Sabtu, 28 Mac 2020

Memulih Ekonomi

PAKEJ MEMULIH EKONOMI MENERUSI RANSANGAN EKONOMI PERIHATIN RAKYAT

Perdana Menteri, TS Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi RM250 billion untuk memulih ekonomi kesan penularan wabak Covid-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) 18 Mac hingga 31 Mac dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 telah memberikan kesan besar kepada kehidupan rakyat dan aktiviti ekonomi negara. Bagi rakyat yang bekerja sendiri, bergaji harian dan seumpamanya terjejas teruk, apabila mereka diarahkan tidak keluar dari rumah atau terpaksa berehat di rumah, dalam tempoh hampir satu bulan. 

Penularan wabak Covid-19 yang memberikan angka-angka yang menggerunkan seluruh dunia ini memberikan kesan besar kepada penghidupan manusia umumnya, khususnya terbantut kegiatan ekonomi.  Jika di peringkat awal, wabak ini menjadi memberikan serangan besar-besaran di negara China, yang memberikan angka  kematian yang menggerunkan setiap hari. Bermula bulan Mac, memaparkan ianya sudah menjadi wabak global, menyerang banyak negara khususnya di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Angka terakhir sebagaimana jadual di bawah memperlihatkan angka kes dan kematian meningkat dengan ketara sekali. Dalam tempoh seminggu terakhir, angka kes meningkat sekali ganda dari 287,325 kes pada 21/03/20 kepada 558,358 kes pada 27/03/2020.


DUNIA: STATUS PANDEMIK COVID-19  DALAM SATU MINGGU PADA JAM 15.00 GMT

(bilangan kes)

21 Mac
22 Mac
23 Mac
24 Mac
25 Mac
26 Mac
27 Mac
Kes
287,325
318,811
353,759
316,324
440,398
492,465
558,358
Kematian
11,839
13,676
15,419
17,250
19,753
22,180
25,262
Pulih
93,618
96,006
100,623
103,748
112,036
119,732
128,733
Kematian di Malaysia
8
10
14
15
19
23
26
  sumber: web: worldometer.info/coronavirus.


Jadual di atas, memberikan angka kematian meningkat 2 kali ganda dari 11,839 orang pada 21/03/2020 kepada 25,262 orang pada 27/03/2020.  Di negara kita, angka kematian telah meningkat 3 kali ganda dari 8 orang pada 21/03/2020 kepada 26 orang pada 27/03/2020. Berasas angka ini, wajar pihak kerajaan Perikatan Nasional telah melanjutkan kawalan pergerakan, yang telah melipatgandakan tergendalanya aktiviti rakyat mencari rezeki dan nafkah keluarga.

Pendekatan menangani kejerihan hidup rakyat kesan penularan wabak Covid-19 dengan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat akan dapat membantu kebajikan serta keyakinan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang bau berusia tak sampai sebulan. Janji Perdana Menteri, menerusi pakej tersebut akan sampai ke setiap rakyat yang serentak akan memperkukuhkan ekonomi negara.

Pakej RM250 billion untuk menangani kesan ekonomi daripada wabak Covid-19 terungkai dalam:
RM128 billion untuk melindungi kebajikan rakyat;
RM100 billion untuk menyokong perniagaan;
RM 2 billion untuk memperkukuh ekonomi negara;
RM 20 billion pakej awal ransangan ekonomi sebelum ini. 

Berbagai pemberian atau bantuan diberikan kepada semua isi rumah berpendapatan bawah RM8000 sebulan, termasuk pelajar IPT, di samping elaun khas untuk petugas yang terlibat dalam memerangi Covid-19. Pemberian secara langsung untuk rakyat sebanyak RM128 billion, akan mempertingkatkan kuasa beli rakyat secara langsung menambah wang dalam edaran atau dalam sistem ekonomi. Pendekatan kerajaan ini akan dapat memperkukuhkan ekonomi yang meleset kesan kejatuhan harga minyak dunia serta kejatuhan nilai ringgit di pasaran antarabangsa.

Menerusi pakej yang diumumkan PM, beberapa kemudahan untuk rakyat menerusi penangguhan pembayaran kredit dan pinjaman, penangguhan bayaran sewaan sehingga 6 bulan, juga boleh menyumbangkan peningkatan keupayaan rakyat menggunakan kuasa beli. Aktiviti ekonomi yang terencat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan bangkit selepas tamat tempoh pelaksanaan yang mampu memberi harapan baru kepada rakyat. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan