Ahad, 30 April 2023

Faktor Najib

 FAKTOR PENGAMPUNAN NAJIB KEPADA KERAJAAN PERPADUAN PH-BN

UMNO telah mengambil keputusan mengagendakan pengampunan Di Raja mantan PM DS Najib Razak sebagai tumpuan utama dalam masa terdekat. Ini susulan Mahkamah Persekutuan telah menolak usaha mantan PM menyemak hukuman yang dikenakan ke atasnya serta pemenjaraan berhubung kes rasuah SRC International.

Usaha kepimpinan parti membela bekas pemimpinnya, adalah hak mereka sebagai pemimpin parti, yang sudah tentu menjadi hak tanpa berbelah bagi para ahli menyokong dan mendoakan realitinya. 

Di samping itu, kes rasuah Presiden UMNO yang sedang dibicarakan telah ditangguhkan hingga Ogos, untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat siasatan lebih terperinci. Beliau sedang berdepan 47 tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram. 

Faktor mantan PM lebih terarah kepada impaks dan kemungkinan natijah politik khususnya kepada persiapan parti-parti utama dalam kerajaan campuran PH-BN menghadapi  Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. Sejauhmana masing-masing parti mampu mengekalkan undi yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) setelah membentuk kerajaan campuran serta tambahan undi ekoran kemungkinan undi yang diperolehi olah Perikatan Nasional (PN) akan berkurang lantaran peralihan sokongan kepada parti yang membentuk kerajaan.

Perubahan pendirian atau sokongan akan berubah lazimnya mengikut tempoh masa. Dalam jangka masa pendek, akan ada perubahan kecil, tetapi dalam jangka masa panjang atau tempoh lebih lama, pastinya perubahan lebih besar kerana pengundi atau masyarakat massa akan terasa dengan perubahan tampuk pemerintahan. Justeru PRU15 baru saja berlalu 5 bulan, belum nampak jelas apakah perubahan atau impaks besar kepada orang awam dari segi keselesaan dan kebajikan kepada rakyat. oleh kerana hanya sekadar perubahan pemerintahan saja, rakyat belum merasai dengan jelas keberuntugan kerajaan baru. Jika berlaku perubahan pun, dianggarkan umumnya pergerakan undi 10 peratus undi PN kepada kerajaan campuran PH-BN. 

Pergerakan alihan undi dalam tempoh sekitar  5 hingga 7 bulan, di mana PRN di enam negeri dijangka dalam bulan Julai atau paling lewat Ogos tahun ini, Pas yang menguasai kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dijangka tidak tergugat. 

 Dalam PRU15, Pas/PN menguasai 631,201 undi di Kelantan, sementara undi BN campur PH ialah 352,959 undi, diandaikan semua pengundi PH akan menyokong BN tanpa berbelah bagi, dan keadaan yang sama semua penyokong BN akan mengundi calon PH, sekiranya berlaku agihan kawasan bagi membolehkan campuran PH-BN menentang PN secara satu lawan satu dalam PRN nanti. Jika berlaku alihan 10 peratus undi PN, bermakna 63,000 undi PN akan menyokong campuran PH-BN, yang memberikan 416,000 undi kepada PH-BN, PN masih berbaki 568,00 undi. Perkiraan ini bersandarkan peratusan keluar mengundi 71.5% dalam PRU15, kiranya trend keluar mengundi yang sama dalam PRN nanti, anggaran perolehan undi dua petarung utama: PH-BN dan PN. 

Di Terengganu, jumlah undi dipungut oleh BN dan PH ialah 275,037 undi, berbanding undi perolehan PN sebanyak 461,501 undi. Jika berlaku pergerakan undi 10% dari PN ke PH-BN, PN akan kehilangan 46,000 undi yang mungkin menambahkan undi PH-BN kepada 321,000 undi, berbanding PN yang masih ada 415,000 penyokong, mengambilkira situasi sama sebagaimana kes Kelantan di atas. Andaian ini berasaskan kepada peratusan keluar mengundi 80.95% dalam PRU15 di Terengganu. 

Sungguhpun PN tidak dapat sapu bersih kerusi Parlimen dalam PRU15 di Kedah berbanding Kelantan dan Terengganu, jika diambil andaian jangkaan perubahan sokongan sebagaimana kes Kelantan dan Terengganu, situasi yang sama akan berlaku di Kedah. Di Kedah, jumlah undi diperolehi oleh BN dan PH ialah 516,796 undi, sementara PN merangkul 664,720 undi. Andaian peralihan undi 10% dari PN kepada PH-BN akan memberikan 599,000 undi kepada PN, dan PH-BN masih ketinggalan, dengan jangkaan 581,000 undi, sekiranya peratusan keluar mengundi masih kekal 77.51% sebagaimana PRU15. 

Andaian di atas diberi perhatian kepada 3 negeri: Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menjadi medan tradisi pertarungan seimbangan antara UMNO dan Pas, walaupun ada peranan parti-parti lain seperti PKR, DAP, Amanah dan Bersatu, tetapi dibayangi oleh dominasi medan oleh UMNO dan Pas. Persoalan semasa ialah impaks dari pengampunan Di Raja dalam kes mantan PM. Apakah kes mantan PM ini tidak menggugat setiakawan dan perjuangan dalam kerajaan campuran yang membantut peralihan sokongan rakyat dari PN kepada PH-BN. Apakah kes ini mampu mengukuhkan perpaduan kerajaan yang baru dibentuk tanpa menjelaskan di mana keberadaan perjuangan "no Anwar no DAP" dan menentang kleptokrasi dan rasuah masakini. Apakah penyokong akan meletakkan ke tepi persoalan yang tidak terjawab ini, demi memastikan negeri-negeri majoriti Melayu menyokong kerajaan campuran serta menafikan penolakan 55% orang Melayu gagasan kerajaan campuran yang diterjemahkan di peti undi dalam PRU15 dan diperkukuhkan dalam kajian rambang media selepas 100 hari pembentukan kerajaan campuran Persekutuan.

Isu ini sengaja dilontarkan untuk melihat sejauhmana sikap keterbukaan pendokong parti-parti yang menguasai pemerintahan hari ini menyelesaikan isu atas sikap taawun, bertolak ansur dan solidariti, demi pembinaan jatidiri sebuah negara bangsa. Ini lantaran keberadaan UMNO yang semakin pudar bermula Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 2008), selepas menguasai 90 peratus kerusi Parlimen di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam PRU15, undi kepada calon-calon BN di Kelantan, telah merosot sebanyak 54,718 undi atau penurunan 17.08%; dari 320,384 undi (PRU14) kepada 265,666 undi. Undi PH telah merosot sebanyak 13,843 undi atau 13.69% dari undi PRU14 ke PRU15. Apakah dengan roh keberadaan mantan PM dalam medan PRN nanti akan membantu mengembalikan kehilangan lebih 50,000 undi ke bakul dacing di bilik pengiraan undi, mengambil semangat pengalaman PRN Johor tahun lepas dan PRN Melaka (2021). Itu belum dihitung, usaha sahabat PH menarik semula penyokongnya yang telah meninggalkan pentas untuk kembali bersama membantu parti yang membentuk kerajaan hari ini. 

Di Kedah, BN kehilangan undi sebanyak 46,930 undi atau 16.62% dari PRU14 ke PRU15. Lebih tenat, PH alami pengurangan undi sebanyak 80,813 undi atau 22.31% dari PRU14 ke PRU15. Situasi inilah yang membantu PN meningkatkan undinya sebanyak 369,307 undi atau peningkatan 125.01%, dari 295,413 undi (PRU14) ke 664,720 undi (PRU15). 

Di Terengganu, walaupun pengurangan undi BN lebih kecil berbanding Kelantan dan Kedah; dari 252,461 undi (PRU14) ke 234,392 undi (PRU15) iaitu 18,069 undi atau kemerosotan 7.16%, tetapi agak mencabar untuk mengejar Pas/PN yang meningkatkan undi sebanyak 49.72%, atau 153,249 undi daripada 308,252 undi (PRU14) ke 461,501 undi (PRU15). 

Sungguhpun isu pengampunan mantan PM lebih kompleks di kalangan penyokong kerajaan campuran PH-BN di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, berbanding Kelantan dan Terengganu, tetapi situasi di Kedah agak berbeza dan banyak mencabar kepentingan UMNO dan BN. Pokoknya hari ini, masyarakat massa ternanti-nanti status pengampunan, yang secara langsung menggambarkan pengorbanan dan komitmen khususnya pendokong kerajaan campuran hari ini. Lebih mengusutkan lagi, hari ini Parti Amanah menerusi Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada UMNO di atas gesaan Pengarah Komunikasinya meminta Baginda Agung menolak rayuan pengampunan mantan PM. Namun pun, satu suara dari sebuah parti kecil dalam kerajaan, hakikinya ada agenda tersembunyi yang lebih besar, berselindung di sebalik cetusan dan reaksi awal berkenaan.



 

 



Ahad, 9 April 2023

UMNO dan PRN

 SEJAUHMANA KEUPAYAAN UMNO MAMPU BERI KEYAKINAN KEPADA PENGUNDI MELAYU 

Selepas kerajaan campuran PH-BN melewati usia 100 hari pentadbirannya, persoalan masakini ialah sejauh mana UMNO sebagai parti keramat, parti utama umat Melayu dan Islam mampu main peranan tradisi tempat pergantungan nasib orang Melayu. Kendatipun, UMNO sebagai parti nombor tiga berasaskan perwakilan dalam kerajaan selepas DAP dan PKR, penampilannya lebih dibayangi oleh peranan PH. 

UMNO baru selesai mengadakan pemilihan kepimpinan di semua peringkat, yang menampakkan penampilan kepimpinan baru khususnya di peringkat Pusat, meletakkan persediaan UMNO untuk berdepan dengan politik semasa dan mendatang. Ujian kini ialah sejauhmana kepimpinan baru UMNO akan membawa UMNO berdepan dengan ujian terbesar ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, tahun ini. 

Setelah penolakan secara langsung kelompok pengundi teras, hasil kegagalan UMNO bersama BN memperbaiki pencapaian dalam PRU15, yang boleh disifatkan kegagalan berganda setelah prestasi lebih teruk berbanding PRU14. Cabaran utama UMNO bersama saf kepimpinan baru memujuk rayu kelompok teras sokongan UMNO yang berpengkalan di kawasan desa, rancangan penempatan tanah FELDA, pinggir bandar, yang rata-ratanya komuniti Melayu, kembali menyokong parti keramat ini. Jika UMNO bersama BN mampu membina imej baru yang meyakinkan pengundi dalam PRN Melaka dan PRN Johor, dengan memberikan kemenangan besar, dengan meletakkan prestasi PRU14 sebagai tindakan sementara untuk menyedarkan kesilapan, keangkuhan dan kehebatan masa lampau.

Prestasi UMNO dalam PRN nanti tidak boleh bergantung kepada sokongan rakyat kepada kerajaan yang menguasai kerajaan Persekutuan hari ini. Kalau dalam beberapa siri PRU sebelum 2008, BN berani meletakkan calon-calon bukan Melayu dari MCA, MIC dan Gerakan di kawasan majoriti Melayu, dengan mengambil pendekatan pengundi memilih siapa saja yang bertanding atas logo Dacing, dengan ketepikan etnik calon. Calon Gerakan dari kaum Cina boleh menang bergaya di kerusi Parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, kawasan luar bandar,  yang ditentang oleh calon-calon Melayu dari parti lain. 

Kemenangan calon-calon BN bukan Melayu mengatasi calon Melayu parti lawan, adalah satu lumrah, sebelum 2008. Contohnya Parlimen Hulu Selangor (MIC). Parlimen Simpang Renggam (Gerakan), Parlimen Kapar (MIC), Parlimen Alor Setar (MCA), Parlimen Padang Serai (MCA), Parlimen Bandar Tun Razak (MCA). Walau bagaimanapun, di setengah tempat asal keturunan calon menjadi satu perkara yang sensitif. Dalam PRU 1959, dalam agihan kerusi PRN Kelantan, MCA diberikan 3 kerusi untuk ditandingi: Bandar Hilir (bandar Kota Bharu), Tumpat Tengah (sekarang Kelaboran) dan Ulu Kelantan Barat (sekarang Parlimen Gua Musang dan sebahagian Kuala Krai). Tumpat Tengah dan Ulu Kelantan Barat adalah kawasan majoriti Melayu, melebihi 80 peratus pengundi Melayu. MCA hanya menang di Bandar Hilir sahaja. Sejak tahun 1959, hingga hari ini, BN hanya meletakkan calon UMNO sahaja. Dalam PRU 1986, BN telah memberikan kerusi Guchil kepada MCA, kawasan majoriti 80 peratus Melayu, memberikan kemenangan mudah untuk calon Melayu dari Pas. 

Dalam PRU15, bagi kerusi negeri, calon MCA gagal pertahan kerusi yang dimenangi dalam PRU14. Kerusi Titi Tinggi (DUN Perlis) pengundi Melayu 78% dan Cheka (DUN Pahang)  pengundi Melayu 72%, kedua-duanya menjadi milik Perikatan Nasional.

Hingga kini, belum lagi dimuktamadkan adakah calon-calon UMNO, MCA dan MIC akan menggunakan logo BN dan PH menggunakan logo sendiri dalam PRN nanti. Apakah penyokong kerajaan campuran PH-BN akan undi siapa calon yang bertanding mewakili kerajaan campuran tanpa mengira logo atau parti komponennya. Apakah ada jaminan yang tinggi bahawa penyokong PH dari PKR, DAP dan Amanah akan memberikan undi kepada calon UMNO yang menggunakan logo BN. Ada kedengaran, pihak PKR dan DAP membayangi akan korbankan kerusinya untuk dihadiahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya. dalam agihan kerusi menjelang PRN nanti. Sejauhmanakah semangat setiakawan dalam kerajaan PH-BN dapat diterjemahkan di peringkat akar umbi, demi mempertontonkan kepada khalayak massa, keakraban dan pengorbanan demi survival politik semua pihak serta kestabilan politik nasional.

Apakah penawaran UMNO kepada masyarakat pengundi untuk meletakkan parti hebat dan berjasa besar ini terus relevan pada perkiraan politik orang Melayu. Justeru itu, apakah tindakan balas UMNO atau pendirian UMNO berhubung beberapa isu yang sengaja dimunculkan menerusi kerajaan baru ini. Sungguh Jom Ziarah Gereja ditangguhkan, acara majlis sambutan hari wanita yang sengaja mempertontonkan agenda LPBT, boleh hilang dan selesai justeru jaminan perlindungan oleh kuasa pemerintah. Namun begitu, ianya bersifat sementara lantaran tidak menguntungkan parti dan kerajaan hari ini, tetapi dalam diam atau sulit gagasan ini menyembunyikan diri barang seketika saja, sementara menunggu masa yang sesuai.

Ketidakterlibat mantan PM, DS Ismail Sabri dalam kepimpinan parti, pengguguran Ketua Menteri Melaka, menyukarkan UMNO kembali ke kedudukan asal dalam masyarakat sebagai wadah perlindungan orang Melayu, di zaman masyarakat peka maklumat yang pantas, padat dan mudah diperolehi. 

Sejauhmana keyakinan khalayak komuniti Melayu kepada UMNO dengan kekuatan 26 kerusi Parlimen yang banyak bergantung kepada kedudukan Presiden parti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pulihkan UMNO dengan kuasa dan kedudukan TPM, mewakili parti setelah dipilih tanpa bertanding menerusi pindaan Perlembagaan parti atas kuasa atau bantuan Menteri Dalam Negeri dari PKR. Setelah kajian tahap sokongan rakyat selepas 100 hari, yang memaparkan orang Melayu majoritinya tidak menyokong kerajaan hari ini. Pandangan mereka tidak berubah sebagaimana apa yang mereka zahirkan dalam PRU15. 

Dalam PRN Melaka dan PRN Johor, mantan PM DS Najib belum dipenjarakan dan bergerak aktif mrmbantu parti, memberi kesan besar kepada pencapaian UMNO dan BN. Imej di mata rakyat, seolah-olah tidak bersalah. Berlainan semasa PRU15, beliau berada di dalam, memberikan impaks dan panorama berbeza. Apa pula, andainya beliau mendapat pengampunan Di Raja, boleh mengubah senario dan gambaran minda khalayak masyarakat. Apapun tunggu dan lihat sahaja, drama masih belum di penghujung. 



Jumaat, 17 Mac 2023

Kemelut UMNO

 UMNO DAN PKR SALING BERGANTUNG

Tindakan Registrar of Societies (RoS) memaklumkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO menerima satu usul tambahan mengenai ketiadaan pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak teratur mengikut perlembagaan parti dan tidak sah menerusi sepucut surat kepada Ibu Pejabat UMNO, telah memberikan berbagai tafsiran. 

 Sebelum pemerintah menerusi Menteri Dalam Negeri membuat respons rasmi, mantan Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaacob mempersoalkan pengumuman Presiden Parti DS Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan RoS telah menerima usul supaya ditiadakan pertandingan memilih dua jawatan teratas peringkat Majlis Tertinggi. Ismail Sabri mohon ditunjukkan surat rasmi RoS. Isu yang mendapat perhatian ramai sejak berakhir PAU akhir tahun lepas, hanya terjelas setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution berpusing-pusing menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat. Akhiran soaljawab antara dua sahabat lama, Ahli Parlimen Pas dengan bekas ahli Pas yang kini ahli Dewan Negara, ialah apa saja dibolehkan apabila ada kuasa berkehendak membolehkannya. Budi bicara sang Menteri mengatasi pertelingkahan dan kerumitan. 

Dalam makluman RoS, bahawa keputusan usul meminda peraturan parti yang dibawa oleh perwakilan dari Bahagian UMNO Rembau adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan di bawah Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO dan RoS memutuskan usul tersebut tidak sah. Dalam erti lain, parti diminta membetulkan tindakan agar selari dengan peraturan parti. Sebelum sampai ke fasa membetulkan aturan, kembali kepada kepada parti mengambil tindakan segera, lantaran tempoh untuk UMNO mengadakan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Bekas kepimpinan UMNO yang dibuang dan digantung keahlian antara yang lantang mempersoalkan kewajaran campurtangan Menteri Dalam Negeri. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, di samping mempersoalkan penggunaan kuasa Menteri demi menyelamat sebuah parti, juga menyifatkan campurtangan Menteri menunjukkan keputusan UMNO tidak mempertandingkan dua jawatan utama adalah tidak sah. Bekas Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin Hussein, selain menyokong pandangan Khairy, mempersoalkan apa masalah besar berlaku dalam UMNO dan memaksa mengheret Menteri Dalam Negeri menyelesaikan isu dalaman parti. 

 Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk menveto keputusan RoS.  Justeru itu diterima pakai Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam akta berkenaan.

Penjelasan RoS meminta UMNO memperbetulkan tegurannya, yang tidak selari dengan peruntukan Perlembagaan parti. Mengheret Menteri, seolah-olah keputusan RoS membuka ruang kepada UMNO akan diharamkan, sedangkan ianya boleh diuruskan di peringkat dalaman parti. Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, memperuntukkan RoS boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta berkenaan. 

UMNO bernasib baik kerana menjadi rakan kongsi membentuk kerajaan perpaduan yang lebih menampakkan sebuah kerajaan campuran PH dan BN, dengan anggota lain tenggelam timbul. Manakan tidak, lebin menonjolkan dominasi PH, dengan sedikit kelihatan BN berada di medan terutama di musim pemilihan kepimpinan UMNO.Kelebihan keberadaan UMNO dalam kerajaan ini lantaran ianya lebih saling perlu memerlui antara UMNO khususnya dengan PH. Tanpa UMNO, walaupun dengan 26 Ahli Parlimen boleh meruntuhkan kerajaan Perdana Menteri ke 10 (PMX). Ini lantaran, dengan pengalaman 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan kepada PM ke 8, kerajaan bertukar pimpinan kepada PM daripada UMNO. Justeru itu, Menteri Dalam Negeri daripada PKR, yang pernah menjawat Setiausaha Pemuda UMNO satu masa dulu terpaksa menggunakan budi bicaranya mengatasi arahan RoS. 

 Masa membentuk kerajaan selepas PRU15 dulu, UMNO memilih untuk bersama PH, menolak kebersamaan dengan Pas dan Bersatu dalam PN. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menjelaskan UMNO merasakan keberuntungan berada bersama PH lebih besar berbanding jika UMNO berpakat dengan PN. Jelas beliau, ruang UMNO untuk bertanding lebih banyak kerusi lebih terbuka dalam PRU16 jika berada bersama PH, berbanding saingan sengit dengan Pas dan Bersatu dalam agihan kerusi  Melayu untuk ditandingi UMNO. Pastinya, UMNO akan menjadi parti lebih kecil dan kurang dominan apabila bertanding dalam bilangan kerusi atau kawasan yang lebih kurang berbanding beberapa PRU sebelum.

Dalam PRU15, UMNO bertanding di semua kerusi dua pertiga pengundi Melayu, pengundi Melayu melebihi 66% mewakili BN, berjumlah 83 kerusi Parlimen. PN menguasai 67 kerusi, BN 12 kerusi dan PH 4 kerusi. Tradisinya, kerusi-kerusi ini persaingan antara UMNO mewakili BN bersama Pas, cuma dalam PRU15, Pas berkongsi agihan kerusi dengan Bersatu, atas nama PN. Andainya UMNO sertai PN, UMNO hanya akan bertanding untuk pertahan 12 kerusi miliknya, 67 kerusi PN pertahankan, UMNO dan PN hanya akan agihan 4 kerusi milik PH, sesama mereka. Ini meletakkan UMNO di pinggiran dengan bilangan kerusi yang kecil. Cuma UMNO akan  berkongsi kerusi yang mengandungi komposisi pengundi Melayu yang lebih rendah sebagaimana UMNO berkongsi beberapa kerusi Melayu dengan MCA, MIC dan Gerakan dalam pilihan raya umum sejak tahun 1974 atas nama BN dulu. Kerusi-kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu melebihi 60% seperti Alor Setar, Padang Serai, Hulu Selangor, Kapar, tidak pernah ditandingi calon UMNO. Cuma dalam PRU15 lalu, Simpang Renggam, Sungai Buloh dan Sungai Petani diberikan kepada UMNO. 

Bersama PH, UMNO mempunyai peluang yang besar untuk menyaingi PN mempertahankan sebahagian besar kerusi-kerusi majoriti Melayu. UMNO hanya akan berkongsi agihan dengan PKR dan Amanah, yang mana UMNO lebih banyak kelebihan berasaskan keahlian, pengalaman pernah menguasai kerusi berkenaan. Namun begitu, daripada jumlah kerusi majoriti Melayu di sekitar 60-65% serta kawasan campuran dengan pengundi Melayu melebihi 50%, terjumlah 35 kerusi Parlimen dalam kelompok ini, iaitu di Semenanjung. Dalam kategori ini, 21 kerusi Parlimen dikuasai oleh PH. Ini cabaran buat UMNO, yang menyempitkan ruang apabila pola komposisi pengundi mengikut etnik, peratusan pengundi Melayu semakin kecil. 

UMNO terpaksa melupakan kebersamaan dengan Pas lantaran PRU15 mengajak orang Melayu meninggalkan UMNO, yang menggambarkan kesempitan ruang untuk UMNO untuk bernafas sekadar untuk political survivals. UMNO sudah mengambil pendekatan yang sudah dirancang sebelum PRU15 lagi, UMNO tidak lupa jasa cikgunya, yang berada dalam PH. UMNO terpaksa membatalkan keputusan awal pasca PRU15 untuk jadi pembangkang. UMNO perlu bantuan untuk terus relevan dalam politik Malaysia, rakan dalam kerajaan yang dulunya comrade UMNO, tempat berpayung di kala kesusahan.

UMNO sedang melalui perjalanan yang sukar lantaran kehilangan kuasa. Di kala berkuasa, pemilihan parti yang sepatutnya berpenggal tiga tahun sekali, terpaksa ditangguh atau dilanjutkan tempoh, khususnya demi mengelakkan pertembungan dengan taikh pilihan raya. Parti utama kini paca PRU15 ialah Pas dan DAP, yang masing-masing memiliki kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Pas mengadakan pemilihan parti mengikut perlembagaan parti, setiap dua tahun di semua peringkat; Pusat, kawasan dan cawangan,  tanpa terjejas dengan persiapan menghadapi PRU. Begitu juga DAP, mematuhi peraturan parti dalam pemilihan kepimpinan parti. 

Justeru UMNO sudah memilih haluan untuk bersama dengan PH mengurus dan mentadbir negara ini, segala pahit getir UMNO menjadi tanggungjawab PH merasai sama. Sama seperti pahit getir kumpulan serpihan UMNO, menubuhkan Parti Semangat Melayu 46, 1989 dulu, menjadi tanggungjawab Pas sebagai rakan kongsi utama dalam sebuah pakatan pembangkang Melayu; Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama serpihan Pas; Berjasa dan Hamim. Pas berjanji akan terus mengendung Parti S46, susah sama didaki, senang sama turuni. Parti S46 berkongsi premis, kemudahan dan markas Pas, malah jentera Pas untuk menggerakkan jentera pilihan raya, hingga berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan, dalam tahun 1990.

Besarnya budi UMNO kepada PKR berbalas besarnya budi PKR kepada UMNO, dalam mengukuhkan agenda politics of survival. Penonton politik di Malaysia ingin melihat sejauhmana keakraban dan taawun antara PH dan UMNO, dalam politik saling bergantungan antara satu sama lain.




 

Rabu, 8 Mac 2023

Perlekeh Pengundi

 PERIKATAN NASIONAL DISOKONG OLEH PENGUNDI RENDAH IQ

Ucapan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Saifuddin Nasution Ismail di Konvensyen PH Kedah pada  25/02/2023 lalu yang antara lain menyebut: "Kecenderungan orang muda yang tinggi pelajaran dan stabil pendapatan mereka akan undi PH. Tetapi mereka berpelajaran tidak tinggi naik motor pi sana sini mereka bagi Perikatan lah".

Maksud jelas lontaran Saifuddin Nasution ini bahawa kemenangan besar PN dalam PRU15 ekoran mendapat sokongan besar pengundi yang tahap pendidikan rendah atau tidak berpendidikan. Kemenangan 74 kerusi Parlimen melalui 72 calon Melayu di Semenanjung dan 2 calon Bumiputera Bukan Islam Sabah dan Sarawak yang pastinya bahagian besar kawasan luar bandar, rata-ratanya majoriti pengundi Melayu di Semenanjung dan pengundi Bumiputera Bukan Islam di Sabah dan Sarawak. 

Lantaran kawasan yang dimenangi oleh PN dalam PRU15 adalah kawasan majoriti Melayu, di mana dari jumah 51 kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 80% di Semenanjung, 45 kerusi  dimenangi oleh PN, baki 6 kerusi dimenangi BN, dan tiada kerusi dikuasai PH. Harus terima hakikat, bahawa PN menguasai pengundi Melayu, sebagaimana disimpulkan bahawa 55% pengundi Melayu memilih BN, sementara 34% bersama BN, hanya sekitar 11% cenderong kepada PH. Apakah maksud Setiausaha Agung PKR itu bahawa majoriti pengundi adalah kurang pendidikan, lantaran pengundi Melayu, mewakili 60.16% dari jumlah pemilih 17,498,953 pemilih di Semenanjung. Pengundi Melayu berjumlah 10,527,987 orang. Pengundi Cina berjumlah 4,893,313 pemilih (27.94%) dan pengundi India berjumlah 1,557,298 (8.90%). 

BN hanya mampu pertahan 6 kerusi Parlimen di Semenanjung berbanding pencapaian 28 kerusi dalam PRU14. BN pertahan kubu kuat tradisi UMNO; Pengerang, Kota Tinggi dan Pekan. 3 kerusi tradisi hanya mampu pertahan dengan majoriti kecil: Parit Sulong (2,021), Lenggong (879) dan Paya Besar (1,317). Semua kerusi DUN dalam Parlimen Paya Besar, calon BN kalah kepada PN, tetapi pengundi bahagian Parlimen masih memberi hayat ke UMNO. 

Pas yang menguasai 18 kerusi Parlimen dalam PRU14, semuanya dalam kelompok pengundi Melayu melebihi 80%. Dalam PRU15, Pas bukan sahaja mempertahankan kesemua kerusi berkenaan tetapi dengan majoriti besar. Di Parlimen Jerai, Pas menang majoriti 539 undi dalam PRU14 meningkat ke 33,192 undi dalam PRU15. Di Parlimen Pasir Puteh dari majoriti 1,360 undi ke 29,109 undi, Kemaman dari 2,163 undi ke 27,179, Setiu dari majoriti 2,802 undi ke majoriti 19,032 undi. Jentera Pas membantu jentera Bersatu (PPBM) dan Gerakan yang bertanding bersama Pas dalam PN, yang mampu memberikan majoriti besar di kawasan-kawasan majoriti Melayu. 

Apakah bertolak dari penurunan undi PH di kawasan berkenaan juga BN, telah meletakkan calon-calon PN berjaya memungut undi berganda berbanding PRU14, memukau ramalan awal kehebatan kempen PH menerusi kehadiran ceramah umum yang menggerunkan pihak lawan serta liputan luas jentera BN menerusi media massa. 

Dalam PRU15, PH menguasai pengundian di kawasan 31 kawasan Parlimen di Semenanjung, yang mempunyai pengundi bukan Melayu melebihi 60% jumlah pemilih. PH berjaya pertahan 30 kerusi yang dimenangi dalam PRU14, sementara kerusi Parlimen Cameron Highlands masih dipertahan oleh BN. Kerusi Cameron Highlands mempunyai 31% Melayu, 29% Orang Asal. 27% Cina, berbanding 30 kerusi lain yang lebih didominasi pengundi bukan Melayu, walaupun beberapa kerusi merupakan kawasan campuran. 

Pola pengundian lebih didominasi oleh calon DAP yang mewakili PH, apabila calon  PH membolot lebih 80% undi membuatkan semua calon lawan hilang wang pertaruhan. Sepuluh kerusi Parlimen dimenangi oleh calon PH dari DAP, mengaut lebih 80% undi. Di kerusi Parlimen Kepong (85.54% pengundi adalah Cina), PH memperolehi 88.92% undi dalam saingan 5 penjuru. Di kerusi Parlimen Tanjong (81.54% Cina), calon PH perolehi 84.83% undi daripada jumlah undi sah. Lapan kerusi Parlimen lain; Cheras (77.05% Cina), Seputeh (76.69% Cina), Bukit Gelugor (71.71% Cina), Bukit Bintang (71.67% Cina), Batu Gajah (68.95% Cina), Damansara (66.02% Cina), Ipoh Barat (58.89% Cina, 26.89% India), Segambut (56.72% Cina, 26.81% Melayu. 11.75% India). 

10 kerusi berkenaan semua kawasan bandar yang mungkin menjadi sandaran pandangan Sarifuddin Nasution, masyarakat bandar dan lebih elitis telah memberikan sumbangan besar memenangkan calon-calon PH dengan majoriti yang besar. Mengambil Segambut sebagai sampel, pungutan undi yang melebihi 80% undi, faktor 95% pemilih Cina mengundi PH boleh dipersoalkan, lantaran komposisi pengundi Melayu yang besar juga, sama-sama memberi sumbangan kepada kejayaan PH. 

Sebaliknya, di Parlimen Putrajaya, kerusi elitis, pusat pentadbiran dengan majoriti pengundinya petugas awam dengan mempunyai 93.36% dari jumlah 42,622 pengundi adalah pengundi Melayu telah memberikan kemenangan kepada calon PN. Calon PN perolehi 43.67% undi, BN 37.37% dan calon PH hanya perolehi 16.34% undi. 

Mengambil contoh trend pengundian di kawasan majoriti pengundi Orang Asal di kawasan Parlimen Gua Musang. Di daerah mengundi Pos Simpor; PH dapat 140 undi, BN 36 undi, PN 5 undi. Di daerah mengundi Sungai Jenera; PH 311 undi, BN 170 undi, PN 56 undi. Bagi daerah mengundi Pos Brooke; BN 1306 undi, PN 29 undi, PH 14 undi. Sekadar kes-kes terpencil menafikan; pemilih berpendidikan undi PH, kurang pendidikan undi PN. 

Maksud tersirat di sebalik rumusan pengundi berpendidikan dan berpendapatan stabil mengundi PH dan pengundi kurang pendidikan dan berpendapatan rendah menyokong PN memperlekeh pengundi Melayu dan pengundi luar bandar yang memberikan sumbangan kepada kemenangan PN. Senario jelas keputusan PRU15 memperlihatkan PH dosokong oleh bukan Melayu dengan meletakkan DAP sebagai parti induk dengan 40 kerusi Parlimen   dan PN dokongan  orang Melayu dengan Pas sebagai komponen utama dengan 43 kerusi. 

Di kawasan pengundi bukan Melayu menggunguli 80% pengundi, iaitu 10 kerusi Parlimen, calon-calon menang dengan membolot lebih 80 peratus undi (kecuali Bukit Bendera 78%) mengakibatkan semua calon PN dan BN hilang wang pertaruhan. Semakin kecil peratus pengundi Melayu semakan meningkat undi PH. Justeru itu, di kawasan campuran (pengundi Melayu 40 hingga 60%) lebih banyak dikuasai PH. Kerusi Parlimen yang memiliki 90% pengundi Melayu, iaitu berjumlah 25 kerusi, PN menang semua kerusi dengan 22 orang calon PH hilang wang pertaruhan. 


,

 




 

 


Selasa, 28 Februari 2023

100 hari kerajaan Madani

 100 HARI PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA MADANI MENCERMINKAN KETIDAKSEIMBANGAN SENTIMEN ANTARA KAUM

Berdasarkan kepada satu kaji selidik 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Campuran Pakatan Harapan bersama rakan sekutu, oleh lima media arus perdana dengan kerjasama firma penyelidikan 02 Research melibatkan berbagai kaum meskipun umumnya merestui kepimpinan DS Anwar Ibrahim serta penerimaan rakyat terhadap situasi ekonomi negara, tetapi umumnya rakyat berkecenderungan membentuk persepsi berfokus kepada agenda perkauman.

Kajian ini terpaksa memisahkan dapatan responden atas batasan perkauman. Ini lantaran, jelas ketara perbezaan pandangan yang diberikan oleh responden yang berlainan kaum. Inilah faktor utama yang akan mencorakkan hala tuju negara, hasil dari pembentukan kerajaan campuran berbagai kaum di satu pihak, sementara kelompok Melayu mendominasi blok pembangkang. 

Kajian ke atas 35,077 responden dipecahkan 6 kelompok etnik;

i. Melayu Semenanjung

ii. Cina

iii. India

iv. Bumiputera Sabah

v. Bumiputera Sarawak

vi. Lain-lain kaum.

Isu utama yang dilontarkan oleh bahagian besar responden ialah isu ekonomi yang meliputi kos sara hidup, harga barangan dan inflasi. 

Dari responden Melayu, 53% mengatakan bahawa prestasi ekonomi Malaysia bertambah buruk setelah 100 hari  pentadbiran negara  di bawah kerajaan baru. Hanya 22% kaum Melayu cukup positif bahawa ekonomi bertambah baik, sementara baki 25% berpandangan tiada perubahan yang jelas dalam tempoh tersebut.

Sebaliknya, kaum Cina menzahirkan 58% prestasi ekonomi bertambah baik. 21% responden Cina mengelaskan ekonomi bertambah buruk, baki 21% menganggap tiada perubahan.

Kajian di kalangan kaum India, menghasilkan 70% cukup yakin ekonomi akan bertambah baik. Angka melihat kepada bertambah buruk hanya 11%, sementara 19% menyimpulkan tiada sebarang perubahan. 

Kaum Bumiputera Sabah memberikan 53% dan Bumiputera Sarawak mengumpulkan 58% responden bahawa ekonomi negara bertambah baik.

Etnik lain-lain kaum meletakkan 49% ekonomi bertambah baik, sementara 25% kumpulan ini  menyifatkan ekonomi bertambah buruk. 26% pula berpandangan tidak ada perubahan.  

Keseluruhannya disimpulkan pandangan rakyat Malaysia setelah dicantumkan berbagai pandangan merentasi kumpulan etnik, 39% menyebut tahap ekonomi bertambah buruk, dengan 38% berpandangan sebaliknya, ekonomi bertambah baik. 23% responden mewakili berbagai kaum berpendirian tiada perubahan dalam prestasi ekonomi. 

Kajian ini berjaya mengesan 5 isu utama yang diberi perhatian dan harapan daripada responden mewakili rakyat Malaysia merentasi kaum, penempatan dan wilayah. 

i. 80% responden meletakkan isu kos sara hidup, harga barang dan inflasi untuk menilai serta menaruh harapan yang tinggi yang dapat diterjemahkan oleh kerajaan baru dalam tempoh 100 hari pertama;

ii. 56% responden menekankan isu pendidikan;

iii. 53% melihat kepada peluang pekerjaan;

iv. 52% isu kesihatan;

v. 49% responden mengharapkan kestabilan politik  diselesaikan secepat mungkin.

Prestasi kerajaan baru adalah kerajaan PH, fokus kepada manifesto PH dalam PRU15, walaupun kerajaan dibentuk kerajaan campuran PH bersama Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak, bersama parti-parti kecil yang lain. Rakyat melihat kepada janji manifesto PH disepadankan dengan apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan selepas PRU15 hingga ke hari ini. Dapatan kajian ini, lebih merupakan pandangan rakyat kepada kerajaan baru dalam bentuk sokongan mereka kepada parti-parti yang bertanding dalam PRU15, baru berusia 100 hari. Mereka masih dengan sokongan yang mereka berikan atau dengan lain perkataan masih terikat dengan keputusan di peti undi yang mereka pilih.

58% responden Melayu melihat dari sudut negatif pencapaian 100 hari kerajaan Malaysia Madani, berbagai kumpulan etnik lain lebih banyak memberikan respons positif. Ini tidak jauh dengan sokongan dalam PRU15. 55% pengundi Melayu memilih Perikatan Nasional, 34% menyokong BN dan hanya 11% sokong PH. 58% responden Cina menyatakan ekonomi negara bertambah baik, menepati 95% pengundi Cina memilih PH dalam PRU15. 

Dalam PRU15, bagi pencapaian parti-parti di 51 kawasan Parlimen di Semenanjung yang mempunyai komposisi pengundi Melayu melebihi 90% dari jumlah pengundi, PN mendapat 2,952,254 undi atau 57.06% dari jumlah 3,421,680 undi sah, sementara PH hanya perolehi 10.83% atau 370,625 undi, dan BN mendapat 1,062,130 undi atau 31.04%. 

Bagi keputusan undi di kawasan pengundi bukan Melayu melebihi 60% pengundi, terdapat 31 kawasan Parlimen di Semenanjung. PH perolehi 2,019,724 undi atau 70.29% dari jumlah 2,873,237 undi sah, PN perolehi 430,212 undi atau 14.97%, BN dapat 399,211 undi atau 13.89%. 

Perbandingan pencapaian parti-parti dalam PRU15, ditonjolkan dengan sample pengundian di Semenanjung kerana ketiga-tiga parti meletakkan calon di semua 165 kerusi Parlimen. 

Kaji ini juga mempertontonkan menteri-menteri dari DAP bersama Perdana Menteri menguasai kelompok teratas dalam kalangan menteri yang berjaya memberikan tahap kepuasan hari respon. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke merupakan menteri pilihan yang paling rakyat berpuas hati dengan skor kadar penarafan 49%, PM merangkap Menteri Kewangan dengan 40%, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan 39%, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Ngor Kor Ming (34%), dikuti Azalina Othman Said (33%), Ahmad Fahmi Fadzil (30%), Mohammad Sabu (28%), Salahuddin Ayub (27%), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (26%) dan Fadhlina Sidek (26%). Mereka adalah 10 menteri skor teratas.

Timbalan PM, Ahmad Zahid Hamidi menduduki tangga terkebawah dengan skor 15%, yang memberikan satu persepsi kepopularitian pemimpin UMNO mewakili suara Melayu dalam kerajaan Madani. 

Daripada kajian atas inisiatif firma penyelidikan 02 Research, memberikan persoalan utama atau cabaran utama kerajaan Malaysia Madani pimpinan PH , kesimpulan kaum Melayu, kelompok etnik paling ramai melihat ekonomi Malaysia bertambah buruk. Apakah Menu Rahmah yang diperkenalkan kurang perhatian. Apakah rakyat tidak boleh terima, pendapat menteri jangan makan telur dan jangan beli ayam, untuk menjawab rungutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan. 

Politik Malaysia hari ini dikuasai oleh dua parti utama; Pas dengan 43 kerusi di Parlimen dan DAP dengan 40 kerusi Parlimen. Parti-parti lain hanya penggenap atau pelengkap pasukan yang membentuk kerajaan atau membentuk blok pembangkang. 

Sungguhpun kerajaan dipimpin PKR sebagai PM dengan jenama kerajaan Malaysia Madani, tetapi PKR hanya memiliki 31 kerusi sahaja, dibantu UMNO (26 kerusi), GPS (23 kerusi), GRS (6 kerusi) dan lain-lain parti, kekuatan dominasi DAP yang berjaya menguasai pengundi bukan Melayu perlu diberi perhatian.

Blok pembangkang dikepalai Pas dengan 43 kerusi dibantu Bersatu dengan 31 kerusi dengan 72 ahli Parlimen Melayu bersama 2 Bumiputera Bukan Islam, mewakili suara terbanyak kaum Melayu melalui PRU15, sedikit sebanyak membentuk kesimpulan kajian di atas.

Hasil kajian di atas menjadikan cabaran utama kepada PM dan kerajaan Malaysia Madani hakikat pandangan negatif dan tawar hari khususnya etnik Melayu di Semenanjung, yang disuarakan oleh responden sebagai lanjutan manifestasi suara pengundi PRU15.


 



 

 

 



Khamis, 23 Februari 2023

Cetusan Ramasamy

 BILA PEMIMPIN DAP BERCAKAP SOAL MELAYU

Reaksi awam lontaran Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P. Ramasamy dari DAP supaya perjawatan dalam pentadbiran awam di negara ini disemak semula, tidak berfokus kepada orang-orang Melayu. Cetusan Ramasamy mengundang reaksi spontan dari berbagai pihak, termasuk dari kepimpinan DAP sendiri. 

Ini adalah kritikan Ramasamy yang kedua, selepas terbentuknya kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH), bersama Barisan Nasional (BN)  serta beberapa parti lain. Sebelum ini, beliau membuka gelanggang kontroversi dalam kerajaan campuran atas kehadiran dan status DS Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah dalam kepimpinan kerajaan. 

DAP menyambut respons penyokong PH, Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Yong menjelaskan tindakan ke atas Ramasamy akan diselesaikan secara dalaman kepimpinan  parti. Sekali imbas menampakkan pendekatan secara lembut diperlukan untuk menjamin kerajaan campuran diketuai PH dalam situasi harmoni, dan berkompromi.

Walauapapun  isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang itu, mengulangi senario semasa pemerintahan PH 22 bulan 2018/2020, beberapa isu yang menggambarkan kecenderungan DAP membangkitkan isu-isu sensitif. Ahli Parlimen Labis dari DAP menyentuh perbelanjaan istana Johor, surat rasmi dari Kementerian Kewangan menggunakan tulisan Cina di samping Bahasa Melayu, peruntukan kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah persendirian Cina, meningkatkan peruntukan untuk kemajuan agama-agama bukan Islam. 

Tempoh pemerintahan kerajaan Persekutuan dalam 22 bulan tersebut lebih didominasi oleh DAP dalam usaha mengubah beberapa status quo, yang menampakkan ancaman kepada kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam. Seolah-olah pengkongsian kuasa membentuk kerajaan bersama Bersatu, PKR, Amanah dan Warisan, ada kecenderungan membuka ruang kepada agenda kesamarataan.

Jika diperhatikan kepada Deklarasi Setapak 1967 yang menyimpulkan hasrat kepada kesamarataan sebagai agenda asas perjuangan DAP dalam kancah politik Malaysia. Sejarah penubuhan DAP, dalam tahun 1966 untuk melanjutkan idealisme PAP (Petir) selepas pemisahan Singapura.  Meletakkan kesamarataan dan keadilan dalam masyarakat berbilang kaum berpaksikan sosialisme demokrat, diperkukuhkan dengan Deklarasi Setapak, untuk memperkemaskan tawaran DAP sebagai parti pilihan. 

Kemunculan DAP di kala politik tanah air didominasi oleh kerangka politik pasca merdeka, yang masih terangkum dalam politik perkauman, di samping politik aliran kiri sebagai alternatif. Perikatan yang menguasai kerajaan didokongi oleh parti-parti berasaskan kaum: UMNO, MCA, MIC, sementara aliran kiri bernaung dalam Socialist Front yang dianggotai Parti Buruh dan Partai Rakyat. Kewujudan DAP menggantikan tempat PAP (Petir), dalam pendekatan menolak perkauman dan fahaman kiri. 

Dalam tahun 1968, satu usaha dicetuskan keperluan mewujudkan satu parti pembangkang dengan mengetepikan politik perkauman dan fahaman kiri, sementara parti pembangkang sedia ada; DAP dan PPP lebih berhasrat kepada pakatan parti pembangkang dalam bentuk kerjasama pilihanraya untuk menghadapi Parti Perikatan yang berkuasa. Dr Lim Chong Eu, bekas Presiden MCA, yang meninggalkan parti perkauman itu, menubuhkan parti berbilang kaum UDP tetapi berpengaruh di Pulau Pinang sahaja, Dr Tan Chee Khoon dan V.Veerappan, pemimpin Parti Buruh, bersama ahli akademik Prof Dr Syed Hussien Al Atas dan Prof Wang Gungwu bersama Dr J.B.A. Peter mewakili kelompok profesional, berjaya mengasaskan sebuah parti, Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai satu wadah politik baru untuk mencabar Perikatan.

Keberadaan Gerakan dalam pentas politik menjelang PRU3 (PRU 1969) pada awalnya disangka memberi lebihan kepada parti Perikatan yang memerintah lantaran dijangka berlaku pemecahan undi di kalangan pembangkang. Sebaliknya berlaku kerjasama pilihanraya di antara DAP, PPP dan Gerakan, juga libat sama Partai Rakyat. Kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan. Perikatan hadapi kerumitan membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. 

Selepas Parlimen dipulihkan setelah darurat ditamatkan di awal 1971, usaha ke arah penyatuan rakyat merintasi fahaman politik membawa kepada terbentuknya gagasan Barisan Nasional menggabungkan semua parti yang ada perwakilan dalam majlis legislatif; Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. DAP tidak menyertai pemuafakatan politik ini. 

DAP terus kekal sebagai pembangkang utama, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerakan, Pas dan PPP, di samping SUPP dari Sarawak. Kelantangan tenaga DAP di Parlimen dan di luar dewan, amat dihormati, sebagai mewakili suara rakyat terbanyak merintasi batasan geografi dan ras. 

Suara yang agak terbuka menyentuh sensitiviti kaum, agama, hak-hak istimewa, mula dibangkit setelah pertukaran kerajaan menerusi PRU14, terutama semasa pentadbiran 22 bulan kerajaan PH. Episod ini bukan sahaja berkisar di kalangan kepimpinan dan pihak berkuasa, malah bertebaran dalam masyarakat umum dengan adegan-adegan menyinggung resam dan budaya; dengan bendera terbalik, membatasi azan dan seumpamanya. Episod ini berakhir setelah peristiwa Langkah Sheraton, yang menamatkan riwayat kerajaan 22 bulan. 

Pembentukan kerajaan baru menerusi PRU15, yang belum sampai 100 hari, sudah menampakkan ciri-ciri yang boleh dikatakan terlalu terdepan apabila Ramasamy melontarkan pandangannya berhubungan isu ras keanggotaan pentadbiran awam. Justeru kerajaan yang dibentuk disebutkan kerajaan perpaduan, nilai-nilai ketidak tenteraman tidak dapat dielakkan, walaupun dicetuskan oleh satu dua orang. 






Isnin, 13 Februari 2023

Ke Mana UMNO

 UMNO DI MUSIM GUGUR

Ulasan mantan Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob, menerusi youtube berhubung situasi dalaman UMNO semasa, minggu lepas, amat menarik dalam kerangka menonton perkembangan politik tanahair pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Ulasan beliau bukan mengejutkan malah mendalami lebih terpinci suasana UMNO menghadapi PRU15. 

Umum mengetahui, UMNO selaku parti yang mendominasi kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri ke 9 (PM9) berserta menduduki separuh keanggotaan kabinet, menggunakan kesempatan penguasaan kerajaan mengambil keputusan sendiri mendesak pembubaran Parlimen untuk PRU15. Sungguhpun kerajaan dibentuk bersama parti-parti lain; PPBM, GPS, Pas dan beberapa parti lain, tetapi keputusan memanggil PRU15 hasil dari keputusan perhimpunan agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. 

Kerakusan kuasa UMNO dipertontonkan menerusi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri, walaupun kerajaan negeri Johor terbentuk bersama PPBM. Exco negeri Johor diketepikan, keputusan pihak berkuasa UMNO sebagai kata pemutus, setelah melihat peluang UMNO untuk menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih terbuka. Hasilnya UMNO bersama rakan komponen BN mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Johor, awal tahun lepas, mampu perolehi mandat majoriti dua pertiga, setelah mengungguli 40 kerusi dari jumlah 56 kerusim memungut 43.11% undi popular, berbanding 24 kerusi dalam PRU14. 

Momentun kemenangan cemerlang dalam PRN Johor, serta PRN Melaka sebelumnya, mendekatkan keegoan UMNO mendabik dada, kekalahan mengejut dalam PRU14 hanya bersifat sementara, ditambah pula jawatan PM kembali ke UMNO.  Kejayaan UMNO mengambil inisiatif menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional dengan menarik sokongan kepada PM8, TS Muhyiddin Mohd Yassin, Ogos 2021, menyemarakkan keangkuhan UMNO, sebagai parti keramat orang Melayu. UMNO kembali berkuasa diperkukuhkan dengan slogan: dulu, kini, selamanya. 

Keputusan UMNO hasil mandat PAU 2022, mendesak pembubaran Parlimen dengan kadar yang segera, hingga memaksa mesyuarat agung pemilihan terpaksa ditunda. UMNO sanggup mengadaikan maruah sebagai parti besar dan dominan dalam perebutan kuasa, menjadikan tradisi menangguhkan pemilihan parti demi pilihan raya. Pemilihan parti sepatutnya mengadakan pemilihan dalam tahun 2021, telah menundakan tarikh pemilihan dengan izin Register of Society (RoS), sehingga 6 bulan selepas PRU15. Jauh berbeza dengan parti-parti lain, mengadakan pemilihan parti secara berkala mengikut peraturan dan perlembagaan parti, tanpa menpedulikan kesibukan persiapan pilihan raya. 

Desakan PM menasihat Baginda Yang Di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen sebelum perlanjutan tempoh pemilihan parti untuk memberi kuasa Presiden parti menentukan calon-calon pilihan raya. Jika pemilihan diadakan sebelum pilihan raya, memungkinkan Presiden akan dicabar, yang belum tentu nasibnya. Pandangan umum berpandangan pemilihan parti dan pilihan raya menjadi agenda peribadi Presiden parti yang sedang menghadapi kes-kes jenayah di mahkamah. 

DS Ismail Sabri melafazkan bebanan dari ledakan desakan membubarkan Parlimen di kala ramalan UMNO akan kalah lebih teruk berbanding PRU14 pada pandangannya, gagal menyekat kehendak parti. Kepimpinan parti terlalu yakin UMNO mampu tubuh kerajaan bersama rakan komponen BN, mampu menang simple majoriti. Gelombang perubahan dari Melaka dan Johor menolak alasan bukan tempo yang sesuai membubarkan Parlimen di penghujung tahun, di kala bajet belum dibahas. 

PRU15 yang menganugerahkan hanya 26 kerusi Parlimen untuk UMNO, hilang satu kerajaan negeri dan gagal bentuk 2 kerajaan secara solo, memposisikan UMNO di pinggiran medan kuasa. Buat pertama kali dalam sejarah, UMNO gagal diwakili di Parlimen di 7 buah negeri,selepas PRU 1990, apabila semua calon UMNO kalah di Kelantan.  UMNO sudah hilang karisma dan aura, menjadikan persaingan sebenar kini dan akan datang antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN), UMNO dan rakan komponen BN sekadar pelengkap menampung mana-mana sudut terasing dalam medan demokrasi berpilihanraya. 

Awal bulan ini, UMNO membuat tindakan agak keras memecat dan menggantung keahlian selama 6 tahun ke atas beberapa orang pemimpin kanan parti. Khairy Jamaluddin (mantan Ketua Pemuda), Noh Omar (mantan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor), Hishammuddin Hussien (mantan Naib Presiden), Shahril Suffian Hamdan (mantan Ketua Penerangan), adalah sebahagian ahli UMNO terlibat, dalam proses pembersihan. Sebelum ini, Annuar Musa (mantan Setiausaha Agong), Tajuddin Abdul Rahman (mantan Ahli Majlis Tertinggi) telah dikenakan tindakan keguguran. 

Di kala parti-parti pembangkang menyatakan persediaan menyokong kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri hingga tamat tempoh penggal Parlimen ke 14, UMNO pimpinan DS Ahmad Zahid Hamidi begitu ghairah  bahawa PRU15 perlu disegerakan di kala sokongan kepada masih subur. Dicanangkan UMNO mampu mengembalikan kecemerlangan lampau, justeru itu peluang yang terhidang tidak dipersiakan. 

Sebagai seorang ketua kerajaan, PM9 mempunyai maklumat strategik dan risikan  dari berbagai sumber; rasmi dan bukan rasmi, situasi yang akan menimpa UMNO dan rakan komponen andainya Parlimen dibubarkan. Beliau terpaksa mengalah kepada kehendak parti, terpaksa mengambil tindakan kurang popular untuk memanggil PRU15. 

PRU15 mengabsahkan bermulanya zaman UMNO menemui usia lanjut dan ketuaan. Sokongan mulai gugur, hinggakan meletakkan UMNO dan BN sebagai satu parti yang kurang popular dan hanya di kedudukan ketiga. Saingan sebenar adalah antara Pakatan Harapan (PH), pemenang PRU14 dengan kuasa baru, Perikatan Nasional (PN). Basic supporing ground UMNO sudah menjadi milik Pas, komponen utama PN. Kawasan perkampungan Melayu tradisional dan penempatan FELDA, bukan lagi fixed deposit UMNO dan BN. Parti Pak Lebai menguasai lebih separuh sokongan orang Melayu. 55 peratus undi Melayu memihak kepada PN. "Politik suku, agama suku", digugurkan oleh generasi muda yang melihat Islam sebagai satu cara hidup. 

Apa lagi agenda yang mampu untuk UMNO kembali ke pentas utama. Sekurangnya sebagai pesaing utama, the tops two dalam politik tanahair. Anak-anak muda selaku pengundi saluran terakhir di setiap pusat mengundi di Semenanjung Malaysia khasnya, totally tolak UMNO dan BN, bukan saja kawasan dominasi Melayu, malah kawasan campuran di pinggir bandar. 

PRU15 telah mengajak UMNO untuk membuat perubahan keseluruhan dari atas ke bawah, setelah asas penolakan bermula dalam PRU14. Pokoknya, manusia yang perlu dirombak, ditukar, diperbaharui. Presiden parti hanya menang dengan majoriti kecil, 348 undi atau 0.83% di Parlimen Bagan Datoh. Memperlihatkan nilai kewibawaan seorang ketua parti utama dalam pentas politik tanahair, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri suatu masa dulu. Perlu adanya mengambil tangungjawab di atas kekalahan atau kemerosotan pencapaian parti serta perolehan undi di kawasan ditandingi. 

Dalam Muktamar Pas ke 28, pada 23/10/1982, Presiden Pas bersama sebahagian Ahli Jawatankuasa Agung parti letak jawatan setelah dicabar perwakilan ekoran prestasi Pas yang tidak memberangsangkan dalam PRU 1982. Dato' Mohd Asri dan rakan-rakannya, akhirnya menubuhkan sebuah parti baru, Hizbul Muslimin (Hamim), untuk membawa penyokong-penyokongnya keluar dari Pas. Setelah prestasi dingin dari dua pilihanraya kecil, membawa kepada usaha untuk membubarkan parti. Setelah usaha membubarkan parti gagal dapat sokongan dalam muktamar parti, kumpulan yang berusaha membubarkan parti keluar parti dan berakhir dengan menyertai UMNO.  Penubuhan Hamim tidak menampakkan kesan besar yang boleh mengundang kemerosotan Pas, malah Pas bangkit semula berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan dalam PRU 1990. 

Dr Lim Chong Eu, adalah Pengerusi (kini Presiden) MCA yang kedua, apabila menyingkirkan Tan Cheng Lock dalam tahun 1958, dan meninggalkan MCA, dua tahun kemudian, kesan cabaran dalaman dan luar parti yang mengancam kepimpinan parti. Pada tahun 1962, beliau menubuhkan United Democratic Party (UDP), UDP menang beberapa kerusi di Pulau Pinang dalam PRU 1964, sebagai pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Dalam tahun 1968, Chong Eu membubarkan UDP, bersama bekas pemimpin Parti Buruh dan tokoh akademik mengasaskan penubuhan sebuah parti baru untuk hadapi PRU 1969, Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Beliau memimpin parti ini selepas Prof Syed Hussien Al Attas keluar parti, dari sebuah parti pembangkang bersama membentuk Barisan Nasional.

Pilihan UMNO bersama kepimpinan Zahid Hamidi hari ini bersama membentuk kerajaan dengan kumpulan serpihan UMNO, asalnya Parti Keadilan Nasional (KeADILan), yang membentuk PKR, hasil cantuman KeADILan dan Partai Rakyat Malaysia (asalnya Partai Sosialis Rakyat Malaya). Dalam kerajaan campuran ini, tidak kekok bagi UMNO lantaran sakan sejawat, PKR pun asalnya dari species yang sama. Justeru Presiden PKR merangkap PM, DS Anwar Ibrahim bersama Zahid Hamidi dalam Pergerakan Pemuda UMNO, suatu masa dulu, apa-apa kemungkinan perubahan pendekatan politik masa depan, bukan sesuatu di luar kebiasaan. 

Apakah pendekatan Asri atau Chong Eu sebagai panduan untuk menjawab terjahan anak-anak muda dalam PRU15. Apakah proses pengguguran keahlian pasca PRU15 sebagai satu rangka perancangan parti untuk menjadikan parti kembali berada di arus perdana dalam saingan merebut pengaruh menjelang PRU16.



,

 

 

 


 

Ahad, 29 Januari 2023

Pilihan Anak Muda

 

 FAKTOR PENGUNDI MUDA DALAM MEMBENTUK POLA KEPUTUSAN PRU15

Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), banyak pihak awam melahirkan kebimbangan trend pengundian semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tahun lepas akan mempengaruhi PRU15. Dalam PRN Johor, pertama kali pengundi pendaftaran automatik melibatkan pengundi berumur 18 tahun ke atas layak terlibat dalam proses pengundian. Keseluruhan cuma 65% pengundi keluar mengundi, dan angka keluar mengundi menunjukkan peratusan keluar mengundi bagi pengundi muda, khususnya pengundi kali pertama (first time voters), amat rendah. 

Justeru tertib senarai pengundi dijuruskan kepada saluran mengundi, di mana pengundi dikelompokkan mengikut urutan nombor pengenalan yang membentuk susunan umur. Susunan saluran pengundian memudahkan pemerhatian dan analisis trend pengundian dan sokongan mengikut peringkat atau kelompok umur pengundi. Dalam PRN Johor, kehadiran pengundi di saluran belakang adalah rendah, keseluruhannya di bawah angka 50%. 

Untuk perbincangan di sini, penulis memilih 10 sampel keputusan undi PRU15, di Kelantan, yang dipungut dari 10 daerah mengundi yang melibatkan 7 bahagian pilihanraya Persekutuan: Bachok, Kubang Kerian, Ketereh, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai. Ketereh, Tanah Merah dan Machang adalah kerusi Parlimen dimenangi Barisan Nasional dalam PRU14. Bachok. Kubang Kerian dan Kuala Krai dimenangi oleh Pas, sementara Pasir Puteh, kawasan pengaruh seimbang antara Pas dan BN, Pas menang kerusi ini dengan majoriti kecil dalam PRU14. Dalam PRU15, semua kerusi ini dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) yang bertanding atas logo Pas. 

10 daerah mengundi pilihan di bawah diambil dari daerah mengundi yang mempunyai 5 saluran pengundian, dipilih berdasarkan bilangan saluran pengundian pertengahan. Ada 12 daerah mengundi mempunyai lebih 10 saluran. Sama ada saluran yang kecil, kebanyakkannya 2 atau 3 saluran atau banyak saluran 12 atau 13 saluran, trendnya sama iaitu, saluran anak muda memberikan undi yang besar kepada Pas berbanding undi Pas di saluran orang yang lebih dewasa.

Jadual 1








DAERAH MENGUNDI: TIONG





PUSAT MENGUNDI: SEKOLAH KEBANGSAAN  TIONG


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

191

62.62

84

27.54

29

9.51

68.22

2

450

235

65.46

84

23.40

35

9.75

79.78

3

761

355

69.47

102

19.96

49

9.59

67.81

4

761

355

69.47

96

18.79

58

11.35

67.67

5

762

445

71.89

98

15.83

70

11.31

81.76










Jadual 2









DAERAH MENGUNDI: MANEK URAI LAMA


PUSAT: SEKOLAH KEBANGSAAN MANEK URAI


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

175

56.63

121

39.16

10

3.24

70.89

2

450

214

64.65

106

32.02

10

3.02

74.67

3

722

319

69.50

120

26.14

18

3.92

64.27

4

722

289

69.64

112

26.99

10

2.41

58.31

5

724

357

72.86

120

24.49

10

2.04

68.37



















Jadual 3








DAERAH MENGUNDI: KUALA PAHI


PUSAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAHI


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

159

55.40

111

38.68

14

4.88

65.33

2

450

195

59.63

98

29.97

33

10.09

73.56

3

711

294

67.74

99

22.81

39

8.99

61.60

4

711

334

77.14

70

16.17

29

6.70

61.32

5

711

410

77.07

89

16.73

33

6.20

75.39










Jadual 4








DAERAH MENGUNDI: BANDAR TEMANGAN


PUSAT: SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHUNG HWA TEMANGAN


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

113

36.69

121

39.29

71

23.05

68.89

2

450

146

48.99

92

30.87

60

20.13

67.56

3

524

182

52.91

96

27.91

65

18.90

66.22

4

524

197

59.16

90

27.03

46

13.81

64.12

5

526

206

60.23

102

29.82

34

9.94

65.21










Jadual 5








DAERAH MENGUNDI: KANDIS


PUSAT: SEKOLAH KEBANGSAAN KG KANDIS


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

179

55.59

133

41.30

10

3.11

73.56

2

450

214

63.13

106

31.27

18

5.31

76.44

3

529

236

67.82

97

27.87

13

3.74

66.35

4

529

223

62.46

121

33.89

13

3.64

68.62

5

530

274

65.39

125

29.83

19

4.53

79.43










Jadual 6








DAERAH MENGUNDI: PALOH RAWA


PUSAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH RAWA


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

204

56.98

141

39.39

12

3.35

80.67

2

450

219

60.66

131

36.29

11

3.05

80.22

3

609

276

64.04

133

30.86

22

5.10

73.23

4

609

289

67.84

125

29.34

12

2.82

70.94

5

610

319

64.71

162

32.86

12

2.43

81.31










Jadual 7








DAERAH MENGUNDI: TERASIL


PUSAT: SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

226

73.38

52

16.88

30

9.74

70.00

2

450

239

70.92

74

21.96

19

5.64

75.78

3

666

328

77.36

64

15.09

28

6.60

64.11

4

666

325

81.45

45

11.28

28

7.02

60.36

5

667

396

79.68

78

15.69

23

4.63

74.96










Jadual 8








DAERAH MENGUNDI: PADANG RAJA


PUSAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MELOR


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

453

197

61.37

94

29.28

28

8.72

71.74

2

567

280

65.88

104

24.47

39

9.18

75.66

3

567

225

65.60

95

27.70

23

6.71

62.61

4

567

263

69.95

87

23.14

25

6.65

67.02

5

567

310

71.93

94

21.81

26

6.03

76.37










Jadual 9








DAERAH MENGUNDI: TANGOK


PUSAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PERDANA


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

151

44.94

166

49.40

18

5.36

76.22

2

570

249

58.04

163

38.00

17

3.96

75.96

3

570

211

59.44

133

37.46

10

2.82

63.16

4

570

204

59.30

119

34.59

19

5.52

60.70

5

572

271

62.73

142

32.87

16

3.70

75.52










Jadual 10








DAERAH MENGUNDI: TUNJONG


PUSAT: DEWAN SRI TUNJONG JPN KELANTAN


Saluran

Pemilih

Pas

%

BN

%

PH

%

% Mengundi

1

450

205

62.31

97

29.48

27

8.21

74.89

2

590

339

73.86

85

18.52

34

7.41

79.32

3

590

291

73.86

74

18.78

27

6.85

67.29

4

590

284

68.43

94

22.65

36

8.67

70.34

5

591

356

75.91

62

13.22

48

10.23

79.70

Sample diambil dari pusat pengundian yang melibatkan 5 saluran menyeragamkan:

Saluran 1: pengundi berumur 60 tahun ke atas

Saluran 2: pengundi dalam lingkungan umur 48 tahun ke 59 tahun

Saluran 3: pengundi dalam lingkungan umur 35 tahun hingga 47 tahun

Saluran 4: pengundi dalam lingkungan umur  27 tahun hingga 34 tahun

Saluran 5: pengundi dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 26 tahun. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan daerah mengundi yang mempunyai antara 2,400 hingga 2,900 pengundi kepada 5 saluran mengundi. 

Jika komposisi dalam lingkungan 1,900 hingga 2,400 diadakan 4 saluran pengundian. Saluran 4, saluran pengundian terakhir merangkumi pengundi berumur 18 tahun hingga 30 tahun. Saluran ini mempunyai jumlah pengundi kali kedua yang lebih besar berbanding saluran terakhir di daerah mengundi yang dioperasikan 5 saluran. Untuk analisis ini lebih tepat mengambil sample dari pengundian di daerah mengundi yang dioperasikan dalam 5 saluran, di mana keseluruhan pengundi dalam saluran 5 adalah pengundi kali pertama (first time voters). 

Dari 10 sample di atas, menolak ramalan awal, dijangka angka keluar mengundi di kalangan anak-anak muda tidak memberangsangkan. Kekurangan kesedaran dan pendidikan politik tidak menghalang kumpulan ini mengambil bahagian dalam tuntutan asas demokrasi.  Malah di setengah tempat mereka menunjukkan kesungguhan untuk mengambil bahagian dalam keputusan membentuk pemerintahan. Faktor usia seawal 18 tahun yang bahagian besar masih menuntut di institusi pendidikan dan institusi latihan kerjayam memudahka jentera parti membantu mereka keluar mengundi. Oleh itu, peratusan keluar mengundi agak tinggi berbanding saluran lain. Jadual 1, Jadual 3, Jadual 5, Jadual 6, Jadual 8, Jadual 10, mempamerkan golongan pengundi kali pertama ini, membentuk mereka memiliki peratusan keluar paling ramai di setiap daerah mengundi. 

Jadual-jadual di atas, juga menyokong fakta bahawa pengundi muda, pengundi kali pertama khasnya membentuk  undi terbesar untuk Pas, di setiap daerah mengundi, sama ada kerusi teras Pas atau kerusi yang dipertahankan oleh BN. Di Jadual 3, Jadual 6 dan Jadual 7, peratusan sokongan kepada calon Pas lebih tinggi bagi Saluran 4 berbanding Saluran 5, tetapi lantaran peratusan keluar mengundi yang rendah di Saluran 4, se baliknya peratus keluar mengundi lebih besar di Saluran 5, jumlah untuk Pas di Saluran 5 lebih besar. 

 Keseluruhannya, peratus keluar mengundi di Saluran 4, iaitu remaja peringkat umur 27 hingga 34 tahun, serta Saluran 3; pengundi berumur 35 hingga 47 tahun, agak berkurangan berbanding saluran-saluran lain, menjelaskan bilangan perantau yang tidak pulang mengundi. Pengundi dalam lingkungan ini, lazimnya di Kelantan, bahagian besarnya dikelaskan sebagai pengundi luar. Faktor hari mengundi dalam bulan musim lazimnya banjir dan kesukaran mendapat cuti berkecenderungan menghalang pengundi luar pulang mengundi. 

Pola pengundian di Saluran 1, pengundi dari golongan warga emas, masih mengekalkan sokongan kepada Pas paling kurang dan dapatan undi lebih besar bagi BN. Jadual 4 dan Jadual 9 menunjukkan kemenangan berpihak ke BN, sementara bagi daerah mengundi lain, walaupun Pas menguasai semua saluran undi, tetapi hadapi saingan lebih sengit dari BN. 

Sebenarnya, sample di atas menerangkan pola sokongan kepada dua parti utama; Pas dan BN di Kelantan, yang membentuk 4 fakta:

i. Anak muda menyokong Pas atau PN

ii. Anak muda lebih ramai keluar mengundi

iii. Warga emas masih cenderung kepada BN

iv. Pengundi luar terganggu untuk pulang mengundi.

Semua kawasan pilihanraya Persekutuan atau kerusi Parlimen di Kelantan, kecuali Kota Bharu dan Gua Musang, memiliki komposisi lebih 90 peratus pengundi Melayu. Sample di atas mewakili pola pengundian di  kawasan majoriti Melayu, secara langsung mewakili pola umum keputusan PRU15 bagi seluruh negeri Kelantan. Sungguhpun Pas menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan, beberapa daerah mengundi dalam Parlimen Kota Bharu dan Gua Musang, yang memberikan trend pengundian berbeza dengan keseluruhan kawasan di Kelantan. 

Kawasan Parlimen Kota Bharu (komposisi pengundi: Melayu 84.41%, Cina 13.70%) dan Gua Musang (Melayu 78.44%, Cina 5.80%, Orang Asal 14.58%) memberikan sedikit kelainan dengan pola pengundian keseluruhan di Kelantan, di beberapa daerah mengundi.

 

Jadual 11



Daerah Mengundi

Saluran

Menang

KUBANG PASU

1

BN

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 74.06%

3

Pas

Cina:       25.41%

4

Pas

 

5

Pas

KELOCHOR

1

PH

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 51.74%

3

PH

Cina:       46.94%

4

Pas

 

5

Pas

KEBUN SULTAN

1

PH

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 58.96%

3

PH

Cina:       40.25%

4

Pas

 

5

Pas

MERBAU

1

PH

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 59.39%

3

PH

Cina:       40.01%

4

Pas

 

5

Pas

BANDAR

1

PH

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 24.41%

3

PH

Cina:       73.24%

4

PH

 

5

PH

KUBUR KUDA

1

PH

(KOTA BHARU)

2

PH

Melayu: 67.52%

3

PH

Cina:       30.06%

4

Pas

 

5

Pas

 

6

Pas

JUBAKAR

1

BN

(TUMPAT)

2

PH

Melayu:  0.82%

3

PH

Cina:       08.76%



Thai:       90.40%



TERBAK

1

BN

(TUMPAT)

2

BN

Melayu:  50.23%

3

BN

Cina:       07.11%

4

Pas

Thai:       42.66%

5

Pas

 

6

Pas

 Selain dari tumpuan ke kawasan majoriti pengundi Melayu dan daerah mengundi luar bandar, alihan ke sektor bandar dengan komposisi pengundi campuran, kecenderungan pengundi muda di Kelantan, tidak jauh berbeza dengan rakan-rakan mereka di luar bandar. Jadual 11, yang memetik  pola pengundi di beberapa kawasan bandar dalam Parlimen Kota Bharu, mempertontonkan pengundi-pengundi muda memilih Pas. Kecuali  di daerah mengundi Bandar, di mana majoriti pengundi adalah pemilih Cina, mereka memihk kepada PH. Sedikit kelainan di daerah mengundi Kubang Pasu, pemilih Melayu adalah komponen utama pengundi, pemilih warga emas memilih BN, pemilih umur dewasa, umur 40ah dan 50an cenderung kepada PH, sementara kumpulan yang lebih muda bersama Pas.

Jadual 11, juga memaparkan pola kecenderungan pengundi daerah mengundi pengundi Melayu bukan dominan. Dua daerah mengundi dalam kategori ini terdapat di kerusi Parlimen Tumpat. Jubakar Darat, dengan pengundi Melayu hanya 10 orang, 107 pemilih Cina bersama 1,102 pemilih berbangsa Thai, membentuk golongan dewasa dan warga emas memilih BN, sementara yang lebih muda serta anak-anak muda memihak kepada PH. Daerah mengundi Terbak, kawasan campuran Melayu-Thai memberikan golongan dewasa memilih BN dan pengundi muda mengundi Pas.

Kerusi Parlimen Gua Musang, kerusi BN paling selamat di Kelantan, mempamerkan kegagalan BN menahan arus gelombang anak muda memilih PN menerusi Pas. BN hanya mampu bertahan di kawasan penempatan Orang Asal dan saluran mengundi warga emas. Daerah-daerah mengundi Tohoi, Lojing, Sungai Betis, Sungai Ber, Belatim, Balar. Bihar, Hau dan Hau, tetap setia bersama BN.  

Tradisinya daerah-daerah mengundi di kawasan penempatan rancangan tanah FELDA dan KESEDAR merupakan deposit tetap buat BN menerusi kekuatan UMNO. Daerah mengundi Felda Ciku 3 (6 saluran), Felda Ciku 1 (6 saluran), Felda Aring (4 saluran), Kesedar Jeram Tekoh (2 saluran) dan Kesedar Limau Kasturi (3 saluran) memberikan Pas memenangi semua saluran mengundi.

BN hanya menang saluran 1 sahaja di daerah mengundi Kesedar Paloh 1 (3 saluran), Kesedar Paloh 2 (3 saluran), Kesedar Paloh 3 (3 saluran), Felda Ciku 7 (4 saluran), Felda Ciku 2 (4 saluran), Felda Perasu (2 saluran), Kesedar Renok (3 saluran). Sebagaimana trend pengundian keseluruhan di kawasan lain di Kelantan, undi Pas di saluran pengundi muda lebih besar dari saluran pertengahan umur. 

BN hanya menang semua  saluran mengundi di daerah mengundi Kesedar Sungai Asap (4 saluran),  Kesedar Chalil (2 saluran) dan Kesedar Lebir (2 saluran).

Kecenderungan pemilih di kawasan bandar dan pinggir bandar Gua Musang yang mempunyai komposisi keturunan pemilih berbeza boleh dirumuskan: pengundi Melayu warga emas kekal dengan BN, pengundi Melayu muda dan pertengahan umur mengundi calon Pas, sementara pengundi Cina cenderung kepada PH. Ini dapat dijelaskan oleh Jadual 12 di bawah.

Jadual 12

POLA KECENDERUNGAN PENGUNDI DAERAH MENGUNDI

BANDAR & PINGGIR BANDAR GUA MUSANG




Daerah Mengundi Saluran Menang
KAMPONG PULAU 1 PH
Melayu: 17.83% 2 PH
Cina:       81.64%

KAMPUNG BHARU 1 PH
Melayu: 45.25% 2 PH
Cina:       54.13% 3 PH
  4 Pas
  5 Pas
BANDAR LAMA 1 BN
Melayu: 67.23% 2 Pas
Cina:       28.72% 3 Pas
  4 Pas
BANDAR BARU 1 Pas
Melayu: 87.91% 2 BN
Cina:       10.29% 3 Pas
  4 Pas
  5 Pas
  6 Pas
  7 Pas
  8 Pas
KG BATU PAPAN 1 BN
Melayu: 84.07% 2 BN
Cina:       13.73% 3 Pas
  4 Pas
  5 Pas
  6 Pas
  7 Pas
  8 Pas 

Kesimpulannya gelagat pengundian di Kelantan sebagai sampel dalam menganalisis keputusan PRU15 meletakkan anak muda menunjukkan komitmen yang tinggi dalam amalan demokrasi membantu meningkatkan peratus keluar mengundi yang rendah berbanding dengan beberapa PRU terakhir. Di samping itu, analisis di atas menyimpulkan UMNO hanya masih didokongi oleh warga berusia, trend di kalangan pengundi Melayu telah beralih kepada PN. Analisis disimpulkan dari PRU14 yang memihak kepada tsunami Cina, masih berterusan melangkaui batasan geografi. 

Analisis keputusan PRU15 meletakkan peranan anak muda sebagai satu indikator penting dalam percaturan politik tanah air semasa dan akan datang. Sungguhpun ada setengah pihak meremehkan keupayaan anak  muda yang diberi peluang membuat keputusan politik negara menerusi penurunan umur kelayakan sebagai pemilih. Malah ada pihak mempersoalkan kematangan pengundi muda, yang memaksa BN gagal sekali lagi, hilang kuasa di Perlis, serta terumbang-ambing hendak membentuk kerajaan di Perak dan Pahang.