ROMBAKAN KABINET MADANI
Hari ini. 12/12/2023. PMX DS Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani kali pertama selepas pembentukan kerajaan satu tahun lalu. Masyarakat awam sudah menunggu lebih 4 bulan setelah kekosongan akibat kematian DS Salahuddin Ayub dan prestasi beberapa orang menteri yang dipersoalkan awam, yang menjangkakan satu rombakan kabinet perlu dilakukan demi menjaga imej dan keyakinan awam terhadap kerajaan.
Kabinet baru ini menampilkan penambahan kementerian berikutan dua kementerian dipecahkan kepada dua kementerian, dan pengwujudan dua portfolio baru. Portfolio Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dipertanggungjawabkan kepada Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkan sebagai satu tugasan yang berat telah dipecahkan kepada; Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Portfolio Komunikasi dan Digital (Komidi) dibawah Mohd Fahmi Fadzil dipecahkan ke Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital. Urusan Wilayah Persekutuan yang dulunya di bawah tanggungjawab PM dijadikan satu portfolio baru di Jabatan PM. Portfolio Kewangan dibantu oleh seorang menteri.
Secara langsung rombakan kabinet ini mengurangkan beban tugas Nik Nazmi, Fahmi Fadzil dan PMX yang disebut-sebut sebelum ini perlunya satu rombakan kabinet disegerakan untuk mengisi kekosongan dan menggugurkan atau menukar menteri bermasalah atau kurang prestasi.
BARISAN JEMAAH MENTERI KERAJAAN MADANI
Perdana
Menteri: Datuk
Seri Anwar Ibrahim (PKR)
Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS)
Menteri
Kewangan: Datuk
Seri Anwar Ibrahim (PKR)
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan -
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying (DAP)
Menteri
Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang (GPS)
Menteri
Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah
Mohd Nasir (PKR)
Menteri
Pengangkutan: Loke Siew
Fook (DAP)
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasni Habibollah (GPS)
Menteri
Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu (Amanah)
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
(PBRS)
Menteri
Ekonomi: Mohd
Rafizi Ramli (PKR)
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib (GPS)
Menteri
Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming (DAP_
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
(Amanah)
Menteri
Luar Negeri: Datuk
Seri Mohamad Hasan (UMNO_
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin (UMNO)
Menteri
Kerja Raya: Datuk
Seri Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO)
Menteri
Dalam Negeri: Datuk
Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
Menteri
Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (UMNO)
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong (DAP)
Menteri
Pertahanan: Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin (UMNO)
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari (Amanah)
Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang (PKR)
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
(Warisan)
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri (GPS)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini
Ahmad (UMNO)
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said
(UMNO)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M Kulasegaran (DAP)
Menteri
Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR_
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii
(GPS)
Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick (UPKO)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan (DAP)
Menteri
Pendidikan Tinggi: Datuk
Seri Zambry Abd Kadir (UMNO)
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud (PKR)
Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing (GPS)
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS)
Menteri
Komunikasi: Ahmad
Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching (DAP)
Menteri
Pendidikan: Fadhlina
Sidek (PKR)
Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong (DAP)
Menteri
Perpaduan: Datuk
Aaron Ago Anak Dagang (GPS)
Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy (PKR)
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar -
Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan -
Menteri
Belia dan Sukan: Hannah
Yeoh (DAP)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim (PKR)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa (PKR)
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali (GRS)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
(PKR)_
Menteri
Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani (UMNO)
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin (DAP)
Menteri
Kesihatan: Datuk
Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah)
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukannisman Awang Sauni (GPS)
Menteri
Digital: Gobind
Singh Deo (DAP)
Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Anak Kumbong (GPS)
Menteri
Sumber Manusia: Steven
Sim Chee Keong (DAP)
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
Sebagaimana diduga Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar digugurkan setelah kecoh kes pegawai kanan beliau terlibat dengan penyalahguna kuasa. Sivakumar yang terkenal dengan mempengurusikan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada tahun 2009 di bawah pokok, adalah menteri tunggal yang digugurkan.
5 orang menteri baru dilantik. Govind Singh Deo dari DAP mengisi kekosongan kerusi DAP yang ditinggalkan Sivakumar. Govind pernah pegang Menteri Komunikasi Kerajaan Pakatan Harapan (2018-2020). Dr Dzulkefli Ahmad, mengisi kerusi Amanah yang ditinggalakan oleh Sallahuddin Ayob, kembali ke portfolio Kesihatan yang diterajuinya dalam kabinet Kerajaan Pakatan Harapan dulu.
Sementara Johari Abdul Ghani dari UMNO, Steven Sim Chee Keong dari DAP dan Amir Hamzah Azizan, CEO KWSP adalah lantikan baru, menjadikan kabinet ini bertambah dari jumlah 28 orang dalam Kabinet Kerajaan Madani yang dibentuk tahun lepas kepada sejumlah 31 jemaah menteri kali ini.
Di kalangan Timbalan Menteri, 2 orang tidak dilantik semula dalam pengumuman hari ini. Ramkarpal Singh dari DAP mengundurkan diri untuk mengelakkan tanggapan nepotisme kerana saudaranya Govind dilantik menteri, sementara Siti Aminah Aching dari UMNO digugurkan.
Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Menteri Pengajian Tinggi zaman Kabinet Keluarga Malaysia (2021-2022) mengisi tempat Siti Aminah Aching, M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia, masa Kerajaan Pakatan Harapan (2018-2020) mengisi slot DAP yang ditinggalkan Ramkarpal Singh. Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Taiping dari DAP mengisi tempat ditinggalkan Steven Sim yang dinaikkan pangkat.
Ramanan Krishnasamy, Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR dan Zulkifli Hassan, Dekan Fakulti Syariah, USIM, adalah lantikan tambahan Timbalan Menteri menjadi jumlah Timbalan Menteri dalam kabinet baru adalah 29 orang berbanding 27 orang dalam kabinet lama.
Semasa membentuk barisan kabinet pertama di bawah Kerajaan Madani tahun lepas, PMX menegaskan bilangan anggota pentadbiran: menteri dan timbalan menteri diperkecilkan berbanding dengan kabinet di bawah pentadbiran dahulu, dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan mengurus kerajaan. PMX memikul tugasan Kementerian Kewangan, membubarkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan dijadikan satu bahagian pengurusan di bawah PM. Kabinet baru terpaksa menambah anggota untuk membantu tugasan dan mengurangkan bebanan portfolio PMX.
TABURAN KEANGGOTAAN KABINET BARU
KERAJAAN MADANI
|
MENTERI |
TIMBALAN MENTERI |
PKR |
8 |
5 |
DAP |
5 |
7 |
UMNO |
7 |
5 |
GPS |
5 |
6 |
Amanah |
2 |
2 |
GRS |
1 |
1 |
UPKO |
1 |
|
PBRS |
|
1 |
Warisan |
|
1 |
Profesional |
2 |
1 |
Jumlah |
31 |
29 |
Seorang wakil UMNO, seorang wakil DAP dan seorang tokoh korporat dibawa masuk ke jemaah menteri, di samping menambah seorang wakil PKR dan wakil akademik menduduki barisan timbalan menteri. Pendekata, Kerajaan Madani tidak boleh elak untuk mengurangkan amalan belanja besar dalam melantik dan membantu kepentingan politik, dalam konteks saling membantu dan saling kebergantungan. UMNO terpaksa diberi perhatian dan keutamaan, dengan anggota Parlimen seramai 26 orang, diberi tugasan portfolio yang besar berbanding perwakilan lain yang memiliki kerusi yang lebih besar.
Dengan kekakangan peraturan di bawah Kerajaan Madani menjadikan membicarakan, mengkritik dan mengulas perkara yang berkaitan dengan 3R (race, religion, royal) mematikan usaha untuk menganalisis atau menceraikinkan keanggotaan kabinet mengikut kaum, etnik, atau agama. Penambahan anggota kabinet untuk kerusi UMNO dan DAP secara tersirat ada kepentingan dan keperluan untuk faktor tertentu yang tak boleh disebut lantaran sekatan penggunaan 3R, yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.
Perkembangan baru dari pengumuman jemaah menteri dan timbalan, penambahan seorang menteri untuk satu portfolio, iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam). Perlantikan baru ini secara lateralnya memperlihatkan kepentingan bidang berkenaan kepada pentadbiran negara serta cabaran dihadapi Kerajaan Madani. Isu ini terpaksa difullstopkan di sini lantaran ada kaitan dengan 3R.
3R telah membataskan kebebasan bersuara untuk mengulas, menganalisis dan membicarakan pembentukan kabinet baru ini dari sudut taburan keanggotaan mengikut parti dan etnik. Analisis hanya terhad kepada saiz keanggotaan dan keperluan penambahan anggota pentadbiran. Untuk membicarakan tentang agihan perwakilan antara Sabah dan Sarawak dengan Malaya pun sedikit sebanyak menyentuh isu sensitif kepada 3R.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan