Said yang mencetuskan beberapa gambaran krisis keyakinan dalam UMNO dan kerajaan, hakikinya UMNO yang memimpin Terengganu berdepan dengan kemelut yang berpanjangan, yang memberi kesan kepada kemampuan parti dan pemantapan birokrasi Terengganu. Masalah yang sedang ditanggung oleh UMNO yang menguasai kerajaan Terengganu meletakkannya terus dalam dilemma, cuma ianya kurang dijom hebohkan oleh media arus perdana, yang menjadi rujukan utama sebahagian rakyat. Ianya jauh beza dengan apa ditanggung oleh DAP yang memimpin Pulau Pinang dan Pas yang menguasai kerajaan Kelantan yang sengaja disensasikan oleh sumber yang tak sehaluan dengan kerajaan negeri berkenaan. Tambahan pula, tiada usul undi tak percaya diusahakan oleh UMNO selaku pembangkang di Pulau Pinang dan di Kelantan.
UMNO dan sekutunya dalam BN mengikut sumber, merancang untuk adakan PRN di Johor dan Sabah, iaitu kubu kuat BN yang menyambungkan hayat BN dalam PRU13, selain Sarawak, yang sudah menyumbangkan peranannya dalam PRN lalu. Lebih munasabah dan lebih berkeperluan PRN Terengganu berbanding dengan PRN Johor atau Sabah. Walaupun Ahmad Said belum diambil tindakan kepartian berbanding tindakan disiplin ke atas tokoh besar, TS Muhyiddin Yassin dan DS Safie Afdal, keperluan PRN Terengganu lebih mendesak berbanding Johor atau Sabah.
Walaupun kerajaan Terengganu pimpinan UMNO dari rekodnya agak kukuh kerana berjaya mempertahankan kekuasaan dalam tempoh yang lama. Pas menumpaskan UMNO untuk kuasai kerajaan Terengganu dalam tahun 1959 buat pertama kali, dan mengambil masa 40 tahun untuk dapat balik kuasa, dalam tahun 1999. Tetapi dalam tempoh dua kali persempadanan semula kawasan pilihan raya terakhir iaitu 1993 dan 2003, atau dalam tempoh 30 tahun terakhir.
Sedia maklum, sebarang persempadanan semula kawasan, akan melibatkan pertambahan kawasan pilihan raya atau kerusi sama ada Parlimen atau DUN yang akan memberikan kelebihan kepada UMNO atau komponen BN yang lain. Tiadanya persempadanan semula di Terengganu dalam tempoh 30 tahun terakhir ini, dengan bahasa yang mudah menggambarkan UMNO tidaklah sekuat mana di Terengganu. Andainya berlaku pertambahan kawasan atau kerusi, memungkinkan akan menambahkan kerusi parti lawan, lantaran itu tiadalah keperluan dan terdesaknya untuk menambah kerusi badan perundangan.
Dalam PRU13, 12 kerusi dimenangi sama ada UMNO/BN atau Pas dengan majoriti kurang 1,000 undi, iaitu 4 menerusi calon UMNO/BN dan 8 Pas. Kebimbangan kemungkinan andainya 4 kerusi milik BN itu akan jatuh ke tangan Pas, pastinya kerajaan akan bertukar tangan, kerana Pas bersama PKR memerlukan merampas 2 kerusi BN serta mengekalkan kerusi yang ada. Dua kerusi BN; Jerteh dan Jabi, bukanlah kerusi tradisi UMNO, pernah dimenangi Pas di zaman BN masih kuat di Terengganu dalam tahun 1990. Kebarangkalian dan ketidaktentuan ini menghantui BN untuk memanggil PRN khusus untuk Terengganu untuk selesai masalah semasa sebelum memanggil PRU14. PRN khusus Kelantan pernah diadakan dalam tahun 1978, kerana kemelut politik tempatan, sebelum memanggil PRU 4 bulan kemudian.

Langgan:
Catatan (Atom)