HABUAN UNTUK KETUA BAHAGIAN - INIKAH MALAYSIA BARU
Saranan Naib Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semasa sesi penggulungan Perhimpunan Tahunan PPBM minggu lepas, mendapat respons pro dan kontra di kalangan anggota dan penyokong kerajaan. Cadangan beliau, agar ketua bahagian dan kepimpinan parti diberi kemudahan untuk mendapat ganjaran demi menampung perbelanjaan pengurusan parti.
Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang merupakan saluran penyelarasan peruntukan pembangunan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang, zaman kerajaan Barisan Nasional tempoh hari, dikekalkan. Diharap, menerusi JPP, ketua bahagian parti parti pemerintah diberikan kuasa dan tugasan eksekutif dalam agihan peruntukan perbelanjaan kerajaan Persekutuan di kawasan atau bahagian masing-masing. Pemberian kontrak dan projek disalurkan oleh JPP melalui ketua bahagian, sebagaimana amalan pemerintahan BN dulu.
Hujah beliau, tanpa bantuan kewangan secara tidak langsung dari pemerintah, sukar untuk menggerakkan jentera parti. Mekanisme urus tadbir dengan bantuan agensi kerajaan Persekutuan, akan membantu memperkukuhkan parti dalam mempertahankan kerajaan.
Penyokong parti Bersatu yang tidak puas dan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) menganggap saranan pimpinan Bersatu ini sebagai tidak menghargai harapan dan hasrat rakyat mengundi PH dalam PRU14. Rakyat sudah bosan dan jemu dengan isu kontrak dan projek, yang menyebabkan rakyat mengalih undi kepada PH. Harapan pengundi; rasuah dan nepotisme serta dasar kepuakan dapat dihapuskan dengan roh pemerintahan baru yang menjanjikan sebuah pemerintahan yang telus, adil dan kesaksamaan.
Sementara penyokong parti Bersatu yang bersorak dengan ucapan penggulungan TS Rashid, mengharapkan amalan penganugerahan projek dan kontrak akan dapat membantu kekuatan parti. Mereka menyambut baik alasan bodohlah kalau ruang yang disediakan oleh pemerintah tidak diambil peluang. Perjuangan menerusi wadah politik dengan falsafah politik cari makan, akan membingungkan pengundi yang ingin melihat perubahan dinamik menerusi peti undi.
Rasionaliti dari saranan TS Rashid bolehlah dibaca bahawa Bersatu, sebuah parti kecil dalam PH berasaskan kepada perwakilan legislatif dan serpihan dari parti dominan iaitu UMNO memerlukan tongkat. Di samping itu, dari sudut pendekatan pragmatik, setiap ruang dan peluang yang ada perlu direbut. Tambahan pula, Bersatu perlu memperkuatan organisisasi untuk berada setanding dengan rakan-rakan yang lebih establish dalam PH.
Apakah budaya projek dan kontrak dalam BN akan dijelmakan dalam PH, lebih-lebih lagi dalam parti Bersatu, yang akan membina gagasan baru; BN 2.0. Mungkinkah PH akan bernafas dalam wadah baru BN 2.0, mengembalikan semangat materialistik kerajaan yang telah digulingkan dalam PRU14.
Politik projek mungkin jijik bagi pendokong DAP, PKR atau Amanah yang sudah lama menjadi pembangkang, dengan pembinaan jentera parti hasil pengorbanan dan political will untuk sebuah pemerintahan yang bersih dan mengutamakan intergiriti dan tatakelola. Saranan TS Rashid bolehlah diambil sebagai satu cetusan pemikiran dan pendekatan baru di kalangan kepimpinan dan penyokong PH dalam menjalankan tanggungjawab sebuah pemerintah. Apakah pertukaran dari BN ke PH sekadar menukar watak dan petugas sahaja sedangkan roh, semangat, spiritual, impian dan hati nurani kekal, saling tak tumpah. Naluri kepada kebendaan dan peluang tanpa sebarang perubahan. Khalayak awam sedang menonton dengan penuh minat apakah yang hendak dibawa oleh "Malaysia Baru" demi menjarakkan dengan pemerintahan kleptokrasi tempoh hari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan