RUPANYA KERAJAAN SEPARUH PENGGAL SAJA
Dua minggu lepas, penulis kongsikan tiga siri pandangan mengenai kerajaan Malaysia Baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjurus kepada kerajaan satu penggal. Penulis merumuskan perkembangan yang berlaku di dalam negara kita dalam tempoh enam bulan selepas pembentukan kerajaan mencerahkan tanggapan bahawa hayat kerajaan pimpinan PH tidak panjang. Ini disokong oleh perhubungan serta interaksi antara parti dan antara pemimpin yang menggambarkan kecelaruan pentadbiran kerajaan PH.
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang pada malam 22/03/20 memulakan episod kejatuhan sebuah kerajaan yang baru berusia 21 bulan. Kegagalan mesyuarat mengambil konsensus penetapan tarikh penyerahkan kuasa ketua kerajaan menyaksikan kecelaruan di kalangan kepimpinan PH. Harapan DS Anwar Ibrahim untuk mengetuai kerajaan pada Mei 2020, genap dua tahun pemerintahan Malaysia Baru tidak dipastikan. Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan terus memegang jawatan sehingga tarikh yang tidak dapat diumumkan.
Pada 24/02/20, menyaksikan tumbangnya kerajaan PH, apabila kehilangan majoriti, setelah semua 26 orang Ahli Parlimen PPBM keluar PH. Serentak dengan itu juga, 9 orang Ahli Parlimen PKR ikut sama keluar parti setelah Timbalan Presiden DS Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraidah Kamaruddin dipecat dari parti. Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM.
Ekoran kejatuhan kerajaan PH, Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri interim. Jawatan Perdana Menteri interim, sedia maklum, tiada diperuntukkan oleh Perlembagaan. Beliau tiada kuasa untuk membentuk kabinet untuk mentadbir negara. Justeru itu, diusahakan pembentukan kabinet untuk mengisi kekosongan PM tanpa anggota menteri, bersama timbalan menteri dan setiausaha politik yang hilang jawatan tak berpencen setelah berkhidmat kurang 36 bulan.
Tun M bergerak untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan tanpa ikatan politik atau mewakili parti politik. Dalam Dewan Rakyat sebelum kejatuhan kerajaan Malaysia Baru, keanggotaannya terdiri daripada 129 anggota mewakili PH; PKR 50 kerusi, DAP 42, PPBM 26 dan PAN 11, bersama 9 anggota Parti Warisan Sabah dan seorang ahli UPKO yang membentuk kerajaan. Blok pembangkang seramai 83 ahli terdiri daripada 42 anggota BN (UMNO 39, MCA 2 dan MIC 1), Gabungan Parti Sarawak (GPS) 18 orang (PBB 13, PRS 2, PDSU 2, SUPP 1), Parti Sarawak Bersatu (PSB) 1, PBRS 1, PBS 1, STAR 1, Pas 18 dan seorang calon bebas.
Peringkat awal, majoriti ahli menyokong Tun M membentuk kerajaan, tetapi berakhir dengan kegagalan apabila beberapa parti meletakkan syarat yang bertentangan dengan keberadaan parti lain. Contohnya Pas dan GPS enggan berada dalam kerajaan bersama DAP.
Pada 25 dan 26/02/20, Baginda Yang Dipertuan Agong telah bersemuka dengan semua 222 orang Ahli Dewan Rakyat untuk mendapat perakuan sokongan calon PM. 92 ahli mencadang DS Anwar Ibrahim sebagai calon PM iaitu 42 dari DAP, 11 PAN dan 39 PKR. 61 Ahli Parlimen mencadangkan pembubaran Parlimen iaitu 42 dari BN, 18 Pas dan seorang dari PBRS. Baki 69 Ahli Parlimen (termasuk 26 PPBM dan 11 ahli PKR keluar parti) mencalonkan Tun M. Kegagalan mencari majoriti mudah membentuk kerajaan membuka ruang Baginda Yang Dipertuan Agung mencari alternatif lain.
Tun M memaklumkan satu sidang khas Dewan Rakyat pada 02/03/2020 untuk memilih seorang PM. Perkara ini ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana bercanggah dengan aturan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.
Pada 27/02/20, Baginda Yang Dipertuan Agung memberi peluang kepada ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan semula calon PM. Lantaran itu, 61 orang ahli yang mencadangkan pembubaran dewan kemuka cadangan baru mencalon TS Muhyiddin Yassin bersama ahli-ahli PPBM dan bekas ahli PKR.
Pada 28/02/20, ketua-ketua parti yang ada pewakilan di Dewan Rakyat telah dipanggil mengadap Baginda Yang Dipertuan Agung. Setelah meneliti senarai sokongan yang dikemukan, Baginda mengambil keputusan mengumumkan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8, mengakhiri kemelut Malaysia tidak berkerajaan hampir satu minggu.
Kemelut ini akan selesai apabila DS Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM ke 8, esok, 01/03/20. Deretan tumbangnya kerajaan Persekutuan pada 24/02/20 menyusuli dilema kerajaan negeri yang dikuasai oleh PH dengan majoriti kecil hasil PRU14. Semalam menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Johor dengan perlantikan Menteri Besar Johor ke 18. Masyarakat sedang menunggu nasib kerajaan PH di negeri Melaka, yang berbeza dengan kerajaan negeri Kedah apabila ADUN PPBM kekal bersama PH, walaupun PPBM sudah keluar dari PH di peringkat pusat.
Tumbangnya kerajaan PH minggu ini yang baru berusia 21 bulan mendahului ramalan dan telahan bahawa kerajaan PH adalah satu penggal. Perkembangan dalam pemerintahan Malaysia Baru dalam tempoh tersebut rupanya mempercepatkan kejatuhannya, belum tamat penggal Parlimen ke 14 ini. Tumbangnya di pertengahan penggal mencatat satu sejarah hayat kerajaan Persekutuan di negara ini.