BN PATUT BERTANDING DEMI MERAIKAN SUARA RAKYAT
Keputusan BN menerusi pengumuman Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak, secara rasmi UMNO/BN tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Cempaka yang akan diadakan pada 22/03/15. Alasan utama diberikan ialah untuk memberikan perhatian kepada kerja-ke4rja bantuan dan pemulihan pasca banjir.
Bukanlah sesuatu yang luar biasa BN sebagai partai menguasai kerajaan Persekutuan tidak meletakkan calon sama ada dalam PRK atau PRU. Apabila Fan Yew Teng dilucutkan sebagai Ahli Parlimen dalam tahun 1975, setelah dijatuhkan hukuman mahkamah. Fan antara Ahli Parlimen lantang dan popular dalam tahun 1970an, amat digeruni barisan pemerintah masa itu. BN sudah menjangka kes Fan tidak sekukuh mana, menyebabkan pada hari penamaan calon PRK Parlimen Menglembu, membiarkan calon DAP, Yeap Ghim Guam ditentang oleh dua calon bebas kurang popular. Sebelum hari pengundian, mahkamah terima rayuan Fan dan membatalkan PRK berkenaan.
Dalam sejarah politik kepilihanrayaan di Kelantan, pernah BN yang gagal meletakkan calon mengarahkan jenteranya bekerja untuk calon bebas. Dalam PRU 1982, calon Berjasa yang bertanding atas tiket BN, Suffian Awang gagal mencalonkan diri untuk mempertahankan kerusinya, membolehkan calon Pas, Mustapha Ibrahim berdepan dengan calon bebas yang tidak popular. Dengan sokongan kuat jentera BN yang bertanding di kerusi Parlimen, memberikan calon bebas memungut 5,030 undi atau 47.64% undi sah, satu jumlah yang tinggi berbanding mana-mana calon bebas di kawasan luar bandar di Kelantan. Calon Pas yang berjaya merampas kerusi Dun Salor, menang setelah memperolehi 5,528 undi atau 52.35%. Undi UMNO/BN keseluruhannya diberikan kepada calon bebas, melihat kepada undi rosak yang kecil, 186 undi sahaja atau 1.72 peratus dari pembuangan undi, dengan 82.63 peratus keluar mengundi.

Dalam PRU13, di kawasan Parlimen Pasir Mas, BN tidak letakkan calon untuk memberikan calon bertanding satu lawan satu dengan calon bebas. Calon bebas, Dato' Ibrahim Ali, perolehi 25,384 undi atau 43.16% peratus undi sah, berbanding dengan jumlah undi calon UMNO/BN yang bertanding di kerusi Dun, 25,695 undi atau 43.50% atau hanya 311 pengundi mengundi BN di kerusi Dun dan tidak mengundi calon bebas Parlimen, 58 mengundi calon Pas dan selebihnya merosakkan undi. Undi rosak bagi kerusi Parlimen ialah 1,115 undi atau 1.86%, paling tinggi berbanding kawasan sosio-geografi yang sama di Semenanjung.
Sungguhpun BN hanya meletakkan calon di salah satu kerusi negeri dan Parlimen dalam mana-mana PRU, ukuran peranan jentera BN hanya dapat dikesan dari dua elemen kerana peratusan keluar mengundi tidak terjejas. Pertama dari sudut jumlah undi calon bebas atau calon parti politik yang dianggap mesra BN atau disokong secara langsung oleh jentera BN.
Kedua, undi BN diterjemahkan dalam bentuk undi rosak, bila BN tidak menyokong mana-mana calon. Dalam PRU 1978, calon BN, bekas Exco Selangor dari MCA, ditolak borang pencalonan pada hari penamaan calon di kerusi Dun Kuala Kubu Baru. Calon DAP ditentang satu lawan satu oleh seorang calon bebas. Sungguhpun, BN tidak menyokong calon bebas untuk mengalahkan DAP, peratusan keluar mengundi adalah tinggi, 73.8%, kerana di kerusi Parlimen, calon MCA bertanding, di samping itu, Kuala Kubu Baru adalah kubu tradisi MCA. Calon DAP, Pan Su Peng pungut 3,202 undi atau 83.5% undi, calon bebas cuma dapat 647 undi, tetapi undi rosak adalah 4,955 undi. Undi rosak lebih besar daripada jumlah undi sah.
Berbeza dengan PRK, perhatian adalah kepada peratusan keluar mengundi, apabila BN selaku parti pemerintah tidak meletakkan calon.
Salah satu PRK yang menarik untuk analisis ialah PRK Dun Penanti, pada 51/05/2009, diadakan setelah ADUN PKR merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Muhamad Fairus Khairuddin meletak jawatan. Oleh kerana Penanti, salah satu kerusi Dun dalam Parlimen Permatang Pauh, di mana setahun sebelumnya telah diadakan PRK yang memberi kemenangan lebih besar kepada PRK serta kemerosotan undi BN berbanding PRU12, lima bulan sebelumnya. Sedangkan calon BN adalah ADUN mewakili salah satu kerusi dalam bahagian pilihan raya Parlimen ini. Keperitan BN alami setahun lalu bukan sekadar hilang kerajaan negeri, populariti BN semakin luntur sebagaimana dipamirkan menerusi PRK Parlimen Permatang Pauh.
Dalam PRK Penanti, tidak meletakkan calon dan membiarkan PKR berdepan dengan calon-calon bebas yang tidak popular. Menjadikan PRK ini hambar dan kegagalan mekanisme demokrasi memberi hak kepada rakyat membuat pilihan. Cuma 46.15% sahaja pemilih keluar mengundi, antara pilihan raya yang tidak mendapat sambutan yang pernah dicatat di negara ini, semenjak Merdeka. Sungguhpun calon PKR, Dr Mansor Othman perolehi 86.53 peratus undi sah (6,052 undi) dari jumlah 6,944 undi sah, sementara 3 orang calon bebas hilang wang pertaruhan (494 undi, 392 undi dan 56 undi), tidak menepati mewakili suara majoriti dengan kurang separuh yang keluar mengundi. Peratus keluar mengundi yang rendah menggambarkan tidak turut sertanya penyokong BN dalam proses demokrasi tersebut. Dalam PRU12, calon BN perolehi 5,127 undi dari sejumlah 82.1% undi sah.
Kegagalan lebih 5,000 pengundi yang mengundi BN dalam PRU12 telah mengurangkan peratusan keluar mengundi. Walaupun menang PKR kekurangan lebih 1,200 undi, kemungkinan undi ini diberikan kepada 3 orang calon bebas. Undi rosak cuma 106 undi sahaja. Keseluruhannya, penyokong BN, tidak keluar mengundi dalam PRK Penanti.
PRK Penanti berbeza sedikit dengan PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25/04/2014, kerana kematian Karpal Singh. Peratus keluar mengundi lebih tinggi walaupun lebih rendah berbanding dengan PRU sebelumnya. Seramai 56.38% pengundi keluar mengundi dalam PRK Bukit Gelugor, walaupun BN tidak meletakkan calon. Sebaliknya, peratusan ini disokong oleh calon-calon mesra BN. Amat jelas liputan khusus diberikan kepada calon Parti Cinta Malaysia (PCM), tambahan pula PCM tidak terikat dan termasuk dalam pakatan pembangkang yang bekerjasama menerusi Pakatan Rakyat; Pas, DAP dan PKR. Dengan cuma 3,583 undi dipungut oleh calon PCM, Dato' Huan Chen Guan, beliau hilang pertaruhan dengan 7.81% undi. Calon DAP, Ramkarpal Singh memperolehi 89.95% atau 41,242 undi, masih rendah berbanding dengan undi dalam PRU13.
Tanpa penglibatan BN secara langsung, kebiasaannya akan menurunkan peratusan keluar mengundi. Elemen ini tidak menggambarkan dinamisme dan keluhuran demokrasi untuk menggambarkan golongan majoriti membentuk kerajaan. Sebagai parti utama dan pemegang kuasa kerajaan Persekutuan, seharusnya menjuarai asas-asas ketulenan demokrasi dalam membentuk jatidiri, keadilan dan persamaan hak. Rakyat selaku pengamal demokrasi di peringkat akar rumput perlu dipamerkan dengan kepelbagaian tawaran pilihan.
Tanpa penyertaian parti besar, seperti BN, seolah menutup ruang suara khalayak masyarakat. Menjelang PRU13 dulu, salah satu peranan SPR ialah mempastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, begitu juga sasaran SPR dalam setiap PRK. Harapnya pengalaman PRK Penanti dan PRK Parlimen Bukit Gelugor, tidak harus disuburkan demi mempertabatkan demokrasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan