PRU15 SECARA MENGEJUT MAMPU SELESAI MASALAH KERAJAAN TEBUK ATAP
Kerajaan
Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) sewajarnya dapat
merungkaikan asakan demi asakan dari pakatan pembangkang, Pakatan
Harapan (PH) khususnya cabaran utama pengabsahan kewujudannya. Kerajaan
yang dibina atas asas kepercayaan sokongan Ahli Dewan Rakyat (ADR),
masih dipersoalkan oleh pihak pembangkang, yang pernah memerintah selama
22 bulan. Pembangkang masih mempopularkan mandat rakyat menerusi sistem
demokrasi kepilihanrayaan first past the post, perlu dilayani oleh kerajaan PN sebagai pihak yang bertanggungjawab dan didokongi oleh suara majoriti.
Jalan
penyelesaiannya ialah memanggil satu pilihan raya umum mengejut,
pilihan raya di pertengahan penggal, walaupun tempoh penggal Dewan
Rakyat masih berbaki tiga tahun. Pernah Dewan Undangan Negeri Sabah
dibubarkan walaupun dalam tempoh masa tidak sampai satu tahun untuk
memanggil satu pilihan raya baru untuk mengesahkan mandat. PBS yang
memenangi pilihan raya negeri yang diadakan pada 20-21/04/1985, telah
membubarkan Dewan Undangan Negeri pada bulan Mac 1986 dan satu pilihan
raya negeri diadakan pada 5-6/05/1986 yang memberikan mandat baru kepada
PBS.
Semasa
kemelut politik ekoran tumbangnya kerajaan PH tempoh hari, selepas sesi
pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan semua Ahli Dewan Rakyat (ADR),
BN dan Pas mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat. Pembentukan Dewan
Rakyat baru menerusi satu pilihan raya umum secara snap election mampu memuktamadkan keabsahan sebuah kerajaan. Tiada lagi cemuhan pendekatan membentuk kerajaan dengan mekanisme tebuk atap.
Justeru masing-masing pihak iaitu kerajaan semasa dan kerajaan yang telah tumbang mendakwa memperolehi sokongan ADR secukupnya membentuk majoriti, penyelesaikan segera diperlukan demi kestabilan politik. Tambahan pula kedua-dua pihak yang mendakwa memiliki suara majoriti ADR tetapi dengan angka yang kecil, sekadar simple majoriti. Di celah-celahnya bertindih sokongan. Khususnya dakwaan dari pihak PH, sekali 129, sekali 130, dan terakhir 107 pulak, ada pasang surut, sebaliknya dari pihak PN kekal dengan simple majoriti 113 atau 114 sejak awal.
Jadual 1 di bawah berdasarkan pungutan undi oleh parti-parti yang bertanding bagi 45 Bahagian Pilihan Persekutuan di negeri-negeri Tanah Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Kesemua 45 kerusi berkenaan dimenangi oleh calon-calon dalam PH yang bertanding menggunakan logo PKR dan dijangka akan menjadi saingan sengit antara PH dan PN sekiranya satu pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat. 41 kerusi merupakan bilangan pengundi Melayu melebihi separuh dari jumlah pengundi. Baki 4 kerusi memiliki pengundi Melayu di bawah 50%; Segamat (45.42%), Labis (38.09%), Sungai Siput (34.28%), Bentong (46.63%).

Jadual 1
PRU14:
PARLIMEN |
||||||||
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
|
||||||||
Undi
|
Undi
|
Undi
|
Undi BN
|
Beza
|
%
Pengundi
|
|||
PKR
|
BN
|
Pas
|
+ Pas
|
Melayu
|
||||
1
|
P.143
|
PAGOH
|
23558
|
16631
|
2483
|
19114
|
4444
|
66.36
|
2
|
P.144
|
LEDANG
|
34706
|
26040
|
4668
|
30708
|
3998
|
55.80
|
3
|
P.004
|
LANGKAWI
|
18954
|
10061
|
5512
|
15573
|
3381
|
90.70
|
4
|
P.113
|
SEPANG
|
46740
|
28035
|
15882
|
43917
|
2823
|
62.30
|
5
|
P.140
|
SEGAMAT
|
24060
|
18584
|
2676
|
21260
|
2800
|
45.42
|
6
|
P.146
|
MUAR
|
22341
|
15388
|
4354
|
19742
|
2599
|
64.45
|
7
|
P.137
|
HANG TUAH JAYA
|
39067
|
30427
|
7089
|
37516
|
1551
|
62.38
|
8
|
P.142
|
LABIS
|
16709
|
13301
|
2030
|
15331
|
1378
|
38.09
|
9
|
P.141
|
SEKIJANG
|
19559
|
18278
|
18278
|
1281
|
59.42
|
|
10
|
P.044
|
PERMATANG PAUH
|
35534
|
19866
|
14428
|
34294
|
1240
|
68.70
|
11
|
P.053
|
BALIK PULAU
|
25471
|
19007
|
5298
|
24305
|
1166
|
60.12
|
12
|
P.009
|
ALOR SETAR
|
32475
|
14181
|
17275
|
31456
|
1019
|
63.20
|
13
|
P.135
|
ALOR GAJAH
|
29330
|
22350
|
6135
|
28485
|
845
|
60.83
|
14
|
P.151
|
SIMPANG RENGGAM
|
18157
|
14682
|
2983
|
17665
|
492
|
60.15
|
15
|
P.062
|
SUNGAI SIPUT
|
20817
|
15210
|
5194
|
20404
|
413
|
34.28
|
16
|
P.121
|
LEMBAH PANTAI
|
33313
|
27715
|
5277
|
32992
|
321
|
57.02
|
17
|
P.096
|
KUALA SELANGOR
|
29842
|
21344
|
8535
|
29879
|
-37
|
67.60
|
18
|
P.006
|
KUBANG PASU
|
29984
|
16975
|
13375
|
30350
|
-366
|
84.00
|
19
|
P.015
|
SUNGAI PETANI
|
45532
|
23963
|
22760
|
46723
|
-1191
|
61.00
|
20
|
P.149
|
SRI GADING
|
21511
|
18223
|
4548
|
22771
|
-1260
|
65.21
|
21
|
P.112
|
KUALA LANGAT
|
43239
|
26127
|
18731
|
44858
|
-1619
|
57.20
|
22
|
P.165
|
TANJONG PIAI
|
21255
|
20731
|
2962
|
23693
|
-2438
|
53.88
|
23
|
P.119
|
TITIWANGSA
|
23840
|
19701
|
6845
|
26546
|
-2706
|
70.48
|
24
|
P.002
|
KANGAR
|
20909
|
15306
|
8465
|
23771
|
-2862
|
82.04
|
25
|
P.094
|
HULU SELANGOR
|
40783
|
27392
|
16620
|
44012
|
-3229
|
60.39
|
26
|
P.133
|
TAMPIN
|
22435
|
21433
|
4598
|
26031
|
-3596
|
62.69
|
27
|
P.089
|
BENTONG
|
25716
|
23684
|
5706
|
29390
|
-3674
|
46.63
|
28
|
P.129
|
KUALA PILAH
|
18045
|
17845
|
4347
|
22192
|
-4147
|
76.92
|
29
|
P.136
|
TANGGA BATU
|
32420
|
27761
|
8961
|
36722
|
-4302
|
69.78
|
30
|
P.080
|
RAUB
|
20659
|
17500
|
7866
|
25366
|
-4707
|
52.23
|
31
|
P.077
|
TANJONG MALIM
|
24672
|
19314
|
10311
|
29625
|
-4953
|
55.56
|
32
|
P.083
|
KUANTAN
|
22807
|
13667
|
14696
|
28363
|
-5556
|
66.52
|
33
|
P.010
|
KUALA KEDAH
|
36624
|
19400
|
23143
|
42543
|
-5919
|
78.00
|
34
|
P.093
|
SUNGAI BESAR
|
17350
|
16636
|
7220
|
23856
|
-6506
|
68.71
|
35
|
P.005
|
JERLUN
|
18695
|
12413
|
12829
|
25242
|
-6547
|
91.10
|
36
|
P.082
|
INDERA MAHKOTA
|
28578
|
17628
|
17515
|
35143
|
-6565
|
66.79
|
37
|
P.017
|
PADANG SERAI
|
31724
|
15449
|
22911
|
38360
|
-6636
|
58.40
|
38
|
P.018
|
KULIM-BANDAR BAHARU
|
23159
|
18299
|
12885
|
31184
|
-8025
|
68.90
|
39
|
P.057
|
PARIT BUNTAR
|
16753
|
13655
|
12312
|
25967
|
-9214
|
69.35
|
40
|
P.014
|
MERBOK
|
30902
|
20830
|
19618
|
40448
|
-9546
|
66.50
|
41
|
P.063
|
TAMBUN
|
38661
|
33341
|
14948
|
48289
|
-9628
|
66.32
|
42
|
P.074
|
LUMUT
|
21955
|
21555
|
10135
|
31690
|
-9735
|
72.05
|
43
|
P.109
|
KAPAR
|
47731
|
26412
|
31425
|
57837
|
-10106
|
54.50
|
44
|
P.088
|
TEMERLOH
|
23998
|
22094
|
14734
|
36828
|
-12830
|
67.07
|
45
|
P.008
|
POKOK SENA
|
28959
|
18390
|
23401
|
41791
|
-12832
|
80.50
|
Nota:
Beza undi adalah perbezaan undi PKR dengan gabungan undi BN-Pas.
Jumlah undi berwarna merah menunjukkan calon berkenaan hilang wang pertaruhan.
Beza undi adalah perbezaan undi PKR dengan gabungan undi BN-Pas.
Jumlah undi berwarna merah menunjukkan calon berkenaan hilang wang pertaruhan.
Cabaran
utama dalam PRU15 akan berkecendungan persaingan lebih berfokus kepada
dua penjuru antara PN dan PH. Tumpuan ini berdasarkan kepada
pemuafakatan politik yang telah dicapai menerusi pembentukan Muafakat
Nasional oleh UMNO dan Pas. UMNO mewakili BN lantaran pencapaian kecil
MCA dan MIC dalam PRU14. Bila terbentuk kerjasama UMNO dan Pas, akan
memberi laluan kepada saingan satu lawan satu, bukan lagi saingan tiga
penjuru yang telah memberikan kemenangan kepada calon PH dalam PRU14. Di
45 bahagian pilihan raya Persekutuan atau kerusi Parlimen tersebut,
jika undi BN dicampur dengan undi Pas, akan memberi cabaran besar kepada
calon PH. Di 29 kerusi Parlimen, gabungan undi BN-Pas meninggalkan PH,
sementara di 16 kerusi, beza undi diperolehi oleh PH, agak kecil yang
boleh meletakkan PH tidak akan mengulangi pencapaian PRU14 dulu.
Selain
kerusi P143 Pagoh, 44 kerusi dimenangi oleh PH dengan pungutan undi di
bawah 55%, mana-mana kerusi dimenangi dalam lingkungan bawah 55%
biasanya dianggap sebagai kawasan tidak selamat. Tambahan pula,
pencapaian PH dalam PRU14 di kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru
yang memberikan kemenangan dengan majoriti yang selesa. Contohnya, P113
Sepang, calon PH yang perolehi 51.56% undi, menang dengan majoriti
besar, 18,700 undi, jika undi BN dicampur dengan undi Pas, beza undi PH
dengan lawannya hanya 2,833 undi atau 3.11%. Majoriti 3.11% ini satu
kemenangan tipis dalam pilihan raya.
Kerusi
P137 Hang Tuah Jaya, calon PH perolehi 51.01% undi dan atasi undi calon
terdekat dengan majoriti selesa 8,645 undi. Sungguhpun calon Pas hilang
wang pertaruhan, tetapi memberi kesan besar bila Pas memberi laluan
kepada BN, di mana beza undi PH dengan gabungan undi BN-Pas hanya 1,551
undi atau 2.03% sahaja.
Di
Permatang Pauh (P044) kerusi tradisi PH menerusi PKR, PH memungut
50.89% undi untuk menang bergaya dengan majoriti 15,668 undi dalam
PRU14. Jika undi BN digabung dengan undi Pas, membezakan hanya 1,240
undi sahaja atau 1.78% dengan undi PH.
Kawasan
pilihan raya Parlimen Sepang mempunyai 62.30% pengundi Melayu, Hang
Tuah Jaya dengan 62.38% Melayu, sementara Permatang Pauh memiliki
komposisi pengundi Melayu seramai 68.70% pemilih Melayu.
Suasana
yang kurang memihak kepada PH bukan sahaja di kawasan pilihan raya
majoriti pengundi Melayu, malah di kawasan majoriti bukan Melayu,
apabila berlaku gabungan BN dan Pas. Di P142 Labis, pengundi bukan
Melayu adalah 61.91%, calon PH menang setelah perolehi 52.15% undi
dengan majoriti 3,408 undi, jika undi BN dicampur undi Pas walaupun
calonnya hilang deposit, akan mengurangkan majoriti PH kepada 1,378 undi
atau 4.30%.
Di
P062 Sungai Siput, 65.72 pengundi adalah bukan Melayu tetapi dengan
gabungan undi BN dan Pas boleh mengurangkan kekuatan PH. Dalam PRU14, PH
perolehi 50.50% undi untuk atasi undi calon BN dan calon Pas, dengan
majoriti 5,407 undi, bila digabungkan undi BN dan Pas, calon PH hanya
mampu atasi dengan 413 undi atau 1.00% sahaja.
Daripada
jumlah 16 kerusi dimenangi oleh PH setelah memungut undi di bawah
perangkap 55% undi, terdedah kepada ancaman besar yang boleh
menghilangkan kerusi sementelahan pula PH sebagai parti pembangkang,
jika pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat. Selain faktor
sebagai pembangkang, PH juga berdepan dengan cabaran satu lawan satu,
setelah lawan mereka dalam PRU14 bergabung tenaga bersama sebahagian
pelarian dari PH sendiri. Kecuali P004 Langkawi, jika Tun Dr Mahathir
pertahankan kerusi, kecenderungan memihak ke PH mungkin berlaku atas
faktor calon. Keupayaan Tun memperolehi 54.90% undi popular di kawasan
kubu kuat UMNO, lebih didorong oleh faktor ketokohanTun. Dalam PRU14,
faktor ketokohan dan peribadi calon mengatasi faktor sokongan kepada
parti telah memberikan kemenangan kepada beberapa calon BN, UMNO
khususnya. Calon BN boleh menang di beberapa kerusi Parlimen, walaupun
semua kerusi Negeri dalam bahagian pilihan raya berkenaan, calon BN
kalah dengan majoriti bukan kecil.
Apa yang dipaparkan oleh Jadual 1 di atas, semua kerusi dimenangi PH bermula dari jalur 17, iaitu P096 Kuala Selangor berakhir dengan jalur 45, P008 Pokok Sena, menyenaraikan kemenangan PH dengan memungut undi kurang 50%, secara langsung akan ketinggalan bila digabungkan undi BN dan Pas. Di P096, PH hanya perolehi 49.97% undi, iaitu 29,842 undi, gabungan undi BN dan Pas berjumlah 29,879 undi, mampu atasi undi PH dengan perbezaan 37 undi atau 0.06%.
Di P088 Temerloh, calon PH hanya perolehi 39.45% undi untuk mengatasi calon lawan dari BN dan Pas. PH perolehi 23,998 undi, jauh ketinggalan bila dicantumkan undi BN dan Pas, yang akan mengatasi undi PH dengan perbezaan 12,830 undi atau 21.09%, bila 60.55% pengundi memilih BN dan Pas.
Bagi kerusi P008 Pokok Sena, gabungan undi BN dan Pas akan mengatasi PH dengan 12,832 undi atau 18.14%, walaupun PH menang kerusi berkenaan dengan majoriti 5,558 undi, setelah memungut 40.93% undi popular.
29 kerusi Parlimen dimenangi oleh PH apabila calon PH hanya mengumpul undi kurang 50% dalam persaingan tiga penjuru. Walaupun berlaku saingan lebih tiga penjuru, calon keempat dan seterusnya tidak memberi saingan berkesan dengan perolehan undi yang amat kecil. Walaupun pungutan undi calon Pas kecil dan hilang wang pertaruhan, tetapi jika digabungkan undi Pas bersama undi BN, PH akan ketinggalan di beberapa kawasan: Sri Gading, Tanjung Piai, Tampin, Bentong, Kuala Pilah. Semua 29 kawasan Parlimen tersebut adalah kawasan majoriti Melayu kecuali Bentong dan Raub, yang lebih bersifat kawasan campuran.
Persepakatan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional, mempastikan kiranya satu pilihan raya Persekutuan diadakan wujud satu saingan dua penjuru. Suasana ini memberikan ruang yang lebih jelas kepada khalayak pemilih membuat pilihan berbanding PRU14, di mana umumnya pemilih dihidangkan 3 pilihan: BN selaku pemerintah, pakatan pembangkang di bawah logo PKR, pembangkang di blok ketiga, Pas. Pilihan utama pengundi ialah sama ada sokong parti pemerintah atau pembangkang tetapi kehadiran tiga pilihan telah mengkucar-kacirkan peluang. Ada kawasan BN kalah kerana undi Melayu berpecah, sebahagian menyokong Pas. Begitu juga sebaliknya, harapan Pas musnah bila BN ikut sama merebut undi Melayu, memberikan calon PH menang menerusi sistem first past the post.
Di atas perkiraan keperluan kepada mengelakkan perpecahan undi dan menawarkan hanya dua pilihan sahaja kepada pemilih yang berdepan dengan asakan kekhuatiran kerajaan PN mendapat majoriti di Dewan Rakyat, serta dakwaan PH akan mendapat suara majoriti, wajar Dewan dibubarkan untuk memberi ruang kepada rakyat menentukan hak. Sementelahan pula di peringkat pucuk kepimpinan PH masih bermain tarik tali dalam isu siapa bakal PM.
Demi keabsahan yang mutlak, PN mempunyai pilihan terbaik membubarkan Dewan Rakyat. Andainya pengundi masih kekal dengan pilihan dan citarasa seperti PRU14, yang telah memberikan PH membentuk kerajaan setelah memperolehi 113 kerusi ditambah 8 kerusi dari Parti Warisan dan 3 calon bebas, menjumlahkan 124 kerusi. Sementara BN memperolehi 79 kerusi, Pas 18 kerusi dan 1 kerusi untuk STAR.
Di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), BN menang di 50 kerusi; 47 menerusi UMNO, 1 MCA dan 2 MIC. Semua kerusi Pas dimenangi di Persekutuan Tanah Melayu. Sungguhpun UMNO kehilangan kerusi lantaran beberapa Ahli Parlimennya keluar parti, semuanya berada dalam kerajaan PN. Situasi ini meletakkan PN menerusi kerusi BN dan Pas yang dijangka boleh dipertahankan berjumlah 68 kerusi, ditambah dengan kerusi PH yang kritikal sebanyak 45 kerusi dalam jadual di atas dengan mudah PN mampu perolehi 113 kerusi dari jumlah 165 kerusi Parlimen di negeri-negeri Tanah Melayu. Jumlah 113 kerusi ini sudah mencapai maksud majoriti di Dewan Rakyat. Di Sabah dan Sarawak, parti yang mendokongi kerajaan PN hari ini telah memenangi sebanyak 29 kerusi menerusi BN dalam PRU14. Keupayaan PN mengatur perwakilan dari Sabah dan Sarawak mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan, dengan mudah PN boleh menguasai suara majoriti dua pertiga.
Keyakinan PN dapat bertahan andainya satu pilihan raya mengejut, faktor penolakan rakyat digambarkan menerusi siri pilihan raya kecil (PRK) selepas 6 bulan pemerintahan PH. Semua pilihan raya di kawasan luar bandar: Cameron Highlands (26/01/2019), Semenyih (02/03/2019), Rantau (13/04/2019), Tanjung Piai (16/11/2019) dan Kimanis (18/01/2020) merumuskan kecenderungan kemerosotan sokongan kepada PH sebaliknya rakyat mahu perubahan. Cuma pengundi bandar masih mengekalkan sokongan kepada PH sebagaimana ditunjukkan dalam PRK Sandakan (11/05/2019). Walaupun PRK berlangsung di beberapa negeri, tetapi secara kasarnya sudah mewakili gambaran umum sikap rakyat, di mana prestasi dari PRK boleh dijadikan indikator kekuatan dan cabaran bagi setiap parti atau gabungan.
Kerajaan yang mempunyai sokongan majoriti yang besar memberi jaminan kestabilan politik dan boleh memperkukuhkan ekonomi yang mampu menyakinkan pelabur dalam dan luar negara. Sejauhmana ketidaktentuan dalam pakatan pembangkang, dikenali sebagai PH Plus dapat memberi jaminan gabungan yang pernah memerintah negara selama 22 mampu menyakinkan pengundi mengembalikan mandat kepada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan