PRK BALINGIAN: KEMENANGAN BN TAK SEHEBAT MANA
Pilihan Raya Kecil bagi kerusi negeri Sarawak, N51, Balingian, kelmarin yang memberikan kemenangan kepada calon BN, Yussibnosh Bulo, menampilkan kelainan berbanding 3 PRK terakhir di Semenanjung. Sungguhpun calon BN menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding kemenangan Ketua Menteri Sarawak, DP Abdul Taib Mahmud di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011, dalam situasi berbeza tidak menampakkan sebuah kemenangan bergaya.
Dalam PRK kelmarin, calon BN memperolehi 8,194 undi atau 86.46% dari jumlah undi sah, berbanding undi Taib Mahmud dalam PRN 2011 iaitu 6,210 undi atau 76.32%. Calon BN, Yussibnosh menang dengan majoriti 6,911 undi lebih besar berbanding majoriti Taib Mahmud, sebanyak 5,154 undi sahaja.
Undi Yussibnosh agak cemerlang dengan undi ketua kerajaan yang mempertahankan kerusi, situasi dan politik Sarawak 2011 agak berbeza dengan situasi semasa, di mana isu kronisme, agihan kekayaan dan rasuah yang disinonimkan dengan Ketua Menteri masa itu. Isu berkenaan menjadi antara faktor kemerosotan pencapaian BN di bawah kepimpinan Taib Mahmud berbanding dengan PRN 2006.
Di kerusi yang sama, dalam PRN 2006, Taib Mahmud memperolehi 6,393 undi atau 90.55% undi sah, merosot kepada 76.32% sahaja dalam PRN 2011. Faktor kemerosotan undi Taib juga dipengaruhi oleh cabaran Datuk Salleh Jafaruddin, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Persekutuan, yang bertanding sebagai calon bebas. Perolehan undi sebanyak 1,056 atau 12.98% oleh Salleh Jafaruddin merencatkan reputasi seorang ketua sebuah kerajaan, yang lebih dikenali kubu BN paling ampuh dan kukuh.
Sungguhpun calon BN dalam PRK mengatasi undinya serta majoriti dalam PRN tiga tahun lalu, tidaklah bermakna pencapaian BN meningkat dan lebih baik. Dalam PRN 2011, BN menang kerusi ini dengan majoriti 5,154 atau 84.93%, berbanding majoriti 6,911 atau 72.92%. Perbandingan yang tepat dan rasional harus dilihat dari sudut angka berbentuk peratusan. Peningkatan jumlah pemilih serta peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi, dalam PRN 2011: 70.2%, PRK: 72.33%, memberikan kejayaan calon BN menambah undi dan majoriti kemenangan.
Lantaran itu, peratusan kemenangan atau peratusan majoriti dalam PRK kelmarin oleh BN, menggambarkan peningkatan berlaku kepada pencabar, iaitu prestasi calon PKR. Dalam PRN 2011, undi pencabar terdekat ialah 1,056 atau 12.98%, itu undi calon bebas, kali ini undi cabaran ialah 1,283 yang dipungut oleh calon PKR iaitu 13.57%. Peningkatan undi serta peratusan undi calon lawan ini, memberikan calon BN yang menang dalam PRK kelmarin mengalami kemerosotan peratusan majoriti dari 97.88% (PRN 2006), turun ke 84.93%(PRN 2011) kepada 72.92%. Kemenangan dengan angka majoriti lebih besar dalam PRK kelmarin, tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan kemerosotan peratusan majoriti kemenangan dalam 3 pilihan raya bagi kerusi Balingan ini.
Kerusi Balingan yang mengandungi 13,366 pemilih, di mana 7,705 atau 57.65% adalah pemilih Melayu dan Melanau, 28.99% pengundi Iban, secara tradisinya BN memperuntukan kerusi ini kepada Parti Bumiputera Bersatu untuk kuota Islam. Tapi dalam PRK kelmarin diperturunkan seorang Melanau Kristian. Apakah perubahan dari fraksi Islam kepada Kristian mengubah tahap sokongan kepada BN, pungutan undi yang lebih besar. Secara kasarnya memang prestasi BN meningkat, tetapi memberi 2 impaks utama; 1. reputasi buruk penyandang kerusi berkenaan dalam PRN lepas, seorang ketua kerajaan, 2. latar belakang agama calon memberi kesan corak pengundian.
PKR yang mencabar BN dalam 3 siri pilihan raya untuk kerusi ini menampakkan peningkatan. Dalam PRN 2006, calonnya Ibrahim Bayau (Melanau) perolehi 667 undi sahaja atau 9.44% dari jumlah undi sah. Suriati Abdullah yang diturunkan oleh PKR dalam PRN 2011 memperolehi 871 undi atau 10.70% dan dalam PRK, Abdul Jalil Bujang (Melanau) memungut 1,283 undi atau 13.54% undi. Peningkatan undi serta peratusan undi sah oleh PKR, mengecilkan peratusan perbezaan undi atau peratusan majoriti kemenangan BN, dalam ketiga-tiga siri pilihan raya tersebut.
Kemenangan besar BN yang digambarkan oleh media arus perdana sebenarnya sebuah kesimpulan yang tidak bermakna, jika diteliti serta diperhalusi dengan mengambil kira peratusan majoriti, yang memberi perbandingan yang lebih tepat dan dinamik. Kemenangan besar BN juga tidak boleh dibanggakan apabila undi calon PKR dapat menafikan kempen BN untuk menghilangkan deposit calon PKR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan