PAKATAN HARAPAN MENGHARAP RAMPAS KELANTAN PRU15
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan dengan penyokong parti Bersatu di Kota Bharu, hujung minggu lepas dengan penuh yakin berpendapat Pakatan Harapan (PH) mampu menguasai Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Sambutan yang diberikan oleh Bersatu negeri Kelantan membantu meyakinkan PM.
Kejayaan Pas mempertahankan pemerintahan kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sepatutnya diterjemahkan sebagai mengejutkan dan di luar dugaan. Kejayaan menguasai 37 kerusi dalam PRU14 berbanding 32 kerusi dari jumlah 45 kerusi dalam PRU13, hendaklah diukur dari sudut keistimewaan gelagat politik pengundi Kelantan yang agak unik berbanding dengan negeri-negeri lain.
Kajian awal pra PRU14 oleh beberapa pihak memperlihatkan kesukaran dan ketidaktentuan Pas mampu mengekalkan pencapaian 32 kerusi sebagaimana PRU13. Portal Malaysiakini 01/05/2018 memetik keyakinan Prof Mohd Agus Yusoff bahawa Pas akan hilang wang pertaruhan semua kerusi di Kelantan. Agus Yusoff mengumpulkan pemerhatian dan kajiannya di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh satu tahun bermula ceramah Tuan Guru Haji Hadi di Alor Limbat, disusuli ceramah DS Mohd Najib Tun Razak di Bachok dan ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad di Cherang, Kota Bharu, sebagai antara dapatan untuk rumusan.
Ramalan Agus Yusoff menjelang pembubaran Parlimen, PRU14 akan menyaksikan tsunami Mahathir. Episod ini mempamerkan saingan sebenar adalah antara BN dengan PH, dengan Pas akan alami kekalahan teruk dan kemungkinan akan hilang Kelantan (Sinar Harian 17/04/2018).
Kajian INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI) yang dikepalai Rafizi Ramli di Semenanjung, meletakkan BN selesa di 76 kerusi, PH bakal kuasai 89 kerusi, sementara Pas tidak mendapat sebarang kerusi dari jumlah 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, 2 bulan sebelum hari mengundi PRU14. Dapatan terakhir, menjelang hari mengundi. dijangka PH akan perolehi 111 kerusi Parlimen dari Semenanjung, BN 54 kerusi dan Pas akan gagal perolehi sebarang kerusi Parlimen. Di samping itu ditunjukkan PH akan menguasai kerajaan negeri; Kedah, Perak dan Johor di samping mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor. DUN Melaka dan Negeri Sembilan dijangka tergantung. Terengganu, Pahang dan Perlis akan kekal sebagai kubu kuat BN. Pas akan hilang kerajaan negeri Kelantan, yang menyaksikan persaingan BN-PH.
Kajian Ilham Centre, selama sebulan sehingga hari terakhir kempen PRU14, memberikan hasil hampir sama dengan rumusan dapatan INVOKE; dengan memberikan PH selesa di 77 kerusi Parlimen di Semenanjung, BN akan kekal 56 kerusi, sementara Pas terkedepan di 7 kawasan, sementara 25 kerusi menjadi saingan sangat sengit antara PH dan BN. Ilham Centre meletakkan PH akan merampas Johor dan kekal di Pulau Pinang dan Selangor. Kedudukan 50:50 di Kedah dan Perak antara PH dan BN. BN agak goyah di Melaka dan Negeri Sembilan. BN mampu merampas Kelantan dan mengekalkan Terengganu, Pahang dan Perlis.
Faktor pengundi luar Kelantan yang berbondong balik mengundi di luar jangkaan walaupun hari mengundi ditetapkan di pertengahan minggu, telah dijadikan faktor dominan membantu Pas mengekalkan kerajaan Kelantan. Jentera Pas berdepan dengan kegagalan pengundi luarnya pulang, di mana tanpa kepulangan pengundi luar akan melumpuhkan harapan mempertahankan Kelantan. Viral dan pendedahan kerajaan Pas Kelantan akan tumbang memberikan simpatian yang tinggi kepada anak-anak muda yang tidak rela melihat sebuah kerajaan yang dibina atas sokongan berteraskan agama jatuh atau hilang kuasa. Seolah-olah hasil dapatan beberapa kajian di atas memberikan inspirasi anak muda balik mengundi untuk mempastikan Pas terus relevan dalam politik Malaysia. Kejayaan Pas di Kelantan dan Terengganu tidak seharusnya menolak faktor pengundi muda dan pengundi luar. Tambahan pula Kelantan dan Terengganu mempunyai peratusan pengundi anak muda, pengundi bawah 40 tahun tertinggi di Malaysia: 49.5% dan 53.3% dari jumlah pengundi di negeri berkenaan.
Kajian yang meletakkan saingan untuk menguasai kerajaan Kelantan adalah antara BN dan PH, jauh tersasar. BN hanya perolehi 8 kerusi sahaja berbanding 12 kerusi dalam PRU13. PH yang bertanding atas tiket PKR di 43 dari jumlah 45 kerusi negeri, tidak mendapat sebarang kerusi dengan 34 calonnya hilang wang pertaruhan.
Pas mendapat manfaat dari amalan "the first past the post" dalam sistem perwakilan berkawasan (constituency representatives). Di Kelantan, Pas menang di 9 kerusi negeri dengan memperolehi undi kurang 50% dalam saingan tiga penjuru atau lebih. Maknanya, Pas menang tanpa menguasai suara majoriti pengundi. Di kerusi Kota Lama, calon Pas hanya perolehi 40.28% undi, atau ianya dipilih oleh seramai 40.28% pengundi saja, di mana baki 59.72% memilih calon-calon lain. Lain-lain kerusi dimenangi Pas dengan perolehi undi di bawah 50%; Melor (45.69%), Wakaf Bharu (46.37%), Kemuning (47.32%), Apam Putra (47.55%), Tendong (48.41%), Semerak (49.06%), Guchil (49.73%) dan Pengkalan Kubor (49.99%).
Jikalau amalan sistem perwakilan berkawasan yang meletakkan seseorang calon perlu mendapat undi majoriti mutlak iaitu lebih 50%, mana-mana kawasan yang gagal menzahirkan calon perolehi lebih 50% undi perlu diadakan pilihanraya pusingan kedua. Dalam pemilihan kali kedua, hanya dua calon yang mendapat undi teratas perlu bertanding semula, sudah pastinya calon yang menang dalam saingan dua penjuru akan perolehi lebih 50% undi, walaupun majoriti atau perbezaan undi sekadar satu undi.
Andainya amalan demokrasi kepilihanrayaan ini dipraktikkan, di negeri Kelantan, akan berlaku 13 kerusi yang perlu ditandingi semula iaitu 9 dimenang Pas kurang 50% dan 4 kerusi dimenangi BN di bawah 50%: Galas (46.09%), Nenggiri (48.56%), Kok Lanas (48.54%) dan Air Lanas (49.16%).
Sebenarnya tanpa pengundian pusingan kedua sebagaimana amalan demokrasi setengah negara, Pas sudah boleh bentuk kerajaan negeri dengan 28 kerusi. Jika ikut amalan undi popular, satu kaedah penentuan pemerintah, Pas layak membentuk kerajaan setelah memperolehi 51.99% undi dari jumlah undi sah. Pas mengumpul 426,602 undi daripada 45 calonnya berbanding BN; 308,639 undi atau 37.61%, sementara PH hanya perolehi 82,243 undi atau 10.02%. Dalam amalan undi popular menerusi sistem proportionate representatives, Pas layak perolehi 23 kerusi dan mampu membentuk kerajaan, sementara PH yang perolehi 10.02% layak diperuntukkan 5 kerusi, sementara BN 17 kerusi.
Persaingan tiga penjuru atau lebih menerusi amalan "the first past the post" atau demokrasi berparlimen Westminster, yang diamalkan di kebanyakan negara Commonwealth sepatutnya memberi kelebihan kepada BN. Hasil perubahan persempadanan kawasan pilihan raya menerusi belah-bahagi daerah mengundi sebagaimana sedia maklum satu perancangan strategik untuk membantu BN menerusi kuasa eksekutif. Hasil persempadanan semula tersebut, beberapa kerusi marginal Pas akan terancam, serta memberi kelebihan kepada BN.
PRU14 menyaksikan di kebanyakan kerusi atau bahagian pilihan raya peranan PH lebih banyak untuk memecahkan undi BN berbanding memecahkan undi Pas. Justeru itu, di 29 kerusi, calon yang menang hanya perolehi antara 40.28% hingga 52.99% undi popular. Calon-calon berkenaan bertarung dalam kawasan kelabu atau terpaksa bersaing sengit. Walaupun calon Pas menang dengan majoriti selesa, 2,279 undi atau 14.86% di Guchil atau Tendong dengan majoriti 2,251 undi atau 12.17%, tetapi undi mereka adalah kurang dari 50%, bermakna majoriti pengundi tidak memilih mereka. Di kubu tradisi Pas, kerusi Cempaka; calon Pas menang dengan majoriti besar, 3,478 undi atau 17.33%, tetapi beliau hanya disokong oleh 52.63% pengundi, baki 47.37% pengundi yang tidak menyokong beliau adalah satu angka yang besar.
Pandangan PM tersebut ada kerelevanannya berasaskan kepada keputusan PRU14 bagi negeri Kelantan. Walaupun Pas menang besar, berjaya perolehi kemenangan majoriti dua pertiga, tetapi dengan bahagian besar perolehan undi calon yang menang sama ada Pas atau BN dengan perolehan undi bawah 50% atau sekadar melepasai margin 50% secara langsung membuka ruang kepada PH mengatur dan menyusun gerakkerja dalam tempoh persiapan PRU15. Tambahan perkembangan-perkembangan pasca PRU14 meletakkan kemungkinan-kemungkinan membingkaii senario gerakkerja semua parti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan