Jumaat, 28 November 2014
Sabtu, 22 November 2014
Persempadanan semula 9: sambungan 1
MERAIKAN SUARA RAKYAT MENERUSI PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA
(Bahagian ii)
Empat negeri kebetulan negeri majoriti pengundi Melayu tidak terlibat dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen terakhir, kecuali Perlis perlu ditambahkan kawasan pilihan raya Parlimen. Pertambahan kerusi bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu meningkatkan kerusi majoriti Melayu dan luar bandar sifatnya.
Pertembahan kerusi di tiga negeri tersebut iaitu pertambahan 2 kerusi di Kedah, 2 untuk Kelantan dan 3 untuk Terengganu setara dengan purata pengundi kawasan luar bandar di Semenanjung, ikut angka pemilih dalam PRU13. Dengan pertambahan ini menjadikan purata pemilihi setiap kawasan Parlimen di Kedah ialah 61,200 pemilih, sementara Kelantan ialah 57,500 pemilih dan Terengganu; 57,800 orang. Angka ini setara dengan purata pemilih di Perak (58,700 pemilih) dan Pahang (52,600 pemilih) dalam PRU13. Apatah lagi Perak yang lebih terkedepan dari sudut pembangunan fizikal serta pertumbuhan ekonomi, dan antara negeri paling maju di Malaysia, tetapi kadar peningkatan pemilih lebih rendah berbanding peratusan peningkatan pemilih nasional.
Kewajaran tambahan 7 kerusi Parlimen di kawasan penguasaan pengundi Melayu tersebut mampu dilaksanakan untuk BN menanggung talian hayat, sebagaimana dakwaan undi BN dalam PRU13 bergantung kepada undi dari kawasan luar bandar, relatifnya sokongan masyarakat pemilih Melayu. Dalam PRU13, BN menguasai 50.58% undi keseluruhan bagi kawasan Parlimen di Kedah, 51.43% di Terengganu dan 46.26% di Kelantan (dengan andaian undi calon bebas di P022, Pasir Mas adalah sebenarnya undi penyokong BN).
Pertambahan 7 kerusi Parlimen ini, memberi sedikit nafas lega kepada UMNO/BN menghadapi PRU14, atas andaian UMNO sebuah parti kampungan. Sebelum kemerosotan berlanjutan, lebih baik strategi awal diatur. Di Terengganu, sokongan kepada BN adalah 56.46% dalam PRU11, 55.11% dalam PRU12, terus merosot kepada 51.43% dalam PRU13. Apa nasib BN di Terengganu, tanpa pertambahan kerusi dalam persempadanan semula yang sepatutnya sudah bermula.
Di Pulau Pinang, purata pemilih kerusi Parlimen ialah 65,200 orang. Lebih rendah dari purata pemilih bagi setiap kawasan pilihan raya Parlimen di Semenanjung. Kesemua 13 bahagian pilihan raya Parlimen di Pulau Pinang adalah bersifat bandar dan separa bandar. Hanya 4 kawasan sahaja yang mengandungi majoriti pengundi Melayu.
Trend sokongan pemilih kepada BN merosot setiap kali PRU selepas persempadanan terakhir. Undi BN bagi kerusi Parlimen di Pulai Pinang ialah 56.85% dalam PRU11, turun ke 38.72% dalam PRU12 dan turun lagi ke 31.65% dalam PRU13. Di samping itu, pengundi di Pulau Pinang hanya bertambah sebanyak 26.12% sahaja dalam tempoh 9 tahun.
Rasionalnya jumlah kerusi Parlimen di Pulau Pinang sudah cukup, malah boleh dikurangkan kerana beberapa kawasan tidak mewakili wajaran pengundi bandar. Kerusi Parlimen Tanjung cuma mengandungi 51,000 pengundi sahaja, jauh lebih rendah berbanding kawasan luar bandar seperti Baling atau Tumpat.
Komposisi pengundi di Perak, tidak mewakili dan tidak setara dengan taraf sosio-ekonomi serta antara negeri termaju di Malaysia. Purata pemilih 58,700 bagi kawasan pilihan raya Parlimen dan peningkatan pengundi paling rendah di Semenanjung, iaitu 20.44% (2004-2013), meletakkan jumlah 24 kerusi Parlimen adalah memadai dan sudah cukup. Tambahan pula, walaupun BN menguasai kerajaan negeri Perak, tetapi sokongan kepada BN cuma 44.91% sahaja. Atas sifat sebuah kerajaan yang tidak popular, menghalang Perak mendapat tambahan kerusi perundangan.
Pahang yang memberi sumbangan besar pengekalan kuasa BN, bila mencatat negeri ketiga sokongan kepada BN paling tinggi. BN menguasai 55.18% undian bagi kerusi Parlimen. Purata pemilih bagi kerusi Parlimen di negeri Pahang ialah 52,600 orang. Pertambahan pengundi di Pahang dalam tempoh 9 tahun adalah sederhana, 29.36%. Justeru Pahang, rata-rata kawasan pilihan raya adalah bersifat luar bandar, angka terebut adalah wajar.
Anehnya kawasan pilihan P085 Pekan mempunyai pengundi seramai 80,300 pengundi dengan pertambahan sebanyak 52.58% dari PRU11 hingga PRU13. Kadar pertambahan pengundi serta jumlah pemilih bagi P085 tidak menggambarkan sifat fizikal kawasan ini yang bercirikan luar bandar; penempatan penerokaan rancangan tanah, kampung Melayu tradisional serta penempatan orang asli.
Jumlah pemilih P085 tak seimbang dan setara dengan kawasan yang berjiran P084 Paya Besar, dengan 48,000 pengundi dan P086 Maran dengan 38,000 pengundi. Sewajarnya sebahagian kawasan pilihan raya P085 dimasukkan ke P084 dan P086, sebagaimana daerah mengundi asal yang diubah dalam persempadanan 2003. Sepatutnya agenda politik dikesampingkan demi muwujudkan ketelusan dalam kerja-kerja persempadanan kawasan pilihan raya.
bersambung
.

Rabu, 19 November 2014
Persempadanan semula 9: raikan suara rakyat
MERAIKAN SUARA RAKYAT MENERUSI PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA
(bahagian i)
Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka akan diwartakan hujung tahun ini, yang jauh lari dari amalan biasa. Selepas diwartakan akan dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan, dalam tempoh tidak lewat dua tahun. Sepatutnya, dibentang di Parlimen dalam tahun 2011, iaitu lapan tahun selepas persempadanan terkahir, 2003. PRU13 lepas, pilihan raya berjalan tanpa menggunakan persempadanan baru, sebagaimana lazimnya selepas dua kali PRU, PRU baru gunakan sempadan baru.
Justeru tempoh masa yang panjang untuk melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya buat kali ke lima selepas pembentukan Parlimen pertama (1959), membuka banyak ruang berbagai pihak menonjolkan idea, analisis dan kritikan. Empat persempadanan lepas mencantumkan hasilnya dalam satu agenda iaitu demi memperkukuhkan kuasa parti pemerintah. Agenda ini memberi kesan positif kepada prestasi parti pemerintahan dalam PRU berikutnya.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya di negara kita beragendakan menambah kawasan atau kerusi di dewan perundangan sama ada Parlimen atau kerusi negeri. Amalan mempersempadankan semula berasaskan perubahan struktur kependudukan dan penempatan tanpa menambah bilangan kerusi dewan perundangan, amat asing dalam kajian persempadanan di negara kita.
Memenuhi desakan dan tuntutan politik baru, pemikiran politik berasaskan ketelusan, keterbukaan dan persamaan peluang, agenda persempadanan semula kawasan pilihan di negara kita tidak seharusnya beragendakan keberuntungan pihak tertentu. Oleh kerana, badan yang menguruskan kajian dan kerja-kerja persempadanan terletak di bawah pentadbiran "the government of today", maka kerja-kerja muslihat politik tak dapat disembunyikan.
Pertumbuhan pengundi dari PRU pertama selepas persempadanan 2003 iatu PRU11 (PRU 2004) dengan PRU terakhir iaitu PRU13 (PRU 2013), sewajarnya menjadi asas persempadanan semula. Jumlah pengundi dalam PRU11 ialah 10,285,521(angka rasmi dari Penyata Pilihan Raya 2004), sementara dalam PRU13 ialah 13,258,568 orang (kiraan manual peribadi dari keputusan PRU13 dari media cetak tempatan). Pertambahan seramai 2,972,997 pemilih atau peningkatan 28.90 peratus. Angka 28.90 peratus iaitu peratus purata pertambahan pemilih nasional ini, harus dijadikan asas persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dalam persempadanan semula 2003, 4 buah negeri telah dinafikan oleh SPR untuk menambahkan kerusi dewan perundangan iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, iaitu negeri-negeri majoriti pengundi Melayu. Di negeri-negeri tersebut tidak ditambah kerusi Parlimen dan kerusi dewan Undangan Negeri (kecuali ada tambahan dua kerusi negeri untuk Kelantan), yang dilaksanakan oleh SPR ialah menyusun semula persempadanan. Kerja-kerja SPR ini mengwujudkan ketidakseimbangan pemilih mengikut kawasan berbanding pola jumlah pemilih sebelum persempadanan. Hasilnya, yang dapat manfaat ialah parti-parti BN, sebagai hasil dari prestasi buruk BN dalam PRU10 (PRU 1999) di kawasan-kawasan majoriti Melayu.
Hasil persempadanan 2003, purata pemilih bagi kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu, adalah tinggi. Purata pemilih kerusi Parlimen dalam PRU13 bagi Semenanjung ialah 67,800 orang. Purata bagi kerusi-kerusi Parlimen di Kedah ialah 69,400, Kelantan; 65,700 dan Terengganu; 79,500 orang. Sebagai negeri majoriti Melayu , angka ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan purata nasional bagi keseluruhan negeri di Semenanjung. Di samping itu, negeri-negeri majoriti Melayu adalah meliputi kawasan luar bandar yang mana pastinya wajaran pengundi bagi kawasan luar bandar mesti di bawah purata nasional.
Secara perbandingan, Pahang yang merangkumi kawasan luar bandar sifatnya, purata pemilih setiap kawasan Parlimen ialah 52,600 pemilih. Pulau Pinang dengan sebahagian besar kawasan pilihan rayanya bersifat bandar dan separuh bandar, tetapi purata 65,000 orang sahaja, dengan cuma 34.10 peratus sahaja pengundi Melayu.
Dengan purata pemilih dalam PRU13, 69,400 pemilih bagi negeri Kedah, melebihi purata Semenanjung, sepatutnya ditambah 2 kerusi Parlimen lagi, di samping tidak ditambah dalam persempadanan 2003 kerana majoriti pengundi Kedah adalah Melayu (76.40 peratus).
Di Kedah, dalam tempoh 9 tahun (2004-2013), pemilihnya bertambah sebanyak 26.68 peratus atau 219,265 orang, walaupun di bawah purata pertumbuhan nasional (28.90%), relatifnya tinggi atas sifatnya kawasan luar bandar tetapi bilangan pengundi yang tinggi melepasi purata nasional. Kawasan Parlimen Pokok Sena (80,000 pemilih), Alor Star (69,000), Kuala Kedah (95,000), Pendang (70,000) atau Jerai (74,000), sebahagian kawasan tersebut boleh membentuk satu kawasan pilihan raya baru. Semua kerusi ini adalah majoriti pengundi Melayu, kecuali Alor Star dengan 61.24% pengundi Melayu, kerusi lain mempunyai pengundi Melayu melebihi 78%.
Anehnya, Alor Star, kawasan bandar lebih kecil bilangan pemilih banding dengan kawasan luar bandar yang didiami pengundi Melayu. Munasabah satu kawasan Parlimen baru, bersifat kawasan separa bandar.
Di bahagian selatan Kedah, kerusi Parlimen Merbok (86,000 pemilih), Sungai Petani (93,000), Baling (93,000), Padang Serai (74,000) perlukan dipersempadankan semula untuk membolehkan satu kawasan Parlimen baru dapat dibentuk, untuk mengimbangi purata pemilih di Kedah dan nasional. Di samping itu, dalam tempoh 9 tahun, peningkatan pemilih yang tinggi di Merbok (48.30%), Sungai Petani (31.38%) dan Padang Serai (37.80%), kesan perubahan fizikal kependudukan dan pembangunan. Kerusi Baling mempunyai 88.74% pengundi Melayu, perlu diperkecilkan bilangan pengundinya untuk dicantumkan membentuk satu kawasan pilihan raya baru. Merbok juga kawasan majoriti Melayu, 64.53%, sementara Sungai Petani dan Padang Serai adalah kawasan campuran, dengan pengundi Melayunya; 58.84% dan 55.50%.
Kedah yang mempunyai 15 kerusi Parlimen semasa perlu tambahan 2 kerusi Parlimen berasaskan wajaran bandar-luar bandar, purata jumlah pengundi dan peratusan peningkatan jumlah pemilih.
Perlis tidak terlibat dengan persempadanan 2003. Purata pemilih setiap kawasan Parlimen di Perlis ialah 45,700 orang dengan pertambahan 22.11% pengundi dalam tempoh 2004-2013. Tiga kerusi Parlimen di Perlis sekarang sudah cukup dan sesuai dengan wajaran kawasan luar bandar.
Kelantan menghasilkan peningkatan pemilih seramai 257,711 orang atau 38.59% dari 662,722 dalam PRU11 kepada 920,433 dalam PRU13. Peratusan peningkatan pemilih yang agak besar di Kelantan, memerlukan pertambahan kerusi Parlimen. Walaupun purata pengundi di kawasan Parlimen di Kelantan, 65,700 orang, di bawah purata 67,800 bagi Semenanjung, atas faktor wajaran kawasan luar bandar dan mundur, purata tersebut memerlukan pertambahan kawasan pilihan raya Parlimen.
Parlimen Tumpat memiliki kepadatan pengundi yang tinggi dalam PRU13; 99,000 pemilih kesan peningkatan 39.57% dalam tempoh 9 tahun, bersama Pasir Mas dengan 72,000 pengundi, meningkat sebanyak 36.67%, adalah kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah pengundi dan peratusan pertambahan, mengatasi angka Semenanjung. Catuman sebahagian kawasan pilihan raya semasa bagi Tumpat dan Pasir Mas, mampu mewujudkan sebuah kerusi Parlimen baru.
Kerusi Parlimen Bachok dengan 81,000 pengundi dan Parlimen Pasir Puteh; 76,000 pengundi boleh dipecahkan untuk membentuk sebuah kawasan pilihan raya Parlimen yang baru. Lantaran kedua-dua kawasan Parlimen luar bandar ini memperlihatkan peningkatan peratusan pemilih yang tinggi; 47.25% dan 33.34%. Sementara Parlimen Kota Bharu yang mengandungi seramai 81,000 pemilih dalam PRU13 sewajarnya sesuai dengan latar belakang kawasan bandar dan separa bandar, walaupun pengundinya meningkat 32.58% lebih tinggi dari purata peratusan nasional.
Keseluruhannya kawasan-kawasan pilihan raya di Kelantan mencatat peningkatan peratusan pemilih yang tinggi dalam tempoh antara PRU pertama selepas persempadanan terakhir dengan PRU terakhir(2004-2013), serta sengaja tidak terlibat dalam persempadanan terakhir (kecuali kerusi negeri), kawasan pilihan raya di Kelantan sepatutnya ditambah 2 kerusi Parlimen baru.
Satu lagi negeri yang tidak terlibat dengan persempadanan terakhir ialah Terengganu. Malah persempadanan sebelumnya pun (1993), tidak dilibatkan Terengganu. Angka pemilih dalam tahun lepas (2013), purata pemilih setiap kawasan pilihan raya Parlimen di Terengganu adalah paling tinggi, 79,500 orang. Seolah-olah satu gambaran, Terengganu adalah kawasan bandar dan separa bandar. Di samping itu, peningkatan pengundi di Terengganu adalah amat tinggi, 39.50%, kedua selepas Selangor (44.36%).
Lima kerusi Parlimen di Terengganu; Kuala Nerus (76,000 pemilih), Kuala Terengganu (94,000), Marang (90,000), Dungun (78,000) dan Kemaman (92,000), perlu disempadankan semula yang boleh mewujudkan tambahan 3 kerusi Parlimen baru Dengan itu, setiap kawasan Parlimen di Terengganu mempunyai antara 53,000 hingga 55,000 pemilih, munasabah sebagai kawasan luar bandar.
bersambung
Jumaat, 7 November 2014
Pak Sako
KENANGAN BUAT PAK SAKO
Hari ini, 7hb November, Allahyarham Dr Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako meninggalkan kita, 23 tahun lalu, 07/11/1991, pada usia 72 tahun.
Ishak tokoh yang menguasai dua bidang: politik dan kesusasteraan, tokoh yang tidak asing mewarnai sejarah tanah air kita. Latar belakang beliau amat menarik, mempamirkan perwatakan, jatidiri dan keikhlasan seorang pejuang.
Dalam catatan perjalanan hidup, Ishak yang dilahirkan dalam tahun 1919, dalam kalangan tapak perjuangan menentang kolonialisme iaitu daerah Temerloh, menampakkan anti-kolonialisme di awal usianya. Seorang pelajar cemerlang, dapat pangkat pertama peperiksaan Senior Cambridge, satu tahap pencapaian pendidikan yang istimewa dan tinggi pada zamannya. Setaraf dengan kelulusannya, beliau dilantik sebagai majisterit. Beliau melihat jawatan ini, memisahkannya dengan masyarakat terbanyak, rakyat awam. Meletakkan beliau di satu kelas, kelas yang memisahkan antara penindas dengan yang tertindas. Justeru itu, beliau meninggalkan jawatan prestif berkenaan.
Semasa saya di penghujung persekolahan rendah, media utama masa itu memunculkan nama beliau bersama beberapa tokoh politik leftist sebagai perancang komplot ganyang Malaysia, ditahan di bawah undang-undang ISA. Saat itu, saya mengenali Ishak lebih dekat, sebelum itu saya telah membaca beberapa hasil penulisan beliau dalam bentuk buku cerita atau novel. Zaman penjajahan, pernah merengkok dalam tahanan British.
Dalam politik beliau adalah Pengerusi Partai Buruh Malaya dan Pengerusi Socialist Front (gabungan Partai Buruh dan Partai Rakyat), sehinggalah Partai Buruh diharamkan dalam tahun 1967.
Saya mengkagumi perjalanan hidup dan falsafah hidup beliau setelah membaca teks bicara tokoh semasa beliau dianugerahkan ijazah Doktor Persuratan, dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia, 1973. Teks ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Ucapan beliau banyak menyindir birokrasi dan kepimpinan Melayu yang tidak mempertahankan jatidiri bangsa dan serta ketamadunan bangsa.
Kehebatan beliau adalah hidup sebagai manusia biasa tanpa limpahan kemewahan dan pangkat, walaupun memulakan kerjaya dengan jawatan berprestif. Sungguhpun tidak nampak kejayaan di bidang politik, mesej dan perjuangan menerusi dunia persuratan, sehingga diiktirafkan dengan penganugerahan ijazah kehormat Doktor Persuratan.
Alfatihah, semoga berkat perjuangan dan pengorbanannya, rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada dan salihin.
Selasa, 4 November 2014
Persempadanan semula 8: alasan dangkal
SPR USAH TAKUT PERSEMPADANAN SEMULA
Kenyataan kepada media Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) TS Abdul Aziz Mohd Yusof, dua hari lepas menjawab soalan keganjilan kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya yang lazimnya setiap 8 tahun, sejak 40 tahun lalu. SPR menjangka akan mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun penghujung tahun ini.
Salah satu tugasan utama SPR ialah menjalankan persempadan kawasan pilihan raya, paling cepat setelah 8 tahun, selepas kajian terdahulu, sebagaimana diperuntukan oleh Seksyen 8, Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Peraturan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, serta Akta Pilihan Raya bersama mekanisme pelaksaan tidaklah dipersoalkan kerana ianya tugasan eksekutif SPR.
Persoalan orang ramai ialah kerja-kerja persempadanan kawasan pilihan peringkat nasional terdahulu tidak lari dari peruntukan Perlembagaan. Justeru itu, terbina skima kerja seragam dalam 4 persempadanan yang lepas. Maksudnya selepas kita mencapai kemerdekaan, kecuali persempadanan bagi negeri Sarawak yang terasing dari kerja atau jadual induk SPR. Setiap 10 tahun dibentangkan di dewan legislatif serta diwartakan persempadanan kawasan iaitu 1973, 1983, 1992 dan 2003, di mana kerja-kerja ke arah persempadanan bermula 8 tahun selepas pewartakaan persempadanan terdahulu.
Kerja-kerja untuk persempadanan nasional yang kelima sepatutnya dilaksanakan dalam tahun 2011, iaitu sekurang-kurangnya 8 tahun selepas persempadanan yang terakhir, 2003. SPR memberi alasan penangguhan ini berlaku kerana SPR takut bertembung dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Anihnya, mengapa takut bertembung dengan PRU, sedangkan persempadanan sebelum ini menjelang PRU yang menyusulinya.
PRU3 yang diadakan dalam tahun 1969, walaupun Parlimen digantung untuk tempoh lebih setahun, tempoh PRU4 sepatutnya dalam tahun 1975, tetapi diadakan dalam tahun 1974. Apakah pada masa itu, SPR sudah menjangka PRU4 akan diadakan dalam tahun 1974, dan memaksa SPR melaksanakan persempadanan kawasan pilihan raya dalam tahun 1973, di mana tambahan 10 kawasan pilihan raya baru untuk kerusi Parlimen adalah memecah dan mempersempadankan kawasan majoriti Melayu atau bertujuan menambah perwakilan Melayu di samping mengagih kerusi untuk komponen Perikatan/Barisan Nasional.
Kawasan Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Machang adalah sebahagian dari kawasan Parlimen Ulu Kelantan dan Parlimen Tanah Merah. Kawasan Parlimen Ulu Nerus adalah cantuman pecahan kawasan Parlimen Kuala Terengganu Utara (kemudiannya Kuala Nerus) dan Parlimen Besut. Kawasan Parlimen Seberang Prai Tengah yang diwakili UMNO dipecahkan untuk membentuk Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Permatang Pauh. Kerusi Bukit Mertajam diberi kepada MCA dan Permatang Pauh untuk UMNO.
Selepas kejayaan lawatan Tun Abdul Razak ke China, bertemu Pengerusi Mao, merintis hubungan diplomatik dengan negara itu serta kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dalam tahun 1974, memberikan advantage serta keyakinan BN mengadakan PRU pertama selepas Peristiwa 13 Mei. Pertemuan Tun Razak dengan Pengerusi Mao memberi impaks besar menarik pengundi Cina menyokong BN, sementara kejayaan Persidangan OIC menaikkan imej BN di kalangan masyarakat Melayu dan Islam. Apakah persempadanan kawasan 1973 bersama 2 peristiwa besar itu sebagai agenda terancang bagi BN menghadapi PRU4.
Sungguhpun persempadanan perlu diadakan sebagaimana peruntukan Perlembagaan, kerana perubahan fizikal kawasan, perubahan kependudukan, perubahan kemudahan prasarana di samping menambahbaik pengurusan pendaftaran pemilih dan urusan pilihan raya, tetapi faktor political mileage kepada pemegang kuasa lebih diutamakan. Pencapaian terburuk dialami Perikatan dalam PRU3, memberi ruang menggunakan SPR untuk mengukuhkan kuasa legislatif. Kemerosotan sokongan bukan Melayu kepada Perikatan, memberi peluang untuk memperbanyakkan kawasan pilihanraya majoriti Melayu.
Trend yang sama diterjemahkan dalam persempadanan 1983 dan 1992, untuk memperkukuhkan Barisan Nasional yang dikepalai UMNO menghadapi PRU selepas persempadanan semula. Pengiraan undi di pusat pengundi atau mengikut daerah mengundi, bermula PRU8 (PRU 1990) memudahkan kerja-kerja membentuk kawasan pilihanraya yang boleh memberi jaminan berpihak kepada BN. Menyusun dan mengkelompokkan daerah mengundi berasaskan pencapaian parti-parti tertentu, bagi memberi ruang potensi parti pemerintah menang, mengakibatkan ketidakseimbangan bilangan pengundi, bentuk peta kawasan pilihanraya yang lucu di samping memecahkan kawasan pentadbiran.
Persempadanan terakhir iaitu dilaksanakan dalam tahun 2003, nampak sangat agendanya berasaskan keputusan PRU terakhir, iaitu PRU10 (PRU 1999) yang menyaksikan hambatan keluar pengundi Melayu dari BN. Kemenangan BN di Semenanjung banyak bergantung kepada pengundi bukan Melayu. Persempadanan 2003 menumpukkan kepada pembentukan kawasan-kawasan pilihanraya campuran dengan mengabaikan kawasan majoriti Melayu, menyebabkan tidak berlaku pertambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu; Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Adakah persempadanan tidak diadakan dalam tahun 2011, sebagaimana kelazimannya setiap paling kurang 8 tahun, kerana kesibukan untuk hadapi PRU13. Jikalau atas rasional bimbang bertembung dengan persiapan PRU, apa beza dengan 3 persempadanan dulu. PRU11 (PRU 2004) boleh diadakan dalam tahun 2003, iaitu tahun keempat selepas PRU terakhir sebagaimana PRU lain sebelum itu. PRU8 (1990) adalah tahun keempat selepas PRU7 (1986). Jarak antara PRU5 (1978) dengan PRU6 (1982) 3 tahun 8 bulan sahaja.
Perkara pokok mengapa persempadanan tidak diadakan 2011, mungkin kejutan hasil PRU12 (PRU 2008), menghasilkan pencapaian terburuk parti pemerintah. Tumpuan utama SPR adalah menjalankan kerja-kerja teknikal berganda mempastikan BN terus mempertahankan kuasa. Antara kerja utama teknikal ialah pendaftaran pemilih. Mekanisme strategik ini menjadi benteng terakhir BN untuk menandingi pihak lawan, lantaran sejak akhir-akhir ini sangat menyerlah kerja-kerja SPR yang diragui ketelusan, intergriti dan keterbukaan.
Oleh kerana hasil PRU13 tahun lepas, pencapaian BN berterusan merosot, tidaklah sepatutnya SPR mencari berbagai alasan memperlambatkan mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan.
Sewajarnya SPR bertindak dan menjalankan tangungjawab sebagai sebuah badan profesional berasaskan Perlembagaan serta asas demokrasi amalan kita iaitu sistem perwakilan. Sistem perwakilan sepatutnya menggambarkan suara majoriti menguasai demokrasi diterjemahkan undi popular seiring dengan nisbah perwakilan. Amat malang bagi sebuah sistem demokrasi kuasa 48 peratus menguasai keseluruhan sistem. Justeru itu, taburan pemilih berimbangan mengikut kawasan tanpa prejudis atas rasisme, akan dapat memenuhi hakikat tuntutan demokrasi " satu orang satu suara".
Khamis, 30 Oktober 2014
Bajet & ekonomi berkat
BAJET 2015 CAMPURAN SOSIALISME DAN KAPITALISME TANPA EKONOMI BERKAT
Pembentangan bajet 2015 tempoh hari menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dengan people economy. Capital economy merujuk kepada pengurusan dan dasar ekonomi yang berbentuk makro. Strategi ini mengunjurkan sasaran kepada pengurusan ekonomi yang berasaskan modal, pertumbuhan KDNK, pendapatan per kapita, pelaburan swasta, pasaran modal, keuntungan syarikat, indeks bursa dan nilai saham.
People economy merujuk kepada keutamaan dan kepentingan rakyat. Atau dengan istilah yang mudah: langkah-langkah untuk meningkatkan keperluan rakyat. Elemen-elemen kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, dan tidak kurang pentingnya ialah jaminan keselamatan.
Apa saja sistem ekonomi yang diamalkan dalam merancang dan melaksanakan matlamat bajet sama ada sistem ekonomi sosialisme atau sistem ekonomi kapitalisme bertunjangkan kepada peningkatan KDNK yang diseimbangani dengan peningkatan keperluan rakyat.
Bajet 2015 yang dibentangkan 2 minggu lepas menjanjikan berbagai langkah untuk memenuhi maksud people economy iaitu ekonomi keperluan rakyat. Sungguhpun dendangan bajet ini memberi lunakan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, hakikinya tidak menampakkan langkah untuk mengseimbangan pendapatan dan kekayaan antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Usaha untuk merapatkan lompangan antara kelompok kecil yang menguasai komponen terbesar kekayaan negara dengan khalayak ramai yang mendiami sektor daya pengelauaran rendah. Ini lantaran struktur kadar cukai progresif untuk merapatkan jurang pendapatan tidak dilaksanakan, secara jelas bajet dibikin demi menjaga kepentingan golongan kecil yang menguasai bahagian besar kekayaan negara. Justeru itu, pendapatan per kapita yang dikatakan meningkat tetapi tidak menggambarkan taraf hidup sebenar rakyat kerana jurang yang semakin melebar antara kelompok kecil dengan majoriti rakyat, rata-ratanya berpendapatan RM4,000.00 sebuah setiap isi rumah.
Ekonomi kapitalis berasaskan pasaran bebas yang memberi ruang persaingan terbuka selari dengan tuntutan persamaan hak oleh sistem demokrasi, merancakkan pembikinan jurang ketaksamaan kekayaan antara rakyat. Ekonomi sosialis yang menjanjikan keadilan untuk semua menerusi tuntutan memenuhi keperluan rakyat, agar terukirnya agihan pendapatan dan kekayaan yang seimbang.
Tradisinya bajet negara kita mengekalkan langkah-langkah meningkatkan KDNK dan taraf hidup rakyat menerusi acuan campuran pendekatan kapitalisme dan sosialisme. Bajet yang dibentangkan lebih 2 jam pada 10/10/2014 lepas, tidak sepatah pun menyebut ekonomi berkat. Konsep berkat tiada dalam kamus sosialisme dan juga bagi penganut kapitalisme. Cita-cita untuk menzahirkan perbelanjaan berhemah, kesejahteraan hidup rakyat tanpa gangguan inflasi dan kemelesetan ekonomi, memberikan reaksi negatif dan kurang yakin. Kesangsian menemui objektif kesejahteraan hidup rakyat menerusi capital economy dan people economy kerana kedua-dua pendekatan ekonomi ini tidak sangkutkan dengan ekonomi berkat, yang menggabungkan nilai-nilai tauhid dengan pengaturan aktiviti ekonomi harian. Batasan ras dan politik kroni menjauhkan penyusunan agihan kekayaan anugerah Ilahi yang diizinkan oleh ekonomi pasaran bebas, melambatkan keadilan untuk semua rakyat yang berhak mendapat rezeki kurniannNya.

Selasa, 21 Oktober 2014
Cukai Untuk Semua
BAJET 2015: CUKAI UNTUK SEMUA
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober lepas mendapat reaksi yang positif bagi pembayar cukai. Bajet yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat mencerminkan bajet bersifat mesra pengguna dengan menawarkan beberapa langkah untuk meningkatkan kuasa beli.
Langkah-langkah memperkukuhkan dasar fiskal yang dibentangkan dalam Bajet 2015 menjawab soalan untuk mengabsahkan negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi. Bajet 2015 mewarisi tradisi langkah-langkah menerusi dasar fiskal dan dasar kewangan menghadapi kemelesetan ekonomi. Lebihan penawaran agregat yang tinggi, dengan lambakan barangan tempatan; sektor pertanian dan sektor pembuatan, secara langsung menghimpit kehidupan rakyat yang bergantung kepada sektor berkenaan. Kesukaran dan kesempitan hidup dalam sektor berkenaan yang memberikan kejatuhan kuasa beli pengguna memberi sumbangan besar kepada kemelesetan ekonomi yang berlanjutan semenjak zaman Reformasi.
Suntikan dalam berbagai bentuk untuk meningkatkan kuasa beli pengguna, ada sedikit kesan kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lingkaran ekonomi yang saling bergantungan antara pengguna dengan pengeluar, antara petani dengan peniaga, antara buruh dengan korporat, saling membantu antara satu sama lain untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi. Saling bergantungan ini masih mengekalkan ketidakadilan dan ketaksamaan ekonomi yang menampakkan kelompok dalam sektor utama menjadi mangsa kepada kemelesetan ekonomi.
Bajet 2015 membentangkan berita baik untuk pembayar cukai. Struktur cukai pendapatan ditambahbaik dengan penurunan kadar cukai berasaskan pendapatan bercukai. Berdasarkan kaedah pencukaian dalam tahun taksiran 2013, individu yang berpendapatan boleh cukai di bawah RM29,725.00, atau pendapatan bulanan di bawah RM2,480.00 umumnya dikecualikan dari membayar cukai pendapatan. Ianya bergantung kepada pelepasan yang ditanggung oleh individu berkenaan. Individu yang memiliki tanggungan yang kecil serta pembayaran yang dibenarkan, membayar cukai pendapatan yang relatifnya rendah.
Bajet 2015 mengurangkan kadar cukai pendapatan dari 2 peratus kepada 1 peratus bagi mereka yang mempunyai pendapatan bercukai dalam lingkungan RM5,000.00 hingga RM20,000.00. Pendapatan bercukai adalah pendapatan agregat atau pendapatan tahunan ditolak pelepasan. Kelompok seterusnya, pendapatan bercukai RM20,000.00 hingga RM35,000.00, dikurangkan dari 6 peratus kepada 5 peratus. Begitulah seterus, pengurangan antara 1 hingga 3 peratus, untuk pendapatan bercukai yang lebih tinggi.
Pelepasan yang tergolong dalam pemotongan cukai berkala (PCB) adalah tanggungan pembayar cukai; diri, isteri, dan insurans, terhad kepada RM15,000.00, disamping pelepasan RM1,000.00 setiap anak bawah 18 tahun. Pembayaran bukan melali PCB untuk diri seperti faedah pembelian rumah, yuran pendidikan sendiri, pembelian buku dan seumpamanya yang terhad kepada nilai ditetapkan dengan jumlah RM26,300.00. Di samping itu, pembayaran untuk tanggungan ahli keluarga seperti individu kurang upaya, perubatan ibu bapa dan sebagainya terhad kepada RM3,500.00.
Bajet 2015 memberi kelegaan kepada 300,000 pembayar cukai sedia ada kerana pengurangan kadar cukai pendapatan menyebabkan mereka dikecualikan cukai pendapatan. Disimpulkan individu yang berpendapatan di bawah RM4,000.00 sebulan tidak akan terlibat dengan cukai pendapatan. Peningkatan kuasa beli pengguna dijangka naik dengan tindakan fiskal ini.
Apakah dengan perubahan kadar cukai pendapatan, memberikan 80 peratus isu rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000.00 sebulan tidak terlibat sebagai pembayar cukai. Justeru dengan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Mei 2015, secara langsung semua rakyat tanpa mengira lingkungan atau garisan pendapatan bulanan, akan menjadi pembayar cukai yang aktif. Dengan kuasa beli pengguna yang meningkat dengan pengurangan kadar cukai pendapatan, pemberian bonus kepada kakitangan awam, BR1M kepada rakyat berpendapatan bawah RM4,000.00 sebulan dan lain-lain insentif, akan meningkatkan permintaan agregat. Peningkatan permintaan agregat ini secara langsung meningkatkan pulangan kepada kerajaan menerusi pembayaran cukai, khususnya cukai tak langsung, cukai jualan dalam bentuk GST. Bajet 2015 adalah satu langkah meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan demi menjayakan GST, satu pengorbanan rakyat membantu negara.
Isnin, 13 Oktober 2014
Raikan Anak Muda Berpolitik
JANGANLAH JUMUD MELAYANI HAK ANAK MUDA BERPOLITIK
Membaca ulasan media pro UMNO bila beberapa wanita muda Melayu menyertai DAP, mengingatkan senario tipikal penolakan orang Melayu bila ada jiran sekampung atau sanak saudara menghantar anak ke sekolah aliran Inggeris sebelum Merdeka. Pandangan cerminan watak kolot serta fanatik agama setiap perubahan sosial sesuatu yang negatif.
Bila DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan tempoh hari, bukan main garang suara kepimpinan UMNO menyerang gadis Melayu lulusan undang-undang itu. Tambahan pula Dyana anak kepada seorang aktivis UMNO peringkat negeri. Cara pengolahan dan penampilan hujjah tentang penyertaan anak-anak muda Melayu ke dalam DAP, lebih menggambarkan bias, berat sebelah dan di luar batasan kotak akademik. Pengaruh serta penekanan emosional menumpulkan daya fikir pembinaan sebuah bangsa Malaysia, sebuah nation building dan kesejagatan Malaysia serta orang Melayu di pentas antarabangsa.
Nama Dyana Sofya menjadi popular dan watak kontroversi ikut versi UMNO bila terlibat dengan PRK Teluk Intan. Sebagai parti yang memperjuangkan rasisme Melayu, usaha-usaha proaktif anak-anak muda Melayu menyertai politik dianggap sebagai satu ancaman. Ancaman yang membimbangkan survival UMNO kerana tradisinya UMNO yang mengongkong persepsi politik Melayu, menguasai teras politik iaitu politik tradisional.
Politik feudal tradisional yang bersifat kampungan, mengekang penguasaan dan pengaruh menjadikan jiwa Melayu itu penuh dengan ketakutan hasil berbagai dongengan dan propaganda. Justeru itu, kuasa dan kepimpinan beredar dalam kelompok yang terbatas. Sebarang cubaan untuk memecahkan kelompok disifatkan sebagai satu ancaman masa depan orang Melayu. Di peringkat akar umbi, ada sekatan menghalang seseorang individu sertai parti di peringkat cawangan, khususnya di negeri-negeri tegar sokongan kepada UMNO. Budaya ini, menafikan keterbukaan dan mematikan kepentingan ummah dalam ragam partisipasi politik demokrasi ala Malaysia.
Setelah penyertaan Dyana Sofya, diikuti Syafura Othman dan terakhir Jamila Rahim menimbulkan kritikan pedas dari setengah pihak, seolah cetusan fenomena ini suatu yang membimbangkan generasi muda. Tulisan pensyarah UTAR, Edwin Micheal dalam portal berita, Free Malaysia Today, memperli kecenderungan baru iaitu gadis Melayu memilih DAP sebagai wadah perjuangan. Tulisan beliau " DAP dan Politik Onani" meletakkan rasa tidak senang perkembangan baru pasca PRU13.
Penglibatan gadis berpurdah Melati @ Jamila Rahim bersama DAP, sebuah portal tajaan UMNO, mykmu.net, menyelar tindakan gadis itu dalam sebuah rencana bertajuk, "Melalti lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP". Wah, hebatnya angan-angan dan khayalan cyber tropper pro UMNO, seolah UMNO parti paling mulia, bermaruah dan penuh dengan estatika utuh. Bagus juga jawapan balas dari anak muda Melayu; berilah peluang anak muda sertai sebuah wadah demi kebebasan, ketelusan dan persamaan hak yang dituntut oleh demokrasi, daripada sertai sebuah parti yang penuh dengan propaganda fitnah, konspirasi politik demi survival serta mengajar rakyat sikap berpecah belah dengan perkauman sempit.
Fokus semua parti dalam pilihan raya umum adalah kepada pengundi muda, pengundi di bawah umur 40 tahun. Dengan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibantu parti-parti politik, kesedaran mendaftar sebagai pemilih semakin meningkat khususnya selepas PRU12. Cetusan gelombang tsunami politik dalam PRU12 memberikan suntikan kesedaran keperluan kepada penglibatan semaksima mungkin semua rakyat menyertai politik demokrasi kepilihanrayaan. Sebenarnya, kepekaan khalayak masyarakat sivil ke momentun ini bermula lebih awal, iaitu zaman Reformasi yang memberi impaks kepada PRU10 (PRU 1999).
Hampir separuh pengundi hari ini adalah di bawah 40 tahun di samping separuh adalah wanita, menggambarkan satu keperluan perwakilan yang aktif dan seimbang mewakili kelompok ini. UMNO yang memiliki 88 kerusi di Parlimen, cuma diwakili oleh 10 peratus sahaja dengan 8 orang Ahli Parlimen wanita. Parti Bumiputra Bersatu (PBB), mempunyai perwakilan wanita yang paling tinggi, 4 dari jumlah 14 Ahli Parlimen atau 28 peratus, begitu jugalah Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan 2 dari 4 Ahli Parlimennya wanita atau 50 peratus. Keseluruhannya di pihak penyokong kerajaan dalam Parlimen, jumlah anggota wanita adalah 14 orang atau 10 peratus.
Usaha UMNO merekrutkan kepimpinan pelapis berakarkan sayap Puteri, amatlah dikagumi. 3 bekas Ketua Puteri Pusat dan Ketua Puteri kini menduduki kerusi Parlimen hari ini; Azalina Othman, Noraini Ahmad, Rosnah Rashid Shirlin dan Mas Ermieyati Shamsuddin. Makna UMNO menampilkan separuh anggota perundangan berlatarbelakangkan aktivis anak muda.
Sementara di pihak pakatan pembangkang Parlimen, DAP mempunyai 4 wakil rakyat wanita dari 37 Ahli parlimennya, PKR pula 3 dari 30 Ahli Parlimen, dan Pas 2 orang dari jumlah 21 Ahli Parlimen, masing-masing mewakili 10 peratus setiap parti.
Sama ada barisan kerajaan mahupun pembangkang, masing-masing memiliki 10 peratus keanggotaan dewan legislatif Persekutuan. Angka ini jauh dari sasaran dan rancangan semua pihak meletakkan angka 30 peratus penyertaan wanita dalam pentadbiran dan pembuat dasar.
Justeru itu, langkah DAP mengorak langkah mengaktifkan wanita muda Melayu dalam politik sepatutnya disambut baik dan diberi galakan dan sokongan. Sekurang-kurangnya 3 rasionale dapat dikumpulkan;
1. Meningkatkan bilangan perwakilan Melayu mewakili DAP sebagai parti berbilang kaum kerana di Parlimen semasa, DAP diwakili oleh 29 Ahli Parlimen berbangsa Cina, 6 India dan 2 Melayu;
2. Meletakkan wanita Melayu sebagai anggota perundangan kerana hari ini dari 4 Ahli Parlimen wanita DAP, terdiri dari 3 Cina dan satu India. Di peringkat Dewan Undangan Negeri, ADUN wanita dari DAP hari ini adalah 4 di Johor, 2 Pahang, 3 Pulau Pinang, 2 di Perak, 3 di Sarawak dan 4 dalam DUN Selangor, dengan keseluruhannya 19 orang: 18 Cina, 1 India, tanpa wakil dari wanita Melayu.
3. Berbeza dengan parti politik lain, di kalangan perwakilan dewan legislatif sama ada Parlimen atau DUN, lebih separuh wakil rakyat wanita DAP adalah dalam lingkungan umur belia, bawah 40 tahun dan berpelajaran tinggi.
Ruang dilebarkan oleh DAP adalah satu tajaan politik masa depan yang pragmatis. Anak-anak muda yang terdedah dengan pendidikan politik dan persekitaran anti-demokratik, akan melompat keluar dari kepompong, demi mengejar impian politik baru berasaskan realiti, keharmonian dan keadilan untuk semua. Keberanian kepimpinan DAP meletak anak muda, Hannah Yeoh mengetuai Dewan Undangan Negeri Selangor serta menghantar peguam-peguam muda seperti Teo Nie Ching dan Alice Lau, di samping peguam-peguam muda lelaki ke Parlimen, menjadi ancaman besar dalam perebutan sokongan dan perhatian pengundi muda.
Sentimen rasis UMNO hanyalah sebuah sendiwara untuk meraih sokongan orang Melayu selaku teras kuasa politik tanah air, kerana keahlian UMNO tidak terbatas kepada orang Melayu dan Bumiputera Islam sahaja. Di Sabah, Ketua UMNO bahagian Penampang, Datuk John Ambrose, seorang penganut Kristian. Veteran politik Sabah, John Ghani, juga ahli UMNO penganut Kristian, dalam satu Perhimpunan Agung UMNO menyebut, 8 bahagian UMNO mempunyai jumlah ahli yang ramai bukan penganut Islam; Penampang, Tenom, Pensiangan, Papar, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu dan Kudat.
Di Semenanjung, cawangan-cawangan UMNO ditubuh di perkampungan masyarakat Thai berugama Buddha di Perlis dan Kedah. Datuk Charen Intrachat, yang mengetuai Persatuan Siam Malaysia dengan keahlian lebih 60,000 orang, adalah Ketua UMNO cawangan Kota Giam Sungai Baru, di Kubang Pasu. Senator Datuk Boon Som a/l Ing, seorang Ketua UMNO Cawangan di Perlis.
Tidak sewajarnya UMNO yang mengetuai BN mengambil tindakan secara halus menghalang penglibatan anak-anak muda mencari alternatif lain demi memenuhi tuntutan realiti politik baru. Realiti politik yang berasaskan persamaan hak, good governance, tatakelola pentadbiran yang baik dan telus, serta meraikan roh dan semangat demokrasi. Realiti politik yang meminggirkan nilai-nilai rasis, perkauman sempit serta manafikan kemuliaan ilmu dan elemen keadilan.

Selasa, 30 September 2014
Pengkalan Kubor 6: senario PR
PRK PENGKALAN KUBOR MENGANALISIS SENARIO PAKATAN RAKYAT
Keputusan PRK N.01 Pengkalan Kubor Khamis lepas, yang memberikan kemenangan kepada calon UMNO/BN semenangnya sudah diduga, yang menarik perhatian ialah peningkatan peratusan majoriti yang lebih besar. Majoriti sebanyak 2,625 undi atau 15.15 peratus berbanding 1,736 undi atau 9.28 peratus dalam PRU13. Kemenangan UMNO/BN sememangnya diduga berasaskan senario pilihan raya kecil (PRK) melibatkan kawasan luar bandar sama ada di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.
Satu faktor yang perlu diberi perhatian ialah faktor peratusan keluar mengundi. Peratusan keluar mengundi yang rendah 73.25 peratus, lebih rendah dari peratusan 79.00 peratus dalam PRU13, tidak menghalang usaha BN meningkatkan pungutan undi serta saiz majoriti kemenangan. Lazimnya, peratusan keluar mengundi yang rendah akan mengurangkan pencapaian calon BN dalam mana-mana PRK. Biasanya dalam mana-mana PRK, bila selesai pengundian, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi yang tinggi, melebihi 80 peratus, sudah dapat dibayangkan prestasi undi BN yang meningkat; menang dengan majoriti yang meningkat atau kalah dengan majoriti yang mengecil berbanding dengan PRU terakhir.
Dalam tempoh lima hari selesai PRK berkenaan, berbagai ulasan, komentar dan tafsiran diutarakan berbagai pihak. Namun ulasan pergerakan undi parti-parti yang bertanding mengikut daerah mengundi tidak diberi keutamaan. Pemerhatian secara lebih fokus kepada daerah mengundi sepatutnya dijadikan salah satu sudut pandangan yang menarik dalam penganalisisan gelagat, ragam dan sikap membina keputusan politik, kerana pengundi di Pengkalan Kubor memiliki latar belakang yang berbeza mengikut penempatan penduduk.
Perbezaan lokasi yang dipengaruhi oleh latar belakang sosio-budaya serta ekonomi membentuk keragaman pola pengundian. Pakatan Rakyat yang diwakili PKR dalam PRU13 dan Pas dalam PRK tempoh hari lebih menguasai kawasan pinggiran pantai serta kawasan mempunyai infrasuktur pendidikan keagamaan. Dalam PRK, undi Pas mewakili Pakatan Rakyat kali ini merosot dengan kadar yang tinggi di kawasan ini.
Undi Pas di daerah mengundi Kg Ketil, berkurangan sebanyak 103 undi dari 1115 undi dalam PRU13 kepada 1012 undi, atau dari 52.59 peratus kepada 49.93 peratus. Di daerah mengundi Kg Tebing, menurun dari 668 undi kepada 609 undi atau dari 57.05 peratus (PRU13) kepada 54.82 peratus. Kehilangan 59 undi popular. Kubu Pas paling kuat, daerah mengundi, daerah mengundi Kg Geting, undi Pas merosot sebanyak 213 undi, dari 1540 undi (60.75%) kepada 1327 undi (56.56%).
Di daerah mengundi Kedai Geting, undi Pas menurun dari 742 undi atau 58.80% kepada 671 undi atau 55.78 peratus dari jumlah undi sah dalam PRK. Di daerah mengundi Tujoh, Pas kehilangan 158 undi dari 1129 undi dalam PRU13 atau 49.91% kepada 971 undi atau 47.32 peratus sahaja. Kelima-lima daerah mengundi berkenaan mengandungi peratusan pengundi Melayu/Islam yang sangat tinggi, melebihi 99 peratus, kecuali Kg Ketil, 98.75 peratus.
Satu-satunya daerah mengundi di pedalaman, berlatar belakangkan masyarakat penanam padi, yang mempunyai pengaruh Pas yang tinggi, Telaga Bata, juga mengalami kemerosotan undi Pas yang besar. Undi Pas berkurangan sebanyak 140 undi berbanding undi Pakatan Rakyat menerusi PKR dalam PRU13. Dari 747 undi atau 52.35% dari jumlah undi sah, kepada 607 undi atau 45.67%.
Undi popular bahagian pilihan raya negeri dalam PRU13, dari 6 daerah mengundi di mana undi Pakatan Rakyat melebihi 49 peratus ini berjumlah 5,941 undi, menurun sebanyak 744 undi kepada 5,197 undi. Penurunan sebanyak 12.52 peratus memberi sumbangan yang besar kepada melebarkan kekalahan Pas dalam PRK ini.
Undi dipungut calon Pas dalam PRK adalah merosot di semua 12 daerah mengundi, menjumlah Pas kekurangan 1112 undi atau kejatuhan 13.17 peratus. Ini memperlihatkan prestasi Pas di daerah mengundi yang menjadi kubu BN: Pengkalan Kubor, Jubakar Darat, Bendang Pak Yong, Telok Jering, Simpangan dan Bunohan, cuma ada sedikit yang mempengaruhi pencapaian Pas secara keseluruhan. Pengundi Melayu/Islam di daerah mengundi Jubakar Darat cuma 0.80 peratus sahaja, sementara di bawah 90 peratus di Pengkalan Kubor (85.59%), Telok Jaring (85.87%) dan Simpangan (84.07%). Kecuali Pengkalan Kubor, semua daerah mengundi kubu BN adalah kawasan pedalaman berlatar belakangan masyarakat tani.
BN mengekalkan perolehan peratusan yang tinggi, 90.30% undi di daerah mengundi Jubakar Darat yang mengandungi 990 pengundi bukan Melayu dari jumlah 998 pemilih berdaftar.
Analisis mengikut daerah mengundi lebih menampakkan perbezaan kecenderungan sokongan kepada parti yang bertanding. Pas bergantung kepada undi di kawasan pantai, kawasan yang padat kependudukan, di mana dari 6 daerah mengundi di sini, Pas perolehi 69.15% undinya dalam PRK lepas, berbanding dengan PRU13 menerusi PKR sebanyak 67.56%. Sungguhpun peratus keluar mengundi yang menurun turun mengurangkan undian untuk Pas, pergantungan undi Pas bertumpu ke kawasan berkenaan.
Komposisi pengundi dari segi kaum dan kegiatan ekonomi juga menggambarkan sokongan kepada parti. Di daerah mengundi Pengkalan Kubor, yang mempunyai seramai 262 pengundi bukan Melayu/Islam atau 14.40% dari jumlah 2513 pemilih, undi yang dipungut oleh calon Pas cuma 31.54% sahaja, dan dalam PRU13, PKR perolehi 32.54% undi sah. Sementara prestasi undian Pas menguasai lebih separuh undian sah di 5 daerah mengundi kawasan berkenaan secara purata.
Di kawasan pedalaman iaitu 6 daerah mengundi, BN menguasai 67.50% dari jumlah undi sah dalam PRK, iaitu 4,669 undi dari jumlah 6,917 undi sah. Berbanding dengan pencapaian BN dalam PRU13, undi BN adalah 4755 undi atau 64.56% dari jumlah 7365 undi sah di 6 daerah mengundi tersebut. Perolehan undian tersebut adalah 46.87% dari jumlah undi BN dalam PRK, dengan sedikit peningkatan dari 46.74% dalam PRU13. Sungguhpun undian BN besar di kawasan berkenaan, namun perolehan undi yang lebih tinggi di kawasan pantai membantu BN meningkatkan majoriti kemenangan dalam PRK, walaupun peratus keluar mengundi yang menurun.
Peratus keluar mengundi yang lebih rendah berbanding dengan peratusan mengundi dalam PRU13, menyaksikan perolehan undi Pas menurun di semua saluran pengundian. Sebaliknya BN berjaya menambahkan undi di 4 daerah mengundi; Kg Ketil, Telaga Bata, Kedai Geting dan Simpangan. Peratusan undi Pas dari jumlah undi sah juga merosot di semua daerah mengundi, sebaliknya peratusan undi BN meningkat di semua daerah mengundi.
Bagi Pas dan Pakatan Rakyat, PRK ini bukan faktor pengundi luar yang tak pulang mengundi tetapi pengaruh serta gerakkerja jentera parti yang gagal merentasi batasan ras, latar sosio-ekonomi dan taburan penempatan. Tanpa penglibatan kepimpinan PKR dan DAP jelas menjejaskan momentun Pakatan Rakyat yang berbeza dengan PRK Galas dan Manek Urai. Pemimpin-pemimpin besar PKR dan DAP libat sama dalam kempen dan perarakan calon di Galas dan Manek Urai dulu. Di Manek Urai, peratusan pengundi bukan Melayu amat kecil berbanding dengan Pengkalan Kubor.
Isnin, 22 September 2014
Pengkalan Kubor 5: faktor pengundi luar
FAKTOR PENGUNDI LUAR DALAM PRK PENGKALAN KUBOR
Sejauh mana peranan pengundi luar iaitu 1,600 daripada jumlah 24,000 pengundi PRK Pengkalan Kubor menjadi faktor determinan, bergantung kepada medan tempur semasa di lokasi. Selepas 10 hari berkempen, kedua-dua parti yang bertanding BN dan Pas mempunyai peluang yang seimbang, sunguhpun BN menang besar, majoriti 1,736 undi dalam PRU13 lalu.
Persiapan serta gerakerja kedua parti yang bertanding sedang menuju pecutan akhir sebelum hari mengundi 25/09/2014 nanti. Kemenangan majoriti besar dalam PRU lepas, memberikan advantage kepada BN berada di depan. Namun demikian jentera Pas, sebagaimana BN yang dibantu oleh jentera dari negeri lain serta dalam negeri, memberikan saingan yang agak sengit. Tambahan pula, jika diterjemahkan perolehan undi calon Parlimen dari pungutan undi dari daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya negeri Pengkalan Kubor, saingan PRK ini mendebarkan BN. Sokongan kepada Pas mengatasi BN, 347 undi.
Sungguhpun angka pengundi luar sekitar 1,600 atau 7.0 peratus dari jumlah pengundi, tetapi ianya satu faktor yang tak boleh dikesimpangkan. Ini kerana, kemenangan BN dalam PRU13, majoriti 1736 undi adalah 9.29 peratus sahaja.
Angka sebenar pengundi luar hanya berada dalam bilik gerakan parti, lebih tepat bilik gerakan asas: mengikut lokaliti atau daerah mengundi. Penculaan yang digerakkan oleh unit jentera pilihan raya asas inilah yang memperincikan pengundi luar. Pengundi luar dikelompokkkan kepada 5 elemen: luar Dun, luar Parlimen, luar negeri (dalam Semenanjung), luar Malaya (maksudnya Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Selatan Thai), luar negara. Pecahan kepada 5 elemen ini untuk menentukan kadar bayaran tambang kenderaan diberikan kepada pengundi oleh parti-parti yang bertanding.
Isu di sebalik sudut penentuan pengundi luar dalam keputusan PRK Pengkalan Kubor, menggariskan 4 faktor yang beri kesan kehadiran pengundi:
1. Hari pengundian hari Khamis, hari bekerja. Kecuali pekerja di Kelantan, di mana hari mengundi adalah cuti am untuk negeri Kelantan. Memberi masalah kepada kelompok terbesar pengundi luar: mereka di Lembah Klang dan Johor.
2. Tarikh mengundi pada 25/09/2014 tidak praktikal atas roh ruang kepada umat Islam diperantauan. Satu kesukaran seorang pemilih mendapat cuti pulang mengundi, seminggu kemudian bercuti lagi untuk Hari Raya Qurban. Hari mengundi ini adalah terlalu awal iaitu selepas 35 hari ADUN meninggal, sedangkan SPR mempunyai ruang tempoh yang masih panjang, iaitu 60 hari.
3. Kemenangan mana-mana calon; BN, Pas atau Bebas, yang mengubah kerajaan serta majoriti. Kepulangan perantau mengundi, tidak memberi apa-apa kesan politik.
Berdasarkan elemen-elemen tersebut, berkemungkinan peratusan pengundi luar pulang buang undi dijangka rendah. Atas alasan ini memberikan ruang kepada satu pihak mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk tujuan pembuangan undi diberikan kepada orang lain, setelah dikenalpasti pengundi asal tidak akan pulang mengundi. Amalan popular sejak sekian lama ini memberi advantage kepada calon tajaan parti yang menguasai Kerajaan Persekutuan, kerana ianya mempunyai banyak kemudahan, yang disangkutkan dengan "parti menguasai kerajaan".
Sebahagian pengundi luar serik kerana kepulangan mereka mengundi dalam PRU13, tidak dibayar tambang oleh jentera pilihan raya parti sokongan mereka. Kelompok yang tidak puas hati ini, akan mengambil keputusan tidak pulang untuk mengundi, kerana sebarang keputusan PRK ini tidak mengganggu kerajaan yang dibentuk hasil PRU13.
Kesan pengurusan saguhati untuk menampung tambang PRU13 serta jarak tarikh pembuangan undi dengan Hari Raya Qurban yang melibatkan pengambilan cuti, memberikan respons negatif dari pengundi perantau.
Atas beberapa alasan di atas, BN berada di hadapan dengan: i. bantuan kewangan yang kukuh mengurus kepulangan pengundi yang merantau, ii. jentera kerajaan main peranan memudahkan pengundi luar berpotensi pulang mengundi, iii. jentera kerajaan mampu menyediakan "pengundi hantu" dengan memanipulasi kad pengenalan pengundi luar yang tidak pulang. Tinjauan rambang membayangkan Pas agak rimas dan ketinggalan di atas faktor-faktor berkait pengundi luar dalam PRK ini.
Langgan:
Catatan (Atom)